Advertisement

Jom follow follow i, then i follow follow u

Friday

JOM SAMBUNG

Kesinambungan cerita sebelum ini. (sila baca cerita sblm ini dulu bg mengelakkan kekeliruan). Kebenaran yg berlaku selepas drama cinta bisu bersiri itu adalah;

lelaki yg i minat itu sbnrnya bkn la berminat pada i pon. Walaupon apa yg i ceritakan tntg dia juga spt memerhatikan i dari kejauhan itu adalah benar, tapi apa yg dia lakukan itu bkn pada i.

Means, dia bkn la melirik, merenung, memerhatikan dan senyum dari kejauhan pada i, tetapi pada kawan rapat sekelas i yg sorang ni.
Tak dinafikan, setiap aktiviti perkhemahan dan lawatan persatuan yg dianjurkan oleh sekolah i, minah nih pon mmg join sama. So, sebenarnya mereka berdua tuh la yg dok bercinta dan main2 mata. Tapi i yg terperasan. Sebab apa i boleh terperasan? Everytime i g memana, ada minah ni jugak. Pergi lawatan, minah ni pon join, pergi camping minah ni pon ada. So, bila mereka ber2 dok main mata, walhal i ada kt dpn atau sebelah minah ni, tuh yg boleh jadi salah sangka. Ingkan mamat tuh dok minat kt i. Tapi rupenye2 kawan sebelah i ni haaaa... ADUHHH... malu beb! Slmt i tak beria2 minat kt dia. Ataupon straight to the point g mengadap mamat tuh utk meluahkan perasaan i.


Huhuhuhu.. slmt tak jadi perigi cari timba. Malu beb!!
Dan sebenarnya minah ni pon tau yg i suke kan mamat tu sebelum i tau yg diorg tuh sbnrnya sdg bercinta. Tapi minah ni takder pon bagi tau apa2 yg diorg tuh sbnrnya tgh hangat bercinta. Kan sng bagi tau awal2 takdelah i bazir karent nk jadi syok sdri suke kan mamat tuh. Aduhhh..!


Beberapa bulan selepas tu, sblm tamat persekolah kami, si minah kawan rapat i ni ada bg tau i yg mereka tidak lagi sdg hangat bercinta. Masing2 nk bwk haluan msg2. Minah ni siap bg tau i yg kalo i nk amik mamat tuh jadi special, amik la. Dia dah tak kesah dah..!



Blurrrppp! Terkedu, terbatu i kt situ juga pas dgr dia ckp mcm tu. Apa..? ingt i nih sng2 nk buat mcm tu ke? Sory skit. Pegi jalan daaaa...!



Penutup ceritanya, minah tuh bercinta dgn kwn sekelas dia yg lain hinggala ke jinjang pelamin. Yg mamat tuh pulak, i ada jumpa dia kt UiTM masa diploma. Masih single dan available. Dia amik kontek nombor i dan try nk tackle i pulak. Ha..? patah tumbuh i gantikan girlfriend lama dia ke? Dan skrg i tatau la dia dh kawen atau belum.


THE END....!

moral of the story:
  1. kalo ada lelaki dok pandang2 anda smbil tersenyum2, jgn terus perasan tan..tan ek. belum tentu lelaki itu lakukan pada anda. sila lihat kiri, kanan, dpn dan blkg anda kot2 ada perempuan lain sdg bersama2 dgn anda.
  2. kalo dh lelaki tuh dok diam membisu lama2 tanpa meluahkan perasaan pd anda walaupon anda rasa dia mmg suke kan anda, mgkin silap tanggapan anda tu. dia takder perasaan apa pon pada anda.
  3. walaupon anda pasti dia ada menyimpan perasaan pada anda kerana dia slalu senyum pada anda, sila jgn terus 'jump to the conclusion.' sbb dia mgkin ada alasan tersendri spt mengatakan bhw dia juga senyum pada org lain juga, atau pon dia boleh mengatakan yg dia pon pandang2 pada org lain juga. ataupon juga dia boleh mengatakan dia bergambar dan berdiri di sblh org lain juga. hahhaha.. kesimpulannya, jgn la kite nih cpt perasan tan..tan...
  4. sekian, terima kasih..

Tuesday

KINDERBETREUUNG CAMIMI

Hari ni, hari pertama, minggu pertama dan masih di tahun pertama i masuk kelas bahasa. Rasa janggal menguasi diri sbb kelas bahasa i sudah bertukar segala2nya. Tukar cikgu, tukar kawan2, tukar lokasi kelas dan tukar environment belajar. Segalanya baru. Buku pon baru maaa... heheheh


As mentioned b4, sbb nk ada Kinderbetreuung (child care - kindergarten), so i kene bertukar ke lokasi sekolah yg lain iaitu agak jauh skit drpd umah berbanding dgn lokasi sekolah yg lama dulu. Sbb camimi nk kene campak mana la pulak while my husband and i attending class. So, nak tak nak perlu la i mencari alternative demi camimi jugak.



Tapi, rasanye rancangan dh boleh dipinda. Since i punye kelas waktu pagi yg bermula seawal 8.30am dan hbs selewat 11.30am, maka suami i decided utk menjaga camimi. Pas i balik dr kelas, dia pulak ke uni. Lgpon, my husband skrg bnyk hbskan waktu utk taip report instead of buat kerja2 kt lab. So, dia punya bnyk masa kt umah.


Sbnrnye, boleh je hantar camimi ke Kinderbetruung tu, tapi hati i tak sedap la. Mcm2 fikirkan kalo hantar anak kasi org lain jaga. Sbb camimi masih kecil lagi dan selama dia hidup, org2 yg biasa menjaga dia adalah kami suami isteri je. i takut bile dia dihantar utk org lain jaga, dia akan berasa asing dan menangis. mgkin for a while, dia akan ok dan biasa je. just in case kalo dia sedari yg mummy n daddy dia takde dpn mata dan hanya org2 asing yg mengelilingi dia, tentu dia akan meraung dan tercari2 kami. Nnt hati i pulak tak sedap bile belajar kt kelas. Confirm! silap2 i pon ikut nangis.


