Advertisement

Jom follow follow i, then i follow follow u

Thursday

EIN PICKNICK MACHEN

Salam u allsss...

Tadaaa.. sure ada yg tertanya2 i nih dh balik ke blom kan..? ayioooo..sorry la lama tak update blog. sibuk sgt daaa...


I belum jejak kaki lagi ke Msia. masih berada di german lagi. lama tak dapat update sbb sibuk shipping barang, pastuh kemas rumah kasi kosong dan sibuk pindah rumah pulak. sekarang jadi 'setinggan' kt umah kak ja. huhuuh... menompang kasih kak ja pulak sebelum berangkat ke msia nnt.


tapi entry ni nak cerita tntg hari sabtu lepas. kami buat piknik (ein Picknick machen). piknik yg berkonsepkan potluck dan bbq. so masing2 ada ditugaskan utk bwk mknan dan minuman. so takdela harap satu pihak je. lagi pon piknik yg bertempat di Wedau, Duisburg (sebuah tasik) ini dihadiri oleh ramai students yg menetap di Duisburg, Essen, Krefeld dan Gelsenkirchen. sesapa ada facebook or friendster sure ada terbaca 'kekecohan' annoucement yg i buatkan..?



Penganjuran piknik adalah untuk meraikan pelajar2 msia yg akan pulang ke msia nnt, iaitu marni, aznin (uteh) dan kami sdri. sgt seronok sbb masing2 sporting giler. sebuah piknik yg sgt happening!


okla, tanpa buang masa jom kite tgk gambar2 yg ada ni. lain2 gambar leh tgk kt fb i. okkk..










menu of the day: ayam, daging lembu, daging kambing, hotdog, burger, kentang (semua dipanggang dan dibakar), sup merah (ape ntah namanye), murtabak, nasi goreng, mee goreng, kek coklat, kek batik, roti pita, kentang salat, oranges dan bnyk lagi..

DAH HANTAR SHIPPING DAH...

Salam u all.. sempat nk upload entry ni aje dulu. yang lain kemudian ok. komputer tinggal 1 dan perlu berkongsi dgn suami juga. sunyi beb kalo komputer tadak kt umah. sbb suami dok usung notebook ni ke uni dia.


hari isnin (20hb) hari tuh selamat la kotak2 kami dihantar pulang melalui lautan samudera. berat keseluruhan kotak2 kami adalah hampir 800kg dan ada lebih 55 kotak semuanya.


oh ye. mmg bkn kotak kami suami isteri aje. bahkan kawan2 yg akan pulang ke msia juga. kami shipping sama2..


terima kasih kpd semua kawan2 yg amik bahagian mengangkat kotak2 dari atas dan dari basement turun ke luar rumah. ramai benor yg dtg menolong. juga kepada kawan2 perempuan Essen yg tolong masak2 kt dapur utk persiapkan jamuan mkn. jasa kalian semua tetap dikenang sampai bila2..






note: maaflah. amik gmbr guna camera hp je. tak sempat nk smbr camera betol. tuh yg tak berapa cantik gmbr2 nye. dan saya tak sempat nk edit gmbr2 nih sume. masa mencemburui..!

Monday

CABUT GIGI PULAK

Hari jumaat lepas g jumpa doktor gg. hari tuh buat entry pasal jumpa doktor gg kan..? tapi itu buat scaling. atau kt sini panggil 'Zähne reinigung'.


Tapi kali ni ada misi lagi besar yg doktor tuh nk buat. misi nya iaitu mencabut gg. huhuuh..dh besar mcm ni pon ada gg rosak. apa daaaa...


kalo u all nk tau, gg rosak tuh start masa i tgh pregnant kan camimi lagi. org kata kalo pregnant mana leh cabut gg. i tatau la plak apa effect bakal kene pada baby yg kite kandung. dah tuh org kata jgn cabut time pregnant, buat je la...


so, inilah masa yg sgt sesuai utk maintain semula gg yg rosak dan berkarat itu. minggu lepas g buat scaling saja, so minggu ni doktor nk cabut plak.


bunyi mcm takut kan..? ye..mmg takut beb. sbb tgk peralatan ala2 mcm playar gitu utk cabut tunggul gg i ni. dah tu, siap bius 2-3 kali kat 2-3 tempat. so masa cabut tuh tak la rasa sakit sgt. cume masa doktor tuh drill 2-3 kali kat tempat nk cabut tuh terasa nyilu dan sakit sikit. itu pon dh bius.. cuba bayangkan belum biuss.. huhuuh...


bile doktor tanam besi kt tmpt yg dah takde gg tuh dan dia jahit 2-3 kali kt tmpt tuh, tak plak terasa sakit. yelah, terasa pipi kite ni besar sebelah. (kebas la maknanye tuh...).


balik tuh singgah kedai backery utk hirup secawan koko panas dan mkn roti dgn suami dan camimi yg slmt tido dahhh tggu mummy dia cabut gg. tapi yg kelakar nye tu, i minum koko panas sampai meleleh2.. sbb kebas kt mulut dan pipi tu ada lagi. so bile kite hirup minuman tu tak terasa pon yg mulut ni tutup atau bukak. hahahha...!

Sunday

MINGGU-MINGGU YANG SUNYI

Start next week sure i akan jarang2 update blog. dan mungkin jugak jarang2 menjengah blog2 u all smua. kenapa..? eh, blum lagi nk blk msia. masanya belum tiba beb!


tapi sebab nye adalah komputer kt umah ni akan tinggal menjadi 1 je iaitu tinggalla lappy yg i tgh guna ni. cpu husband i yg dia slalu guna utk buat kerja2 dia tu akan dipacking utk shipping. so, dia akan bawak notebook ni ke uni dia utk kerja2 edition dan presentiation dia.


manakala lori kontena pula akan dtg ke umah kami 20hb ni utk amik kotak2 kami terus dibawa ke Hamburg (satu2nye perlabuhan german yg terletak di utara).


tapi don't worry, insyaAllah i sempat punye intai blog2 u all, malah mungkin sempat jugak nk update blog untuk publish a few entries b4 i bertolak blk ke msia. tapi nnt kalo u all perasan blog i ni sunyi dan sepi je drpd slalu, paham2 la.. itu maknanye kami dh smpai msia.. yabedabedduuuuu..!!!


Friday

CERPEN AIR MATA

Ini la cerpen yg telah mengusik jiwa i smpai tak tahan terus je mengalirkan air mata. juga buat blogger lily yg nk mtk i tlg publish kan cerpen ni di sini.

buat tatapan kite smua. yang baik jadikan ikutan, yg jahat jadikan tauladan.





Aduh...sakitnyer. ..isk.... . aduuh....Bang sakit nye tak tahan saya" keluh Nisa pada suaminya Zakri.

