Advertisement

Jom follow follow i, then i follow follow u

Friday

BE CAREFUL. SOMETHING HAPPENED!

Salam kawan-kawan,

Selalunya sebelum raya, ramai orang suka mengingatkan antara satu sama lain tentang keselamatan apabila berada di jalan raya. Tak juga, tentang amalan pemakanan semasa beraya. Namun, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengingatkan pembaca-pembaca blog ini semua tentang satu perkara yang benar-benar terjadi. Ini bukan kisah rekaan, tetapi ianya telah benar-benar berlaku baru-baru ini. Jadi ambil la iktibar bersama...

Oh, maaf.. saya tersangat malas nak translate. Hehe..



Any cheque banked in into your account need a few days to transact. Although the amount appears in your account, but it's still pending for transaction, the person issuing the cheque can cancel the cheque at any time! A few days ago, one of my friends received a sms with the message:   "You've strike 1st prize with a prize money of RM200,000 cash."  The sms came with a contact no.  My friend ignored it since he had heard of too many bogus scams using similar tactics.   

After a short while his handphone rang, a Miss Fang asked: "Sir have you received a sms telling you that you've strike 1st prize?" My friend answered: "Yes, I have" Miss Fang: "Please let us have your bank account number so that we can deposit the money into your account." My friend thought, why not, let's see what you can do. My friend has a buddy who works in that bank. Hence, he gave her his account number. Ten minutes later, my friend's handphone started ringing again.   Miss Fang said: "Sir, we have deposited your prize money into your account,   please check and verify."   

My friend checked using his handphone and found that RM 200,000 was really deposited into his account. He was euphoric, just like that and he's RM 200,000 richer!  30 minutes later, Miss Fang called again.  She was crying: "I'm sorry sir, I made a mistake, I forgot to deduct the tax before I deposited the prize money, 20% of RM 200,000 equals to RM40,000. Now the company wants me to reimburse the  money. Can you please return the RM 40,000 tax? I beg you." My friend thought for a while and felt pity for the lady. 

Thinking of the money in his bank account, he went to the bank. Suddenly he thought of his buddy working in that bank and decided to ask his buddy to double check and confirm with him first. Upon checking, his buddy found out that the money was deposited using a cheque of a different bank.  Even though the cheque was deposited but the actual amount of money can't be transfered into his account on the same day. 

If the other party decided to cancel the cheque, then he'll not get this RM 200,000. My friend was shocked. He almost lost RM 40,000. Before my friend left for home on that day, the cheque was actually cancelled. If not for his buddy, if not for him being a professional, or if he was cared of letting others know of striking the prize then this bogus scam  would be successful. This is a true story, please beware. Future scams could be even better planned.  Please don't forget to forward to your friends and relatives to warn them from being cheated.

Tuesday

PERNAH DENGAR INI TAK?

Orang kata, kalau kita tak suka seseorang buat macam itu, kita jangan mulakannya dulu. Nanti dia terikut-ikut tindak-tanduk kita sendiri.

Teringat suatu ketika dulu, aku main panjat-panjat tembok kat sebuah surau. Aku kecil lagi masa tu. Baru darjah 5 or 6. Aku nak panjat tembok tu sebab aku nak duduk kat atasnya. Muat lagi la montot kecil aku lagi masa tu. Panjat, duduk, turun. Panjat, duduk, turun. Nampak pula adik aku yang kecil lagi. Beza umur kami adalah 4 tahun. Dia pun terikut-ikut nak panjat juga. Tapi dia kecil lagi kan... Jadi, aku takut dia terjatuh. Terus aku cakap jangan panjat-panjat, nanti jatuh berdarah. Siapa yang susah?

Tapi, adik aku tu tetap nak panjat juga sebab aku pun panjat dan sedang duduk goyang kaki atas tembok surau tu. Lantas ada seorang pakcik yang duduk atas kerusi batu tak jauh dari situ terus menegur aku. Dia kata, "kalau kakak tak kasi adik panjat, kakak jangan panjat-panjat la.."

