Advertisement

Jom follow follow i, then i follow follow u

Thursday

JOM CHECK UNIFI DI KAWASAN ANDA

Salam uols,

Minggu lepas aku pergi tolong daftarkan UNIFI untuk rumah parents aku. At the same time aku nak daftar juga la UNIFI kat rumah aku. Kan aku dah cakap, rumah aku dengan rumah parents aku kalau nak jalan kaki je pun boleh. Cuma malas tak malas je. Heheheh...

Amat malang sekali bila permohonan nak masuk UNIFI ke rumah aku tak dapat diluluskan. Sebab kata TM, UNIFI tak de lagi kat kawasan rumah aku. Manakala permohonan untuk rumah parents aku dah diluluskan dengan mudah sekali. Pelik juga sebab kami satu seksyen tapi still UNIFI belum cukup cover habis lagi.

Mungkin sebab rumah aku tu apartment baru so kontraktor belum sempat pasang lagi. Entah! Nanti la aku tanya sendiri pakcik sebelah rumah parents aku tu. Sebab pakcik tu owner kontraktor HSBB (high speed broadband) yang buat kerja-kerja pemasangan fibre optic UNIFI. Projek juta-juta pakcik tu dapat. Rezeki anak beranak katakan... Aku pun turut tumpang gembira.. :)

Ok, uols kalau mau cek availability UNIFI kat kawasan rumah uols dan ada plan nak pasang, boleh la check kat sini. 



Pastuh nanti akan keluar jawapan kepada search yang uols buat seperti di bawah ni:


Amat malang sekali, kawasan rumah aku memang belum ada. Cuma rumah parents dan 98% kawasan seksyen 24 yang lain sudah ada. 

Bukannya apa, aku kejarkan promotion UNIFI yang ini:


Hahahha... saya sangat iri hati kat uols. Mungkin kawasan uols dah ada. Jadi berakhirnya promotion UNIFI hari ni, maka barulah hari ni saya nak buat entry pasal ni. Hahhahaha.. marah tak?!

Tuesday

UBAT JULAB

Dua minggu yang lepas aku makan laksa Penang beli kat kedai berdekatan dengan ofis aku. Kadang-kadang memang bosan asyik meratah lauk atau pekena sup sayur je. Tekak ni nak juga pekena makanan lain sebab aku ni seorang perempuan yang normal, pencinta makanan.


Tapi toksah cerita Sabtu Ahad la sebab selalunya diet aku pada kedua-dua hari tersebut terjunam masuk ke laut. Maklumla, time tu je nak merasa apa jua makanan yang diidamkan dalam seminggu tu. Boleh...?

Cerita 2 minggu yang lepas ni, laksa Penang yang aku beli tu memang sedap. Tapi sedap lagi laksa Penang buatan mak mertua aku. Hehhehe.. Tapi yang nak dijadikan ceritanya, lepas makan laksa tu confirm sakit perut. Bukan sebab makanannya kotor, tapi perut aku ni kekadang tak tahan pedas. Tambah lagi masa tu tengah period pain. Apa lagi, seperti buku bertemu dengan ruasnya. Rasakan....!

Seminggu lebih aku jadi sahabat baik kepada tandas. Asyik-asyik nak ke tandas, asyik-asyik nak ke tandas. Aku rasa kalau tandas tu boleh muntah, dah lama dia muntah tengok muka aku. Muntah tengok muka aku okeh, bukan benda lain.

Tapi aku suka. Sebab perut aku bersih dan badan jadi ringan. Segala apa yang aku makan lepas tu, tak lama kemudian semua keluar balik ikut laluan belakang. Perut tak boncit dan kembung. Dah seperti makan ubat julab da.. Atau bahasa Indonesianya adalah 'ubat cuci perut'. 

Hari ni aku makan lagi 'ubat julab' tu. Dengan harapan, segala nasi beriani, sarapan McD, mee bandung, char kuey teow dan nasi lemak yang aku makan hari Sabtu dan Ahad lepas cepat keluar dan perut aku bebas dari segala macam angin kus-kus yang mendatang. Hheheheheh..

Ampun, bagi mereka yang sedang makan. Jangan marah naaaa... 

Monday

ORANG YANG SUKA AMBIL KESEMPATAN

Salam uols,

Pagi-pagi orang dah spoil mood aku. Buat aku cepat tua okeh?! Tak suka..

Bengang dengan mesin parking yang kadang rosak, kadang okeh. Ada orang masukkan duit, keluar tiketnya. Ada yang masukkan duit, langsung tak keluar apa-apa. Kata rosak pun takde. Pandai mesin pilih orang ye? Cari side income ke mesin oii?

Bila telefon operator nak maklumkan yang mesin rosak, dia bahasakan kita balik. Memang cantik bahasa kau okeh? Duit aku yang dulu pun tak refund lagi, hari ni telan lagi duit aku. Memang pandai ambil kesempatan mesin ni. Bagus..!

Hari Sabtu lepas aku hantar baju laki bini dengan si Camimi sekali ke laundry untuk iron. Cukup la stok baju pergi kerja untuk seminggu lebih. Bajet hari ni time pagi atau tengahari dah boleh ambil. Tapi 1 pasang pun tak start lagi. Buat trip baju orang lain dulu katanya. Sebelum ni pun asyik kena macam tu juga. So, buat apa aku susah-susah datang hari Sabtu nak hantar baju tu semua kan? Baik aku datang hari ni je sekali harung nak pergi kerja. 

Aku tatau la turn kain baju yang aku hantar tu sebenarnya bila. Tapi biasanya kalau hari ni aku hantar, esok petang dah leh ambil. Tapi kalau hari Sabtu petang aku hantar, patut Ahad petang atau Isnin pagi dah leh ambil. Hari ni aku tambah 2-3 pasang lagi baju laki aku sebab baru kering. Tatau bila leh siap. Biasanya aku memang baik hati. Aku soh iron 1-2 pasang je dulu. The rest aku ambil kemudian. Aku rasa, kalau orang lain sure dah marah-marah sebab hantar awal-awal pun tak leh siap. 

Kadang-kadang aku rasa, aku ni terlalu berlembut, malas nak bising-bising tapi ada orang boleh nak ambil kesempatan. Kalau aku jadi cengeh, suka melenting, cepat marah nanti ada orang tak suka pula. Sukar pula nak puaskan hati semua orang...

Friday

KE SELATAN TANAH AIR

Salam Jumaat uols,

Hai, baru hari ni terasa dapat update blog. Banyak sangat benda nak fikir, sebab tu jari-jari ni tak de semangat nak menari-nari atas keyboard untuk taip entry. But today, ada masa sebab esok dah cuti. Yeayyy!

11hb-13hb lepas kami sekeluarga berjalan ke selatan tanah air. Erk, sebenarnya si suami outstation jadi aku dengan Camimi je la bersenang-lenang bersantai bagai. ekkekekeke...


Dan kami menginap di Crystal Crown Hotel, JB ajo. (Dah orang book kan, rembat aje la padahal dalam hati ada taman nak menginap di Pan Pac JB a.k.a Puteri Pacific)








Bilik deluxe sesuai untuk kami bertiga. Camimi sampai tamau balik sebab seronok dok hotel. Mentang-mentangla rumah mommy dia tak cantik bak hotel, sampai hati tamau balik Shah Alam. :(

Kami laki bini idaklah arif dengan selok belok jalan di JB. Sebab tu kena bawa abang tom tom a.k.a GPS Navigator. Sampaikan nak cari KFC pun pakai abang tom tom. Sudahnya dia bawa kami ke restoran cina. Ayiaaaaaa..!