"Apelah awak nie....lama sangat nak bersalin dah berjam-jam dah tak keluar-keluar juga. Penat dah saya tunggu. Nih mesti ader benda yang tak elok awak buat, itu lah sebab lambat keluar budak tu banyak dosa la tu" rungut Zakri pd Nisa.

Nisa hanya diam dan menahan sakit nak beranak, hampir 1 jam Nisa dalam bilik bersalin tapi baby tak keluar juga. Sebak hati Nisa bila Zakri berkata begitu.

Sejak mengandung ada sahaja yang tidak kena dihati Zakri terhadapnya. Seakan-akan membenci Nisa dan anak yang dikandungnya. Jururawat datang memeriksa dan kemudian bergegas memanggil Doktor Johari. Doktor Johari (Doktor Peribadi) datang dan bergegas menyediakan keperluan menyambut kelahiran. Nisa hanya mendiamkan diri menahan sakit dan air mata meleleh panas dipipi bukan disebabkan takut atau sakit tapi rungutan Zakri tadi. Doktor Johari menyuruh Nisa meneran ..."Come on Nisa u can do it...once more...." Kata ransang Doktor Johari itu membuatkan Nisa bertenaga dan sekali teran sahaja kepala baby sudah keluar..."Good mummy" kata Doktor Johari selepas menyambut baby yang keluar itu.

Tiba-tiba Nisa terasa sakit lagi dan Nisa meneran untuk kali kedua dan keluar seorang lagi baby, kembar rupanya. "Nisa u got twin, boy and girl, putih macam mummy dia" kata Doktor Johari memuji Nisa. "Tahniah Zakri,it's a twin" Doktor Johari mengucapkan tahniah kepada Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri setelah menyaksikan kelahiran anak pertamanya, kembar pulak. Memang Doktor Johari itu menyuruhnya melihat bagaimana keadaan kelahiran anaknya. Baby boy dan girl Nisa namakan Mohammad Danial dan Nur Dania.Nisa berasa lega... tapi Nisa masih lagi teringat kata-kata Zakri padanya sebentar tadi. Terlalu banyak kata-kata yang membuat Nisa selalu kecil hati . Tapi Nisa tahankan sahaja. Nisa tahu kalau Nisa mengadu pada emak, Nisa akan dimarahi semula. Jadi Nisa hanya diam dan memendam rasa. Danial dan Dania diletakkan di nursery di Hospital itu sementara menanti Nisa berehat kemudian dapatlah
Nisa menyusukan Danial dan Dania.

Comel sungguh kembar Nisa. Nisa termenung dan otak fikirannya menerbang kembali detik-detik semasa Nisa mengandungkan kandungannya, Zakri selalu memarahi Nisa, ada sahaja yang tidak kena. Kata Nisa yang bukan-bukan, gila, ada sahaja tuduhan yang tidak masuk akal semuanya dihamburkan pada Nisa. Tak sanggup Nisa hadapi semua itu tapi demi kandungannya, Nisa kuatkan semangat dan pendirian Nisa. Ingat lagi waktu Nisa mula mengandung Zakri tak percaya Nisa mengandung anak dia, dua kali dia membuat pemeriksaan Antenatal samada Nisa mengandung.Zakri ragu anak dalam kandungan Nisa. Dia tak boleh terima baru tiga bulan kahwin dah mengandung.. .Nisa dah 2 bulan...Nisa cuma kosong selama sebulan selepas berkahwin. Nisa tak tau nak cakap apa.

Nisa balik rumah dalam kesedihan. Pada mulanya Nisa gembira bila mengandung tapi sebaliknya pula yg terjadi. Perasaan hati Nisa bangga Nisa dapat memberi zuriat kepada Zakri. Tapi apa yang Nisa dapat hanyalah tuduhan yang tak pernah terlintas di otak jemala Nisa. "Kenapa abang berlainan sekarang ni, tak macam dulu pelembut, suka berjenaka, ni tak asyik nak cari salah Nisa sahaja. Nape Bang?"soal Nisa pada Zakri . "Kaulah penyebabnya. Tak yah nak tunjuk baik plak" Zakri menempelak Nisa "Jantan mana yang kau layan kat opis kau tu" sergah Zakri lagi. "Abg syak Nisa ngan lelaki lain ke? Kenapa Abg syak yg bukan-bukan, Nisakan isteri Abang yang sah tak kanNisa nak buat jahat ngan orang lain pulak Bang"? terang Nisa pada Zakri. "ALLAH dah bagi kita rezeki awal,tak baik cakap cam tu. Itu semua kehendak ALLAH" Nisa senyum dan menghampiri sambil memeluk badan suaminya tetapi Zakri meleraikan pelukan Nisa dengan kasar sehingga Nisa hampir tersungkur. Nisa menangis dan sedih. Zakri buat tak tahu sahaja.

Deraian airmata Nisa semakin laju. Nisa hanya mampu menangis. Terasa dada .Nisa sakit menahan semua tohmahan dari Zakri, suaminya yang sah. "Woi, benda-benda tu bole terjadilah Nisa, kawan baik ngan bini sendiri, suami sendiri, bapak ngan anak, hah emak ngan menantu pun bole jadi tau apatah lagi macam kau nie, tau tak. Tu dulu kawan kau lama tu yang satu opis ngan kau tu, Farid, bukan main baik lagi budak tu"marah Zakri. "Entah-entah keturunan kau, darah daging kau pun tak senonoh ....heee teruk. Nasib aku la dapat bini cam engkau ni"kutuk Zakri lagi pada Nisa. "Bawa mengucap Bang, jangan tuduh saya yang bukan-bukan saya bukan perempuan tak tentu arah walaupun saya menumpang keluarga ni , saya bukan jenis macam tu saya tau akan halal haram, hukum hakam agama. "Walaupun saya tak tau asal usul keluarga kandung saya, saya bersyukur dan berterima kasih pada emak kerana jaga saya dari kecil dah macam darah daging saya sendiri" kata Nisa pada Zakri.

"Tapi Abang tak boleh hina keluarga kandung saya walaupun saya tak pernah tengok muka ayah dan mak kandung saya. Mereka lahirkan saya kedunia,"ucap Nisa sambil menangis. Semenjak kejadian itu Nisa terpaksa mengikut Zakri ke tempat kerjanya apabila habis waktu kerja. Nisa berehat di Surau tempat Zakri bekerja.

