Advertisement

Jom follow follow i, then i follow follow u

Tuesday

ASMARA DAN CAMIMI? APA KAITANNYA?

Sedang aku sibuk-sibuk nak buka laptop kat rumah, datang Camimi menyapa aku, "mommy on laptop dan tengok Asmara ke?"


Iye, maksud Camimi adalah drama bersiri yang mendapat rating tertinggi di TV3 iaitu Asmara 2. Sebenarnya aku tak tengok pun Asmara season pertama dulu. Asmara 2 ni pun aku baru start tengok masa episod ke-5. Lepas aku tengok tu, aku rasa best giler tengok citer ni. Terus setiap minggu aku tertunggu-tunggu malam Selasa pukul 9pm. So, malam ni aku akan pastikan aku tak tertinggal lagi.


Jadi, season pertama Asmara aku tengok kat tonton.com.my <---- klik untuk Asmara season 1. So, aku selalu tengok kat rumah kalau ada masa lapang. Season ke-2, episod-episod yang awal pun aku terpaksa tengok kat tonton.com.my.<---- klik untuk Asmara season 2.


Jadi, kat mana tempatnya Camimi kalau bukan kat bawah ketiak aku kan? Apa cerita yang aku tengok, sure dia pun mau tengok. So, sekarang dah berapa episod? Dia dah kenal mana Melati, mana Zaliya dan of course mana Asmara. Papa, mama Zaliya pun dia kenal. Tapi dia takut dengan Papa Zaliya sebab selalu keluar scene marah-marah. Hahahha...


Bab gaduh-gaduh, jerit-jerit, marah-marah terus dia ajak aku pergi tidurkan dia. Memang dia takut nak tengok scene yang tinggi-tinggi suara ni. Kalau takde scene tu, aku pulak rimas. Asal boleh setiap scene tu dia tanya kenapa Asmara nangis? Kenapa Asmara bergaduh? Kenapa Melati marah-marah? Sudah...!


Tapi cerita Asmara ni memang menjentik perasaan aku betul la.. Memang susah nak cari lelaki sebudiman macam Asmara dalam dunia ni. Bila tengok Asmara ni betul-betul boleh menanam sikap bersyukur kerana aku punya suami yang sangat memahami dan baik hati. Kalau menonton dengan Camimi, memang semahu habis aku kena cover air mata ni dari menitis. Kang tak habis tanya pasal scene dalam cerita Asmara, dia sibuk pula tanya kenapa mommy nangis?




Dah la lagu-lagu soundtrack dia semua lagu tangkap nanges punya. Memang menyentuh hati betul la cerita ni. Sesuai setiap scene sedih dengan lagunya. No wonder dapat rating tertinggi di TV3.

Eh, hampir setiap hari la bayangan cerita Asmara ni bermain-main kat fikiran aku. Yelah, cerita dia memang betul-betul menusuk kalbu. Kalau uols tak tengok lagi cerita ni, better try follow. Tak rugi. Asalkan takde "fasha nak sandar." kui..kui..kui..

Lagi 1, aku memang suka tengok lakonan Faezah Elai especially masa season pertama. Dia marah-marah Asmara aku gelak je sebab aku memang suka tengok lakonan garang dia. Dah tengok filem Cun? Ha, kat situ pun ada Feazah Elai. Memang suka tengok dia berlakon jadi tomboy dalam tu. Lawak!

Okla, aku kasi link soundtrack drama ni. Boleh la layan kot tengah sedih-sedih ke.. muahahah... jangan mara na...


Menyesal - 6ixth Sense
http://www.4shared.com/audio/YwMcyxaW/sixth_sense_-_menyesal.htm

Andai Itu Takdirmu - Syah Basree
http://www.4shared.com/audio/i68s217x/syah_basree_-_andai_itu_takdir.htm

Terhenti Di Sini - Asfan
http://www.4shared.com/audio/6XtOiB6Q/Asfan_-_Terhenti_Disini.htm

Hingga Akhir Nafasku - Muzzy
http://hotfile.com/dl/109315485/d7bd66c/Hingga_Akhir_Nafas_Ku_-_muZzy.mp3.html




Note: apsal eh tgk pelakon Melati ni ada iras kawan aku, Raja Rafidah Raja Rooshdi. 

Wednesday

NEXT FAMILY GATHERING

Salam uols,


Sabtu lepas kami sekeluarga yang besar ni mengadakan family gathering lagi. Silih berganti tempatnya. Nak tahu kat mana? Sekejap lagi.