Pakcik tua tu lembut je percakapannya tapi betul-betul meresap ke dalam jiwa aku. Terus aku menjauhkan diri dari tembok tu sebab muka terasa merah membahang. Malu ditegur begitu. Adik aku tengok aku dah tak panjat, dia pun menjauh dari tembok batu surau tersebut.

Apa yang aku nak perkatakan di sini, memang ramai manusia tak suka orang lain buat apa yang boleh membahayakan diri atau memburukkan keadaan tapi diri sendiri tak pergi cermin diri terlebih dahulu. Orang kata, salah orang lain kita nampak. Salah sendiri buat-buat tak nampak. Yelah, takda orang carry cermin 24 hours sekeliling dia untuk dia mencerminkan diri dak?

Kalau kita nak orang hargai apa yang kita berikan, kita pun kena belajar hargai apa orang lain berikan pada kita. Kalau kita nak orang sayangi diri kita, kita pun kena la belajar menyanyangi orang lain seadanya. Kalau kita nak orang hormati diri dan pendirian kita, kita pun kena belajar buat perkara yang sama.

Kalau kita tak nak orang mention-mention apa yang dia berikan barang pada kita, kita jangan mention-mention depan khalayak orang ramai tentang apa saja barang yang kita belikan untuk dia. Kalau kita nak orang happy apa benda sekalipun barang yang kita hadiahkan untuk dia, kita sendiri jangan buat muka masam bila dia hadiahkan apa saja barang untuk kita walaupun bukan idaman kita.

Dalam keadaan dan persekitaran macam mana pun, manusia lebih suka melakukan perkara apa yang dia suka tapi dia tak mahu orang lain terikut-ikutnya. Contohnya, kalau kita tak suka orang lain suka suki ambil cuti tanpa sebab, kita jangan suka suki nak memonteng dan mengular saja. Kalau kita tak suka orang lain shopping time office hour, kita pun jangan seronok nak buat perkara yang sama. Kalau kita tak suka orang yang baru pulang bercuti masuk kerja buat muka blur, kita jangan nak suka suki perli-perli dan kondem dia. Kalau kita pantang betul orang lain masuk kerja lambat, balik nak cepat aje, kita jangan nak seronok buat ofis ni macam mak bapak kita yang punya. Kalau kita memang benci dan menyampah kalau ada orang perasan yang dia adalah seorang boss, jadi kita pun jangan sibuk nak jadi bossy. Udah-udah la tu...

Jadi, nak buat sesuatu fikirkan la dahulu. Jangan suka menegur orang kalau diri sendiri pun tak betul. Ibarat ketam yang mengajar anaknya berjalan lurus. Takde ketam pun yang berjalan lurus, sebab kaki tak berbedung!

Monday

SINGING WHILE SWINGING

Salam Hari Isnin..

Oh, saya pon monday blues daaa.. Ok, relax kejap untuk menatap sijantung hati ni. Sweet je budak kecil ni sambil naik buaian sambil menyanyi..

Kalau naik buaian mesti letak si bear kesayangan kat buaian sebelah lagi


 Pastuh tanpa segan-silu, suruh daddy dia buaikan si bear nya. Dia sibuk nak buaikan diri sendiri sambil menyanyi-nyanyi



Kalau tak tolong buaikan, dia kata nanti bear dia nangis. Huh! ingat bear dia cewek macam diri dia ker?

Sambil buai, sambil nyanyi lagu haper ntah yang ada kat dalam Barney and Friends tu..

A tisket, a tasket,
a green and yellow basket
i wrote a letter to my friend
and on the way i lost it
i lost it.. i lost it..
and on the way i lost it
i wrote a letter to my friend
and on the way i lost it...

Walaupon keluar pelat English dia, tapi aku dah siap hafal sebab dia dok sibuk nyanyi je!

Friday

JOM KITA CONTOHI DIET RASULULLAH...

Dalam Islam, Allah telah memilih Rasulullah SAW untuk menjadi model peranan kepada seluruh alam sejagat. Baginda juga turut membawa perkara yang boleh disifatkan sebagai penyempurna akhlak manusia (makarimal akhlak). Di antara perbuatan Rasulullah yang perlu diikuti dan hayati bersama adalah dari aspek etika diet Rasulullah ataupun tatacara pemakanan sihat Rasulullah SAW.