Dah seharian berada di JB baru terasa arif sedikit itupun atas bantuan abang tom tom. Mungkin abang tom tom hanya boleh detect area yang popular seperti Danga Bay, The Zone, JB Sentral, Tebrau City, etc. 


Kenapa aku ambil semua gambar-gambar ni? Dah macam pergi negara orang lain pula..

Tapi sepanjang si suami berkursus (hari Sabtu je, hari lain dia free) aku dok kat bilik je dengan Camimi. Ada je swimming pool tapi Camimi tak excited pun memandangnya. Mungkin  dia tahu yang mommy dia terlupa bawa pelampung. Dia juga tahu yang swimming pool tu tak best sebab takde tempat budak. Lagipun Camimi dah biasa mandi swimming pool kat rumah cousin aku di Damansara. So, takdelah teruja sangat bila pandang swimming pool. Hihihi..

Owh, selama berada di sana, diet aku habis jahanam. Sangat tak best okeh. Setiap hari makan makanan yang mahal dan sedap. Aku memang tak suka. Kalau la boleh aku minta delivery sup sayur or sup tomyam memang dah lama aku buat. Kalau boleh juga aku sanggup berlapar dan makan makanan yang sedikit pun takpe. Dah la tak reti nak jalan kat sana, nak cari kedai makan yang sihat pun tak reti. So, apa saja yang ada depan mata kami bantai..!

Dok sana hati senang. Jauh dari fikiran yang kusut dan tak diselubungi masalah. Hati tenang walaupun dok tengah bandar JB. Sebab tu asyik fikir nak makan je. Lingkup! Mungkin sebab tu aku kurang sangat pergi bercuti. Biasalah kalau dah nama bercuti. Mesti mau makan, makan, dan makan apa yang boleh dimakan. Haih, kalau la pandai mendisiplinkan diri, takpe la juga kan?


Hari Jumaat petang bila dah sampai sana kami terus ke Tebrau City nak cari KFC. Senang sikit kan kalau KFC depan mata. Tapi nan ado. Jadi, kami masukla restoran Kenny Rogers. huh!

Dah balik bilik, keesokan siangnya barulah terang lagi bersuluh. Baru ternampak KFC dari tingkap bilik kami. So, tengahari pada hari ke-2 tu kami makan KFC kat Holiday City. Huh! Sangat tak sihat kan? Dah la breakfast pagi tu makan buffet hotel yang disediakan. Jangan kata aku makan buah-buahan saje ye, aku bantai sekali nasi goreng, roti bakar dan kuey teow goreng. Ok diam! Jangan geleng kepala pun..

Kalau dah ala-ala dekat dengan laut, tak sah kan kalau tak makan seafood? Yes, seafood adalah makanan kegemaran aku. So, kalau korang nak celebrate birthday aku dengan belanja makan seafood pun aku terima. Jangan risau. (okeh, ada ke orang nak belanja aku?)

Malam ke-2 di sana kami bantai makan seafood plak. Kalau kat Shah Alam memang boleh dibilang dengan jari kaki, berapa kali je kami makan malam selepas pukul 8pm. Ate, nama pun bercuti-cuti maka tak sahla kalau tak cuba masakan orang tempatan kan?

Restoran Teraju Tomyam. Orang Kelantan atau Pattani yang punya. Semua pakat kecek kelate. Kalau orang Pattani pun diorang kecek kelate jugok kan?

Menu dah habis baru nak snap gambar. Macam biasaa...

Camimi dah mengantuk

Memang la ramai sangat manusia yang cari seafood lebih-lebih lagi malam minggu. Dah la restoran berdekatan dengan laut, sempadan Singapore and JB. Bersebelahan pula dengan shopping complex The Zone. Kami menunggu kira-kira setengah jam untuk terima hidangan yang pertama sampai di atas meja. Kami tak kesah sebab tahu memang ramai. Awal-awal lagi dah tanya tukang ambil order tu samada hidangan akan lambat sampai ke idak. Cuma aku risau Camimi je la. Dia ni dah la jenis tidur awal. Dah merengek-rengek ajak kami balik.


Sudahnya, aku suruh dia baringkan kepala atas peha aku dan melunjurkan kaki atas kerusi dia. Tertidur la dia sekejap sesudah dia makan sesudu dua. Kesian, penat dia berjalan di siang hari tu.

Sebab, di siang hari tu lepas suami habis kerja kami jalan-jalan sekejap ke Danga Bay. Tapi jalan gitu-gitu saja la sebab ada Jom Heboh TV3. Aku tak minat nak pergi tempat crowded begitu. Sesak mata, kusut otak. Panas lagi plak. Tak kuasa!


Kami juga sempat ke The Zone. Cuci mata dan window shopping. Hampir juga terbelikan Camimi stroller kecil yang kalau kena tiup angin pun boleh terbang. Tapi memikirkan stroller gedabak besar kat rumah tu masih berfungsi dengan baik, jadi kami batalkan hasrat. Memang dah lama nak cari stroller gitu especially brand McLarren dan ESPRIT yang banyak stroller ringan-ringan gitu. Tapi bila fikirkan storagenya nanti di rumah, terbantut hasrat! Anak baru sorang, stroller ada 2 plak. Macam poyo je bunyi!


Hari terakhir kat JB baru berkesempatan nak pergi shopping. So, we headed to Metrojaya yang beberapa ratus meter je dari tempat penginapan kami. Kami dah siap-siap check out bagai takut terbabas terlalai dengan promosi jualan gila-gila metrojaya. hihihiih.


Sebelum tu sempat breakfast buffet kat hotel dulu.


  


Kebiasaanya hotel-hotel yang aku pergi, hari Ahad baru diorang hidangkan nasi lemak untuk breakfast, bukan hari Sabtu. Jadi, hari Ahad la breakfast paling best. Hehehhe...

Ok, dah dekat tengahari baru kami terjah Metrojaya... :)

Oh ye, kami pandang yang ada less 10% or 20% or 50% aje ya? Rugi la time tengah sales ni grab yang takde sales. LoL









Korang perasan tak gambar-gambar kat atas ni? Aku snap gambar-gambar tu kat dalam Metrojaya. Korang perasan tak Metrojaya kat JB ni lengang gilerrrrr!! Hello ~ ini JB okeh. Diorang tamau shopping ke wei? Ke semua pakat pergi Jom Heboh kat Danga Bay?

Rupanya, promoter kat situ cakap diorang jenis shopping bila ada perayaan aje. Kalau ada sales gini tapi takde apa-apa perayaan diorang wat derk je.. Hihihi kelakar aku dengar sebab kat KL or even Shah Alam pantang orang dengar ada sales. Satu kampung heboh tau!






Ok, dengan itu Camimi mengambil kesempatan untuk membuat Metrojaya seperti playground dia ye kawan-kawan. Cuma time dia duduk dengan selambanya atas lantai sambil gesel-gesel kan baju dia je aku tak ambil sebab dia dah cebik kena marah dengan aku. Owh, aku pantang betul tang nak kotorkan baju bagai ni!

Hampir 2 jam terleka dalam Metrojaya. Cadang nak shopping sekali baju Camimi, tapi tengok jam dah dekat pukul 2pm. Jadi, pukul berapa nak sampai Shah Alam kan? Dah la ambil masa 4 jam perjalanan. Nak berhenti makan dan solat bagai? Ok, macam takde Metrojaya je kan kat KL nanti? Apa daa..