So, seperti biasa, menunya adalah potluck. Jadi, sesiapa terasa nak masak dan hidangkan sesuatu menu tu silala bawa. Jangan segan silu. Yang penting ikhlas..


Oh ye, lewat post entry ni sebab aku buat family gathering ni dalam bentuk video. Video lagi. So, paham-paham la. Budak baru belajar, mana reti nak edit bagi jadi terrrrbaik!


So, uols. Layan je la video family gathering kat bawah ni :)






video


Note: Kalau boleh, kasi loading video dulu baru tekan play okeh?!

update: baru perasan, tarikh 21 May dalam video clip ni tersalah taip. Patut 2011 instead of 2010.Nanti la aku upload semula video clip yang dah dibetulkan.


Dear relatives,


Ai dah penat edit video kasi setiap gambar ikut beapnya. Sudahnya, bila convert jadi video, lain pula yang jadi. Uwaaaa~ tak larat nak edit lagi dah. Macam nak muntah. Nasib baik tak jadi pregnant :(

Monday

ANNOYING

Aku rasa bill astro aku setiap bulan due datenya adalah pada 23 or 24hb. Memang sebelum gaji. Tapi biasanya hari ni dapat je gaji terus aku uruskan buat pembayaran guna M2U ke astro. Tak payah nak simpan bill lama-lama buat pekasam.

Tapi yang aku tak suka, dah la bill nya due date sebelum gaji, baru terlewat 1-2 hari tak bayar sebok astro hantar operator komputer remind kan aku. Sungguh annoying! Macam tertunggak 2-3 bulan tak bayar.

Pagi tadi dapat call dari 0309. Itu memang nombor operator dari astro la tu. Selagi aku tak keluar suara jawab "hello" selagi tu operator bersuara komputer tu diam je. Memang annoying sampai aku malas nak jawab "hello". Aku diam je sampai hampir seminit, then talian termati sendiri. Then tak lama tu nombor yang sama call semula. Aku saja jawab "hello" terus komputer bersuara. Just nak ensure itu memang dari astro. Bila dah pasti, aku terus letak. Malas nak dengar komputer tu perabih ayat dia.

Aku pernah call customer service untuk tukar due date bill aku. Tapi dia kata tak boleh sebab aku pasang astro pada tarikh yang sama bulan dulu. Kalau aku jadi CEO astro, aku jadikan bill astro sebagai sesuatu yang flexible. Tak susahkan pelanggan. Sebab tiada pelanggan, astro boleh campak masuk dalam tong sampah.

Apa yang susah, kalau satu hari aku kena bayar astro ialah RM4.73, maka 30 hari adalah RM141.90 (termasuk 6% tax). Bill aku adalah dari 22hb-23hb bulan berikutnya. Kalau aku nak tukar due date kepada 25hb, maka astro buat la pro-rate macam aku dah bagi contoh tu (kiraan per day). So, bill bulan pertama selepas pertukaran mestilah lebih tinggi daripada RM141.90. Bill ke-2 selepas pertukaran baru back to normal total. SUSAH SANGAT KER?!!

Annoying!

THINGS CAN BE SHARED :)

Salam uols, hari ini hari Isnin. Esok cuti. Yeay!!


Hari ni nak cerita pasal Mother's Day di Genting Highlands terpaksa ditunda sebab nak share something dengan uols..


Hari ni nak share dengan uols tentang satu website yang boleh menjana side income. Tak perlu keluar modal, cuma perlu luangkan masa saja untuk menjawab questionnaire yang diberikan. Ye, website ini adalah website yang ditubuhkan untuk membuat survey ke atas segenap lapisan masyarakat tentang pelbagai perkara seperti insurans, rumah, telefon, pekerjaan, perabot, pelancongan, pendapatan, etc.. Nak tahu lebih lagi boleh klik pada gambar di bawah:



Website ni kawan aku yang rekemen kat facebook dia. Perkara yang baik harus la boleh dikongsikan beramai-ramai, dak? So, sekarang aku nak share benda ni pada uols yang sometimes ada masa terluang di rumah mahupun di ofis. Owh, jangan curi tulang kat ofis okeh. Aku syor kan kepada mereka yang sometimes melanguk atau sanggup tapaw lunch untuk makan kat ofis. Hehehe.. Ataupun banyak sangat masa terluang sabtu ahad kat rumah. Boleh la join dan register buat survey ni di sini.


