Salam uols,
Selalu cerita pasal Camimi, pasal aku laki bini, pasal gosip sana sini. Kali ni jom cerita pasal benda-benda yang ada info dan boleh dikongsikan bersama.
Ramai yang tak tahu, tahun lepas aku positif pregnant. But then aku bleeding dan terus... Sendiri fikirla ye kawan-kawan. Benda tak happy, lambat je nak kongsi dengan orang. Kalau benda happy, fikir dulu sebelum nak kongsi dengan orang. Takut timbul rasa riak dan tak senang orang yang memandang. Mungkin!
Suka aku nak share dengan uols sebab dari pembacaan aku:
Kumpulan darah memainkan peranan yang penting dalam persediaan untuk hamil. Seperti yang uols tahu, ada kumpulan darah ABO (A+, B+, AB+, O+) dan rhesus (A-, B-, AB, O-). Biasanya kumpulan darah ABO tidak mempunyai kesan membahayakan kehamilan tetapi bagi wanita yang darahnya dalam kumpulan darah negatif, ini boleh menimbulkan masalah ketika hamil.
Wanita rhesus negatif yang kahwin dengan suami berdarah rhesus positif boleh menjadi penyebab keguguran, bayi mati dalam kandungan dan bayi lahir dalam keadaan kurang darah serta penyakit kuning.
Tapi, darah aku adalah O, manakala suami adalah B.
Selain daripada itu faktor umur yang sebaik-baiknya untuk mengandung adalah dari 20-35 tahun. Lebih daripada itu adalah berisiko sebab organ peranakannya sudah tak berapa aktif. Selain daripada itu haruslah bersedia dari segi kesihatan, berat badan yang normal (tak sampai berat ideal pon takpe), suntikan pelalian dan corak pemakanan. Nak details, boleh beli buku panduan kehamilan.
Nutrisi yang baik perlu diamalkan sebelum hamil. Sebagai contoh yang uols tahu, kalau nak pregnant kena amalkan makan asid folik yang penuh dengan vitamin B. Ianya dapat mengelakkan kecacatan saraf tunjang pada bayi sebanyak 80%. Jadi, lebih baik ambil asid folik sebelum pregnant dan ketika 12 minggu pertama kehamilan. Boleh beli pil asid folik di farmasi atau amalkan memakan bayam, kacang buncis, kacang panjang, produk soya, kekacang, jus bijirin, buah-buahan sitrus, ayam dan ikan.
Aku ingat lagi dalam blog gosip artis, si isteri Adlin Aman Ramli, Emelda Rosmila masih tertunggu-tunggu untuk pregnant dan awal-awal lagi dia dah amalkan pemakanan asid folik. Tapi sekarang aku tatau apa ceritanya.
Selain asid folik, kena amalkan pemakanan zat besi yang banyak ada pada daging merah, limpa, ikan bilis, tauhu dan tempeh. Bagi orang jawa yang suka makan tauhu dan tempeh tu sesuai sangat la..
Kalsium juga perlu dipertingkatkan untuk mengurangkan gejala kebas atau kejang sepanjang tempoh pregnant. Juga mengurangkan kecenderungan ibu daripada mendapat penyakit darah tinggi sewaktu pregnant. Sebab tu ada je jual Anmum Materna kat pasaran. Kalau tak mau minum susu putih, susu coklat boleh tak? Hihihi...
Kalau uols perasan, iklan susu sekarang semua cakap 'semak lebel dulu' sebab kena comparekan DHA susu mana yang tinggi. DHA ni berfungsi untuk memantapkan pertumbuhan penglihatan dan otak bayi sejak dalam kandungan lagi. Jadi, mulai tujuh bulan kandungan, kena banyakkan makan minyak ikan atau telur ikan yang ada DHA. Juga yang kaya dengan minyak omega seperti sardin dan salmon.
Selain daripada itu kena banyak minum air kosong minimum 10 gelas sehari, jus buah, susu, yogurt dan sup (ait, dulu aku belajar 8 gelas sehari. Sekarang sudah tukar ka...?)
Korang jangan risau. Aku bukan main hentam je tulis ni. Aku tulis ni dari pembacaan buku aku yang bertajuk 'Penjagaan Ibu dan Bayi' keluaran karangkraf. Thanks to my fren (dia tahu siapa dia) yang syorkan aku beli buku ni lengkap 1 set panduan penyediaan untuk mengandung, semasa mengandung dan selepas melahirkan.
Kat atas ni semua aku cerita pasal si ibu yang perlu buat itu dan ini dalam persediaan untuk pregnant. Si bapak-bapak pula bagaimana kan..?
Ok, si bapak-bapak sila ambil perhatian okeh. Uols kena amalkan pengambilan makanan yang mengandungi vitamin C seperti buah-buahan dan sayur-sayuran sekurang-kurangnya 5 hidangan sehari. Banyak tu wohhh.. Kalau kurang vitamin C dan antioksida lain boleh menyebabkan sperma kurang aktif atau rosak. Kalau si suami seorang perokok, keperluan antioksida nya adalah lebih tinggi. Jadi, makanlah lebih sayur dan buah-buahan ye...?
Selain daripada itu, si bapak-bapak kena ambil zat besi yang cukup melalui pengambilan makanan laut, kuning telur, daging dan bijirin. Kalsium dan vitamin D juga diperlukan. Sumber protein yang tinggi juga penting untuk penghasilan hormon sel darah merah, pemulihan tisu dan ketahanan badan. Aduh, dah jadi macam dietitian pula aku nih!
Oklah, itu saja buat masa ni ye. Letih nak baca entry info panjang-panjang. Nanti mengantuk. (Ye, aku sekarang tengah mengantuk!) Jadi, marila sama-sama kita mengamalkan pemakanan yang sihat bukan saja untuk yang plan nak pregnant. Yang tamau pregnant pon boleh. Yang perempuan-perempuan kat luar sana, jangan la merokok. Kesianla pada diri sendiri nanti. Kalau Allah turunkan pelbagai penyakit kelak, jangan mengeluh sudah. Sebab yang baik itu semuanya datang dari Allah sebagai peringatan. Yang buruk datangnya dari kita sendiri yang selalu alpa.
Note: sharing is caring, right?!
4 comments:
yg asid folik tu aku makan bila doktor kasi .. hehe.. vitamin ada je, tapi malas nak mkn.. huhu..
ok je su, asalkan makan. cuma skrg ramai nasihatkan aku makan awal2 kalo plan nak pregnant. buku pon kata camtu. so terpaksa la aku ngikut. hihihihi
thanks for this useful entry :)
u r welcome! :)
Post a Comment