Satu JB pun tak habis pusing. Daddy Camimi pula ada kerja kat sana, bukan saja seronok cuti-cuti. So, kali ni setakat mana yang dah pergi, setakat itu je lah taklukan kami. Hihihi... next time kita cuti-cuti kat tempat lain pula. But make sure disiplin diet perlu ada. Boleh ker...? Entah...

Ok, Camimi dah jelir lidah kat mommy dia... huhuhu

MACAM MANA NAK BAGI ALASAN?

Salam Jumaat uols,

Paling best malam tadi husband tak keluar pergi main badminton as usual. Bukan bersedia untuk mengharungi  malam Jumaat tapi sebab memang aktiviti saban minggu tu tak jadi nak buat semalam. Sudahnya, dia tidur awal dan aku menonton tv berseorangan. Cit!

Bukan suka mengikat suami untuk tidak keluar waktu malam, tapi aku suka dia luangkan banyak masa dengan kami sambil menonton tv atau melayan karenah anak. Kadang-kadang dalam seminggu 2-3 malam asyik kena tinggalkan saja kat rumah. Kadang-kadang aku rasa life aku terpaksa dikongsikan dengan life dia dengan kawan-kawan. Tak silap aku, pakej wang hantaran dan mas kawin aku dulu takde termasuk pun nama kawan-kawan dia. (kejam ke aku?!)

Okla, cut the story. Kali ni aku nak cerita pasal MLM ~ Multi Level Marketing. Sekarang ni ada seorang lecturer kat ofis suami  aku beria ajak aku join MLM ni. Aku tamau la cerita MLM apa dan jual produk apa. Sebab aku pasti ada dikalangan readers aku ni ada join MLM tapi berlainan produk. 

Bukan aku nak perlekehkan sesiapa yang join MLM, tapi cukup-cukup la nak ajak aku join. Aku memang taknak. Sampai aku sendiri tatau macam mana nak mengelakkan diri daripada berjumpa dengan lecturer perempuan kat ofis suami aku tu.

Ok, produk dia of course untuk kesihatan. Bukan untuk dimakan dan bukan untuk diminum tapi dipakai atau digunakan. Aku dah lama kenal produk ni dari zaman sebelum aku fly ke Germany lagi. Tapi sebab harganya mencecah riban-riban, aku tak jadi nak beli. Ada je installment tapi aku tak suka nak bayar barang cara installment. Ada duit sederap, terus bayar. Takyah pening kepala fikir duit nak bayar bulan-bulan. Tapi aku ni jenis bila banyak duit terasa sayang nak perabihkan. Mula jadi kedekut.

Kalau aku tak beli produk keluaran company tu, boleh je aku beli produk yang lebih kurang sama tapi brand lain yang tak kurang bagusnya. Harga pula jauh lebih murah. Tapi kualiti dan keberkesanan masih boleh dipuji.

Samalah contoh kalau kau ada duit dan nak beli kereta. Duit kau cukup nak bayar downpayment kereta Honda Civic dan bayaran bulanannya pun kau rasa mampu. Tapi sebab kau nak pertimbangkan antara keperluan dan kehendak. Maka, kau memilih hanya untuk memiliki kereta Honda City atau Ford Fiesta yang mana downpayment dan bulanannya jauh lebih rendah. Yang penting ianya adalah kereta. Asalkan boleh angkut kau ke mana saja kau suka. Kemewahan kau letak ke tepi.

Apa yang aku nilai bila seseorang ajak aku masuk MLM dan jadi downline dia adalah cara dia memperjelaskan tentang produk nya dan company MLM tersebut. Tapi, apa yang aku pasti tentang lecturer perempuan ni adalah dia lebih suka nak bercerita tentang bonus, pendapatan bulanan, holiday trips, dan cara mendapatkan modal untuk join MLM berbanding nak bercerita tentang kehebatan produk tu sendiri. Kau jual produk ke kau jaja cerita tentang kekayaan yang kau dapat dengan menyertai MLM ni?

Kebanyakan orang memang begitu. Sebab nak suruh jadi downline, dia gelapkan mata kita dengan duit, kekayaan dan kemewahan. Produknya entah ke mana. Padahal aku suka nak dengar cerita tentang kehebatan produk tersebut yang dijual dengan harga riban-riban padahal aku beli kat luar benda yang sama tapi brand lain dalam ratus-ratus je. Sampai sekarang kalau aku pakai masih elok, baru luak sedikit!

Lagi satu, aku memang suka baca blog Aidid Muaddib. Uols nak tahu pasal apa? Just click link pada nama tu dan carila apa jenis produk MLM kat Malaysia ni dia ada tulis. Bila aku dah baca blog mamat ni, lagi la susah aku nak join segala bagai produk MLM.


Walaupun bahasa dia kasar tapi sedikit pun aku tak terasa sebab aku bukan di kalangan orang yang dia katakan tu. Lagipun, mungkin cara penulisan sebegitu yang boleh menyedarkan ramai manusia di luar sana. Cuma apa yang aku tabik spring kat blogger ni apabila dia come out dengan segala datuk nenek info dan bukti yang dia dapat dari internet. Bukan omong-omong kosong je. Dari segi penulisan pun aku pasti blogger ni jenis yang rajin membaca dan reti mana nak cari info-info tertentu. Cuma kita sebagai readers terpulang samada nak percaya atau tidak dengan info dan bukti yang diberikan.

Setakat ni banyak alasan dah aku berikan kepada lecturer perempuan tu. Contohnya, aku kata "aku takde modal sebesar tu" sambil aku senyum kat suami aku sendiri. Beria lecturer perempuan tu minta suami aku buat personal loan kat Bank Rakyat sebab government servant mudah nak dapat kelulusan. 

Semalam kami berjumpa lagi. Selalunya sementara nak tunggu suami aku habis mengajar, aku akan lepak dengan Camimi dalam bilik dia. Tau-tau je lecturer perempuan tu yang aku dah ada kat dalam bilik laki sendiri. Cepat je dia ketuk pintu bilik. Aku memang dah syak itu dia sebab baru-baru ni suami aku cakap yang lecturer perempuan tu tanya samada aku nak join ke tak?

So, aku dah plan yang aku akan alihkan perbualan aku dengan cerita dan soalan lain. Selama lebih 30minit menunggu suami di dalam biliknya, kami sibuk berbual pasal anak, sekolah tadika, subjek yang dia ajar, pasal kerja dan lain-lain. Langsung tak sentuh pasal MLM. Dan bila suami aku masuk je bilik, suami aku yang mulakan bertanya "ha.. cerita pasal business lagi ke?" Ayiooo.. potong stim betul la suami aku ni. Penat aku alih topik selama tunggu dia dengan bercerita pasal lain, sedap je terus menjunam ke arah topik tu. Apa lagi, terus la lecturer perempuan tu tanya samada aku nak join ke tak.

Em, apa lagi alasan aku nak beri? Then aku cakapla, "nanti kalau saya nak join, awakla orang pertama saya cari. Don't worry"

Then dia cakap "Ha, Fauzi. Kau tolong la wife kau buat personal loan. Bukan susah pun. 2-3 hari dah approve!" Owh, setakat ni kami laki bini masih bersih dari sebarang personal loan. Loan beli rumah dan beli kereta je dah ada. Loan peribadi nak renovate rumah ke, beli perabot rumah ke, buat belanja kahwin ke, atau yang tak berkaitan kami elakkan.