Sebelum ni memang aku cuba sedia upaya untuk mengikut apa yang diteladani oleh Rasulullah s.a.w tapi kadang-kadang terbabas, tergolek dork juga. Yelah, kita manusia, nafsu penuh beraja. Nampak makanan banyak atas meja makan atau meja buffet terus terlupa apa yang disarankan.

Orang macam aku ni memang wajib berdiet. Sorry la to kawan-kawan yang loya dengan apa yang aku cakap ni. Aku pun macam manusia lain juga. Makan adalah hobi paling menikmatkan selain daripada tidur. Kalau pergi mana-mana, kalau tak makan mesti tak sah. Kalau boleh setiap hari mahu ambil nasi. Nasi kan makanan ruji. Sedap dan mengenyangkan pula tu. Dapat pula lauk campur yang pelbagai. Owh, Malaysia is a heaven of food! Dari kecil kita dah diajar makan nasi. So, takkan dah besar begini nak tolak nasi kan? Cuma sesekali mau juga tukar selera tamau makan nasi. 

Tapi, tuh la..nasi banyak kalorie. Satu pinggan nasi atau bersamaan 1 cup nasi mempunyai 260.16 kalorie. Itu belum campur ayam, daging, ikan, sayur-sayuran, air bergula. Adoi... ok sila muntah sekarang sebab aku memang suka cakap pasal kalorie. Tapi jangan pula fikir badan aku dah kurus melengking sebab dok kira bilangan kalorie seharian. Aku pun macam orang lain juga. Kira kalorie tu kira juga cuma untuk info tapi hakikatnya kadang-kadang terbabas juga. Sental lauk bagai nak rak especially nak period. Fuhhh... nafsu makan bermaharajalela..

Ok la, straight to the point. Mari kita tengok apa diet yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w kita yang patut dicontohi. Yelah, ada yang dah pernah dapat info ni but apa salahnya kita share sekali lagi bersama-sama sebagai memperingati antara satu sama lain kan...




Rasulullah tidak minum susu sewaktu baginda memakan daging. Kalau kita makan serentak, tubuh kita akan keliru untuk memproses mana satu yang dahulu. Untuk menghadamkan susu, usus kita kena keluarkan asid hidroklorik yang kuat, tetapi asid ini akan memusnahkan daging. Tetapi kalau usus kita keluarkan asid yang lemah untuk menghadamkan daging, susu yang ada tidak dapat diproses dan terpaksa menunggu lama, dan  hal ini akan menjadikan susu menjadi tapai dan bertoksik untuk badan kita. Jadi memang tidak elok untuk badan kita.

Rasulullah tidak minum susu sewaktu baginda memakan ayam.

Rasulullah tidak minum susu sewaktu baginda menjamah ikan.

Nabi Muhammad SAW pernah melarang para sahabat dan umat manusia daripada makan ikan bersama susu kerana ia akan menyebabkan si pemakan mudah untuk mendapat penyakit. Berikutan perkara sedemikian, para ilmuan nutrisi telah membuat kajian dan menemukan keputusan bahawa dalam makanan darat mempunyai ion+(Positive Ions) sedangkan dalam makanan laut mempunyai ion-(Negative Ions), jika kedua-dua jenis makanan ini bercampur maka akan terjadinya tindakbalas biokimia (Biochemical reactions) yang aktif dalam tubuh sekaligus mampu menyebabkan perut dan usus rosak.

Rasulullah tidak makan daging bersama ikan.

Rasulullah tidak makan ikan bersama telur.

Rasulullah tidak makan ikan bersama daun salad.

Rasulullah melarang meminum susu bersama cuka.


Sedari dulu perut aku ni memang tak boleh makan makanan darat yang bercampur dengan makanan laut. Percayalah, nanti aku akan menjadi 'teman setia' kepada encik tandas!



Tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh makan sesuka hati kita saja. Inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit antaranya penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain-lain penyakit. Berikut merupakan beberapa etika pemakanan Rasulullah adalah seperti...




Rasulullah tidak memakan buah-buahan selepas memakan gandum, roti atau makanan berat sebaliknya Rasulullah memakan buah-buahan sebelum makan makanan berat, gandum atau roti.

