Advertisement

Jom follow follow i, then i follow follow u

Wednesday

ASTRO SUPER PACK

Kelmarin sampai surat dari Astro. Bila buka surat tu, Astro tawarkan upgrade dari current package ke Astro Super Pack (1). Tentu ada kawan-kawan yang dapat surat yang sama kan..?

Bila dah bincang-bincang dengan suami, rasa tertarik nak subscribe pakej baru. Jimat RM0.95 hihihiih.. tapi yang untungnya ada pertambahan beberapa program baru daripada pakej yang asal. Ok, jom buat perbandingan.


Pakej sekarang yang aku subscribe adalah:

  1. Astro Family
  2. Mini Package (Fun and Learning)
  3. Plus Package (Metro and Mastika)
  4. Prime Package (Sport and Movie)
Total monthly package: RM141.93 (incl. government tax)

Pakej Astro Super Pack (1) (yang aku nak upgrade)
  1. Astro Family
  2. Mini Package (Fun, Learning and Variety) <---- ada pertambahan 1 program
  3. Plus Package (Mastika)
  4. Prime Package (Sport and Movie)
  5. Astro Box Office Movies (Tayangan Hebat) <---- program baru
  6. High Definition Service <---- service baru daripada sebelum ni
Total monthly package: RM170.50 (incl. gov. tax). Tapi dapat offer RM125.00 (RM132.50 incl. gov. tax) sahaja.

By the way, suami tetap nak tambah pakej Metro ke dalam Pakej Astro Super Pack (1) ini sebab ada cerita pasal kereta, motor, kapal terbang and what so ever yang dia sorang aje yang minat. Dan total semua still jimat RM0.95 sahaja iaitu RM140.98 (incl. gov. tax) berbanding pakej asal kami.

Sesetengah orang kalau setakat jimat RM0.95 saja, diorang malas nak upgrade. Apa benda nak upgrade lainla kalau boleh jimat berpuluh-puluh ringgit kan..?

Nanti, jangan cepat melatah. Harga asal Pakej Astro Super Pack (1) (seperti dalam list kat atas) ialah RM170.50 (excl. gov. tax) termasuklah HD. Dah tu free installation, free warranty,  free B-yond decoder and accessories.

Kalau nak pakai B-yond PVR just tambah RM150.00 (harga asal RM300.00) for installation. Yang lain-lain free macam biasa. Maknanya bulan-bulan hanya bayar RM125.00 (RM132.50 incl. gov. tax) walaupun ada B-yond PVR. Boleh rakam-rakam dak..?

So, amacam korang? Ok tak..? Katanya lagi harga ni dijamin tak naik sampai bila-bila. Contract pula setahun saja. Takpela.. kita try la dulu. Rasanya okeh la kot. Semua channel kegemaran ada dalam satu pakej. Hehehehe...

6 comments:

mr icham said...

yup erin...betul tue...jimat jugak la yang nie pun...aku dah pakai pun sejak sabtu lepas...tapi aku tak beli la PVR tue (malas nak beli hardisk dia tue)...ha ha ha...jadi aku 'cacat' dari segi recording la...takpelah, nanti2 pun boleh tambah yang tue kalau nak...RM150 jer pun...wakakaka....

Erin Rashid said...

wah... ko dah advance.. aku baru register nak upgrade..

pqa said...

Hi, nak tny astro super pack ni hanya untuk pelanggan astro b-yond atau pelanggan biasa juga blh upgrade? :)

Erin Rashid said...

dear pqa,

semua org boleh register dan upgrade dari astro biasa kpd astro superpack. kalo ikutkn promotion skrg, siap boleh dpt pvr (yg boleh rakam2 tu) secara percuma dgn syarat maintain the superpack package for the whole 6 mths :)

Unknown said...

Salam kenal,

PVR tu tak dpt free dah leni. kena bayar gak RM50. tapi total bil leni 132 jer kalo amik superpack. 126 + 6% tax x silap

Follow u ya. Follow me back ;-)

http://mama-iloveu.blogspot.com/

adianiez AIDA said...

google pasal astro superpack. tu yg termasuk & baca blog erin ni :-) da follow pun.
aida pun bakal langgan. siap nak amik 2nd decoder. and dpt pvr free for 1st decoder. ni pun sebab astro kata akaun astro aida da lama lebih dari 5 tahun.
berbaloi...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...