Advertisement

Jom follow follow i, then i follow follow u

Wednesday

EMPIRE SHOPPING MALL MELETUP

Salam, tergempar beb!


Ni aku cari dalam internet gambar-gambar berkenaan tajuk di atas. Jom tengok!














SUBANG JAYA: Four people were injured while more than 300 people rescued and evacuated when an explosion occurred at the lower ground floor of the Empire Gallery shopping mall in Subang which houses the food court here early Wednesday.



Firemen from the Subang Jaya Fire and Rescue Department also rescued four other people who were trapped at the lower ground floor of the complex.
The injured, including a Nepali security guard and a local, who sustained cuts caused by falling shattered glass, were sent to the hospital for treatment.
In the 3.45am gas-piping explosion, the blast damaged two other floors in the complex. It also caused damages to the adjoining office block and studio apartment.

Subang Jaya Fire and Rescue Department station chief Mohd Khairi Daud said firemen from Subang Jaya were assisted by their colleagues from PJ and surrounding areas in evacuating the hotel guests, numbering more than 300 people.
Firemen are now checking the structure of the building to ensure its safety.
Sumber:


  1. Forum cari.com.my
  2. Mstar.com.my
  3. Twitter @Whisk_KL
  4. Twitter @NazihaKhan
  5. Thestar.com.my

Tuesday

AIDILFITRI 2011

Buat ibu bapa, buat keluarga, buat pembaca blog saya dan buat kawan-kawan semua. Ingin saya menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf andai tersalah kata, terkasar bahasa selama menulis blog ini yang membuatkan pembaca semua tidak senangi. 

Selalunya saya menulis tentang fakta. Kalau saya nampak ada perkara yang tak betul tentang sesuatu perkara, saya akan menulis di sini. Kalau ada perkara gembira, perkara yang betul, perkara yang menarik untuk dicoretkan, saya akan berkongsi dengan kawan-kawan semua.

Sekali lagi, maaf zahir dan batin.

Friday

SAMBUTAN HARI RAYA @ CAMIMI'S SCHOOL

Salam,

Ini adalah kisah semalam, hari Khamis. Kira salute kat diri sendiri sebab cepat betul nak update blog cakap pasal semalam.

Kisahnya semalam ada sambutan hari raya dan hari jadi kat school Camimi. Sambutan hari jadi tu dibuat setiap 3 bulan. Namun birthday Camimi tidak termasuk dalam celebration tersebut sebab lambat lagi.

As mentioned before, aku buatkan kek coklat sebagai acara potluck majlis semalam. Pagi nak hantar Camimi ke school baru aku pass kat cikgu dia kek coklat tersebut. Tapi tentang kehadiran aku secara ontime ke majlis tu adalah 50-50 sebab bebanan kerja.


Sambutan hari jadi tu dibuat pukul 2.15 petang - 3.15 petang kemudian diikuti dengan sambutan hari raya sehingga 4.30 petang. Aku tiba kat sana pukul 3.25 petang, which means tak join majlis hari jadi dan terlewat ke majlis sambutan hari raya. Bila sampai-sampai sana, ramai betul parents yang hadir. Tak sangka begitu ramai sekali sampaikan aku tengok main menu dia dah habis iaitu soto dan meehun sup. Tapi sebab acara potluck, banyak makanan sampingan yang terhidang masih belum ketandusan.


Bila aku sampai kat sana, aku terus cari Camimi. Aku nak tengok macam mana dia serve diri dia sendiri. Kot dia pergi ambil makanan sendiri atau ada cikgu yang entertain dia. Tapi kat crowd tu Camimi takda pun. So, aku decided nak cari kat kelas. Owh, rupanya students yang parents nya tak datang kena stay kat kelas. Cikgu akan ambilkan makanan.

Jadi, sungguh kasihan kat anak sendiri yang macam takda mak bapak. Terkulat-kulat dia duduk dalam kelas dengan 2-3 kawan dia yang senasib. Manakala kawan-kawan dia yang lain masing-masing ikut mak bapak makan sama-sama kat school foyer. Aku intai dari pintu kaca kelasnya kelihatan dia bersandar kat dinding sambil memandang kawan-kawan dia yang senasib bermain. Mungkin lama dia menunggu aku kat situ sampaikan dia terdiam tak join kawan-kawan dia main. Sedih la... Kenapa la aku lewat ke sana kan? Itupun ada hati aku tak mahu attend. Kalau aku tak datang, sampai ke sudah dia duduk saja dalam kelas dia. Sedihnyerrr!! Entah mahu makan, entah mahu minum, entah idak..