Di samping kita boleh tambah side income dengan collect points dan seterusnya convert kepada cash, kita boleh melahirkan rasa dan perasaan terhadap sesuatu produk mahupun perkhidmatan. Seterusnya, kualiti barangan tersebut dapat dipertingkan oleh sesebuah pihak yang menyumbang kepada questionnaire tersebut.



Ok, bila uols dah register di sini, uols akan dapat confirmation melalui email. But before that please make sure uols masukkan details diri yang betul semasa registration. Esok-esok nak redeem points akan menjadi masalah. Then sign up melalui link yang terdapat dalam confirmation email tersebut.

Then uols pergi cari perkataan Halaman Saya. Kat situ free-free je uols akan dapat 30 points sebab sudah register.



Kat bawah column Permohonan tu akan tertulis points 30 yang uols dapat sebab mendaftar. Survei column adalah untuk points yang uols collect sebab jawab survey under invitation (under invitation means questionnaire tu akan masuk dalam inbox uols seperti gambar di bawah). Rujukan points yang dikumpulkan hasil rujukan kawan-kawan pada kita bila nak mendaftar. Pemberian pula adalah points bila uols jawab survei ahli. Penebusan, points yang uols dah redeem.




Ni contoh Survei Saya yang mana questionnaire tu masuk dalam inbox uols. So, klik la Masuk untuk jawab soalan survey. Lihat points Pemberian yang dinyatakan. Banyak kan..? Kalau uols jawab Survey Ahli, points paling bayak boleh dikumpul adalah 15. So, nak points lebih, jawab juga la Survei Ahli dengan banyak dan paling penting Survei Saya.


Kat bawah ni contoh Survei Ahli. Jadi pilih mana yang ada state points banyak. Ada yang tak state juga points dia berapa, means points dia adalah 5 sahaja. Tak pun leh je jawab semua nak collect points sampingan.


Kat bawah ni contoh questionnaire yang diberikan. Kalau setakat points 5 je, soalan survey adalah mudah dan sikit. Kalau jawab Survei Saya, soalannya adalah lebih banyak nak agak payah. Sebab tu uols entitled to get many points.


Ok, sekarang suka tak? Takpe, takyah rush collect points. Points uols takde due date. 100 points = RM1. So kalau rajin, luangkan masa banyak untuk jawab survey. Mudah kan?


Tunggu apa lagi? Jomla register..! Ajak kawan sekali okeh.. :) Selamat mencuba...

Friday

PART TIME BUAT VIDEO

Malas pula nak cerita lebih-lebih pasal cuti-cuti sehari suntuk kami ke Genting Highlands tempoh hari. Jom la layan video yang aku buat ni. Hasil kerja part time.. kui..kui...kui



video





Minta maaf ye kawan-kawan. Banyak ambil gambar tangan menggigil. Maklumla suhu kat sana cecah 0 darjah celcius. ;pppppp

Oh lagi satu, tangan kami tak cukup kreatif. Oleh kerana itu hari ibu, so banyak la gambar aku berbanding gambar husband sendiri. heheheh..

Thursday

MOTHER'S DAY SPECIAL CELEBRATION

Sebenarnya tak plan apa-apa pun sempena Mother's Day tempohari. Lepas habis sukaneka Camimi, cadangnya nak ke Ikea. Selain daripada nak beli apa yang dihajati, aku lebih cenderung nak makan double fish and chips. Double okeh, tapi harga sama. Previously single fillet je. Kan dah untung gitu!

Kadang-kadang breakfast dah makan terlebih dahulu pun, tapi bila pergi sana dan terbau masakan dari cafe Ikea, automatik terus lapar. Bukan lapar biasa-biasa, tapi lapar siap menggigil! Apa, Ikea pon pakai 'mandrem' ker?

Tapi, sebab dah letih mengharungi sukaneka Camimi, maka kami tak jadi ke Ikea tengahari tu. Jadi, untuk lunch tengahari tersebut, aku masak mee bandung (guna spageti instead of mee kuning) kat rumah saja. Bincang-bincang dengan suami, keesokan saja la kita ke Ikea. Biasanya awal-awal pagi kami dah bertolak. Parking tak problem. Sempat juga la beli itu dan ini sebelum ke cafenya.