Zakri bekerja di salah sebuah Pusat membeli belah dan kerjanya mengikut shif.Kalau Zakri shif malam terpaksalah Nisa menunggu Zakri sehingga pukul 10.30 malam - 11.30 malam sehingga habis Pusat membeli belah itu tamat waktu perniagaannya. Nisa terpaksa berbohong pada emak dan keluarga lain dengan mengatakan Nisa buat overtime di pejabat. Nisa terpaksa berbuat demikian kerana tidak mahu dikata-kata dan dituduh lagi. Dengan keadaan perut semakin membesar Nisa gagahkan juga. Tetapi kadangkala Zakri tidak menjemput Nisa di tempat kerja terpaksalah Nisa menaiki bas.Begitulah Nisa sehinggalah Nisa hampir pada waktu bersalin Nisa. Kalau diminta jemput...macam- macam kata kesat dilemparkan pada Nisa, perempuan tak tau berdikarilah, berlagak senang lah, lagak kaya lah.

Pernah suatu hari Nisa naik marah kerana Zakri jemput Nisa lambat sampai sakit pinggang Nisa menunggunya. Nisa menangis. Zakri tiba-tiba naik angin dan cakap perangai Nisa macam firaun la, perempuan tak sedar dirilah, tak layak jadi isterilah, menyusahkan macam-macam kata nista dilemparkan pada Nisa. Nisa tambah sedih mengenangkan diri Nisa, ngadu kat emak takut dimarahi pula...bila Nisa balik ke rumah, mereka berdua akan berlakun yang mereka tidak bergaduh...Nisa sedaya upaya tidak mahu menunjukkan yang masalah melanda perkahwinannya. Kasihan Nisa...dalam keadaan yang begitu Nisa masih mampu bertahan, masih kuat lagi emosinya.

Satu hari Zakri dalam keadaan marah telah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa ke dinding...Nisa hanya mampu menangis dan menanggung kesakitan gara-gara Nisa nak pergi ke rumah Mak Usu Nisa yang ingin mengahwinkan anaknya di Tanjung Karang. Emak Nisa dah seminggu pergi ke sanauntuk menolong. Hari dah mula petang jadi Nisa mendesak agar bertolak cepat kerana kalau hari malam nanti bahaya , "Kita nak jalan jauh ni Bang. Biarlah kita pergi awal sikit bolehlah tolong apa yang patut. Masa nilah kita nak membalas pertolongan mereka, ingat tak masa kita kahwin mereka bekerja keras kan "kata Nisa pada Zakri. Zakri ketika itu sedang berehat menonton. "Bang dengar tak ni, lagi pun hari dah mula gelap,takut plak hujan nanti"desak Nisa lagi.

Tiba-tiba Zakri bangun dan mukanya bengis memandang Nisa "Kau tahu aku penatkan, tak boleh tunggu ker,suka hati aku lah nak pegi malam ke siang ke tak pegi langsung ker"marah Zakri. "Itu Nisa tau, Abang dah berehat dari pagi tadi Bang masih penat lagi, Nisa cuma nak ingatkan Abang saja"Nisa memberitahu Zakri. Zakri datang pada Nisa dan direntapnya rambut Nisa dan di hantukkannya kepala Nisa kedinding. Nisa tak dapat buat apa. YA ALLAH sanggup Zakri berbuat demikian...terasa kebas kepala Nisa dan mula membengkak. Pening kepala Nisa dibuatnya."YA ALLAH kau kuatkan iman aku YA ALLAH, lindungilah aku dan kandungan aku dari bahaya YA ALLAH" doa Nisa dalam hatinya. Nisa memencilkan diri Nisa disudut dinding dan menangis.

Zakri kemudian duduk diam. Nisa rasa kepala Nisa macam nak pecah. Kebas masih lagi dan membengkak.. .berdenyut2. .."Bang, Nisa minta maaf jika Nisa membuat Abang marah" Nisa memohon maaf pada Zakri sambil teresak-esak.

Treet,Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Sapa plak nie sebok je...."Rungut Zakri yang tengah sibuk berborak dengan kawan-kawan di salah sebuah caf?. "Hoi, Encik Zakri, bini ko kat wad tak gi jengok ke, apa punya laki ko nie? sindir Azlan, kawan pejabat Zakri. "Alah, dia sihat je kat wad tu, makan tanggung berak cangkung, ha,ha,ha"gelak Zakri dan kawan-kawan lain. Azlan cuma berdiam diri.

"Senangnya hidup Zakri nie tak ader risau langsung pasal bini dia"cetus hati Azlan. "Akulah kalau bini aku masuk wad bersalin aku sentiasa dok sebelah dia tau...mereka perlukan kita masa tu...nyawa mereka dihujung tanduk semata-mata nak melahirkan zuriat yang dari darah daging engkau tau, cuba fikir sikit" Azlan mengingatkan Zakri. "Iyelah, Lan, lagipun Nisa dah bersalin, selamat dah, sekarang tengah berehat laaa, apa aku nak risau lagi" jawab Zakri selamba. "Suka hati kau lah, tapi kalau ader apa-apa nanti kau jangan menyesal Zakri, sesal tak sudah nanti" kata Azlan lagi.

Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Hello Zakri speaking" jawab Zakri. "Hello Zakri, Doktor Johari sini, ade masalahlah Zakri, pasal Nisa, datang segera ke hospital ye Zakri, Nisa tidak sedarkan diri........ ."panggilan kecemasan dari Doktor Johari "Iye ke, teruk ke dia Johari, okay I datang"...tuttttttt . Zakri menamatkan perbualannya dengan Doktor Johari.

"Lan. Kau ikut aku, Nisa tak sedar diri ..."ajak Zakri pada Lan. "Hah, tadi kau kata bini kau sihat"tanya Lan pada Zakri. "Alah jom ler cepat" desak Zakri. "Zakri, kami tak dapat selamatkan Nisa, Nisa mengalami pendarahan otak yang serius, sebelum nie pernah tak Nisa jatuh atau...terhantuk kuat cause sebelah kanan kepalanya kelihatan bengkak dan ada tanda lebam. Mungkin kesan dah lama? tanya Doktor Johari dengan serius dan ingin penjelasan Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri. Automatik otak Zakri teringat yang dia pernah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa kedinding sekuatnya... dan selepas kejadian itu Zakri tidak pernah pun membawa Nisa ke Klinik untuk membuat pemeriksaan kepalanya dan semenjak kejadian itu Nisa sering sakit kepala yang teruk ...tapi Zakri tidak pernah mengendahkan kesakitan Nisa....baginya Nisa mengada-ngada ..saja buat sakit untuk minta simpati...tetapi sebaliknya.. ...Zakri hanya diam....

"YA ALLAH apa aku dah buat" rasa bersalah membuat dirinya rasa menggigil... "Doktor Zainal yang merawat Nisa kerana Nisa mengadu sakit kepala sewaktu Nisa memberi susu pada kembarnya di Nursery, sakit yang amat sangat katanya so Doktor Zainal membawa Nisa ke Lab untuk membuat scanning di kepalanya dan confirm otaknya ada darah beku tapi malangnya ia sudah ditahap yang kritikal, kami tak mampu lakukan apa-apa kerana Nisa tidak mahu di operation sebelum meminta izin dari kau Zakri, Nisa telah pergi dulu dengan tenang. Permintaan terakhir Nisa, Nisa minta kau membaca diarinya. I'm really sorry Zakri. ALLAH berkuasa Zakri kita tak dapat menghalangnya" kata Doktor Johari lalu memberikan Zakri sebuah diari yang berbalut kemas dengan kain lampin baby yang masih baru.