Itu satu hal, in case kalo camimi ok pulak. Tak nangis, tak tercari2 kami atau pon control cun gitu, takut pulak bebudak yg lain buli dia. Yelah, bkn camimi je yg ada kt Kinderbetreuung tu, malah bnyk bebudak laki dan pompuan yg pelbagai umur ada kt sana. Camimi kan kecil lagi, takut2 plak ada bebudak lain mengasari camimi, marah2 camimi ataupon buat camimi jatuh dan cedera. Ha, kan parah namanye tuh. Ya, mmg la ada org dewasa yg akan take care bebudak tuh semua, tapi ada masa, mereka boleh terlepas pandang perkara2 mcm ni. Ataupon, org dewasa dok jaga budak lain yg tgh nangis, camimi terabai pulak. Ish..takut la i.


Sbnrnye, i tak de experience hantar anak bagi org lain jaga. Dan i tak pernah pulak dok kt Kinderbetreuung tuh tgk diorg jaga bebudak. So, mcm2 firasat dan tanggapan boleh terlintas kt kepala otak i ni. Lgpon, suami i pon dh decide nk jaga je anak time pagi tu, so terasa ringan skit beban yg ditanggung. Tapi kami akan hantar jugak camimi ke Kinderbetreuung tuh in case kalo suami i ada hal pada waktu pagi tuh dan i pulak ada kelas pada hari yg sama. So, itula the last resort nye...

note: next time i citer pasal cikgu bahasa i yg cun, kwn2 kelas yg ramai pakei tudung, kelas yg lbh cantik dan lain2. ok.. cau cau..!

MASA UTK BERUBAH


anakin Are-Feat: Assalamualaikum... pemberitahuan..!!! 1) "Tesco" adalah singkatan kepada Tessa Cohen, isteri kepada jutawan yahudi U.K. yang memiliki hypermarket tersebut. jutawan ini amat kuat menyokong zionist nazi yahudi israel melalui kekayaan beliau. setiap RM yg kita beli di Tesco umpama satu peluru yg kita sumbangkan kepada israel utk membunuh saudara2 islam kita di palestin. tolong sampai2kan kepada saudara2 serta kawan2 semua.. mungkin ini saja jihad yg kita mampu buat setakat ini.. insyaAllah .. janji Allah sekecil2 amalan pun xkan terlepas dari pandangan-Nya.. wallahualam


ini salah satu email2 yg i terima berkenaan dgn kempen memboikot produk 2, jenama2 dan company2 yg menyumbang atau ada kene mengena dgn israel laknat. so, sila ambil iktibar dan ikutan utk kite semua agar apa yg disuruh utk tidak berbuat demikian boleh dipatuhi oleh semua org.


So, jgn risau, jgn panik, dan jgn gusar. mmg kebanyakan jenama2, produk2 dan company2 yg telah diminta utk diboikot adalah barangan2 yg biasa kite guna seharian sblm ini. tapi inilah masanya utk kite memikirkan semula hala tuju masing2 agar tiada lagi perkara2 berkenaan israel itu menjadi sebahagian drpd kehidupan kite. sekarang ni, kalo tak boleh nk ubah semua, kite mulakan dgn sedikit2 dahulu k..?


Kalo nk shopping brg2 dapur, Tesco dah tak boleh, Carrefour pon xboleh. Apa kata kite berubah ke Giant pulak ke. Kalo susah sgt, pegi je kedai runcit Pak Abu atau Ah Meng dpn umah tuh je. habis citer!


Kalo nk sgt mkn fastfood pulak, KFC dan McD confirm berlandaskan israel kan? Ok la, kite ubah ek kwn2. Kite pegila pulak ke Nandos ke, Kenny Rogers ke, ataupon sdri masak kt umah. (mcm i masak chicken chop tuh la..hbs citer! confirm selfmade maaa...!). Kalo susah sgt. Kite diet je mkn makanan fastfood ni. Jom kite mkn Sate Kajang Haji Samuri ke, The Chicken Rice Shop ke, atau mkn je kt foodcourt kt mana2 Mall. Confirm boleh!


Perfume plak. Korang sume nk wangi2 punye kn? G kerja sembur skit, g dating sembur skit, pas mandi sembur skit, atau nk tdo pon mgkin u all sembur skit gak kn. So, nk confirm halal dan takde kene mengene dgn israel, apa kata kite gune je minyak atar. eemmm...wangi beb! (teringat kt father i. suke bau2 tuh tau!). Tapi sbnrnye ada je jenama2 perfume yg popular tak de kene mengene dgn israel. so, kene pandai pilih la ek..!


Kalo dulu dok melepak kt Starbucks Caffee (ni tak usah ckp org la, sdri pon buat kn..!), la nih kene belok ikut tang lain plak. Cube, try, test masuk Coffee Beans ka, Kopitiam ka, Uncle Lim ka, atau sewaktu dgnnya yg dijamin kehalallannya. Takpon, susah sgt, masuk dapur umah sdri, bancuh la kopi sdri utk diminum bersama2 suami isteri. Ice blended pon boleh je buat sdri. Asalkan ada blender kt umah, gerenti ice blended home made sedia terhidang di rumah sdri. Hhehehhehe..


Coca Cola, Sprite dan seangkatannya tak yah la minum lagi. Kite cube diet jugak drpd meminum soft drinks ni. Tak elok jugak la beb. Tak elok dari segi kesihatan. Sebaik2nye, ikut petua org cina, pas mkn tenghari ka, mlm ka, bahkan utk breakfast jugak, baik la kite minum minuman panas. Utk panjang umur dan dpt menghindarkan dari penyakit berkaitan dgn perut dan usus. Lgpon, org2 cina kata, pas mkn kalo minum minuman sejuk nnt cepat gemuk! huhuhuhu..