Walau bagaimanapun, esoknya plan nak ke Ikea, kami batalkan. Instead ke Ikea, kami secara spontan terus ke Genting Highlands. Selalu jadi begini. Plan yang last minute selalunya betul-betul berlaku. Plan yang dah dirancang awal-awal selalunya berkubur. Memang ada plan nak ke GH tapi berbelah bahagi dengan nak ke Ikea. Samada nak shopping di Ikea for Mother's Day atau berseronok di kota keriangan GH. 2-2 plan perabih duit!


Tapi kami ke GH bukan saja-saja nak perabih duit sesuka hati. Memandangkan Camimi tak pernah ke sana lagi, tuh yang kami terus angkut stroller bagai, baju sejuk dan terus drive ke GH. Selamat tinggal adik aku yang tak jadi ikut since minggu lepas lagi. Minggu lepas ada plan nak ke GH gak tapi dia ke PD untuk family day company. Sibuk suruh aku tunggu dia balik. Sudahnya, minggu ni tak jadi ikut plak..


So, for this Mother's Day special celebration, kami juga meraikan Camimi di GH, kota keriangan... :)


Rasanya, kali terakhir kami jejak kaki ke sana adalah tahun 2005 atau 2006. Time bercinta.. huk..huk.. Ambil pakej yang kena naik bas dari KL Sentral sampai ke Skyway. Setelah 5 tahun berlalu, here we come again. But with a little kid. So, of course banyak perubahan yang kami sendiri tak tahu. The best part is, bila turun dari skyway kat sana. Kami tak tahu nak menuju ke mana. Tercengang-cengang macam pergi Paris, London, New York, gitu! 


Kami terus ambil escalator dan naik ke tingkat paling atas. Perlu melintasi pintu yang ada sensor macam nak naik flight gitu. Aku yang paling depan, while husband tolak stroller Camimi kat belakang. Jadi aku la yang melintasi pintu sensor tu terlebih dahulu. Siap ada bunyi "beepp..beeepp..beeepp". Terus kena tahan dengan pegawai polis yang bertugas. Eh, apa yang aku bawa sampai berbunyi? Aku fikir mungkin sebab camera yang tengah bergayut kat leher. Then suami aku lalu pon berbunyi gak. Polis tu pon tahan suami aku. Tercengang-cengang kenapa kena tahan ni? Sudahnya polis tu kata "tak boleh masuk... ini casino!" Okeh.. nak gelak tak? nak gelak tak?


Sebab nak cover malu yang kami ni memang tersalah masuk, kami pun kata la.. "oh casino ker? maaf la kami tak tahu pun..!" Memang kami tak masuk casino, memang kami tak tahu pon. Memang kami malu..! Memang orang Islam tak boleh masuk casino kat GH. Sebab tu kat setiap pintu masuk casino ada polis yang bertugas. Untuk menghalau orang-orang macam kami ni untuk masuk ke sana. Ada bouncer kt luar casino tuh dah tersenyum-senyum kat kami. Betul la.. kami tersalah masuk. Bukan sengaja cuba-cuba nak masuk.. hihihihi.


Okla.. nanti next entry aku cerita pasal percutian sehari suntuk kami di Genting Highlands... weeeeee..!

Tuesday

SUKANEKA CAMIMI

Salam Selasa uols,

Sejak kebelakangan ni cuaca sangat panas kan? Malam-malam nak tidur terasa nak on je suis air cond, but then baru teringat rumah aku takde air cond!! Uwaaaa~




Terasa nak aje pergi ketuk pintu kedai Ah Soh minta pasang air-cond on the spot. Tapi time siang-siang gini idak pula aku nak suruh Ah Soh tu pergi pasang air-cond. Malam-malam nak tidur speed kipas aku dah buka maximum. Tingkap bilik aku dah buka sikit. Tak boleh kuak lebar sangat takut nyamuk yang serang kami. Selama dok rumah yang tak bertanah ni tak terasa desperate sangat nak pasang air cond sebab selalu dibuai dengan tiupan angin. Tapi dengan cuaca yang membahang semenjak dua menjak ni baru terasa terdesak sangat nak pasang air-cond. 


