Advertisement

Jom follow follow i, then i follow follow u

Saturday

BUAL BICARA HATI

Cerita lama yg tetiba teringat dan ingin utk dikongsi bersama:


Dulu masa sekolah, suka antara satu sama lain mmg satu perasaan yg biasa. Org nih admire org itu, dan org itu pulak admire kt org ni. Apa yg ingin dimaksudkan di sini adalah, perasaan halus yg suka dan berminat kpd seorg individu lain yg berlainan jantinanya. Hehhehe..


I sebagai manusia biasa, takkan lari daripada melalui perasaan halus sebegitu. Biasala kan sbb kalo dh terpandang ada mamat hensem kt dpn mata, siapa yg tak luluh jantung hati kan..?

Dulu masa sekolah i ada minat kt seorg mamat ni. Sbb apa yg nmpk dpn mata semuanya baik saja. Semuanya manis dan molek aje. Dia seorg yg boleh dikatakan kacak, tinggi drpd i (of course) dan mempunyai jawatan dlm sekolah tu. Tingkah laku dan tutur bahasanya takde la baik bebenor tapi molek je dipandang mata. Kire manusia yg biasa2 je dan takdelah terlalu special.


Tak tahu kenapa hati ni slalu meronta2 utk meminati dia dari jauh. Tak berani nk berterus terang beb. Malu la takut i syok sdri ke kan. Bila dia lalu dpn mata, i akan amik kesempatan utk mencuri2 pandang segala tingkah laku dan gerak geri badan nya. Kalo dia berbicara, i akan memasang telinga utk mendengar liuk lentuk lidah nyer berkata2.


Secara kebetulan, setiap aktiviti yg dianjurkan oleh pihak sekolah ataupon kelab, kami slalu attend bersama. Ya, mmg kebetulan juga i slalu berada dlm satu kelab atau persatuan dgn dia. Malah kami belajar dlm satu kelas.


Ada suatu hari, kami ramai2 termasuk la dia menyertai satu perkhemahan yg dianjurkan oleh kelab persatuan sekolah kami. Punyela seronok sbb i boleh amik kesempatan utk lbh mengenali diri dia dan ada bnyk masa utk memerhatikan gerak geri dia. Ada satu ketika tu, i terkantoi dgn dia apabila i dok perhatikan dia dari kejauhan. Lalu i tersenyum malu dan melarikan muka i daripada tenungannya.

Semenjak i terkantoi tu, i mula perasan yg dia pula skrg suke memerhatikan i pula dari kejauhan. Malah bile tenungan mata kami bertemu, masing2 tersipu malu dan cuba melarikan wajah. Apabila kami berselisih bahu, masing2 membisu tapi tak lokek mempamirkan senyuman penuh makna. Setiap masa bila ada peluang tentu i akan memerhatikan dan memandang apa yg sedang dilakukan oleh nya. I perasan juga, dia melakukan perkara yg sama.


Dalam lain2 situasi juga perkara yg sama berlaku. Tamat sesi perkhemahan, kami ambil gmbar beramai2 dan dia berdiri di sebelahku. Terketar2 senyum dpn kamera sebab tak pernah berdiri serapat itu dgn mana2 lelaki seumur hidupku. (walaupon jarak berdiri tu boleh seorg lagi berdiri antara kami berdua)


Kemudian, kami ada menyertai pula lawatan yg dianjurkan oleh pihak sekolah juga. Perkara yg sama juga berlaku. Walaupon masing2 tidak pernah berbicara, namun i perasan lirikan dan tenungan matanya tetap pada i. Ada ketika i buat2 tak nampak walaupon i tahu dia sdg memerhatikan i. Kadang terlintas difikiran, adakah dia akan meluahkan perasaannya pada i suatu hari nanti apabila acapkali kami menjalankan aktiviti luar sekolah bersama? Adakah dia akan dtg pada i dan memberitahu bahawa i adalah ilham sanubarinya? I pasti masa itu akan tiba tak lama lagi.

Tak lama slps itu, i dpt sesuatu kebenaran yg i tak sangka berlaku pada diri i. Sbnrnya, kebenaran itu lebih kepada sesuatu yg lawak berlaku dlm hidup i. Nak tau apa dia kawan2..? hheheeh...kite jumpa lagi nnt ok at the next entry. Ok..tata!

6 comments:

~ujicham~ said...

ala.... tak aci la. sambung2 lak. dah suspen ni.

Izan said...

skolah??? skolah mana ni. adakah izan kenal mamat itu. hehehehe. jgn la segan2 bgtau je la. =)

Anonymous said...

same q as izan..do i know him?? huhu..

Erin Rashid said...

uji - hehehe..dh tulis dah smbgnnya cume lom publish. hehhehe.. suprise!

izan dan lily - takyah la tau. malu la beb!! u all mmg kenal ponggg! heheheh...

Izan said...

hahahahaha... rasa2nya cam tau ja... baik bgtau kalau tak izan teka boleh???

Erin Rashid said...

izan - jgn la izan teka2 nih. risau la erin. kang announce nama dia kt sini alamat gamat la jadiknye. huhuhu..jgn tau izan. simpan dlm hati je. heheeh...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...