Lain2 perkara rasanye sume leh pk sdri je. Mana yg brand2 israel tapi u all sudahpon lama memilikinya spt perfume2, jenama elektronik spt Nokia, Siemen, Intel, jenama brgan aksesori spt DKNY, MAC dan sebagainya tuh takkan nk buang pulak kn? buat bodo je dan terus la guna hingga ke akhir hayat benda2 tuh sume. Ha, pastuh kalo dh hbs hayatnye, sila la jgn anda beli lagi brg2an tersebut. Bertukarla kpd jenama2 yg lain. Ada je jenama2 lain yg popular, berkualiti dan standard with thumbs up. Cume kene sdri pk dan pandai memilih, ok!


Ini sume bagi mengingati antara satu sama lain. Termasukla diri i sdri. Rasanya takkan ada yg nk melentingkan dgn kata2 i kt atas tuh kn? Sbb tak de yg mkn cili so buat apa nk terasa kepedasannya. Unless org yg gemar terasa dirinye konon2nye diperkatakan dan diperburuk2an. MasyaAllah... Sama2 la kite beramal.

Sunday

CUBA-CUBA DAAAA

Hari ni kan hari ahad. biasanya hari si tukang masak ni utk mencuba resepi yg tak pernah dicuba. Disebab kan tekak terasa nak mkn makanan ni, maka si tukang masak ini perlula menyelak dan membuka segala resepi blog yg ada di dunia internet. Syukran, maka berjumpala si tukang masak tuh dgn menu yg tekak nye terasa nk makan. Jom check it out menu apa la si tukang masak tuh telah mencuba ekk...?


Heheheh...maka si tukang masak ni ingin mempersembahkan menu yg pernah dirasanya sebelum ini cuma belum pernah dimasaknya. Ianya adalah.. Laksa Sarawak..!!


Ye, dulu 1st time mkn laksa sarawak adalah di rumah kak ja. Oleh kerana laksa sarawak kak ja terasa terlalu sedap, maka si tukang masak ini ingin mengambil inisiatif utk belajar memasaknya sdri. Bahan2 utk memasak sudah dibelinya smlm, maka hari ini lah hari utk mencubanya.


Lepas memasak menu ni, kenalah ada si tukang kritiknya iaitu si suami tukang masak tu sdri. si suami tukang masak tu mmg sgt pandai dlm kritik mengkritik makanan ni cuba ada kekurangan skit. Iaitu reti mengkritik tapi tak reti memasak lgsg. takpe2... selamat la si tukang masak itu ingin terus berbakti dgn memasak masakan seharian. Kalo tak susah la si suami tukang masak itu nk msk mskan sdri. kang makan kebab pakcik turki tuh je la gamaknya.


ok la kawan2.. jom la tgk laksa sarawak saya yg si pengkritik tu kata sedap. hahahha..sedap ke abg oiii..? leh lawan laksa sarawak kak ja tak? hehehhee..jgn mare ye kak ja. masak laksa tak leh nak invite sesiapa lagi sbb baru 1st time masak. kang tak sedap malu la pulak kan. kalo dh lulus masakan ni, maka boleh la beramai2 dijemput utk menyental laksa sarawak saya. hehehhe..



Note: Laksa Sarawak i gune spageti, instead of meehun. Next time leh plak cuba gune meehun

DUNIA OH DUNIA...

Terpandangkan video clip tntg norman hakim dan memey di website harian metro online, tergerak pulak hati i nak play video clip tuh.


Itu sbnrnya adalah video clip berkenaan dgn mereka yg baru hari pertama (mungkin) selesai perbicaraan tntg kes tangkap khalwat mereka di mahkamah syariah. bnyk wartawan menanyakan pebagai soalan kpd mereka tntg bagaimana kes perbicaraan itu berjalan dan future planning diorg. tapi i kureng minat tgk cara memey melihat norman, senyum pada norman, berdiri dkt2 dgn norman soalah2 diorg tuh sbnrnye sedang hangat bercinta.


sbnrnya perasaan suka atau tak pada seseorg tak perlu ditanya pada individu berkenaan. mcm artis ni, jwpan diorg mcm biasalah, "no comment" atau "kawan biasa" atau "biarlah rahsia". hek kepala hotak ko! tgk cara ko senyum kt mamat duda tuh pon dh tau. cara ko pandang mamat solo tuh pon dh tau.


tak ada rasa bersalah ke pada diri dia yg dia tuh pencetus keruntuhan rumah tangga org? mentang2 dia cantik dan masih muda atau pon kata lain masih dara sunti, mgkin itu la senjata paling berguna utk memikat mamat duda yg masih tampan dan mantap tu.


oppsss..terlebih over plak i kan. tapi series beb! tak minat la situasi mcm tu. tak minat dgn jawapan diorg tuh kpd wartawan. sekilas ikan di air, dpt aku agak jantan betinanye la..! siap berbaju sedondon gitu mcm baru pas nikah beb.


Dunia oh dunia. agaknya skrg buat salah meruntuhkan masjid org pon dh boleh dianggap perkara kecil. tiada perasaan malu dan insaf dgn apa yg berlaku. come on memey...! dah tau mamat tuh dh kawen, still nk berkwn rapat apsal la ek? fikir2 kan la. kalo sekarang ko meruntuhkan masjid org, mana tau esok2 runtuh pulak masjid yg ko bina atas tanah runtuhan masjid org lain. kesiaaannnnnn...!

note: nih i amik kt u-tube. kalo nk ori u all clik kt sini. (column kanan tepi)


Saturday

BUAL BICARA HATI

Cerita lama yg tetiba teringat dan ingin utk dikongsi bersama:


Dulu masa sekolah, suka antara satu sama lain mmg satu perasaan yg biasa. Org nih admire org itu, dan org itu pulak admire kt org ni. Apa yg ingin dimaksudkan di sini adalah, perasaan halus yg suka dan berminat kpd seorg individu lain yg berlainan jantinanya. Hehhehe..


I sebagai manusia biasa, takkan lari daripada melalui perasaan halus sebegitu. Biasala kan sbb kalo dh terpandang ada mamat hensem kt dpn mata, siapa yg tak luluh jantung hati kan..?