Zakri mengambil diari itu dan membuka setiap lembaran diari Nisa, setiap lembaran tertulis rapi tulisan Nisa dan peristiwa yang berlaku pada Nisa pada setiap hari , Zakri membacanya sepintas dan nyata keluhan,kesakitan segala luahan rasa Nisa semuanya tertera di diarinya. Dan Zakri dapati setiap peristiwa itu semuanya perlakuan buruk Zakri terhadap Nisa..."YA ALLAH kenapa aku buat Nisa begini" terdetik hati Zakri selepas membaca tiap lembaran diari Nisa. Dan terpandang oleh Zakri mukasurat akhir lembaran diari yang ditanda dengan bunga ros merah yang telah kering...membuat Zakri tertarik untuk membacanya.. Untuk suami Nisa yang tersayang, I LOVE U Bang... "SELAMAT HARI ULANG TAHUN PERKAHWINAN YANG PERTAMA"

Assalamualaikum. Abang, Ingat tak bunga Ros merah ni, Abang berikan pada Nisa sewaktu mula mengenali Abang. Lama Nisa simpan bunga tu Bang...Bunga inilah lambang bermulanya perkenalan Nisa dengan Abang. Nisa benar-benar menyayangi Abang. Nisa menyimpan setiap hadiah yang abang bagi pada Nisa. Abang tak pernah tahu kan ... Itulah salah satu buktinya betapa sayangnya Nisa.. Terlebih dahulu Nisa ingin sangat dengar Abang panggil Nisa AYANG seperti kita baru kahwin...Abang panggil Nisa AYANG...terasa diri dimanja bila Abang panggil Nisa cam tu...walaupun Nisa dapat merasa panggilan AYANG itu
seketika sahaja. Abang dah banyak berubah. Perkataan AYANG telah hilang dan tidak kedengaran untuk Nisa lagi. Kenapa? Bencikah Abang pada Nisa?

Abang...mukasurat nie khas utk Abang. Bacalah semoga Abang tahu sayangnya Nisa pada Abang. Abang ingatkan hari nie hari ulangtahun perkahwinan kita yang pertama dan Nisa hadiahkan Abang....... Danial dan Dania. Untuk Nisa tak perlulah Abang bagi kerana tak ada apa yang Nisa inginkan melainkan kasih sayang Abang pada Nisa. Nisa akan pergi mencari ketenangan dan kedamaian untuk diri Nisa. Nisa pergi untuk menemui NYA. Nisa harap Abang akan menjaga Danial dan Dania dengan baik dan jangan sekali-kali sakiti mereka. Danial dan Dania tak tahu apa-apa. Itulah hadiah paling berharga dari diri Nisa dan mereka adalah darah daging Abang. Jangan seksa mereka. Abang boleh seksa Nisa tapi bukan mereka. Sayangilah mereka...Nisa ingin mengatakan bahawa Nisa tak ada hubungan dengan sesiapa melainkan Abang sahaja di hati Nisa. Jiwa dan raga Nisa hanya untuk Abang seorang.

Terima kasih kerana Abang sudi mengahwini Nisa walaupun Nisa in cuma menumpang kasih disebuah keluarga yang menjaga Nisa dari kecil hinggalah Nisa bertemu dengan Abang dan berkahwin. Nisa harap Abang tidak akan mensia-siakan kembar kita dan Nisa tidak mahu mereka mengikut jejak kehidupan Nisa yang malangkerana menumpang kasih dari keluarga yang bukan dari darah daging Nisa...tapi Nisa bersyukur kerana dapat mengecapi kasih sayang sepenuhnya dari keluarga ini. Nisa harap sangat Abang akan sentiasa memberitahu pada kembar kita yang Nisa ibunya akan sentiasa bersama disamping kembar kita, walau pun Nisa tak dapat membelai dan hanya seketika sahaja dapat mengenyangkan kembar kita dengan air susu Nisa.

Berjanji pada Nisa dan ingat DANIAL dan DANIA adalah darah daging abang...Ampunkan Nisa dan halalkan segala makan minum Nisa selama setahun kita bersama. Sekiranya Abang tidak sudi menerima Danial dan Dania berilah pada emak Nisa supaya emak menjaga kembar kita dan segala perbelanjaan Nisa dah buat nama emak untuk KWSP Nisa. Biarlah emak menjaga kembar kita sekurang-kurang terubat juga rindu emak sekeluarga pada Nisa nanti bila memandang kembar kita. Comel anak kita bang..Dania mengikut raut muka Abang...sejuk kata orang dan Nisa yakin mesti Danial akan mengikut iras raut wajah Nisa...Ibunya. ..sejuk perut Nisa mengandungkan mereka. Inilah peninggalan Nisa untuk Abang. Semoga Abang masih sudi menyayangi dan mengingati walaupun Nisa sudah tiada disisi Abang dan kembar kita. Wassalam.

Salam terakhir dari Nisa Untuk Abang dan semua. Doakan Nisa. Ikhlas dari Nur Nisa

"Sabarlah Zakri, ALLAH maha berkuasa. Kuatkan semangat kau, kau masih ada Danial dan Dania" pujuk Azlan. Zakri hanya tunduk membisu. YA ALLAH,Nisa maafkan Abg Nisa. Zakri longlai dan diari ditangannya terlepas, sekeping gambar dihari pernikahan antara Zakri dan Nisa jatuh dikakinya dan Zakri mengambilnya. Belakang gambar itu tertulis "HARI YANG PALING GEMBIRA DAN BAHAGIA BUAT NISA DAN SEKELUARGA. NISA DISAMPING SUAMI TERCINTA SELEPAS DIIJABKABULKAN. SEMOGA KEGEMBIRAAN DAN KEBAHAGIAAN AKAN MENYELUBUNGI DIRI NISA DAN KELUARGA NISA HINGGA KEAKHIR HAYAT NISA.