Minggu depan dia nak jumpa lagi. Lokasi adalah sama iaitu di bilik suami aku. Alasan apa yang aku nak beri? Korang ada idea tak? Aku ni jenis tak suka nak sentap perasaan orang. Kalau aku tak berminat, idak la terus terang aku cakap "sorry, i tak interested!". Yelah, ada orang jenis cakap berterus terang. Aku pula tak reti, sebab fikirkan perasaan dia pula. Tapi jiwa terseksa maaa..! Kalau korang ada idea, bantu la aku. Jangan la kasi aku guris perasaan dia. Kalau boleh nak buat bak "menarik benang di dalam tepung. Benang tak putus, tepung tak berselerak." Huhuhuhu... boleh?!

Wednesday

ORANG JEPUN KECIL HATI TAK TENGOK NI...?


Aku harap orang Jepun tak jumpa la kot video ni. Sebab pada pendapat aku, malapetaka yang menimpa Jepun bukanlah banjir yang boleh disifatkan sebagai pembangunan yang tidak mengkaji alam sekitar. Tapi kejadian tsunami tu kan disebabkan pergerakan tanah di dalam laut yang sedalam 24km tu.. So, camno..?

Letupan di loji nuklear tu pula adalah akibat gempa bumi yang mana kita semua tahu Jepun terletak dalam lingkaran gunung berapi dan gempa bumi... so camno nak mengelakkan negara tu dari gegaran? Camno..?

Erm.. ntah la..

Note: Sumber ni diberikan oleh adik aku sendiri. Sekian berita tamat di sini..

Tuesday

KHABAR ADIK AKU DI JEPUN

Salam uols,

Entry kali ni aku nak cerita pasal adik aku yang sekarang ni belajar kat Jepun. Bencana tsunami yang melanda negara terbit matahari tu sangat-sangat membimbangkan kami sekeluarga. Bukan saja sebab ada ahli keluarga yang berada di sana tapi sebab kami simpati dengan rakyat Jepun yang sedang dilanda musibah. Dengan keadaan suhu yang masih sejuk, pasti sukar mangsa-mangsa tsunami untuk terus survive dengan ketiadaan pemanas (heater), stok makanan, bekalan air bersih, bekalan elektrik dan pakaian panas. Sangat kasihan...



Tsunami yang berlaku tu adalah di bandar Sendai, bahagian timur Jepun. Tapi adik aku berada di Maizuru, 2 jam perjalanan ke Osaka dan separuh hari perjalanan ke Sendai. Walaupun tiada badai tsunami di Maizuru, tapi adik aku tetap merasa gegaran gempa bumi tersebut.

Sebenarnya terdapat beratus-ratus kesinambungan daripada gegaran gempa bumi yang mengakibatkan tsunami tersebut dan bacaan yang paling tinggi direkodkan adalah 6.0 SR.

Dalam keadaan masih sejuk dan ada sesetengah tempat masih dihujani salji, pasti agak sukar bagi mangsa-mangsa tsunami untuk terus survive. Selain daripada itu kekurangan bekalan makanan, bekalan air bersih, bekalan elektrik, pemanas (heater) dan pakaian sejuk pasti lebih menggamatkan suasana. Kata adik aku lagi, mangsa tsunami baru menerima 10% bantuan daripada kerajaan mereka sendiri. Manakala cerita di tempat-tempat lain pula, banyak makanan bungkusan yang dijual di kedai-kedai sudah kehabisan stok seperti mee segera, roti dan biskut. Sebab mereka dalam keadaan berjaga-jaga  dan di dalam keadaan ketakutan dilanda tsunami lagi.

Menurut adik aku,  ramalan Jepun mengatakan yang kemungkinan semua bahagian Timur Jepun akan dilanda tsunami lagi sebab gegaran masih terasa. Di barat Jepun juga sudah mulai terasa gegaran gempa bumi. Namun begitu, di kebanyakan tempat, bangunan-banguna mereka dilengkapi ciri khas anti-gegaran. Sebab tu ada clip video amatur yang menunjukkan bangunan pencakar langit mereka hanya bergoyang ke kiri ke kanan namun tidak runtuh dan tumbang. Ini kerana, gegaran gempa bumi memang sering berlaku di sana. Namun, gegaran yang menyebabkan ombak tsunami setinggi 10m baru-baru ni adalah yang terburuk dan pertama kali selepas berlakunya perang dunia ke-2.




Manakala di bandar Sendai, kebanyakan rumah-rumah diperbuat daripada kayu. Sebab itu sangat mudah dibawa arus tsunami. Manakala bangunan konkrit saja yang masih tinggal.

Tambahan lagi berlaku pula letupan reaktor pertama di nuclear power plant yang bertempat di Fukushima sehari selepas kejadian tsunami. Ianya sangat berdekatan dengan bandar Sendai. Kemudian, selang dua hari kemudian berlaku lagi letupan reaktor di loji nuklear yang sama. Apa yang dibimbangkan apabila reaktor nuklear tersebut melebur yang boleh menyebabkan penyebaran radiasi yang boleh mengancam nyawa penduduk yang berdekatan.


Namun begitu, letupan kedua tersebut tidak seteruk letupan pertama apabila terdapat dinding-dinding keras yang melitupi teras radioaktif nuklear tersebut yang masih kukuh walaupun selepas letupan. Pakar jurutera dan nuklear Jepun sedang berhempas pulang untuk mengelakkan kebocoran ke atas raktor-reaktor di power plant tersebut.


Apa yang harus kita buat di sini sebagai rakyat Malaysia adalah dengan mendoakan semoga semua mangsa tsunami yang masih hidup dapat diselamatkan. Kita juga berharap agar semua pelajar-pelajar Malaysia di sana sentiasa dilindugi oleh Allah.


Ok, jom kita lihat pula gambar tsunami yang melanda. Aku ambil dari google. Ianya sangat menginsafi diri dan dalam diam masih bersyukur kerana negara kita jauh dari lingkaran gunung berapa dan gegaran gempa bumi.






2011-Tsunami-Japan-Ofunato





Ini semua gambar time tsunami melanda. Tak sanggup aku nak tepek gambar selepas tsunami. Sangat tragis! Cuma, apa yang aku akan perhatikan gambar-gambar di atas adalah ada tak aku nampak manusia yang sedang dibawa arus tsunami tu..?

Friday

NAK ANAK LELAKI OR PEREMPUAN?

Peringatan:


Mungkin entry ni agak keterlaluan sedikit. Tak pun boleh mengganggu sensitiviti sesetengah pihak yang mana merasakan "ala, benda ni tak payah publish kat blog boleh tak? Bikin malu je...!"

Tapi mungkin ada yang nak berkongsi dengan aku dan readers yang lain sebab mungkin apa yang akan aku tulis kat bawah ni berbeza dengan pendapat dan pengalaman mereka. Walau bagaimanapun, jom kita share mana yang boleh nak share.

Lagipun apa yang aku tulis kat bawah ni adalah berdasarkan pembacaan aku. Kot esok-esok 'buku rujukan' aku tu hilang macam mana nak menimba ilmu atau nak turunkan ilmu pada anak-anak sendiri? Blog ni juga akan ku rujuk kelak. Hihih.. maklumla aku ni cepat lupa. Takut juga aku lupa caranya macam mana aku dapatkan anak perempuan mahupun lelaki. Boleh..?