Dulu masa sekolah i ada minat kt seorg mamat ni. Sbb apa yg nmpk dpn mata semuanya baik saja. Semuanya manis dan molek aje. Dia seorg yg boleh dikatakan kacak, tinggi drpd i (of course) dan mempunyai jawatan dlm sekolah tu. Tingkah laku dan tutur bahasanya takde la baik bebenor tapi molek je dipandang mata. Kire manusia yg biasa2 je dan takdelah terlalu special.


Tak tahu kenapa hati ni slalu meronta2 utk meminati dia dari jauh. Tak berani nk berterus terang beb. Malu la takut i syok sdri ke kan. Bila dia lalu dpn mata, i akan amik kesempatan utk mencuri2 pandang segala tingkah laku dan gerak geri badan nya. Kalo dia berbicara, i akan memasang telinga utk mendengar liuk lentuk lidah nyer berkata2.


Secara kebetulan, setiap aktiviti yg dianjurkan oleh pihak sekolah ataupon kelab, kami slalu attend bersama. Ya, mmg kebetulan juga i slalu berada dlm satu kelab atau persatuan dgn dia. Malah kami belajar dlm satu kelas.


Ada suatu hari, kami ramai2 termasuk la dia menyertai satu perkhemahan yg dianjurkan oleh kelab persatuan sekolah kami. Punyela seronok sbb i boleh amik kesempatan utk lbh mengenali diri dia dan ada bnyk masa utk memerhatikan gerak geri dia. Ada satu ketika tu, i terkantoi dgn dia apabila i dok perhatikan dia dari kejauhan. Lalu i tersenyum malu dan melarikan muka i daripada tenungannya.

Semenjak i terkantoi tu, i mula perasan yg dia pula skrg suke memerhatikan i pula dari kejauhan. Malah bile tenungan mata kami bertemu, masing2 tersipu malu dan cuba melarikan wajah. Apabila kami berselisih bahu, masing2 membisu tapi tak lokek mempamirkan senyuman penuh makna. Setiap masa bila ada peluang tentu i akan memerhatikan dan memandang apa yg sedang dilakukan oleh nya. I perasan juga, dia melakukan perkara yg sama.


Dalam lain2 situasi juga perkara yg sama berlaku. Tamat sesi perkhemahan, kami ambil gmbar beramai2 dan dia berdiri di sebelahku. Terketar2 senyum dpn kamera sebab tak pernah berdiri serapat itu dgn mana2 lelaki seumur hidupku. (walaupon jarak berdiri tu boleh seorg lagi berdiri antara kami berdua)


Kemudian, kami ada menyertai pula lawatan yg dianjurkan oleh pihak sekolah juga. Perkara yg sama juga berlaku. Walaupon masing2 tidak pernah berbicara, namun i perasan lirikan dan tenungan matanya tetap pada i. Ada ketika i buat2 tak nampak walaupon i tahu dia sdg memerhatikan i. Kadang terlintas difikiran, adakah dia akan meluahkan perasaannya pada i suatu hari nanti apabila acapkali kami menjalankan aktiviti luar sekolah bersama? Adakah dia akan dtg pada i dan memberitahu bahawa i adalah ilham sanubarinya? I pasti masa itu akan tiba tak lama lagi.

Tak lama slps itu, i dpt sesuatu kebenaran yg i tak sangka berlaku pada diri i. Sbnrnya, kebenaran itu lebih kepada sesuatu yg lawak berlaku dlm hidup i. Nak tau apa dia kawan2..? hheheeh...kite jumpa lagi nnt ok at the next entry. Ok..tata!

Friday

TATA RAZMI...

Hari Selesa baru2 ni kami ramai2 ada buat mkn2 sambil gethering. Tapi bkn itu motif sbnrnya. Sbnrnya, nk buat farewell party kecil2an sempena Razmi nk blk Msia dah. Hilang lagi org Msia kt bumi Duisburg ni.


Bertempat kt Nordsee Essen, kami mkn2 smbil celebrate utk ucapkan slmt tinggal kpd Razmi, student double degree kt UDE jugak.


Ini restoran yg menjual 48% makanan laut dan 52% bkn makanan laut (iaitu terdiri drpd salat, kentang, nasi dan beverages). So, menu hari ini adalah makanan laut la. Goreng ada, panggang ada, rebus ada, mcm2 ada...


Ok la, jom terus tgk gambar ye kwn2. Nk cerita lbh2 gmbr pon boleh tlg ceritakan. Enjoy it..!


tetamu2 yg hadir. semua muka2 biasa yg dtg. maklumla ini ajelah org msia dkt2 dgn kami ni


yg nih malas la nk citer lbh2. tgk je la apa dia buat tu. aduhhh...


yg bertopi sdg berucap tu la Razmi. VVIP of the day. tgk la, menjadi santapan lensa2 camera. hehhehehehe


menu kami.. PLAICE FILLETS FROM THE GRILL WITH POTATOS.


camimi dh kebas bontot dah. syik duduk je kt babychair. so, daddy ajak tgk tingkap. berlagak tol dia dgn mummy dia sbb dpt tgk kt tingkap. amboi!!


so, last2 dh ngantuk. jom la kite balik. kedai pon nk tutup kol 8pm. beransurla kite ek..!

Monday

IKLAN RUMAH SEWA

Iklan ini khas utk Malaysians, Indonesians atau sesape yg berada di bumi German. (eceh..eceh..mcm la ramai bebenor org kt german nih baca blog aku!)

Sila ambil perhatian ye kawan2.

Barang sesiapa mahu menyewa dan tercari2 rumah utk disewa, maka inilah masanya utk anda consider umah kami yg terletak di Sternbuschweg 141, 47057 Duisburg.