Zakri terjelepuk dilantai dan berjuta penyesalan merangkumi seluruh tubuhnya. Zakri seakan orang hilang akal. Satu demi satu setiap perlakuannya terhadap isterinya Nisa seperti terakam dalam kotak otaknya...setiap perbuatannya. ..seperti wayang jelas terpampang.. kenapalah sampai begini jadinya...kejamnya aku...Nisa, Nisa, Nisa maafkan Abang Nisa. Sewakt jenazah Nisa tiba dirumah suasana amat memilukan. Zakri tidak terdaya untuk melihat keluarga Nisa yang begitu sedih atas pemergian Nisa. Namun emak Nisa begitu tabah dan redha. Danial dan Dania sentiasa di dalam pangkuan neneknya.Saat akhir untuk melihat Jenazah Nisa, Zakri lihat muka Nisa tenang bersih dan Zakri kucup dahi Nisa buat kali terakhir seakan-akan lirik mata Nisa mengikuti wajah Zakri. "Nisa Abang minta ampun dan maaf" bisik Zakri perlahan pada telinga Nisa sambil menangis dengan berjuta penyesalan menimpa-nimpa dirinya. Apabila Zakri meletakkan kembar disisi ibunya mereka diam dari tangisan dan tangan dari bedungan terkeluar seolah-olah mengusapi pipi ibu mereka buat kali terakhir dan terlihat oleh Zakri ada titisan airmata bergenang di tepi mata Nisa. Meleleh
perlahan-lahan bila kembar itu diangkat oleh Zakri.

Kembar menangis semula setelah diangkat oleh Zakri dan diberikan kepada neneknya. Jenazah Nisa dibawa ke pusara dan ramai yang mengiringinya termasuklah kembar bersama. Walaupun kembar tidak tahu apa-apa tapi biarlah kembar mengiringi pemergian Nisa, Ibu mereka yang melahirkan mereka. Amat sedih ketika itu. Zakri tidak mampu berkata apa-apa melainkan menangisi pemergian Nisa yang selama ini merana atas perbuatannya. Dan akhirnya Jenazah Nisa selamat dikebumikan. Satu persatu orang ramai meninggalkan kawasan pusara dan akhirnya tinggallah Zakri keseorangan di pusara Nisa yang merah tanahnya...meratapi pilu, berderai airmata dengan jutaan penyesalan.

YA ALLAH , kuatkan hambamu ini YA ALLAH. Hanya KAU sahaja yang mengetahui dosa aku pada Nisa....ampunkan aku YA ALLAH....akhirnya Zakri terlelap disisi pusara Nisa bermimpikan oleh Zakri,Nisa datang mencium tangan, mengucup dahi dan memeluk Zakri dengan lembut mulus. Zakri melihat Nisa tenang dan jelas kegembiraan terpancar dimuka Nisa Putih bersih. Nisa, Nisa, Nisa nak kemana Nisa, Nisa, Nisaaaaaa. Zakri terjaga dari lenanya. Terngiang-ngiang suara kembar menangis. "YA ALLAH, Zakri, Zakri bangun Zakri...dan hampir senja ni, mari kita balik, kenapa kau tidur kat sini Zakri?" tegur abang long, abang ipar Zakri. Dari jauh Zakri lihat emak dan kakak ipar mengendung kembar. Mereka menangis. Zakri berlari menuju ke arah kembarnya dan mengusap-usap ubun-ubun anak kembar dan secara automatik kembarnya diam dari menangis. "Danial, Dania anak ayah, ayah akan menjagamu nak...kaulah penyambung zuriat, darah daging ayah... emak, abang dan kakak ipar Zakri tersedu hiba dan mereka berlalu lemah meninggalkan pusara Nisa...

Wednesday

PREGNANT...

Semenjak bulan lepas, hampir setiap hari sure kuar jln2 bwk camimi. takdela nk kene tggu suami free atau tidak utk bwk kami jln2 kt luar sana. sbb kami akan blk ke msia tak lama lagi, tuh yg nk menghabiskan sisa2 masa di sini dgn menikmati suasana kt sini.


dan semenjak awal bulan ni, asal petang je bwk camimi kuar berjemur tgh panas. asal free je sure bwk camimi g beli roti mkn sama2 kt tgh panas. ye, cuma kami ber2. si bapaknye sibuk menyiapkan thesis. dan alhamdulillah, thesis suami i di peringkat akhir. tinggal utk print out, binding dan submit.. mudah2an dipermudahkan juga...


tapi yg menarik perhatian i adalah, kt luar sana tuh mmg ramai plak terserempak dgn ibu2 mengandung. pandang kanan, nun kt sana ada sexy mummy dgn perut boyot. nun kt sinun plak, nmpk rugged mummy tgh pregnant smbil isap rokok (itu mmg tak reti syg kan anak dlm perut). tuh kt dpn mata plak nmpk aktif mummy dgn perut smbil kejar anak kecik dia yg lain. rata2 sure nmpk ibu mengandung.


tadi tgk ABPBH 2008 pon, sharifah shahirah ckp psl ibu mengandung. dah tuh, dia jugak tgh mengandung. skrg musim org mengandung ke? musim mengawan la plak. bile tgk org pregnant ni, terasa plak nk pregnant lagi. husband i mmg dok menanya je bile lagi nk pregnant? katanya, kesian tgk camimi takde kawan..



em..tataula bila masa yg sesuai utk i pregnant lagi ek? skrg ke..? tggu blk msia ke? atau 2-3 tahun lagi ke? ntah la.. rezeki smua kerja Allah, kite usahakan aje dak..? tapi rasanya nk merasai makna mengandung dan melahirkan di msia plak la sblm dtg lagi ker german (kalo ada rezeki). sure boleh comparekan..? u all rasa apa?

Perkara biasa di barat:

Klaus-Ulrich (si lelaki): Tina, berilah 3 perkataan azimat yg penuh bermakna yg boleh membuatkan kite sentiasa bersama?

Tina (si perempuan): Ya, bagus Klaus-Ulrich. Saya sedang mengandung!!

Note: Biasanya kalo si pompuan dh mengandung baru diorg kawen. tapi kdg2 tgk si pompuan dah kuar 3-4 org anak pon belom tentu mereka dh berkawen. cthnye..? Brad Pitt dan Angeliena Jolie.. huhuhu

JAWAB SOALAN LAGI MA..

Baru2 ni kene tag dgn blogger ina. utk tidak menghampakan si blogger, i tlg jwb tag ni ok.. kacang je sbb dh biasa jawab soalan2 peperiksaan dari sekolah rendah lagi sampai la masuk uni. hehehhe.. jgn mara haaa..!


Nama Timangan anda:
Nama yg pnjg biasanya dipendekkan. membazir je kan nama pnjg2 nih. huhuhu...
Family panggil 'in'. kadang2 'erin'. ada gak family terdekat panggil 'kak in'. tapi bkn 'kain' ek...


Anda seorang yang:
Rasanye sape sekolah dan uni sama dgn i tentu tau sapa i ni. seorg yg sensitif, aktif, cpt merajuk, selalu gak diperkecik2 kan. suke gak ketawa dan ceria sbnrnya lor.. tapi la ni makin dewasa makin kurang la merajuk. sensitip tuh biasa je. cuma suke nk merajuk dgn cik abe la. hahhaha..sbb nk kasi dia pujuk okehhh..!