Okeh, terdapat banyak kaedah semula jadi yang boleh menentukan jantina seseorang bayi tu. Itu pun dengan izin Allah. Kitakan mahu merancang, biar Allah yang tentukan. Takpe... :)


Boleh je aku nak tepek gambar google pasangan tengah 'tut' tapi nanti blog aku ni jadi 18sx plaks! Tak best..!
  1. Makanan - Kalau nak anak perempuan, suami harus makan lebih banyak makanan beralkali seperti sayur-sayuran, buah-buahan, putih telur, susu dan banyak lagi. Manakala si isteri harus lebih banyak makan makanan berasid seperti daging, makanan laut dan lain-lain. Begitu pula sebaliknya kalau nak anak lelaki. Si isteri pula yang harus makan makanan beralkali, dan si suami harus makan makanan berasid.
  2. Masa - Jika masing-masing laki bini kerap melakukan hubungan intim sebelum datang haid atau sebelum waktu subur (hari ke-8), ianya berpeluang untuk mendapat anak perempuan. Tapi jika bersama selepas tempoh haid iaitu hari ke-11 hingga ke-16 (tempoh subur), maka berpeluang mendapat anak lelaki.
  3. Kedalaman - Kalau nak anak perempuan, suami tidak perlu masukkan anu ke dalam vagina terlalu dalam. Tapi kalau nak anak lelaki lakukanlah sebaliknya. Sebab kromoson X diandaikan mampu berlari pantas dan mempunyai stamina yang kuat manakala kromosom Y adalah sebaliknya (Sperma lelaki mengandungi kromosom X dan Y manakala ovum mengandungi kromosom X sahaja). Sebab tu kalau masuk dalam sangat anunya memudahkan usaha untuk dapat anak lelaki. Apabila kromosom Y si suami bercantum dengan kromosom X wanita, maka bayi yang akan lahir adalah bayi lelaki. Begitu pula jika kromosom X si suami bercantum dengan kromosom X si isteri, maka lahirlah bayi perempuan.
  4. Klimaks - Kalau nak anak perempuan, suami kena klimaks dulu sebelum si isteri. Sebab ketika isteri klimaks, dia mengeluarkan cecair beralkali. So, kalau si suami klimaks selepas isteri maka mungkin berpeluang mendapat anak lelaki.
  5. Persediaan si isteri - Boleh guna alternatif ini dengan membasuh vagina menggunakan satu sudu cuka bersama semangkuk air jika ingin anak perempuan. Tapi kalau nak anak lelaki boleh guna satu sudu soda dicampurkan dengan semangkuk air supaya vagina lebih beralkali.
  6. Kedudukan - Suami mesti di bawah dan isteri di atas ketika melakukan hubungan intim agar dapat membantu memiliki anak perempuan. Sebaliknya pula kedudukan suami isteri kalau nak kan anak lelaki.
Masa uols nak kahwin dulu ada tak petua yang mak uols beri? Sama tak petua-petua tu dengan apa yang buku ni tulis? Sebab selalunya petua-petua ni mak mak yang akan bagi. Si bapak-bapak diam aje. Tamau ambil port! So, mana yang boleh share, kita share. Kalau tak komen tu sudah tentu uols malu. Hihihi


Ok, happy weekend uols. Hari ni sampai Ahad kami berada di selatan. (of course entry ni auto-published). Tatau nak definisikan sebagai bercuti atau apa.. Entah, semoga kami happy dan selamat pergi dan pulang. :)

Note: sumber dari majalah Penjagaan Ibu dan Bayi, koleksi Pa&Ma terbikatan Karangkraf

Thursday

PUTRAJAYA - KENDURI KAHWIN

Ok, memang takda entry lain selain nak paparkan majlis kenduri kahwin kawan aku semasa bersekolah di Sekolah Menengah Seksyen 24 dulu. Memang lama tak jumpa. Balik dari Germany dulu, jumpa dia semasa jalan merewang-rewang kat Sunway Pyramid. Lepas tu tak pernah jumpa-jumpa dah dan akhirnya jumpa sekali lagi masa kenduri kahwin dia. Okla, layan..

Name: Khuzaimah
Date: 6 March 2011
Vanue: Dewan Kompleks Persidangan Precint 3, Putrajaya.

Sorry, ni gambar masa dia bertunang

Dan ini tunangannya... :) sekarang husband and wife


Jangan marah ye, aku snap dari kejauhan je... yelah at least nampak suasan hall ni kot uols nak buat majlis kat sini pula kerw! hihihi

Jangan marah sekali lagi. Ini je lah yang terbaik dari camera hp aku. Masa aku pergi suprise kawan aku dengan kehadiran aku ke majlis dia, aku tak bawa sekali camera or hp. Jadi tunggu je la kot dia tag aku gambar-gambar yang photographer dia ambil.

Camimi tengah makan nasi untuk round ke-2. Fuih... semangat kau!

Mestila aku suka tengok dia makan banyak. 

Maklum la time ni je dia makan banyak sangat sebab Camimi memang suka pergi majlis kenduri..

Daddy dia pon suka sebab Camimi behaveeeeee sangat!

Note: oh saje nak kecoh sikit. Kebaya aku 2 tahun yang lepas sudah muat dipakai. Weeeee....

Wednesday

SUSAHNYA NAK PUASKAN HATI SEMUA ORANG

Salam uols.

Entry kali ni sekadar luahan perasaan aku je. Kadang-kadang memang seronok menjadi pemerhati daripada menlibatkan diri dalam kelompok-kelompok orang tertentu.

Kadang-kadang kita faham bila ada orang suka sangat bergurau. Nama pun manusia. Konon nak ada ciri-ciri sense of humor gitu. Tapi perlu kita ingat, gurauan pun boleh menjadi perkara yang serius dan sensitif. Konon nak berseloroh, tapi tak kena tempat. Kalau asyik bergurau benda yang sama, ayat yang sama, tentu orang dah rasa lain macam. Eh, kau ni nak perli aku ke atau sekadar bergurau?

Sebagai contoh, kat ofis aku ni ada penjaga pintu yang tak diiktiraf. Tak perlu bayar gaji pun boleh volunteer  nak jadi tukang jaga pintu. Jadi, kat ofis ni sudah tentu tak berguna sistem punch card. Sebab kalau kau balik awal dari waktu ofis, tentu akan ada suara-suara sumbang menyapa "nak balik dah? Eh, awalnya nak balik? Bestnya kerja macam tu yea...?" Padahal kau ingat dia balik rumah terus mengangkang untuk suami dia ke? Takda sesiapa pun kat ofis ni sukahati mak bapak dia nak balik awal dari biasa kalau takda permission dari bos dia sendiri. Ya, tentu dia ada kerja kat luar yang last minute bos dia suruh. Tak pun memang dia kena pergi collect barang untuk bos dia. Semua atas arahan bos.

Setiap hari sesiapa yang nak keluar ofis, ayat-ayat tu la yang akan turut keluar dari mulut penjaga pintu tu. Samala kes kalau kita punch card awal dari waktu biasa. Tulisan di punch card akan jadi warna merah. Tapi takda suara sumbangsih yang menyakitkan telinga akan keluar. Cuma rekod buruk la tengok punch card ada warna lain selain warna biru.