  • Kemasukan adalah pada 1 April 2009 nanti. (boleh dibincangkan)
  • Deposit (Kautions) adalah sebanyak 750 euro
  • Bil elektrik dan gas boleh dikira semula dengan Stadtwerke
  • Sewa bulanan 310 euro termasuk bil air
  • Internet Alice 29,90 euro (4000 mbps)
  • Banyak perkakas elektrik, dapur, kelengkapan bilik tidur, ruang tamu dan bilik air ditinggalkan utk penyewa seterusnya (Nachmieter) dan akan dijual secara lump sum (harga boleh dibincangkan)
  • Kemudahan lokasi adalah berdekatan dgn bus stop Kammerstrasse bagi bus no. 933 dan 937. (jalan kaki ke duisbug hbf adalah selama 13 minit)
Segala details mengenai perkakas yg ditinggalkan mahupon lain2 perkara boleh hubungi saya ataupon suami ataupon sila la dtg terus ke umah kami utk perbincangan seterusnya.

Sekian, terima kasih!!

Sunday

HOMEMADE, SELFMADE AND HANDMADE

Kali nih nk byr hutang yg dikenakan oleh Beja. Huhuuhu..sorry la beja, lmbt sgt nk buat tag yg ko bg ni. Al maklumla, segan nyer nk bg tunjuk tag yg ko kenekan ni. hehehehhe


Okla, sbnrnya tag kali ini adalah berkenaan dgn kalender. Yeee... 'kalender' dlm bhs melayu atau 'calender' dlm bhs inggeris dan 'kalander' dlm bhs german. Bunyi sume lbh kurang je. Tapi semua org akan tau apa itu kalender kalo sekali sebut je kan..?


So, rules pertama adalah: Snap picture kalender 2008.

Oleh kerana kalender 2008 i sama je mcm kalender 2009, so i akan tnjuk kalender 2009 je la ek. Lg pon kalender 2008 dah disimpan masuk dlm store daaaa... (dah terlewat nk selongkar)


Rules ke-dua plak: Snap picture kalender 2009

So.. ini la masanya utk i menunjukkan kalender 2009. Sila jgn terkejut atau mentertawakan kalender 2009 i ok... kenapa? kerana ianya adalah 'homemade', 'selfmade' dan 'handmade'. Sila terima kenyataan ok...

Tadaaaaa......

tnjuk sipi2 dulu.. kasi suprise skit. hehehhe..suprise ke..?


ha..ini date yg dh ditanda ok. gune marker biru tuh bkn menandakan dtg period, tetapi... alamak segan nk bg tau sbb melibatkan bnyk hari daaa... ianye sbnrnye menandakan puasa ganti i lor... huhuhuhu. bnyk kn..? Manakala gune pen purple tuh menunjukkan brg2 ebay yg smpai ke umah i. Huhuuh..jgn terperanjat udah le ek..?


so, inilah rupe keseluruhan kalender 2009 i.. tadaaaa... jgn tak tau ok..!


Sbnrnya konsep kalender mcm ini i tiru kalender yg kami pernah dpt free dr HP Compaq pada tahun 2007 (masa awal2 kami kt sini la). Kalender nye simple mcm ni tp ada logo HP and of course lg besar gedabak drpd yg i buat ni. So, leh nmpk dari hari pertama awal tahun hingga la hari terakhir hujung tahun.


Lama2 guna kalender konsep ini baru terasa senangnya sbb semua tarikh2 penting spt appointment, tamat tempoh warranty atau tamat tempoh visa, atau tarikh2 nk ke sesuatu tmpt, atau tarikh period, ganti puasa atau lain2 tarikh penting terbentang luas nmpk semua. Kesimpulannya, bile semua tarikh2 penting nmpk, so tiadalah yg termiss atau terlupa nk buat. Malah dpt persiapkan diri lbh awal utk menharungi tarikh2 tersebut.


Rasanya bile dh blk msia nnt mgkin nk cari kalender sebegitu rupa lagi (itupon kalo ada jual kt msia) sbb dh biasa pakei kalender konsep mcm ni. Konsep 'semua nampak'. Hehehehhe.. Senang lor..!


Sbnrnya leh je beli kalender ni kt kedai buku. Ada je jual. Tapi series mahal beb! Sehelei tuh leh smpai 10 euro. Ada yg diperbuat drpd kertas keras mcm manilakad, dan ada yg mcm transparent siap leh tulis gune whiteboard maker. So, kalo dh leh tulis gune whiteboard marker, sudah tentu tulisan tuh leh dipadam. Huhuu... mahal beb. Tak termampu den. Baik i gune duit tuh g mkn kenyang2. Utk 2 perut pon lepas tau!


So, dh pnjg berjela ckp psl kalender, kite noktah dulu k.. cau cauuuu..!!

BUAT APA HARI SABTU

Setelah sekian lama melalui hari2 Sabtu, baru hari ni kami decided nk lepak2 kt umah. (alasan je tuh!) Yelah, sbnrnye kami tamau termiss utk tggu org hantar brg ke umah. DHL ke, Hermes ke DPD ke atau Deutsche Post. Sbb masih ada brg2 yg kami beli belum smpai. Malas pulak nnt nk kene collect kt ofis diorg kalo deliverer tuh dtg tp kami takder kt umah.


So, hari ni decided nk masak western food la. Sbnrnye dh beberapa kali buat resepi ni especially masa member husband i dtg, aril, dulu. So selang 2 mggu kemudian, kami buat lagi la resepi yg sama ni. Apa dia..? Sila baca smpai hbs dulu, k!


Sbnrnye manala reti nk buat resepi ni. Tapi terkenangkan tekak yg dh lama nk makan, bukak la blog2 yg ada tulis resepi ni. Alhamdulillah, setelah menimba ilmu dgn yg lbh pakar (dgn penulis blog masakan la) maka skrg takda la lagi mengidam. Rasa nk je, terus masuk dapur dan tong tang tong tang sorang2. Tapi takleh selalu ma... sebulan 1-2x leh la.


Ok la. skrg i present kt u all masakan wastern i tu. Sila la meleleh air liur sbb i tgk lagi gmbr ni dh terasa nk mkn la pulak..! Aduhhhh...
















inilah dia Chicken Chop Blackpapper Sternbuschweg. Hehehehe.. Homemade dan selfmade ok. Tiada jual di kedai2 utk dibeli saja. Huhuh...sbnrnye kalo ada jual pon melompat gumbira i sbb tak perlu bersusah payah kt dapur. Cume kene kire halal atau haram je. Heheheh..