Insan teristimewa??Describe-kan dia terlalu Istimewa di mata anda:
Parents, keluarga dan suami..
Duduk jauh2 dgn keluarga ni membuatkan i slalu je insafi diri bhw keluarga tuh sgt penting dan perlu bersyukur kpd kedua2 ibu bapa kite sbb berjaya mendidik kite menjadi spt skrg. walaupon bkn menjadi seorg jutawan ataupon tokoh ternama, namun menjadi insan yg serba serbi reti nk buat keje adalah sgt penting lbh2 lagi bile dah berkeluarga...
malah mengeratkan perhubungan dgn suami sbb sape lagi yg dekat dgn kite time jauh2 dgn keluarga ni..


Lagu kesukaan anda:
Yang penting bukan lagu rock yg menyesakkan kepala. berbeza dgn suami i. dia kalo study kene dgr lagu rock. last2 i soh dia gune headphone je, so that dia sorg je dgr. i tamau dgr!


Makanan kesukaan anda:
kalo citer pasal mknan, mmg tak hbs 1 mlm ni. dh lama berada jauh dari msia, tentula mcm2 mknan skrg dh jadi 'mknan kesukaan'. tapi major kpd seafood. tapi sis lily mmg suke tepek gmbr sate. suka sateeeee jugakkk!


Warna kesukaan anda:
Tak kesah sbnrnya tapi suka colourful la. tapi warna kesukaan utk pakaian plak mestila tamau yg striking2 gitu...


Tiga benda mesti ada dlm beg anda:
Of course kunci, handy dan duit. nk berjln walau ada 1, 2 euro pon jadila sbb boleh beli roti!!!


Kali terakhir masa anda menangis & kenapa:
Baru sat tadi sbb baca cerpen dlm facebook adik i yg menceritakan tntg kekejaman seorg suami kpd seorg isteri yg sarat mengandungkan benih suaminya.. huhu..apsal la boleh berlinangan plak air mata ni. (Tapi sorok2 nangis dari suami i takut kene bantai gelak!)


Tag 6 rakan anda:
kang kalo tag org, tamau buat plak. kecik hati aku kang! so, tamau la tag sape2.. ok..!

Tuesday

BILA HUSBAND I KATA...

Bila husband i kata, "sayang, lagi sebulan je lagi kite nk blk.." mesti i terkenangkan memula kami smpai kt sini dlu. segalanya begitu kekok dan serba tidak tahu..


Bila husband i kata, "sayang, lagi sebulan je lagi kite nk blk.." mesti i terbayangkan betapa rumit sebenarnya hidup di sini tanpa ilmu bahasa di dada. sana sini kami terpaksa bertutur dlm bhs tempatan dan hanya segelintir shja mau berbahasa inggeris...


Bila husband i kata, "sayang, lagi sebulan je lagi kite nk blk.." tentu sekali i teringatkan detik2 camimi dilahirkan. walaupon penghuni di hospital itu serba peramah, tetapi masih tetap tidak sempurna tanpa kedua2 ibu bapa dan saudara mara yg dtg menjenguk 'org baru' dlm hidup kami..


Bila husband i kata, "sayang, lagi sebulan je lagi kite nk blk.." tentu i memikirkan yg kami hidup di sini sbnrnye serba sederhana dan penuh berdikari. kerana kami tiada kereta, tiada rumah yg besar dan tiada duit yg bnyk utk hidup serba kemewahan di negara org dan tidak dpt menjelajah ke pelusuk negara2 eropah...


Bila husband i kata, "sayang, lagi sebulan je lagi kite nk blk.." selalu mengingatkan i bhw suami i seorg yg berpegang pada janji utk belajar bersungguh2 atas wang biasiswa yg diberikan kpdnya dan dia berjaya mencapai apa yg dia inginkan..


Bila husband i kata, "sayang, lagi sebulan je lagi kite nk blk.." mesti i terkenangkan yg kami pernah ditipu dan pernah juga dipandang sinis oleh segelintir pihak di sini hanya kerana kami adalah warga asing dan beragama islam...


Bila husband i kata, "sayang, lagi sebulan je lagi kite nk blk.." i terkenangkan org2 sini yg peramah, baik hati dan sukakan budak2. mereka sgt concern pada apa yg ank kite pakai dan alami. mereka suke menegur dan mempamerkan senyuman pada warga asing spt kami. itula salah satu adap kesopanan yg akan i ikut smpai bila2...


Bila husband i kata, "sayang, tak smpai sebulan je lagi kite nk blk.." mesti i fikirkan yg i akan merindui suasana di sini nnt. suasana 4 musim di sini, suasana jalan2 di bandar yg penuh dgn org duduk bersantai mencari matahari sambil menikmati aiskrim dan minuman panas..


Bila husband i kata, "sayang, tak smpai sebulan je lagi kite nk blk.." betapa i terasa yg kami telah berjaya hidup selama 2 tahun di negara org dan berjaya berdikari dgn tulang 4 kerat kami sdri...


Bila husband i kata, "sayang, tak smpai sebulan je lagi kite nk blk.." sbnrnya i dh terasa hiba dan sedih kerana i terpaksa tinggalkan tmpt tumpah darahnya camimi dan ntah bile la kami akan kembali lagi ke sini...


Bila husband i kata, "sayang, tak smpai sebulan je lagi kite nk blk.." sudah tentu i akan kenang orang2 msia di sini dan warga tempatan yg baik budi pekertinya dan sudah tentu tidak terbalas jasa2 mereka pd kami...


Bila husband i kata, "sayang, tak smpai sebulan je lagi kite nk blk.." sudah tentu terbayang2 keluarga terdekat yg akan menyambut kepulangan kami nnt di msia. sudah tentu berpelukan dan bercucuran air mata kerana 2 tahun kami tiada di sana..


Bila husband i kata, "sayang, tak smpai sebulan je lagi kite nk blk.." i memikirkan tak sanggup utk menghadapi saat2 perpisahan dgn org2 melayu di sini. malu utk mempamerkan air mata nnt...


Bila husband i kata, "sayang, tak smpai sebulan je lagi kite nk blk.." sudah tentu i akan kenang segala pahit manis 2 tahun kami membina hidup di sini dan sudah tentu pelbagai pengalaman yg kami tempuhi selama berada di sini...


Semoga kami dapat kembali ke sini lagi di kemudian hari. Mungkin bukan ber3, ber4 barangkali..? siapa tau..?!

Monday

FLY BACK TO MALAYSIA

note: sila klik picture utk lbh besar

Oleh kerana telah diizinkan dan masanye telah pon tiba, maka dgn ini saya ingin meng-show-off-kan sikit tiket blk kampung kami. kwang..kwang..kwang...!