Bila aku tunjukkan diri aku, betapa dia happy datang sambil peluk aku. Mungkin sedari tadi dia tertunggu-tunggu aku datang bawa dia pergi makan kat foyer. Mungkin seawal sambutan hari jadi pukul 2.15 petang, mungkin? Dah bergenang air mata aku okeh..

Terus aku pimpin tangan dia bawa ke foyer untuk cari menu yang sesuai bagi anak sendiri makan. Kemudian, dalam crowd tu terjumpa pula dengan cikgu kelasnya yang penuh di tangan menatang makanan untuk students dalam kelas tadi, mungkin termasuk untuk Camimi sekali. Aku capai pinggan dan kaut sedikit meehun untuk Camimi memandangkan semalam aku masih berpuasa sunat. Kemudian capai tangan dia dan cari pot untuk dia suap makanan sendiri. Memang totally full foyer tu sampai kerusi meja tak cukup. Sudahnye menonong kami ke dewan makannya dan bernasib baik memang tak ramai orang kat situ.






Aku tempatkan Camimi kat situ, suruh dia suap meehun sendiri dan aku pergi lagi cari lain-lain makanan dan minuman untuk  Camimi. Sempat Camimi pesan minta ambil kan kek choco yang aku bawa pagi tadi. Bagusla anak mommy, mahu makan kek yang mommy buat berbanding kek-kek lain yang ternyata nampak lebih sedap!


  




Aku pergi majlis ni berseorangan tanpa si suami sebab dia kena attend kelas. Camimi sibuk tanya, "daddy mana mommy? Kenapa daddy tak datang?" Mungkin sebab dia tengok kawan-kawan dia ramai yang datang dengan mak bapaknya sekali. Tapi biasalah Camimi, dia just tanya je. Kalau yang datang cuma daddy dia tanpa aku sekali rasanya mau meraung dia kata situ. huhuhu


Okla, next time mommy janji. Kalau ada majlis-majlis sebegini, mommy la orang pertama yang akan sampai. InsyaAllah asalkan tiada apa yang menghalang..

Thursday

BUAT KEK LAGI...

Kerja aku ni asyik-asyik buat kek, asyik-asyik buat kek. Entah, mungkin senang sangat kot nak buat. Lagi satu sebab permintaan ramai kawan-kawan nak cuba kek choc moist air tangan aku kot.. Heheheh..

Ok, malam tadi aku buat kek choc moist lagi. Sebab ada Majlis Sambutan Hari Raya kat school Camimi hari ini. Cikgu-cikgu request kek choc aku. Sebab dah pernah bagi diorang rasa dulu, so kali ni mereka betul-betul suruh aku buat dan hantar sebiji kat sana. Lagipun, ini acara potluck. So, idak la aku minta apa-apa bayaran. So far, bagi sesiapa nak merasa memang aku tak minta apa-apa bayaran pun. Tapi kalau nak buat banyak untuk sesuatu events, terpaksa la aku minta ongkosnye kan..? Heheheh..

 Aku buat 1 bekas ni untuk 1 adunan. So, kalau nak kek ni jadi tebal, (nak penuhkan 1 bekas) kena la buat 2 adunan


Yang lagi 3 bekas ni pula guna 1 adunan lain. 3-3 ni pun ada orang dah order, teringin rasa. Hehehe...

Oh ye, kek ni semua aku kukus so that boleh guna bekas transparent tu sebagai packaging nya. Colorful decoration atas kek tu dari dulu sampai sekarang sama je kan? Sebab deco tu antara yang termurah dijual kat pasaran. So aku beli la 1 plastik besar. Boleh guna banyak kali. Jimat.. heheheh. Dah habis nanti baru aku beli yang lain pula. Manakala chocolate masak sebagai topping kek ni aku beli kat kedai kek Bagus Seksyen 13 ni je. Aku pernah beli kat Giant, Tesco tapi chocolate dia tak sesedap kat kedai Bagus ni la..

1 adunan kek juga boleh buat 1 bekas besar seperti di atas, dan 10 bekas kecil-kecil


Gambar kat atas ni aku buat kek sempena adik aku nak balik semula ke Jepun. Dia yang request sebab dia pernah rasa kek ni masa awal-awal balik Malaysia. Yang tengah-tengah besar tu dia punya sorang. Yang lain aku simpan nak kasi orang lain rasa pula. Lagipun kat rumah mother aku banyak bekas kecil-kecil ni. Jadi aku pergi ambil la. Mother aku memang suka simpan benda-benda remeh ni. Tapi yang remeh-remeh ni la berguna bila tetiba kita perlukannya. Heheheh..