Okla kwn2, malas nk citer psl ni bnyk2. Buat lapar la.. dh la memalam buta ni. ish...

Thursday

GUNA JARI PON BELEH

U all tau tak ape benda itu ebay? Rasanye sure dh tau tapi buat2 la tatau ek. Sbb nk kasi story mory skit kt sini. Hehheehe..


Skrg, kami laki bini dh ketagih pada ebay. Ebay nih serupa 'shopping di hujung jari'. Hahhahaha.. Ala..website kt internet yg menawarkan pelbagai brgan dari hujung rambut smpai hujung kaki tu. Tapi kene masuk menender la (bidding). Sapa dpt bid dgn harga plg tinggi dlm masa yg ditetapkan, haaa....barang itu anda yg punya! Tapi itu harga barang saja dong, belom masuk harga penghantarannya.


Kami terlibat dgn ebay ni sbb si aril tu la! Member suami i yg hari tuh tido kt umah ni kejap. Aduhhh.. hbs dia bwk virus tu ke sini. Dgn kami2 skali dok mengadap dpn pc sbb nk bid dan tggu masa tamat. Mau kasi menang lorrr..! Dh koyak dah dompet. Nasib baik gak dia perkenalkan time2 kami dh nk blk Msia. Rasanya kalo dia perkenalkan awal2 kt kami, tentu kami dah jadi papekedane! huhuhuhu..tidak!


Sbnrnye mmg dah lama tau pasal ebay. Org2 kt sini pon bnyk beli brg pakei ebay. Mudah sbb tak perlu kuar umah. everything dpn pc dan hanya guna jari pon boley. hehheheh.. Tapi, sbb sblm nih kami tau kalo nk jadi member ebay kene register dan tggu surat beberapa minggu utk start main ebay. Mcm leceh kan bunyinye! Tapi bile aril tuh dtg, dia kata time dia register, tak perlu surat2 pengesahan dr ebay smpai ke umah. Otomatik terus leh guna. Ha..kan sedap je dgr tuh!


Tapi membeli di ebay nih semua atas risiko sdri. Maknanya, tiada warranty, guarantee, tiada pemulangan wang dan yg sewaktu dgn nya.


Ini hnya satu cth kasut tp bkn kasut i la... Harga adalah 2 euro je, tapi kos penghantarannya (versand) smpai 6.90 euro.


Pengalaman i dlm ebay ni apabila i beli kasut. Segala description tntg kasut iaitu saiz apa, warna, gambar, kulit apa semua diterangkan oleh penjual. (ni brg baru bkn brg terpakai). Tapi bile smpai je kt umah, tgk2 ada kulit babi terlilit kt dlm bhgn atas kasut tu. So, nak tak nak kenela i alter sdri. Dgn baik punye cara, i bukak jahitan yg menjahit kulit babi tersebut utk dibuang. Nasib baik, kulit babi tu hanya mempunyai jahitan atas shj seolah2 hanya tampalan. So, jahitan2 lain tak de la terusik. Terpaksala buat mcm tuh, takkan nk jual plak kt org lain.

Description xder pon tulis ada kulit babi (Schweinleder), cuma tulis Synthetik leder. So, mcm mana... (sorry la blur skit)


Kesimpulannya, kene baca description brgan tersebut betul2 dan kalo ada yg musykil leh bertanya kt penjual nya. Email pon ada tertera. Tapi mcm kes kasut i tu, bkn i tak baca betul, cuma dia tak mention ada kulit babi di samping material sentatik lain. Dia just mention material adalah kulit. Sbb tuh bilamana brg2 lain smpai, 1st thing i akan cek ialah ada kulit babi atau tak.


Kadang2 i akan tnya terus kt penjual tuh ada kulit babi atau tidak. Ckp je la alasan yg kite nih ada elergic pada kulit babi. Hbs cerita. Ada jugak penjual yg tak tau kulit babi tuh mcm mana. Mereka akan ckp samada tiada atau tak pasti. Dah bg diorg semuanya halal dan tiada haram, sbb tuh mereka tak perlu amik tau ada kulit babi atau tak.


Soalan2 biasa yg akan tnya kalo beli brgan terpakai tetapi masih elok (kerana nk bid murah) adalah adakah mereke seisi rmah merokok atau membela binatang peliharaan. Kdg2 penjual ada mention sdri dlm iklan atau description mereka. Kalo takde tuh, kene la menanya spy nnt tidak akan ada org yg menyesal kelak!


So, mcm itu la ceritanya. Sbb ianya menggunakan cara yg mudah dan berkesan, oleh itu bnyk duit telah mengalir ke arah sana. Dari bab cenderamata, smpaila brgan peribadi kami masuk menender. Yg seronoknya kadang2 brg yg kami beli harganya 1 euro je. Tapi kos penghantaran smpai 4-5 euro. Ini berdasarkan kedudukan penjual dan pembeli yg melibatkan kos rendah atau tinggi. Juga saiz dan berat barangan yg kite beli tu. Kami beli bkn utk pemakaian peribadi saja, ada jugak utk keluarga2 nun jauh kt msia. Mcm cenderamata (fridge magnet, mug, gelas kecil2, piring kecil2) berani la nk beli brgan terpakai krn jauh lbh murah dan jarang sgt org nk bid ramai2. Tapi kalo dh melibatkan nk pakai kt anggota badan kene la cari yg baru. Kalo tak ada yg kene gatal2 pulak nnt. Maklumla tiada guarantee dan warranty.