Tapi kalau ada orang datang awal, si penjaga pintu datang lambat, tak da sesiapa pun nak cakap "eh, baru sampai? Lambatnya kau sampai? Kau ingat kau bos ke kat ofis ni sukahati nak datang pukul berapa?" Itu kalau kau sampai lambat. Kalau kau nak balik awal ada orang tanya? "Eh, nak pergi kelas dah? Cepatnya kau nak pergi kelas? Dah bagi tahu pada boss kau?" Nobody will ask that because everybody understood. Benda dah tahu kenapa kau akan balik cepat buat apa nak tanya-tanya lagi? Nak perli ker?

Kadang-kala aku perasan, bos aku pon siap kena perli juga. Eh, hello! Itu bos okeh.. Kalau dia nak datang lambat or balik awal yang kau nak kesah apa pasal? Sudah tentu ada client kat luar dia perlu berjumpa. Atau dia ada lunch date dengan customers. Kalau takda apa pun perkara mustahak kat luar, dia nak sampai lambat dan balik awal pun perlu ke kau kesah? 

"Eh, Encik Rashid mana? Dah balik dah? Awalnya dah balik?" Sekali sekala aku dengar suara tu takpa. Aku tak anggap serius pun. Mungkin kau hanya sekadar bertanya memandangkan kau tu kerja makan gaji je. Sudah tentu kau officially kena ikut ofifice hour. Tapi, kalau dah kerap menanya, semua orang pandai fikir sendiri. Kau nak perli ke kau nak berseloroh ke atau kau nak bergurau senda?

In some other cases la, banyak juga kes yang berlaku dan aku suka menjadi pemerhati. Suka aku nak ingatkan antara superior dan downline. Antara mereka apabila bekerja perlu ada jurang. Bukan jurang antara kaya dan miskin, muda dan tua. Tetapi jurang antara pekerja atasan dan bawahan. Kalau takda jurang macam tu la jadinya. Superior tegur sikit downline dia, mula nak kecil hati. Mula nak merajuk. Tak boleh kena marah. Mungkin sebab dah biasa bergurau senda sesama sendiri, kau ingat dah boleh ikat superior jadi kawan baik kau. Jadi, kalau buat kerja salah, superior tak boleh nak marah-marah. Kalau kerja kau baik dan bagus, buat apa superior tu nak marah kau membabi buta? Unless kalau kau dapat superior jenis moody, clumsy and choosy. 

Tapi, bila di luar ofis, itu terpulangla samada nak adakan jurang antara superior dan downline. Tapi sebaik-baiknya, hal ofis hanya habis di ofis. Tak perlu terbawa-bawa ke luar ofis. Kat luar ofis, kau nak pergi main futsal sama-sama or main badminton sama-sama itu terpulangla. Ada aku kesah? Sebab tu penting, kalau berada di ofis, walau macamanapun kamchengnya kau dengan superior kau, kau patut ada sedikit rasa hormat pada superior. Benda yang tak patut kau gurau, baik kau elakkan la. Perkara-perkara sensitif jangan dibangkitkan. Suara kau tu kenala perlahan bila ketawa. Jangan terbahak-bahak seperti berseloroh dengan gurauan superior kau. Ni kadang kala suara mengilai kau lebih kuat berbanding suara herdikan superior kau. Fuihh...

Memang susah nak puaskan hati semua orang. Kalau tak tahu situasi seseorang itu, baik duduk diam tutup mulut. Tak perlu nak keluar ayat-ayat berseloroh kau. Buat sakit telinga orang-orang sekeliling. Baik kau buat kerja kau elok-elok, kasi boss kau puas hati. Sebab takkan ada sesiapa pun akan perli kau kalau kau yang buat silap! Full stop!!

Tuesday

BABY SITTING 2

Salam uols,

Wah, entry untuk bulan Mac ni agak kureng la. Apsal ye? Aku pon tak tahu. Mungkin kureng cerita kot? Tak pun kureng waktu untuk menulis. Oh ye, sekarang balik kerja lepas mandi, solat bagai aku akan masuk tidur awal. Lebih kurang pukul 9pm lebih Camimi dah ajak aku tidur kan dia. Sekali dengan aku masuk tidur daaa.. Agak letih lagi lesu semenjak dua ni. Overtime pon tergendala. Tetttt...!

Walau bagaimanapun, ni entry hari Sabtu lepas. Yes, baby sitting lagi. Jaga Batrisyia lagi. Mama dia ada hal lagi. Kali ni baby sitting Batrisyia sekali dengan Camimi, sekali dengan daddy Camimi. Since Sabtu pagi tu kami tak kemana-mana dan my husband insist nak suruh aku masak tengahari (since dapur pun jarang berasap!) jadi memang rajin benor la aku ke dapur hari tu walhal Batrisyia juga aku kena jaga.

Aku tak risau nak memasak kat dapur sebab Camimi sangat laaaaaaa baik untuk tolong jaga Batrisyia. Yes, aku akui, Camimi sangat dah ready untuk dapat adik lagi. Cuma kami je takda rezeki.

Camimi pandai sangat layan Batrisyia. Ajak main toys sama-sama, pergi masuk bilik selongkah bakul toys sama-sama. Bawa toys dok depan tv sama-sama. Siap pimpin tangan. Huhuhuhu so protective u know! Aku tak sempat nak snap gambar time Camimi buat tu bagai sebab aku tengah prepare bahan untuk aku main campak-campak je dalam periuk tengahari nanti. Cuma mata aku ni tak lari mengusha diorang buat apa kat dalam bilik, pergi mana dan main apa. Mulut aku pula tak habis-habis mengingatkan Camimi supaya tak kasi Batrisyia main toys yang kecil, takut dia masuk dalam mulut.

Paling aku tak tahan bila Camimi marahkan 'imagination friend' dia demi melindungi Batrisyia. Ya, Camimi ni memang ada kawan imiginasi atau fantasi dia. Bukan setakat cakap sorang-sorang dengan kawan fantasi dia, kadang tu dia akan cakap sorang-sorang dengan bear kesayangan dia.

Masa baby sitting Batrisyia, dia pergi marahkan kawan fantasi dia sebab katanya kawan fantasi dia nak buat Batrisyia nangis. Kawan fantasi dia main sama-sama sekali depan tv. Beria la si Camimi marahkan kawan fantasinya sambil Batrisyia melihat-lihat di sebelah dia. Nak tengok Camimi cakap dengan siapa. Terkekek-kekek je aku ketawa dari dapur. Sebab mulut Camimi meriah betul nak marahkan 'kawan' dia demi Batrisyia.
Walhal Batrisyia tak nampak pun siapa kat sebelah dia. Aduhai...

Dah penat main, nak minum air masak jap


Tengok la Camimi. Batrisyia tu bukannya minum susu nak tidur pon. Siap tepuk-tepuk baca "Laillahaillallah.."


Ok, Batrisyia pon layan kan je la kakak Camimi dia. Kasi chance nak dodoikan adik... huhuhuuh

Oh, syahdunya. Camimi pandai sungguh melayan adik dia. Bila tanya, Camimi nak adik baby boy or girl? Beria cakap nak girl juga. Tamau boy. Katanya nak cute dan baik macam Batrisyia. 

Okeh, dia sedar diri yang dia tak berapa behave macam Batrisyia. That's why dia nak exactly macam Batrisyia. Huhuhu...