Tapi, yang tak bestnya kek ni tak sesedap selalu la (sempat puji diri sendiri pula tu). Aku rasa ada yang tak kena. Baru aku teringat, masa aku kukus kek-kek ni semua, aku terlupa tengok jam. So, aku tak boleh bajet dia dah masak atau belum. Bila aku cucuk-cucuk, tengok dah masak. Bila dah letak topping bagai, dah simpan, nak rasa pula tetiba macam tak cukup masak pula.

Frust juga la aku sebab aku buat kek tu untuk adik aku tapi rasa tak sedap seperti selalu..

Sebelum adik aku balik Jepun tempoh hari, sempat juga kami buat cheese kek sama-sama. Dia yang dah siap beli barang ajak aku buat sebab dia nak tengok resipi aku. Walhal, aku sendiri belajar buat cheese kek ni dari kawan yang sama-sama duduk kat Germany dulu. Balik Malaysia dia twist sikit resipi tu dan share lagi dengan aku. So, ini la jadinya...


Orang kata, comot-comot pon sedap. Itu orang lain yang puji. Aku rasa sikit je. Hari ni buat, esok lusa dah habis 1 loyang dah. Oh, cheese kek ni kena bakar ye sayang. Bukan kukus. So far, sesiapa ada resipi yang kukus leh la share dengan aku hehehe... Tapi aku jenis buat kek tak suka nak makan. Rasa sikit-sikit udah la. The rest aku sedekah pada sesiapa yang nak rasa. Tapi aku pantang nampak kek kat kedai kek especially kat Secret Recipe. Selalu kena melawan golodak di hati tau!


So, pada sesiapa punya kek choc moist seperti gambar pertama di atas, sila tunggu saya terjah rumah awak eh. Delivery just right to your door!

Wednesday

MASAKAN SI ISTERI HADIAH BUAT SI SUAMI

Setiap hari pon memang ada masak untuk si suami, tapi kali ini special lebih sikit sebab masak sempena birthday si suami heheheh...

Oleh kerana bangun pagi tu aku terlupa nak wish birthday pada dia, maka boleh la ibaratkan masakan ini adalah hadiah istimewa hari lahir buatnya. Boleh kan...? Heheheh

Hari Khamis lepas aku memang minta balik awal dari boss sebab nak masak special dinner dan ajak parents dan adik beradik aku makan malam bersama kat rumah. Sebelum balik dari ofis, kena singgah Giant sebab nak beli barang-barang keperluan untuk memasak.

Jadi, buat pertama kalinya aku masak nasi minyak yang terover sudah. Lauknya tak ikut kebiasaan yang ada kat kenduri kahwin nun. Suka suki nak match kan dengan apa-apa lauk yang termampu nak masak seperti telur rebus masak kari, ayam goreng berempah, daging kicap manis dan sayur salad. Itu saja yang sempat nak masak...

Nasi minyak aku ni over tau. Colouring dia terlebih sudah. Maklumla first time masak. Selalunya main bedal je kat kenduri kahwin orang hehehe


Suka suki letak 3 colours; merah, oren dan kuning ngeh ngeh ngeh..


Nama pun kicap, jadi hitam legam tak nampak isinya gambar ni hehehhe

Telur rebus masak kari. Kang aku senduk masuk dalam mangkuk takut terlupa pula nak snap. Masa tu ingat nak makan je terus. heheheh

Ayam goreng panas2 pastu berebut kat atas meja makan. Semasa marinate tu rasanya dah cukup banyak, rupanya tetap tak cukup. Huhuhu


Kek ni husband sendiri pergi beli. Kang kalau aku yang pergi beli, aku mahukan cheese cake. Kek coklat moist ni aku pon selalu buat ;p


Oh ye, cabaran semasa nak menyediakan masakan makan malam ni adalah apabila dah pukul 6.30pm pon nasi belum siap dimasak. Sebab gas habisss!!! Asalnya pukul 5.15pm gas tu start habis dah. Aku sempat tumis bahan-bahan masakan untuk buat nasi minyak je dulu. Time-time tengah tunggu mendidih, tetiba api padam! 