Harga brg murah je 1 euro je, tapi lihat la kos penghantarannya (Versand) melebihi harga brg. huhuuhuu


Tapi yg seronok, kalo sesuatu brgan terpakai kami nk bid tu ada kerosakan spt scratch ke, terbukak logonya ke, dia akan mention siap2 sbb tak boleh menipu pembeli. Ini kerana, pembeli boleh membuat penilaian terhadap brgan yg dibeli, kepantasan penghantaran, keserupaan brangan yg diterima dgn artikel yg ditayangkan, ketiadaan kerosakan (kecuali jika ada mention) dan caj penghantaran pada pihak penjual. Kire mcm votes la. Kalo ramai org suke dgn brg2an penjual tu, maka votes positif akan lbh bnyk. Kata2 ucapan yg baik spt "bagus!", "penghantaran yg cepat spt kereta turbo", "brg yg sesuai dgn saya" dan sebagainya akan direkodkan ke dlm akaun si penjual. Maka dari situ, pembeli2 lain boleh menanamkan kepercayaan kpd penjual setelah melihat segala rekod2 baik si penjual.

ini cth rekod seorg penjual. Setakat ni, bnyk positif (warna hijau tuh) berbanding negatif (merah). Assessment yg bintang2 kuning belah kanan skrin ni, org lain selain drpd dia je yg leh tgk. Itu yg membantu pembeli2 lain utk berurusan dgn dia atau pon tidak.


Begitu jugak dgn si pembeli. Si penjual juga boleh melakukan perkara yg sama iaitu votes tntg kepantasan pembayaran kpd si penjual. Kalo pembeli tu lengah2kan membuat pembayaran (samada transfer duit melalui bank atau guna pay pal) sehingga 2 minggu (tempoh max), maka si penjual berhak meletakkan votes negatif kpd si pembeli. Ini akan mencacatkan rekod pembeli kalo2 penjual lain lihat rekodnya. Nnt sudah tntu penjual2 lain tamau menjual brgan tersebut pd si pembeli tu.

Ha..ini pulak kata2 azimat drpd pembeli kpd penjual. Kata2 yg positif je semua.
(sakit mata.? ok la dh xder gmbr lagi)


Aduhhh..pnjg pulak cerita ni. Tapi yg pasti ebay ni memberi impak yg kurang baik kpd kami. Sbb...? Dh bnyk perabis duit daaahhh!! Tapi, niat kami baik. Nak beli utk family2 kt msia sana jugak. Mana yg termampula. So, skrg ni kami nk mengurangkan xtvt 'kureng' sihat ni. Skrg hnya 2-3 brg je beli. Dan semakin hari semakin kurang. Kotak pon dh penuh kt umah ni. Dah penuh dan perlu dihantar ke store bwh tanah. Tapi bagus beb, sbb nnt kami nk blk msia, tak perlula beli kotak bnyk2 sgt. Sbb dah ada kotak ni haaa.... hhehheheheh.


Btw, terima kasih kerana membaca artikel ini smpai habis. Rasa mmg pnjang betol bercerita. Sampai dh naik kematu dh montot ku ini. Hahhahaha...

Okla kwn2, dah ngantuk. Nk dido. zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz...

Tuesday

CERITERA

sume nye tinggi2 menggalah. slmt kawen dgn si tinggi jugak. kalo tak kene perli beb! hehehehe...

Terpandang gambar ni kt friendster adik i, terus je i grab. Walaupon suasan hari raya dh lama menjauh, tapi sangat sebak mengenangkan sanak saudara berkumpul beramai2 beraya kt rumah parents i sana.


Em..rindu nk blk rumah. Rindu nk masuk bilik pengantin i. Rindu nk main dgn kucing2 i. Rindu nk lepak2 kt taman botani father i. Rindu nk main masak2 kt dapur dgn mother i. Rindu kan semua yg ada di rumah tu!


Nak tau satu cerita pasal kucing i tak..? hehehhehe..


Nama dia Kitty, tapi i biasa panggil boncit. Sbb dia kuat mkn dan slalu perut dia je yg terserlah keboncitannya. Masa tuh dia seekor anak kucing lagi yg baru berusia tak smpai 1 thn. Ada satu hari tuh, kami guna kereta mother i dan tak tahu pon rupenye dia dok melepak kat bwh kete yg ada ruang utk dia lepak2. Bile kt pertengah jalan, kami terperasan bunyi gedebuk. I ingt suami i terlanggar sesuatu. Bile i pandang side mirror, i nmpk kucing kelabu belang2 hitam terhenjut2 berjln. I kata kt suami, kucing tuh mcm kitty la. Tapi tak mungkin itu kitty sbb mcm mana dia leh ada kt situ pulak?


Bile i smpai ofis, mother i call tnya ada nmpk kitty tak? Sbb dh tenghari tak blk2. So, mula la firasat i mengatakan yg kami terlanggar kitty tadi. Mulala memikirkan mgkin kitty dok kt bwh kereta kt tmpt dia slalu lepak. Terus i tak leh buat kerja. Slmt masa tuh half day sbb hari sabtu. Pas suami i amik i dari kerja, sepanjang2 perjlnan pulang tuh i tak hbs2 menangis. "jom cari kitty..jom cari kitty.." Meleleh je air mata i nih ha.


Tapi mmg kami cari kitty kt tmpt bunyi gedebuk tuh. (dari umah i dlm 300m je). Cari seluruh kawasan perumahan dan kedai berhampiran pon xder. Blk umah nangis lagi. Ajak lagi suami i naik pulak motor g cari kitty. Terjerit2 i panggil nama kitty masa tgh cari tu. Serata tmpt kami cari, smpai tertonggeng2 nk tgk bwk kereta penghuni2 sana kot2 dia tertido atau mati terkehel tulang kt situ.


Rasanya dlm 1 minggu jugak kitty hilang. 1 hari pon i tak miss g ronda2 dgn suami i utk cari kitty. Time tgh mlm nk tido sure nangis sakan. Suami i pujuk pon tak boleh. Lagi tersedu sedan i nangis mengenangkan kitty. Kalo hari ujan, lagi la i risau kan kitty. Ntah mcm mana dia berteduh, ntah mcm mana dia mkn, minum, kene serang atau kene mkn dgn anjing liar ke, atau org dh amik bela dia ke...? mcm2 i fikirkan. Sbb tuh asyik nangis. Dtg kerja mata bengkak org ingt i gado dgn suami. Tapi i kata, i tgk cerita sedih tuh nangis. (Tamau la ckp kucing ku hilang! malu lorrr..)