Rasulullah melarang manusia untuk meninggalkan makan malam. Barangsiapa yang meninggalkan makan malamnya dia akan dimamah usia (kekurangan nutrisi menambah risiko penuaan) dan tahap kolestrol dalam darah dan badannya akan berganda.

Dalam Al-Quran ada melarang manusia untuk makan makanan darat bercampur makanan laut misalnya seseorang yang memakan nasi berlaukkan sup daging lembu maka ia tidak digalakkan untuk mencampuri makanan tersebut dengan makanan laut misalnya udang, ikan dan sotong. Walau bagaimanapun, bercampuran makanan ini (antara makanan darat dan makanan laut) tidaklah boleh dianggap haram apabila dimakan bersama cuma ia mungkin membahayakan kesihatan.

Nabi melarang manusia makan dengan banyak dan melampau. Sebaliknya manusia itu hanya perlu makan ketika ia lapar dan berhenti sebelum ia kenyang. Makan hanya cukup sekadar untuk menghilangkan lapar. Jika mahu makan lebih: sediakan 1/3 untuk makanan, 1/3 untuk cecair/air, 1/3 untuk udara/bernafas. 



Entry ni secara tak langsung mengingatkan aku supaya sentiasa berhemah dalam memilih makanan. Tak boleh main hentam saja. Yelah, tambah lagi sekarang buffet Ramadhan sana sini. Tak lama lagi pula jamuan hari raya tak sudah-sudah. Macam-macam makanan depan mata mesti siapa pun tergugat kan? Tambah lagi food lover macam aku ni.. okehh!

Tuesday

DAH SEPARUH BULAN

Salam Ramadhan kawan-kawan..

Hari ni adalah hari ke-16 kita berpuasa. Satu entry pasal menu berbuka puasa pon aku tak pernah buat. Memang takda ambil gambar pun. Kenapa ye? Agaknya nak ambil gambar pon tak larat kot...? ;p


Sebenarnya takda idea nak mengarang ayat buat entry baru. Kenapa tetiba idea hilang entah ke mana. Aku cuba panggil tapi dia tak mahu datang-datang juga. Maka, jadila entry merepek macam ni.


Menu berbuka puasa hari-hari aku beli kat bazar Ramadhan. Dalam weekdays, baru sekali je berbuka kat luar iaitu restoran kolam ikan dekat dengan rumah aku. Hari Sabtu, Ahad pula berbuka kat rumah parents. Sometimes masak sama-sama, sometimes beli juga then buka kat rumah. Sometimes makan ramai-ramai kat luar. Seperti tahun-tahun yang lepas, mesti ada satu hari tu kami peruntukan untuk berbuka ramai-ramai satu keluarga kat luar. Jadi, tahun ni acara kemuncak itu adalah bertempat di SACC Convention Centre. 


Gambar berbuka kat SACC Convention Centre nanti-nanti la aku upload. Takde idea nak karang ayat.


Buat masa ni belum shopping raya lagi. Asal Sabtu Ahad je buat kuih, buat kek coklat, buat muffin. Sometimes buat kat rumah parents aku, sometimes buat kat rumah sendiri. Mana yang nak guna ruang besar, sudah tentu rumah parents aku jadi mangsa. Rumah aku kan sekangkang kera je.. Manakala husband pula sibuk nak kena pasang lampu dan kipas baru kat rumah parents aku. Menantu lelaki sorang ni je yang reti bab wiring. Save sikit duit, tak payah upah orang lain buat kan..


Jadi, plan nak shopping raya adalah minggu ke-3 ni la.. InsyaAllah.. Since duit bonus kerajaan dah masuk kan. Sangat gembira sebab tak jadi guna duit sendiri, dah ada 'orang lain' hulur buat belanja raya. Yeay! Itulah, rezeki kita bukan kita yang tentukan. Tapi Al-Khaliq yang menentukan segalanya. Jadi sentiasalah bersangka baik untuk sebarang perkara yang berlaku sekali pun...