Ticket kami bertiga utk pulang ke Msia dah beli. tapi ini namanye E-Ticket yg mana dibeli melalui online, dibayar melalui E-card dan tiket diberi melalui email. aleh.. sure u all paham punye kan..?


Maaf la.. dlm column 'Datum' tuh terpaksa i tutup sbb mau kasi suprise kt kwn2 di msia tntg tarikh sbnr kami pulang ke msia nnt. jgn mare naaaa...! tapi details yg lain u all leh tgk sdri k. no secrets!


ok, kwn2 di msia.. nnt kite jumpa di sana...! lalalala..

Friday

MASA UNTUK CUCI GIGI



Jom kite g cuci gigi!! tapi kali ni bukan g cuci gigi dgn berus gigi, tapi nk mtk tlg doktor gigi cuci kan gigi kite yg dah berkarat nih!


aduh..sape yg pernah buat scaling, tau la mcm mana rasa sakit nye buat scaling ni! tuhan saje yg tau dik non oii!!


mmg rasa nk menangis je. dh la dgr bunyi ngilu ultrasonic instruments tu lagi. huhuhu..meleleh beb! meleleh air mata ni haaa..!



tapi hbs buat scaling, terasa nk senyum je. heheh...! seronok la g dentist ni. so friendly and nice..! kalo dpt amik gmbr doktor pompuan tu, sure u all akan kata mata dia mcm barbie doll..! so adorable!


Minggu depan dtg lagi sni. nk buat treatment lain pulak.. biasala ada je la tuh masalah gg!

Thursday

SERVES U RIGHT, SI LALAT

Sekarang dh masuk musim panas. tapi masih belom sepanas di msia. kalo u all nk tau, german ni pon akan menjadi panas, sepanas di msia. tapi itu pada bulan 6, 7 atau 8 nnt iaitu waktu kemuncak musim panas.


tapi paling tak bestnye musim panas ni sbb time tuh dah ada lalat. bnyk lalat dh berani menonjolkan diri utk terbang ke sana sini. mmg mengganggu je! tapi yg kelakarnye, lalat kt sini tak se'genius' lalat2 di msia. dh la bilangan lalat2 kt sini tak berapa bnyk kalo nk berbanding dgn lalat2 kt msia tu. dah tuh.. bodoh lembap plak tuh! dh tau org nk pukul dia, boleh plak ko tamau terbang melarikan diri. dok aje merelakan diri utk dibunuh oleh manusia.



betol beb! lalat2 kt sini, skill nk melarikan diri mmg tak leh nk challenge dgn lalat2 kt msia sana. lalat2 kt msia sana tuh jgn ckp la. kite baru nk angkat tgn, dia dh terbang hinggap kt tmpt lain plak. buat sakit hati je!


tapi yg my husband marah kan i bile i nk pukul lalat2 tuh. tau tak u all dgn apa i pukul lalat2 tuh smua? hehehhe..

ini adalah souvenir masa pegi belanda dulu. konon beli tuk i pakai kt umah. sbb sejuk kan.. kene la pakai kasut skali selain drpd stoking bile berada dlm umah. tapi masa tuh, i mmg dh ada selipar umah. so, souviner tuh buat perhiasan je. aleh2 tuh haaa.. jadi tmpt pemukul lalat! puas hati sbb tapak kasut tuh mantep! tgk lalat yg merunsingkan tuh mati kene pelepek..! lega plak rasanye!

Wednesday

SCHIELEN

Schielen dlm bhs german, but in English is cross-eyes. dan dlm bhs melayu ialah juling.

Sure ada yg nk tau perkembangan mata camimi tuh kan..? well.. skrg baru masuk 2 minggu lbh. takdela ketara sangat perubahan mata kirinye tu. lagi pon doktor soh teruskan treatment ini selama 3 bulan. then continue buat treatment dgn doktor kt msia. So, sbnrnya rawatan mata ni memakan masa, bkn la sekelip mata.


masa jumpa doktor W.Wiemar dulu, dia bg prescription utk amik 2 boxes berkenaan rawatan camimi tuh kt Apotheke (farmasi). so, kalo u all nk tau ada apa dlm boxes tuh, jom kite tgk gmbr ni:

ini adalah plaster mata yg ada pelbagai corak khas utk budak pompuan (utk budak laki lain plak corak2nye). setiap kotak ada 50 keping. so kalo 2 kotak ada 100 keping. so, memadailah untuk treatmentnya selama 3 bln. dan setiap hari perlu tutup mata nya selama 3 jam. bergilir2 dgn mata kanan nya utk hari2 berikutnya.



so far, camimi memahami yg dia perlu buat treatment pada matanya. time awal2 kami lekatkan ortopad tu mmg dia rimas dan tak suka. tapi bile ortopad tuh dh melekat kt mata dia, dia relax je mcm mak dia (hahahha..). takde nk tanggal2kan atau nangis2 tak suka. cuma kami tak leh la nk cuba2 usik atau adjust ortopad yg dh bertampal kt mata dia. alamat nnt dia ngamuk!


oleh kerana ortopad tuh mempunyai gam tampalan yg kurang melekat sgt (dikhuatiri melekat kuat) that's y kami lekatkan pulak tape putih kt bhgn atas ortopad tuh. spy time camimi lasak2 tak plak tertanggal.

oleh itu anak mummy cayang.. lekas sembuh ok.. gute besserung!

Tuesday

TELUR... TELUR... SAPE NAK BELI TELUR...

Hari tuh i ada citer pasal perayaan Osterfiertag kan..? dan i ada janji nk tulis perayaan ini disambut bagaimana. tapi so far, masa entry ni ditulis, perayaan ini masih belum smpai kemuncaknya. kemuncak perayaan ini adalah pada 10, 12 dan 13 April nnt iaitu hari Jumaat, Ahad dan Isnin. (lompat hari sabtu). sbb tu kami smua cuti 2 minggu iaitu seminggu awal sblm kemuncak dan seminggu slps kemuncak.


jgn kata i yg excited lbh2 tntg perayaan ini. cuma nk bercerita kt u all tntg serba sedikit persediaan menyambut perayaan christian catolic ini.


since i mmg ada jln2 kt city, so i ada amik a few gambar tntg jualan brg2 untuk sambutan perayaan ini.

oh ye kwn2.. ni smua telur2 plastik ok..jgn pk telur2 betol plak! hbs pecah kalo dijual cara begini


semua berkonsepkan telur. siap ada jual sekali sarang utk telur2 tersebut. ini belum lagi i tunjukkan coklat2 yg dijual berkonsepkan telur, arnab, ayam dan mcm2 lagi. geram je tgk coklat2 tuh. kalo i jenis malas nk jaga bdn sure i dh borong coklat2 tuh smua. nyummm...dh la nmpk menarik dan sedap!


em.. kenapa konsep telur? kenapa plak ada arnab? emm..tak dapek den nk nolong! i pon tatau sbb baru 2nd time tgk diorg smbut Osterfiertag ni. atau nama lain sbg Easter.


insyaAllah, kalo ada rezeki i tepek entry dan gmbr tntg perayaan ini ok..