Pada satu hari tuh, suami i nk g kerja dlm kol 4 pagi, tetiba suami i kejutkan i dari bgn tido. Katanya kitty dh blk umah. Suami i nk g kerja tuh pon terbantut sekejap dok tlg menengok kot2 ada yg cedera kt anggota bdn dia. Parents i pon bgn. Sume turun bwh tgk kitty yg dh blk umah. Ada seokor kucing i lagi nama dia bibi, dok tlg jilat2 bdn kitty yg agak kotor dan kusam tu. Tapi kitty takde apa yg cedera pon. Cuma dia kelaparan. Tergesel2 dia kt kaki i. Mungkin dia rindu kt tuannye sbgaimana tuan dia rindukan dia. Nangis mengenangkan semua terjadi dpn mata. Terus aje i peluk2 kitty dan segera bg dia mkn. Siang nnt je i mandikan dia.


Em.. skrg bile mengenangkan tuh semua, betapa i tak boleh kehilangan 'bnda' yg i sayang. Masa awal2 dok german pon i slalu nangis sbb tak da kucing. Kerap i call parents i tnya khabar kucing2 i. Kalo i webcam pon mtk adik i atau parents i tnjukkan kucing2 i.


Tapi skrg setelah beberapa thn berlalu, i sudah biasa tanpa kucing. Kt sini mmg takde kucing ataupon haiwan2 lain berkeliaran. Kalo ada, tentu dh i tangkap kasi bela. Camimi dulu memula i tnjuk gmbr kucing, i soh dia sebut 'Katze' (cat) tapi dia masih belum boleh sebut. Last2 i ajar dia sebut 'meowwwww' terus je bunyikn meowww..


Sampai skrg apa2 binatang yg i ajar bunyinye, camimi dh boleh sebut. Bukak buku gmbr kucing, dia sebut meowww... bukak buku lagi gmbr tiger, dia sebut auuummmm. Gmbr anjing pulak, dia sebut uu..uuuu..uuu... Ada gmbr babi (buku ni doktor bg), dia sebut eyeeekkkkkkk.. hahhaha..sudah tentu ye mengajar dia mana yg haram dan halal. hahahha kelakar pulak!


Okla, sbnrnye spt dh lari drpd tajuk. Mcm mana nk buat, nama pon dh rindukan nk blk msia. Cmnih la jadinya.


Ok la kwn2 jumpa lagi at the next entry. caio..caio..


note: tapi i tak suke gmbr2 kucing yg slalu menyinggah kt fs i tu. excuse meeee...!!

Monday

HARI SABTU LALALALA....

Hari sabtu mcm biasala. Macam sabtu2 sblm ni. Hari jln2 sedunia. Hehehehhe.. Hari lain pon jln2 jugak tapi since dh masuk winter yg sejuk melampau ni, xtvt outdoor terpaksa dikurangkan. Tapi, hari sabtu la kami boleh berjln2 ber3. Cik abe takde nk ke uni, so leh la bwk kami pusing2. heheheh


Tapi sabtu baru lepas ni, ada misi perlu dilaksanakan. Since my mum ada pesan beberapa brg utk dibawa pulang ke msia nnt, so kami ber3 perlu mengharungi kesejukan di luar sana utk dapatkan brg2 yg mother i pesan. Mcm biasala, mtk belikan handbag la, beg telekung la, alas meja la.. mcm2 la lg.


So, sblm jlnkan misi tuh, kenela isi perut dulu. Oleh kerana hari sabtu tukang masak bercuti, so kami menyental subway lunch tu. Konsep subway cam biasa. Sandwiches and salats. Yummmm...sedap!


Pastuh, jln2 , ronda2, cuci2 mata, dh selesai misi barula kami pulang ke umah nk taruk brg2 tuh sume. Sbb pastuh nk berangkat ke umah kak ja plak. Ajak minum2 petang kt umah kak ja.


Tapi mcm biasala, kak ja slalu kata minum petang. Tapi bkn setakat minum petang, dh sekali makan malam. Menu...? Wah..sgt sedaaaaaappp!! Walaupon 1st time rasa menu ni seumur hidup, tapi mmg sgt jatuh cinta dgn masakan kak ja tu. Apa dia..? jom kite tgk gmbr. (Dan mcm biasa, lupe nk amik gmbr menu sblm mkn. Sbb bile mknan dh ada dpn mata, apa lagi la. kasi bedal laaa...! mana ingat nk amik gmbr)


taraaaaaa.. ini la dia laksa sarawak! sedap beb! i baru 1st time mkn dh rasa mcm nk soh kat ja wat lagi (bile la kak ja nk buat lagi? saya xreti buat la..) hehehhe..


sedap ke abg ooiii..? we all memula mkn petang je. smpai ke mlm bedal laksa sarawak kak ja. sedap tak leh berenti la..! hahahhaa...



ok..ok.. sampai laksa tuh hbs kami 2 keluarga makan. so, time nk blk la. hari dh lama gelap ni. xreti2 nk blk ke..?


actually kak nadia n family dtg umah kak ja nk hantar barang yg dipinjam, so alang2 jemput kami jugak beramai2 minum petang menikmati laksa sarawak. em..blk msia jawabnye nk carik laksa sarawak la kalo kak ja dh tak buat.. hehheheh..


these a few fotos yg i smpt snap masa kami berjln kaki blk ke umah (kes tertinggal bas la nih!).


sbnrnye dh seminggu lbh lamanya snow turun. tapi kt kete org nih still ada snow yg tak diusik. nmpk sgt tuan empunya kete ni tak guna kereta semenjak seminggu lbh ni!


tebalkan snow nyer..?


suasana sunyi dan sepi je nmpk. padahal baru kol 9 lbh. mcm nih la kt sini especially time winter. org sume nk dok kt umah je.. mmg tak happening lgsg mcm kt msia!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...