Okla, kali ni aku nak cerita yang school Camimi ada buat sukaneka pada Sabtu lepas di Padang Seroja, UiTM. Start kol 8am-1pm. Tapi aku datang dalam kol 8.30 lebih. Camimi dah bangun awal, kami je liat sikit nak bangun time-time cuti gini. Maklumla, macam uols gak. Hari bekerja kena bangun awal. Hujung minggu je nak tidur lebih lama kan..? :)


Oleh kerana sukaneka ni ada potluck juga, maka aku bawa sesuatu untuk dijamu selera beramai-ramai. Macam biasa, aku order 1 kg kek dari Anis Moist Chocolate Cake yang bertempat di Seksyen 13. Aku ingat cukup ke kan sebab mesti ramai pun yang akan bawa masakan masing-masing di samping pihak school Camimi sendiri ada menyediakan makanan juga. Tapi rupanya kek chocolate tu la antara hidangan yang panas! Camimi pun tak sempat nak merasa. Dah balik rumah baru dia tanya aku, "mommy, mana birthday cake yang colourful tu?" Aku kata la dah habis masa sukaneka lagi. Then dia cakap, "Camimi tak makan pun kek tu lagi.." Ala.. sedih pula dia cakap camtu. Dia memang sukakan kek. Macam aku. Tapi aku tak risau, kek tu mudah sangat nak dapatkan. Dekat aje kan?


Okla, jom layan gambar-gambar sukaneka Camimi...

Get ready..


Dalam khemah budak 4 tahun



Assembly



Dengan 'Butterfly Girl' selaku maskot rumah sukan




Weh, nasib baik Camimi tak nangis.. sebab mata dia selalu meliar cari muka mommy and daddy dia.. hahahah


tengok kawan dia yang kat depan tu dah nangis-nangis dah..


ni pon kawan dia meronta-ronta nangis..


inilah muka-muka cikgu kegemaran dia, Cikgu Ain (tudung hitam) dan Cikgu Linda (tudung oren, skaf hitam). Ada 2 cikgu ni automatik pergi sekolah tak nangis~ korang, pandai Camimi pilih cikgu nak lawa jer!



Baju biru perempuan tu adalah wife kepada Dato' Prof Ir Dr Sahol Hamid, Vice Chancellor. Namanya aku dah lupa. Hehehe..


Antara makanan potluck


Banyak beb.. tapi semua ni sekelip mata je licin


Sempat gak la aku merasa sandwich telur tu. Yang lain dah kena sapu.. huhuuh
Oh, gambar kek coklat aku tu lupa nak snap. Time nak makan kek tu lagi la tak sempat jeling, dah kena sebat. hahahha


Antara hadiah-hadiah untuk pemenang



Ni yang atas meja, ada juga yang atas lantai aku tak snap



ini Cikgu Aida. Tengah pregnant, membilang hari untuk bersalin. Baik je cikgu dia. Sebaya dengan aku. Tapi antara bukan cikgu favourite Camimi. kih..kih..kih..


Ini pula Cikgu Jah. Garang orangnya. Camimi selalu cakap tamau Cikgu jah, nak Cikgu Linda atau Cikgu Ain. kui..kui..kui. Cikgu Jah garang sebab ramai boys kat kelas dia. Dah tu ramai la yang tak makan saman. Sebab tu kena ada cikgu yang garang.


Ha, ini lagi favourite Camimi. Aku garang camner pon dia tetap nak kat aku. Hahha.. weh aku garang tau. Tak percaya pergi tanya Camimi sendiri ;p


Time-time sibuk nak bersukan pon dia masih sempat mencari kat mana mommy and daddy dia berdiri. Asal dia nampak kat mana aku laki bini sebab tu dia tak nangis kot..


Alahai, dia lari pun cute je. Macam bukan lari je tau. Tapi jalan kaki. Macam blur pun ada gak. "Eh, nape aku kena bawa balloon yang ada air ni..?"



tapi itu la fungsinya cikgu-cikgu yang ada. Nak bagi tahu kena buat apa dan apa..


Okla, itu je la gambar yang boleh tepek kat sini. Kat fb pula aku jarang la nak masukkan banyak-banyak. Tatau la nape. Malas kot?! Hihihi...




Acara patut berlangsung sehingga kol 1pm. Tapi dalam pukul 11 lebih kami pon cau cin cau. Tak larat la nak dok kat sana lama-lama. Awal-awal pagi je sejuk sebab matahari tak terik. Dah lebih pukul 10 pagi tuh dah terasa menyucuk-nyucuk pula. Lagipun acara umur 4 tahun cuma ada 2 je. So, lepas Camimi habis semua acara dia, makan-makan bagai kami pun berangkat pulang. 