Dalam bulan Ramadhan ni banyak perkara yang tak sangka berlaku sebenarnya. Kalau dulu ada barang yang aku rasa hesitate je nak dapatkan, tapi aku betul-betul perlukan. Rupanya aku telah ditakdirkan dapat dalam bulan yang mulia ni. Ibarat mendung di tengah hari, rupa-rupanya pelangi di kemudian nanti..


Eh, eh.. sudah-sudah. Takde idea nak karang pun tapi macam panjang pula entry ni. 


Note: Al-fatihah buat si adik kecil (umur mungkin 3-4 tahun) jiran sebelah rumah abang aku yang telah kembali ke rahmatullah. Bulan Ramadhan, bulan yang mulia tambahan pula baru berumur sebegitu. Maka, ke syurgalah tempatnya. Tentu sekali arwah sudah nampak arah tujunya semasa sakratulmaut.. bahagianya dia.. Wallahualam..

Friday

TAMAT SUDAH 5 EPISOD LAKSAMANA SUNAN

Ada 5 novel siri kesinambunangan Bagaikan Puteri setakat ini. Tajuk-tajuk novel berikutnya adalah Cinta Sang Ratu, Hijab Sang Pencinta, Cinta Sufi dan yang terakhir sekali adalah Sutera Bidadari. Aku rasa kena tunggu setahun lagi kot baru ada novel sambungannya. Sebab aku rasa novel ke-5 Laksamana Sunan ni takda ending lagi. Aduhai... sedih aku nak baca sambungannya sebab aku kesian tengok Laksamana Sunan hidupnya tak sudah-sudah dengan cabaran dan halangan.

Oleh itu, aku teringin nak bagi idea pada Ramlee Awang Murshid, si penulis novel-novel thriller ni supaya adaptasi sikit kisah pencintaan dia dengan Ratna, si isterinya lebih lama sikit boleh? Kesian aku nengok Laksamana Sunan selalu berduka, tiada orang tersayang di sisi sebagai pelengkap hidup di dunia. Tanpa peneman hidup, tiada tempat untuk mencurahkan kasih sayang dan tiada tempat melepaskan rindu. Sunyi nya hidup Laksamana Sunan sebenarnya. Tapi dia tak sudah-sudah membanteras kejahatan. Tak sudah-sudah dunia kegelapan mengikut saja ke mana dia pergi. Tiada kehidupan yang aman kah untuk jejaka tampan dari Tanah Rencong itu? Tiada sinar bahagiakan bagi lelaki bertanduk dua itu?

Kuatnya perasaan cintanya kepada pencipta semesta alam nan satu. Sesudah isterinya, Ratna mati di tangan ibu pengasuhnya sendiri, tiada wanita lainkah yang bisa menawan hati pahlawan nusantera yang tiada tandingannya itu? Mengapa terlalu kuat cinta kau pada Si Ratu? Apa kurangnya Maryam? Dia sentiasa di sisi kau ke mana saja kau pergi demi menyahkan kejahatan dunia hitam di atas bumi ini. Apa kurangnya Luna? Dia juga wanita cuma berlainan bangsa yang mana dia bukanlah dikalangan manusia.

Walau segagah mana pun kau berdiri di antara musuh-musuh kau, walau sekuat mana pun kudrat kau melawan syaitan dan iblis, namun kau tetap gugup apabila berhadapan dengan 2 wanita yang mengasihi kau iaitu Luna dan Maryam. Tiada kata putus yang kau berikan apabila kedua-dua wanita itu meluahkan perasaan mereka kepada kau. Kerana cinta kau hanya pada Allah yang satu, dan hati kau hanya pada si isteri yang sudah pergi dahulu.

Namun, kelima-lima novel Laksamana Sunan ini bukan saja kaya dengan gaya bahasa klasiknya yang bercampur dengan moden, malah lebih mendekatkan diri pembaca kepada Allah, Tuhan sekalian alam. Terhimpun pelbagai doa-doa dalam kehidupan seharian yang mencakupi doa pelindung dari syaitan dan iblis. Doa menghindar diri dari khurafat. Doa usaha dan tawakal kepada nan satu. Doa ketika mengharungi kesusahan. Doa tatkala dalam musibah. Doa di kala ketiadaan kudrat dan tenaga. Dan segala macam doa yang sesuai diamalkan dalam kehidupan seharian kita.