Monday

SPIELPLATZ

Hari Ahad lepas mmg boring giler! takde menda nk buat. banyak melepakkan diri kt umah smbil mengumpulkan lemak2 yg ada. takleh jadi ni. kalo dilayan2 ni sure mata leh tertutup di siang hari. apa lagi, mau bikin tahi mate la..

cik abe plak sibuk tuk.. tak.. tuk.. tak.. menaip thesis nye. while camimi sbuk menonton dvd karaoke bhs german dia. huhuhu..boring siot..! setiap hari kene bukak dvd tuh. smpai i dh leh hafal lagu2 dlm tuh. (hahha..tipu jer!) sampaikan camimi dh leh nyanyi dan menari ikut liuk lentok melodi lagu2 tuh dgn menggunakan bhs nye tersendiri. hahahha..!

so, i terasa mmg nk tido je. dh la baru pas mkn nasi ayam. baik punye landing atas katil ready nk dido..

then my husband tetiba ajak kuar jln2 sbb tgk i mcm boring giler. dia pon otak jammed nk taip thesis. ok la... katanya jom pekene hot drinks kt luar.

huh! sepantas kilat i meloncat turun. apa lagi, terus siap2 kan camimi. 15 minit pastuh, terus keluar berjln kaki ke tempat yg dituju iaituuu... jom usha gambar2 kt bwh!

em..rasa2nye u all leh guess ke kitorg g mana? nih kt msia confirm ada gak..!

kami ke Burger King petang tuh utk menikmati minuman petang..

sambil tuh bwk camimi main2 kt 'Spielplatz' yg ada kt sana.. tentu u all leh guess spielplatz tuh ape kan...?

wah..hari yg bosan bertukar ceria..!

Thursday

SUPRISE...


Still ada org tertanya2, bilakah tarikh sebenar kami akan pulang ke msia.


hehehhe..suprise la beb! kalo dh bg tau skrg maka bukanla suprise lagi namanye. tapi takpe, u all jgn susah hati sbb nnt kami nk angkat kaki je, kami kabo2 kan la. kami takkan meninggalkan bumi duisburg tnpa sebarang berita, senyap begitu saja. tak baik kann..!


tapi b4 kami angkat kaki, insyaAllah 28hb ni, barang2 kami berlayar di lautan dulu. bkn brg2 kami je, ada gak brg2 students lain yg nk shipping skali. harap2 kalo melalui teluk eden, takde la kene lanyak dgn para lanun di sana. hbs tak sampai brg2 kami ke msia.

note: hai.. kesian suami ku. sdg bertungkus lumus menyiapkan thesisnya.

Wednesday

35 QUESTIONS TO ANSWER

April fooooollllllll!!!!

No..it was a joke. i am not that such of person who r willing annoying others. ok, straight to the point!

Visiting to a blogger named mat rock, called me to answer the tag he had tagged me b4. i am sorry because it has been a long time to answer the tag. however, i hope it will fulfill ur wish..

1.Someone tells you they love you, you say...

Who..? who...?

2.If you won a lot of money on the lottery, what would you buy first?
How can...? lottery is illegal!

3.Do you miss anyone?
Can i refer 'anyone' something besides human? however at this moment, i miss my cat so much!

4.Who was driving the last time you were in a car?
When i was in Krefeld. A guy who lead an UMNO Club. i forgot his name!

5.Do you like your bed?
Of course. a bed keeps thousand secrets! lalalala...

6.Will this weekend be a good one?
Well..weekend here is dull and bore, unlike msia. can't wait to back to msia

7.Do you think you can last in a relationship for 6 months or more?
I am married. what's that supposed to mean?

8.How is your hair?
I'm planning to cut for the short one b4 back to msia

9.Do you like your life as of now?
Of course! perfect! With someone i love to live and have a lovely daughter.

10.Do you wish someone would call or text you right now?
Nop! it's already in the night!

11.Do you drink coffee?
Good question. however, nop till this weekend coz i drank a lot of coffee instead of nescafe because it was already out of stock!

12.Does anyone call you babe or baby?
Nop. but 'beb' is considered as baby or not..?

13.What were you doing yesterday at midnight?
Of course zzzzzzzzzzzzzzzzzzz. what else..?

14.Do you like surprises?
Very much!

15.What are your plans for the future?
Looking for a job of course to upgrade our own life but still don't know to work with family or else..

16.Have you ever set foot in a tanning bed?
Is that supposed to mean that i'm browning my own skin? i don't want to look like a 'kekasih gelap' maaa...

17.Do you make your bed everyday?
I am the one who will setup the position of pillows and comforter for my husband and my self b4 we get into bed but my husband will tidy up the bed every morning.

18.Your best friend tells you she is pregnant what is your reaction?
"owh..? really..? herzlichen GlĂĽckwunsch! tahniah la beb! bilakah benih2 itu bersatu?" muahahahaaa...

19.Do you like pasta?
Very much! Schamimie too..!

20.Whisper or shout?
Depending upon the situations..

21.Swim or run?
If i'm in the middle of a pool, how people can expect me to run..?

22.When did somebody tell you they loved you?
Husband - when he hugs me and kiss me.. hehhehe.. but family is always using word showing that they r care for me.

23.Last person to annoy you?
Hasates the big liar!

24.Do you wish your hair was shorter or longer than it currently is?
A bit shorter. preparing fo my self to go back to msia, get thru the khatulistiwa season.

25.Do you have a secret that less than 3 people know about?
What kind of secret if it is revealed here..?

26.Have you ever had a phone conversation with someone who lived in a different state?
Always beb! no limits!!

27.Do you and your best friend have the same cell company?
I don't mind at all.. that's not big deal!

28.Are you good at persuading?
Very good, maybe! if not, maybe i am still single. huuuhuh..

29.Are there a lot of people in your house?
Only 3 of us

30.Does the same person call you every single day?
Yup! to listen to camimi singing along many songs!

31.Last call received from who??
From my mother

32.What are you doing tonight?
Answering to these many questions, and ready to sleep early for tomorrow

33.Do you have a guy friend you tell everything to?
My husband is a guy and still considered as friend. he knows everything!

34.Are you friends with more guys or girls?
Be friends with guys are easier than girls (sbb ada girls kt msi tu jenis hati busuk dan iri hati), but this applied to a location such as msia only. but here, i friend with girls a lot!

35. Tag 5 people
No one! that's make life perfect!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...