Cadang nak shopping ke Ikea pula, tapi masing-masing berlengas, berpeluh, tak kuasa nak meredah Ikea time-time tengahari tu. Parking pon problem. Sudahnya, kami pulang je la ke rumah...


Note: okeh tunggu next entry. Cerita pasal Mother's Day celebration kami di mana ye..? hihihi

Thursday

MAKAN DURIAN

Salam uols.


Sorry aku lambat update blog. Sebab banyak benda nak kena settle. InsyaAllah kami akan berpindah ke ofis baru tak lama lagi. Dapatla wokstation baru. Harap-harap komputer pon dapat baru. Nak gedik-gedik sikit kat boss rasa-rasa dapat tak? Hahahah.. Lagipun, esok boss aku nak pergi bercuti ke Vietnam sampai hari Selasa. Nak buat persiapan raya katanya. Eh, boss. Belikan la saya baju raya sepasang dua. Belanja.. Tak boleh? Kena tolak gaji nanti? Tak jadila boss.. takyah beli la..! huh!!


Okla.. kali ni aku nak cerita pasal mengidam makan durian. Dah lama nak update tapi aku tak jumpa mana aku letak gambar masa pergi makan durian dulu. Kat laptop husband tak jumpa. Kat kamera, kat hp, kat ofis pon tak jumpa. Rupa-rupanya memang ada dalam PC kat ofis. Aku yang cari tak betul. So, kiranya entry ni dah lapuk sikit ye kawan-kawan. Layankan je la.. :)



Perasaan ingin makan durian sejak akhir-akhir ni sentiasa membuak-buak. Tapi nak kena tunggu aku ni traffic light merah ke idak. Bila dah betul-betul confirm datang traffic light merah baru aku nak ajak husband pergi makan durian. Korang paham kan kenapa..?


So, dari sebulan yang lepas husband aku bawa pergi makan durian dekat-dekat area Shah Alam. Shah Alam ni semua ada. Setakat nak makan durian aje, tak perlu pergi ke kampung-kampung atau mahukan Musang King tak perlu sampai ke Kelantan nun sana. Ke Seksyen 7 saja sudey... :)


Kerusi, meja, tempat basuh tangan, malah air mineral pun disediakan. Tinggal nak pilih durian dan makan saja. Owh, bayar jangan lupa la ye! :)


Kali pertama aku makan durian kat sini dulu (mungkin 1-2 tahun yang lepas), diorang kira harga per head. Means, kau nak makan berapa biji durian pun sukahati la.. At the end, diorang kira harga seorang RM9.90 saja. Macam makan buffet gitu.. Tapi itu durian yang biasa-biasala.. Bukan D24 or Musang King (musang king and D24 sama ke?) Kalau nak durian jenis mantap tu kira harga lain. Tapi, durian biasa-biasa tu pun dah sedap. Isinya idakla setebal dan sekuning D24 or Musang King. Position biji-biji durian tu pula idakla seperti kucing tidur. Then kalau kau rasa durian yang dikopek itu tak sedap or tawar or ada busuk sikit or pahit, korang boleh je tukar. Diorang akan kopekkan durian yang lain. So far masa aku makan 1-2 tahun yang lepas tu, duriannya semua okeh-okeh. Cuma larat tak larat nak makan banyak-banyak macam makan buffet sebab dia kira per head.



4 minggu yang lepas aku makan kat tempat yang sama. Aku ingat ada lagi kira per head gitu. Rupanya nan hado lagi. Kira per kilo as usual la..!


Durian kampung per kilo RM6. Manakala D24 RM12 per kilo. So, aku ambil tempat biar husband yang arif lagi bijaksana itu pilihkan durian untuk permaisuri dia. Huk..huk..huk.. (jangan muntah!)


Camimi memang tak makan durian. Konon anak mat salleh la ni padahal anak Muhamad Fauzi je pon.. So, aku bawakan biskut, bun kaya or anything else yang dia boleh makan time aku dan husband balun durian. Camimi asyik kata busuk..busuk.. aje! Busuk mende nya bau durian. Lain la kalau bau sendawa atau kentut durian. hahahha...



Time kat sana Camimi paling suka sebab boleh basuh tangan. Yelah, orang tu sediakan sebaldi air dan gayung sekali untuk customer dia lepas habis makan durian. Asyik -asyik cakap "mommy nak wash hand.. nak wash hand.." Dia basuh tangan mengalahkan orang yang makan durian. Basuh pun beria macam tangan tu pegang durian je! Aku layan kan je asalkan kami laki bini boleh makan durian berapa banyak pun asalkan dia tak suruh ajak pulang. Hahahaa..