Walaupun ianya hanyalah jalan penceritaan sahaja, namun bagi aku penulis benar-benar berjaya mengolah watak dan cerita agar memberi kesan kepada sesiapa pun yang membacanya.

Ending novel ke-5 Laksamana Sunan ini telah membuatkan aku membaca berkali-kali sebab masih tak ketemu ending yang benar-benar memuaskan hati aku. Dan aku tahu juga mungkin kena tunggu agak lama baru wujudnya kesinambungannya. Maka terindu-rindula aku dengan watak jejaka kacak dari Tanah Rencong ini. 

Jadi, esok-esok aku akan start baca novel baru yang tiada kena mengena lagi dengan Laksamana Sunan. Aku dah siap order dengan kawan yang punya kawan yang bekerja kat dalam Karangkraf sana. Dah tak mahu order melalui online. Mahal dan tak efisyen... 

Jadi, selamat tinggal Laksamana Sunan buat sementara waktu ini. Aku masih berharap semoga novel sambungannya akan berada di pasaran tak sampai setahun nanti. Amin...


Note: Korang jangan muntah. Aku memang menghayati betul cerita epik thriller ni ;p

Thursday

SI BEAR WAKTU BULAN RAMADHAN

Camimi memang gemar dress up something to her bear. Dulu, dia pakaikan safety helmet pada bear dia. Lepas tu, dia ada pakaikan pampers pada bearnya. Sekarang dia pakaikan tudung dan seluar panjang (padahal legging dia) pada bear kesayangannya.


Alasannya, dia kata bulan puasa kan kena tutup aurat :) 
Hai, cakap pasal aurat pula. Tahu ke aurat tu apa, Camimi?



Ok, lihat la muka saya dan bau saya yang masham tak mandi lagi. Huhuhuhu..

Wednesday

MOOD FOR BAKING AND STEAMING

Ini minggu ke-2 dah mood baking dan steaming aku melonjak-lonjak naik. Apa kena entah! Aku pon tatau.. Tapi sementara mood nak buat kerja-kerja ni masih ada, jadi aku usahakan la sesuatu supaya mendatangkan hasil untuk semua pihak :)

Minggu lepas aku cuba resepi muffin coklat. Caranya hanya steaming aje. Aku ambil dari Hanieliza Fotopages (rujuk column kanan bahagian dapur). Lepas tu cuba moist choc. cake. Juga steaming juga. Senang rupanya nak steaming ni sebab sekejap aje dah siap. Hehehe... Buat-buat pastu bagi orang rasa. Sendiri makan sikit, rasa sikit. Tak terasa anak tekak ni nak makan benda tu semua setelah rasa berpuas hati atas repsond yang orang lain berikan.

Tapi minggu ni, aku buat muffin vanilla ala-ala Kenny Roger's gitu. Caranya dengan mem-baking. Cuma moist choc. cake aku masih buat secara steaming. 

Choc. moist cake ni aku steam je.. Tapi merekah pula atas dia.. :(

Selalu aku buat 1 tupperware saiz biasa je 22cm x 22cm kot. So, potong kecil-kecil masuk dalam bekas seperti di atas. Then sedekah la pada sesiapa yang nak rasa. 

Muffin vanilla ni aku bake. Satu adunan boleh dapat 30 cups. Camimi makan 2 cups, the rest...? The rest aku masuk bekas dan hantar ke school Camimi hari Isnin lepas..


Children love colorful!


Icingnya aku pakai shortening dan sedikit air tanpa susu segar. So, tahan lama dan tak perlu nak terperuk dalam fridge aje. Icing pon tak cepat cair. Cuma yelah, aku kan tangan tak berapa nak bedung. Jadi comot la icing tu aku tenyeh.


Lepas makan muffin tu, dia bantai kuih tart pula. Kuih tart ni mak uda aku yang usahakan. Dia ada pengusahaan kuih tart. Cuma tak sempat nak promote kat kawan-kawan sebab dah tutup. Order untuk raya banyak sangat sampai tak menang tangan. Lepas raya buka semula. Kuih tart kan glamour sepanjang masa, tak semestinya untuk raya saja.