Maka, segeralah aku angkat telefon nak call delivery tong gas. Then tetiba terasa nak cek duit dalam purse. Rupanya nan hado! Baru aku teringat, pagi tu pergi hospital bayar treatment secara cash. Then pergi Giant beli barang-barang masakan pun bayar guna cash! Aku tak tahu pula cash aku habis langsung! Masa tu terasa alangkah bagusnya kalau delivery tong gas tu terima debit or credit card aku.. Hahahha boleh?


Jadi, nak tak nak kenala susahkan birthday boy yang pada tika itu masih ada kat ofis lagi. Dia kan banker aku juga. Dia nak kena ambil Camimi balik school lagi, nak kena mengharungi traffic jam bebudak UiTM balik kelas lagi. Traffic jam kat luar UiTM lagi. Then baru boleh pergi ke kedai berdekatan dengan rumah aku ni untuk bayar terus dan minta mamat Bangla deliver tong tu terus ke rumah.


Dapat je tong gas, tak cukup tangan nak bersilat kat dapur. Sebab dah janji ramai-ramai datang after Maghrib nanti. Tapi, nasib baik semua masakan setel sebelum pukul 8pm. Masa tu barula boleh nak capai towel, solat Magrib dan rehat sebentar sebelum semuanya datang lebih kurang pukul 8.35pm. (Suruh datang lepas magrib, tapi datang lepas Isyak) Baik je Allah punye planning kan..?


Cabaran ke-2 kalau masak dan ajak ramai-ramai datang ni apabila lauk yang dihidang tak cukup. Aisehmen.. aku ni tak terer nak masak macam katering, masak banyak-banyak. Salah bajet. Ingatkan dah cukup banyak, rupanya tak cukup. Ker, aku masak sedap sangat? tettt..!


Note: Tahun lepas belanja makan semua kat Sahara Tent, Sec9. Pastu abang aku tanya, apsal tak masak je kat rumah? Ok, so kali ni kita masak pula eh. Maklumla lepas raya duit pun kopakkk...

Tuesday

SEMUA TOLAK TEPI

Ini la susahnya kalau budak tak makan sayur... baik aje dia susun tepi pinggan tu. Makan nak mengadap notebook. Hancurr!






Mommy dia suka makan sayur, tapi dia semua nak reject. Bukan sayur je dia reject, ayam, ikan, daging mana ada Camimi makan pun. Dia cuma makan nasi dan kuah sup. Kalau ada kentang, kadang-kadang habis la kentang tu. Kadang-kadang idak. Telur pun kadang-kadang juga. Yang lain, haremmmm...

Bukan tak mau train atau sesuaikan dia dengan benda-benda tu tapi dia sendiri tak mahu. Kami laki bini memang dah buat. Tapi, bab susu putih, susu coklat, segala macam roti, segala macam biskut, mushroom soup or chicken soup or fish soup, or meat soup memang dia mahu! Tapi hirup soup aje la, isinya idakk..

Cuma bernasib baik badan dia tak kurus kering. Agak-agak gebu je.  Tuh yang uncle-uncle dia geram!

Salah mommy dia kot time pregnant tak suka makan nasi dan lauk campur. Aku belasah roti dan segala macam biskut. Entah la...


Note: Oh ye, dia mahu makan buah pula. Cuma buah jambu, epal and a few lagi la.. asalkan ada asam boi sikit. huhuhu

Monday

BON VOYAGE HANIF...

Takde mood nak tulis entry ni sebab still rasa sedih adik bongsu dah pulang semula ke Jepun malam tadi.. Layan je la gambar-gambar ni sudah..

















Hari ni pukul 1.55pm, Hanif dah selamat sampai di Maizuru, kolej tempat belajarnya. Beza waktu Jepun dengan Malaysia adalah sejam cepat dari Malaysia saja.

Flight malam tadi adalah pukul 11.45pm menaiki Malaysia Airlines. Perjalanan hanya mengambil masa 6 jam saja. Baggage yang dibenarkan cuma 20kg, dipenuhi dengan stok-stok makanan. Akan tetapi dia terlebih 8.6kg tapi dibenarkan tanpa sebarang kos tambahan. Walhal dah standby beg kosong nak isi barang-barang yang akan direject hihihihi..

Okla, semoga Hanif sentiasa berjiwa tenang mengharungi kehidupan jauh di perantauan, jauh dari kami semua. Semoga dia sentiasa mengingati Allah yang satu dan sentiasa meminta perlindunganNya dari sebarang kejahatan, malapetaka dan kejadian-kejadian lain yang tak diingini. Semoga pelajarannya di sana diberkati oleh Nya, perjalanan hidup sentiasa dipermudahkan dan sentiasa dirahmati.. amin...

T_T
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...