2 minggu lepas makan lagi durian kat situ. Ya, tempat yang sama. Kat tempat lain area Shah Alam ni mana ada diorang sediakan tempat duduk untuk makan. Aleh-aleh kena bawa balik makan kat rumah. Husband aku tamau berangkut masuk dalam kereta, nanti pening kereta bau durian..


Selang seminggu pergi lagi makan durian. Korang jangan pelik la sebab aku yang minta husband aku pergi makan durian kat situ. Tekak ni terasa nak aje makan durian. So, lepas habis ofis hour kami ke sana lagi. Kali ni aku tak ambil gambar sebab aku makan durian sambil pangku Camimi yang tertidur since dalam kereta tadi. Aku tak berani nak tinggalkan anak dalam kereta sorang-sorang while kami laki bini sibuk hentam durian. Letih sangat kot balik dari school terus tertidur dalam kereta.


Rasanya saban minggu kot pergi makan durian kat situ. Aku dah tak ingat untuk menghitung berapa kali makan durian kat situ. Datang hari lain, harga durian dah naik RM2-RM4 per kilo. Kesemua jenis durian harga dah naik. Aku rasa setiap minggu harga dia naik la. Mungkin makin lama makin ramai orang datang situ. Takde orang baru harga turun balik kot? Kami makan banyak durian kampung dan hanya ambil sebiji, dua D24 sebab durian kampung tu pun isinya tebal-tebal. Leh bezakan antara durian D24 dan durian kampung yang biasa. Tebal tetap sama cuma warna dan rasa lemak tu berlainan. 


Balik rumah asyik sendawa durian. Rasa panas dalam badan pun ada. Cirit dan kentut idak la pulak. Camimi asyik komplen je bau durian busuk. Aku dah sehabis mahu cover-cover sendawa sambil melipat kain. Dia yang duduk kat sebelah aku ni nak menyendeng manjang asyik bau sendawa aku je. Siap tanya aku ni gosok gigi ke idak masa mandi tadi? Tapi aku cakapla, ini bukan bau mulut la, ini bau burp. Padahal aku sendawa cute aje, slow aje tapi dia tetap bau durian tu ada. Kuat betul deria hidungnya!


Tapi kalau dah saban minggu asyik makan durian manjang, mestilah sendawa durian tu kuat. Siap cakap lagi kat aku lain kali jangan la makan durian. Haih, setahun baru berapa kali je mommy dia makan durian berbanding makan nasi. Itu pun dia dah tak suka.


Sekarang ni pun terasa nak makan durian lagi. Agak-agak bila nak ajak husband makan durian lagi ek? Nanti bila aku pregnant silap-silap bau durian pon tak boleh. Sebab tu sekarang membabi buta je ngidam makan durian. Cuma Camimi la kena tahan hidung dia sikit. Hihihi...




Oh, kalau diingatkan tentang kalori durian per ulas mesti aku terus insaf. Jadi sila ingatkan aku tentang kalorinya di komen entry ni ye? Hihihi...



Tuesday

MANA PERGI PAMPERS CAMIMI?

Salam uols,

Hari pertama bekerja untuk bulan baru. Semoga rezeki sentiasa murah bila kita sentiasa seronok untuk bekerja. Keberkatan itu penting bila kita menerima bayaran di akhir bulan nanti hasil titik peluh kita, dak?

Okla, kali ni nak bercerita pasal Camimi lagi..

Sekarang Camimi dah lama tak pakai pampers dah. Dulu pernah aku cerita pasal potty training dia. Sekarang umur dah 4 tahun dia sendiri cakap "shame shame la pakai pampers". So, banyak balance pampers kat rumah tu uols rasa dia buat apa dengan pampers dia semua?

Jom tengok gambar...






>>









>>











>>










>>












>>








Pandangan hadapan

 Pandangan belakang


Pandai kau dia pakaikan pampers pada bear dia. Siap ambil panty yang koyak-koyak yang dia dah tak pakai dah, dia sarung sekali kat bear dia.

Sometimes, dia pergi ambil plastik kecil kat dapur. Aku tanya nak buat apa plastik-plastik ni semua? Dia kata "bear dah popo. nak buang pampers dia"

Oh.. Ok (_ _!)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...