Tok uda dia tapaukan kuih tart bawa balik rumah.. yeay! 



 Aku suka kuih tart, Camimi pon ikut suka. Orang pergi tolong buat kuih tart, dia pergi tolong rasa. Hahahaha

Tuesday

SALES DI KLIA


On the way nak tunggu kat luar balai ketibaan antarabangsa KLIA, kita akan melalui jalan travelator ni. Kalau semua orang perasan, ada mini market di sebelah kiri yang hidup segan mati tak mahu...

Itu dulu, sekarang mini market tu dah tutup. Buka pula kedai baju kanak-kanak. Ada juga untuk dewasa sikit, tapi lebih banyak untuk kanak-kanak. 

Semua murah-murah tau! Rugi la tak grab. Camimi dah la belum shopping untuk raya lagi ni. Cadangnya pertengahan bulan nanti baru nak shopping raya. Sekarang fikir nak puasa dulu dan buat kuih raya. Hehehehe..

Ala, setakat nak beli baju-baju dok pakai kat rumah apa salahnya kan? hehehhe :)


Kiri kedai baju, kanan travelator (macam escalator tp landai)


 arah belakang









Tapi, aku rasa kedai ni baru buka kot. Ramai yang tak tahu lagi. Sebab rata-rata yang datang bunyi macam ni "eh...eh...eh... aku nak tengok jual apa tu..?" People come, choose, pay and go. Nasib baik tak ramai yang datang serbu lagi.

Untuk Camimi, aku just beli seluar panjang dan t-shirt je. Sebab seluar yang nak pakai kat rumah dan persalinan di sekolah dah senteng. T-shirt pula cuma menambah koleksi yang ada. Dress yang bergantungan kat kedai tu aku tak berkenan. Hehehe... Takpe, shopping untuk raya masih banyak lagi.

So, sesiapa yang ada nak ke KLIA, boleh la usha-usha kat kedai ni. Barang murah terasa rugi pula tak grab. hehehe...


Monday

PULANG BERCUTI PUASA DAN RAYA

Yeayyy!! 

Sabtu lepas kami ramai-ramai ambil adik bongsu aku yang belajar kat Jepun pulang bercuti untuk berpuasa dan akan berhari raya bersama-sama di sini.

Kiranya setahun lebih la tak berjumpa. Hanya telefon, facebook, Skype dan YM yang mendekatkan hubungan kami.

Jadi, sudah tentulah rindu tak keruan pada adik sendiri :)


Touch down pukul 4.30pm hari Sabtu lepas. Tapi, pukul 5.15pm baru nampak kelibat dia keluar dari balai ketibaan. Lamanya menunggu.. Sementara menunggu tu, maka airport ni bak playground la pada mana-mana anak kecil sekalipun...


 Pakai selipar aje? Ish..ish..ish...



 Relax la.. pelancong mat salleh yang datang bawa beg berbondong-bondong semua pakai selipar nipis-nipis aje ;p



 Tokanda yang rajin layan.. aku yang dok terngintai-intai kat balai ketibaan tu


 Anak patung lembu yang dok ditimang-timang tu la yang dibaling-balingnya sampai terjatuh-jatuh atas lantai



 Main selagi uncle Hanif dia tak sampai-sampai!


Sabar... sabar menunggu.. Tak muncul-muncul kelibatnya. Takkan nyempat nak shopping kat dalam tu?


 Gambar ni semua Camimi yang suruh ambil.. Pastuh dia sendiri yang buat memek muka. 



 Ok, dah penat..








Pastuh, pukul 5.15pm keluarla adik aku ni sambil tersengeh-sengeh...

Nampak je adik aku ni dengan beg-beg dia, maka terburaila ketawa kami. Tengokla.. nak gelak tak?


 Beg polka dot dengan baju dia sama la....! Sungguh ku tak sangka dia berpakaian gitu

  
Oh, adik aku ni semakin kurus la.. Dok kat perantauan makan hati berulam jantung ker??

So happy adik aku dah sampai Malaysia dengan selamatnya... :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...