Kalau korang perasan, dari aku duduk kat Germany dulu aku dok cerita pasal aku suka makan kat restoran Subway. Tapi, kena order menu Tuna dan Vegeterian aje la. Lain-lain menu of course ke-halal-annya diragui...
Balik Malaysia, sumpah aku tatau kat mana aku nak jumpa Subway. Tapi aku pernah dengar orang kata ada je Suway kat Malaysia ni. Kalau pun Subway kat Malaysia telah wujud sebelum keberangkatan aku ke bumi Jerman, namun aku tak pernah sentuh pun malah jejak kaki ke restoran Subway.
Korang tahu la, Malaysia ni bak kata 'heaven of food'. So, masa dulu mana aku nak pandang restoran yang menghidangkan roti panjang yang ada sedikit kepingan daging yang ditaburi sayur-sayuran..? Oh, heaven lagi kalau makan Nandos ka, Kenny Rogers ka, Chillis ka.. ;p
But, since balik dari Germany, memang Subway salah satu restoran yang aku nak kunjungi dalam sebulan tu. (tapi idaklah setiap hari. gile bankrap!). Sekarang ni, dah ada 2 kedai Subway yang berdekatan dengan ofis aku. Satu tu kat Seksyen 9, Shah Alam. Memang dah lama sikit buka. Yang lagi satu kat Giant Stadium Seksyen 13, Shah Alam. Itu baru je a few months ago buka.
Copy paste from google
Sekarang ni ada promotion hingga akhir tahun ni saja. Kalau guna kupon, beli satu 6 inch dapat percuma lagi satu 6 inch. Kalau tak pakai kupon, korang kena tengok jadual menu dia. Lain hari, lain menu dia offer dengan harga yang murah. Contohnya hari Rabu, Subway offer meatball Marinara pada harga yang lebih rendah daripada biasa. Malah hari Isnin hari tu, menu Italian BMT ditawarkan harga rendah. Fuh.. sedapnye. Dah 2 hari berturut-turut aku tapau Subway balik rumah lepas habis kerja.
Copy paste from google
Tang sayur-sayuran tu yang aku tak tahan. Kalau kat Germany, dia tanya nak sayur apa? Aku just cakap 'alles' maknanya semua! Memang la aku suka makan sayur. Jadi, semua sayur-sayuran yang ada kat Subway tu aku suruh dia letak kat celah roti. Wah.. heaven! Tak yah pilih-pilih. Semua aku bedal! Dan kebiasaannya, sos yang aku suka pilih adalah mayo, thousand island, mustard dan chili. Kat Germany semua sos tu ada, cuma takde cili. So, tak berapa nak heaven la! ;p
Copy paste from google
Balik Malaysia, semua menu yang ada kat Subway aku cuba. Langsung aku tak sentuh Tuna. Sebab dah bosan makan Subway Tuna since kat sana lagi. So, balik sini nak tour the menu la. Semua menu aku nak rasa. Rugi beb tak rasa semua. Ya, memang kesemuanya sedap-sedap belaka. Oh, Malaysia. Kau memang la 'heaven of food'. Tambah lagi aku ni pencinta makanan. Perempuan kan.. sendiri mau ingatla kalau sebut pasal makanan.. :)
Note: Kelmarin denda suami belanja Subway sebab dia lambat ambil aku dari tempat kerja. Dah la paginya tu ayahanda yang menghantar, balik kerja dia nak skip plak yea...?
3 comments:
hohoho..sangat tempting tau. frankly speaking ly tak pernah try subway ni. harus dicoba jugaklah
ly, i berani kerat KUKU la kalau u kata tak sedap! hehehhe...
aku plak masa tgu zaki amik dari balik keje, mmg ada subway dlm tune hotel tu.. kejap2 kang menapau. tapi hari2 idok la .. mahal skit la. aku selalu amik tuna jek. yg lain tak reti makan. hehe..
Post a Comment