Dia tamau boy sebab dia tamau macam kawan dia si Zaran yang suka cubit dia kat school. Katanya lagi, dia tamau macam Hazeeq yang suka main tendang-tendang kat school. Tapi Camimi ni ada kawan baik lelaki nama Ishraf kat school dia. Budak umur 3 tahun tapi masuk kelas umur 4 tahun sebab dia bijak sikit dan kelas 3 tahun pula dah full. Aku tanya, tamau ke baby boy macam Ishraf? Cute, pandai... And the answer is still 'NO!'

Ok, besar sungguh pengaruh Batrisyia pada Camimi. Aku dah tak leh pengaruh dia kot-kot esok dapat baby boy pula.

Dalam sejam-dua lepas episod main depan tv tu, Batrisyia dah minta aku dokong. Dah ngantuk la tu. Jadi, aku bancuh susu, dodoikan dan terus tidur. Siap pesan kat Camimi jangan jerit, jangan cakap kuat-kuat sebab Batrisyia nak tidur. Camimi pun behave, jadi Batrisyia kejap je dah tidur atas pangkuan aku.

Tak lama lepas tu masakan tengahari pun siap. Just masak tomyam sebab nak masak yang rebus-rebus je. Goreng ikan panas-panas untuk orang lain dan makan ramai-ramai bila mama Batrisyia sampai. Tak lama lepas tu parents aku pun sampai datang nak tenguk cucu-cucu dia. Makan lagi ramai-ramai. Huhu meriah! Maklumla rumah masing-masing dekat, sekangkang kera je! Just fun... :)

Wednesday

PERSEDIAAN SEBELUM HAMIL

Salam uols,

Selalu cerita pasal Camimi, pasal aku laki bini, pasal gosip sana sini. Kali ni jom cerita pasal benda-benda yang ada info dan boleh dikongsikan bersama.

Ramai yang tak tahu, tahun lepas aku positif pregnant. But then aku bleeding dan terus... Sendiri fikirla ye kawan-kawan. Benda tak happy, lambat je nak kongsi dengan orang. Kalau benda happy, fikir dulu sebelum nak kongsi dengan orang. Takut timbul rasa riak dan tak senang orang yang memandang. Mungkin!

Suka aku nak share dengan uols sebab dari pembacaan aku:

Kumpulan darah memainkan peranan yang penting dalam persediaan untuk hamil. Seperti yang uols tahu, ada kumpulan darah ABO (A+, B+, AB+, O+) dan rhesus (A-, B-, AB, O-). Biasanya kumpulan darah ABO tidak mempunyai kesan membahayakan kehamilan tetapi bagi wanita yang darahnya dalam kumpulan  darah negatif, ini boleh menimbulkan masalah ketika hamil.

Wanita rhesus negatif yang kahwin dengan suami berdarah rhesus positif boleh menjadi penyebab keguguran, bayi mati dalam kandungan dan bayi lahir dalam keadaan kurang darah serta penyakit kuning.

Tapi, darah aku adalah O, manakala suami adalah B.

Selain daripada itu faktor umur yang sebaik-baiknya untuk mengandung adalah dari 20-35 tahun. Lebih daripada itu adalah berisiko sebab organ peranakannya sudah tak berapa aktif. Selain daripada itu haruslah bersedia dari segi kesihatan, berat badan yang normal (tak sampai berat ideal pon takpe), suntikan pelalian dan corak pemakanan. Nak details, boleh beli buku panduan kehamilan.

Nutrisi yang baik perlu diamalkan sebelum hamil. Sebagai contoh yang uols tahu, kalau nak pregnant kena amalkan makan asid folik yang penuh dengan vitamin B. Ianya dapat mengelakkan kecacatan saraf tunjang pada bayi sebanyak 80%. Jadi, lebih baik ambil asid folik sebelum pregnant dan ketika 12 minggu pertama kehamilan. Boleh beli pil asid folik di farmasi atau amalkan memakan bayam, kacang buncis, kacang panjang, produk soya, kekacang, jus bijirin, buah-buahan sitrus, ayam dan ikan.

Aku ingat lagi dalam blog gosip artis, si isteri Adlin Aman Ramli, Emelda Rosmila masih tertunggu-tunggu untuk pregnant dan awal-awal lagi dia dah amalkan pemakanan asid folik. Tapi sekarang aku tatau apa ceritanya.

Selain asid folik, kena amalkan pemakanan zat besi yang banyak ada pada daging merah, limpa, ikan bilis, tauhu dan tempeh. Bagi orang jawa yang suka makan tauhu dan tempeh tu sesuai sangat la..

Kalsium juga perlu dipertingkatkan untuk mengurangkan gejala kebas atau kejang sepanjang tempoh pregnant. Juga mengurangkan kecenderungan ibu daripada mendapat penyakit darah tinggi sewaktu pregnant. Sebab tu ada je jual Anmum Materna kat pasaran. Kalau tak mau minum susu putih, susu coklat boleh tak? Hihihi...

Kalau uols perasan, iklan susu sekarang semua cakap 'semak lebel dulu' sebab kena comparekan DHA susu mana yang tinggi. DHA ni berfungsi untuk memantapkan pertumbuhan penglihatan dan otak bayi sejak dalam kandungan lagi. Jadi, mulai tujuh bulan kandungan, kena banyakkan makan minyak ikan atau telur ikan yang ada DHA. Juga yang kaya dengan minyak omega seperti sardin dan salmon.

Selain daripada itu kena banyak minum air kosong minimum 10 gelas sehari, jus buah, susu, yogurt dan sup (ait, dulu aku belajar 8 gelas sehari. Sekarang sudah tukar ka...?)

Korang jangan risau. Aku bukan main hentam je tulis ni. Aku tulis ni dari pembacaan buku aku yang bertajuk 'Penjagaan Ibu dan Bayi' keluaran karangkraf. Thanks to my fren (dia tahu siapa dia) yang syorkan aku beli buku ni lengkap 1 set panduan penyediaan untuk mengandung, semasa mengandung dan selepas melahirkan.

Kat atas ni semua aku cerita pasal si ibu yang perlu buat itu dan ini dalam persediaan untuk pregnant. Si bapak-bapak pula bagaimana kan..?

Ok, si bapak-bapak sila ambil perhatian okeh. Uols kena amalkan pengambilan makanan yang mengandungi vitamin C seperti buah-buahan dan sayur-sayuran sekurang-kurangnya 5 hidangan sehari. Banyak tu wohhh.. Kalau kurang vitamin C dan antioksida lain boleh menyebabkan sperma kurang aktif atau rosak. Kalau si suami seorang perokok, keperluan antioksida nya adalah lebih tinggi. Jadi, makanlah lebih sayur dan buah-buahan ye...?

Selain daripada itu, si bapak-bapak kena ambil zat besi yang cukup melalui pengambilan makanan laut, kuning telur, daging dan bijirin. Kalsium dan vitamin D juga diperlukan. Sumber protein yang tinggi juga penting untuk penghasilan hormon sel darah merah, pemulihan tisu dan ketahanan badan. Aduh, dah jadi macam dietitian pula aku nih!

Oklah, itu saja buat masa ni ye. Letih nak baca entry info panjang-panjang. Nanti mengantuk. (Ye, aku sekarang tengah mengantuk!) Jadi, marila sama-sama kita mengamalkan pemakanan yang sihat bukan saja untuk yang plan nak pregnant. Yang tamau pregnant pon boleh. Yang perempuan-perempuan kat luar sana, jangan la merokok. Kesianla pada diri sendiri nanti. Kalau Allah turunkan pelbagai penyakit kelak, jangan mengeluh sudah. Sebab yang baik itu semuanya datang dari Allah sebagai peringatan. Yang buruk datangnya dari kita sendiri yang selalu alpa.

Note: sharing is caring, right?!

Tuesday

CAMIMI YANG DIBULI

Cerita ni agak dah lama, tapi biarlah ianya menjadi catatan kehidupan aku..

Dalam sebulan Camimi start school kat tempat baru ni, macam-macam pe'el dia bawa balik ke rumah. Ada yang baik, dan ada yang buruk. Yang aku tak suka, dia cakap dengan cousin dia guna perkataan 'kau'. Macam tak manis je budak sekecil tu boleh guna bahasa macam tu. Apa lagi, marah la aku kat dia. 



Nakal dia tak payah cakap la. Semakin banyak ragam dan semakin nakal. Aku tahu kenapa. Sebab hari-hari hantar dia pergi school kawan-kawan lelaki dia sambut dengan tumbukan dan sign of ultraman. Then ada aksi-aksi tendang menendang sesama kawan. Ayiooo.. selalu aku pesan pada Camimi. Jangan ikut kawan yang buat tumbuk-tumbuk dan tendang-tendang tu. No good at all!

Tapi ada juga pe'el yang baik dia bawa. Contohnya kalau nak pergi tandas, aleh-aleh aku dengar dia kata "mommy, dahhhhh...!" Maknanya soh aku cebok la tu. Entah bila dia masuk tandas aku pon tak perasan. Dia tak reti cebok guna hose yang ada kat dalam toilet rumah aku tu. Masuk toilet nak wee wee pon siap tutup pintu. Tak kesah la dalam toilet tu gelap ke samar-samar ke. Yang pasti memang dia akan tutup pintu. Owh, wee wee kat dalam potty orang dewasa ye kawan-kawan. Bukan atas lantai. Itu memang aku dah train dari dulu lagi. Untuk kebersihan...


Ada juga perkara-perkara baik yang lain dia bawa. Cuma apa yang aku nak cerita kat sini, pernah satu hari tu aku perasan kat lengan Camimi banyak lebam-lebam. Bukan 1, tapi 2-3 lebam dah ada.

Kadang-kadang tu kat betis kaki dia. Ada 2-3 lebam juga. Pelik gak aku. Idak la aku cubit budak ni sampai lebam gitu. Kalau kami mak bapak dia nak babap dia pon babap kat tapak kaki. Sebab itu yang disunahkan oleh Rasulullah. Kadang tu ada juga terlepas aku cubit kat perut boncet dia. Tapi idaklah sampai lebam banyak kat lengan dan kaki dia.


2-3 hari lepas tu aku asyik terlupa je nak tanya kat cikgu Camimi. Sebab bila sampai sana Camimi nak big hug la, nak kiss la. Pastu muka macam dah cebik sikit. Ada Cikgu Ain ok la juga. Kalau Cikgu Ain takda, aku lah yang susah. Sebab tu selalu terlupa nak tanya pasal lebam-lebam kat tangan dan betis Camimi.

But one day tu time ambil Camimi, sebelum balik tu teringat nak tanya cikgu-cikgu dia. Rupa-rupanya cikgu-cikgu dia ingat aku yang cubit. Tuh yang diorang tak cakap apa-apa pasal benda tu dengan aku. Tapi diorang dah siap tanya kawan-kawan Camimi siapa yang buat? Tak seorang pon mengaku. But then aku cakapla, hari tu aku pernah nampak sendiri seorang budak lelaki ni datang kat Camimi dan terus cubit. Camimi pula terkebil-kebil je mata dia bila ada orang buat camtu. Yelah, tetiba takda angin, takda ribut terus datang kat Camimi cubit-cubit. Hai, kau geram ke tengok anak aku gebu macam tu? Apa lagi... terus la aku tepis tangan budak tu dan tanya kenapa buat macam tu kat Camimi?



Then dia kata tadi Camimi cubit dia. Dalam kereta terus aku marah-marah Camimi kenapa cubit-cubit orang kat school? Nangis-nangis Camimi kata dia tak cubit pun budak tu. Budak tu yang suka cubit-cubit dia.

Ada satu hari tu juga aku nak ambil Camimi. Buka je pintu kelas tengok Camimi tengah nangis-nangis. Aku tanya kenapa? Kawan-kawan Camimi yang lain semua tuding jari kat seorang budak lelaki yang pernah cubit Camimi dulu. Diorang kata "Zaran buat! Zaran buat!" Cikgu dia takda masa tu. Mungkin dah nampak kelibat kereta aku dan terus persiapkan beg Camimi untuk dibawa pulang. Bancuh susu juga barangkali...

So, aku suspect sure si Zaran tu cubit Camimi lagi. Apa lagi.. marah la aku kat budak tu! Suka sangat nak buli Camimi. Lantak la asalkan tangan aku tak naik kat badan budak. Memang terasa nak babap je si Zaran. Nakal lain macam! Terkebil-kebil dia kena marah. Elok la kau melalak menangis sekali. Lagi bagus! Ada cikgu lain pun siap datang marahkan si Zaran bila dah tahu situasi yang berlaku. Dulu pon masa aku kecil masuk tadika pon kena buli. Siap nangis teresak-esak bagai. Mak aku la datang tolong selamatkan keadaan. Marahkan juga si budak lelaki yang buli aku tu. Ha, sekarang anak aku pula jadi mangsa.

Dalam kereta aku tanya kat mana Zaran cubit? Camimi kata bukan cubit, tapi dia sepak-sepak kaki Camimi. Haih, tak ke berasap je aku dengar? Rasa macam nak pukul-pukul je anak orang tu. Kenapa lain macam je nakal budak lelaki tu. Bebudak lain aku nengok ok je. Si Zaran ni yang nakal semacam. Haih, anak orang lain dia tak kacau ke? Nape Camimi juga yang dia mahu buli?



Tapi sebab budak tu anak orang, dan bukan anak aku. Maka aku marahkan aje. Kalau anak aku yang nakal macam tu balik rumah siap la kau! Aku hanger kan tapak kaki tu banyak kali. Aku siap cakap dengan si Zaran, nape tak boleh main elok-elok ke dengan Camimi? Kenapa la nak pukul-pukul, cubit-cubit?

Aku ngadu hal ni pada si suami. Diam-diam si suami tu pon still marahkan sikap si Zaran. Katanya kalau dia ada kat situ dah dia piat aje telinga Zaran. Budak memang tak makan saman. Piat sekali mesti terdiam. Tak diam juga piat banyak kali. Tapi... itu kan anak orang. Takkan la aku benarkan si suami aku nak buat gitu. Haihh...

So, on the next day and so on aku siap pesan kat cikgu-cikgu Camimi. Tolong la tengok-tengokkan Camimi tu. Jangan ada orang ambil kesempatan nak cubit ke, pukul ke, tendang ke, sepak ke.. Saya tak mahu tengok ada lebam-lebam pada badan dia lagi. Sebab Camimi ni sebiji macam aku. Kalau tersinggung kat perabot sikit dah lebam. Terlanggar benda sikit dah lebam. So, kalau lebam macam tu aku faham la.. Aku tanya Camimi, kalau dia jawab tatau siapa yang buat means benda tu terjadi sendiri la. But then kalau dia cakap ada orang buat, aku kena siasat la..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...