Advertisement

Jom follow follow i, then i follow follow u

Thursday

SESI MENGE-TAG DAH MULA DAAA..


saya kene tag soalan di bawah ni oleh sue, si ibu aqil.


1. First time you met him - when and where?
- kami bertemu di alam cyber. heheh.. tapi dia lah chatter yg paling malas saya nk layan. sbb kejap dia on, kejap dia off. so, saya suke layan chatters yg aktif je. hahha.

2. Love at first sight?
- yup! sbb dia dlm kategori 'lelaki idamanku' hehehhe.. (check list saya semua penuh!)

3. Who is he when the first time you met him?
- masa tuh dia ditahun akhir degree in mechanical eng. masa 1st time jmpa dia, sibuk citer pasal mechanical things.. boring siottt! (╯▽╰) <----- boleh tertido saya smbil berjalan.

4. How long does it takes for him to ask you out for a date?
- 3 bln pas chatting dlm YM ~ a blind date! (psstt.. itu pon saya yg ajak jumpa kt luar! heheh..) punye la tak malu perigi yg carik timba!


5. First place dating?

- tasik shah alam.. ajak bg mkn ikan kt tasik. (kesian ikan2 tuh sume bg mkn roti yg dh tamat tarikh luput ~ sakit perut ikan2 tu)

6. How he proposed?

- what kind of proposed? to be a special one or to be his wife? to be a special one ~ "bile kite boleh jumpa lagi lepas ni? i nk jumpa u lagi
(✿◠‿◠)", to be his wife ~ "kite kawin dulu ye before i fly ke germany"

7. Special date with him?

- 1st time met ~ blind date = 31 Ogos 2005, nikah ~ 1 Sep 2006 (cukup 1 thn kenal, terus kawen. takyah bercinta lama2, belum tentu akan kawen!) ~ nk tggu duit cukup smpai ke tua aku tak kawen!

8. Changes that he asked you to do?

- dia soh saya tukar pendirian utk dpt zuriat lagi dlm masa terdekat ni.. ~ bkn saya tamau anak lagi, tapi saya nk tggu si suami saya ni pandai jaga anak bile saya sibuk masak di dapur, pandai bgn mlm bile anak nk susu dan tukar pampers, dan pandai fikir apa utk anak tanpa saya fikirkan

9. What is about him that you love so much?
- dia tahu bnyk benda yg saya tak tahu ~ samada saya yg malas nk amik tahu atau saya yg pura2 tak tahu ~ kasi can dia yg tahu. huhuhu

10. What is about him that you wish he would change?

- tentang anak.. suamiku ni kalo dh baca newspaper, atau dh ngadap berita, atau dh terlena, anak melalak kt sblh pon mcm tak dgr. huh!

11. You lose your mind and crack your head when he?
- just ignore my daughter when she is screaming, yelling, crying and bla..bla.. while i am in the kitchen, cooking for the whole family!

12. You will smile through your eyes for the whole day when he?
- ajak jalan2, mkn kt luar (saya cuti memasak) dan shopping sakan

13. Complete below sentences"My love towards my husband is as big as...?
- as no one could imagine that because how black or white he is still my truly, lovely, charming husband!

note: saja je tulis mcm nih, nk bg si suami baca kemudian. sbb time saya tulis ni, tamau bg dia baca.. ~ saya mmg tak suke time saya tulis blog, dia ada kt sblh, smbil baca2 apa yg saya tulis. aaiiippp! babap kang!

Wednesday

MISI TERLAKSANA

Ini la penangan org giler nk tgk movie. sbb 2 thn dok kt germany, just layan movie2 baru yg download dari Rapidshare saje, dan tak pernah pon masuk panggung! (masuk panggung je pon sbb nk tompang haba panas time tggu bus masa musim winter) hehheee...

tambah lagi sume movie english kt germany dah hbs kene translate bahasa ke german sekali dgn suara pon org german yg ckp. punye la diorg tamau bljr nonton movie dlm english. ish..ish..! cuma hari isnin je ada original version movies dlm english utk org2 yg tau english tapi tamau belajar bhs german mcm haku!
(huhuhu... bertuah aku tak belajar bhs german, cmner nk g kedai kalo tak reti ckp?)

so far, ada citer baru kuar, kami laki bini akan luangkan masa bersama utk tgk movie. jgn marah sbb kami tgk movie time camimi ada kt nursery. time tuh je boleh sbb camimi masih kecik tak paham mender pon tetiba ada tv gedabak besar dpn mata dan sume lampu kene tutup spy dpt gmbr cantik nk tgk ramai2.

oh ye, jgn kata curik tulang ok. kami pegi time keje takde kt ofis, time 2-2 laki bini sibuk korek hidung kt ofis sbb takde 1 keje pon yg kene buat. hehehe (apa la ayat aku nih?) <----- saya harap bos saya tak tahu blog saya ni wujud... huhu

ok la, saya nk bagi rating pada movies yg kami dah tgk:

  1. papadam - 3.5 per 5 <----- citer melayu yg boleh dibanggakan!
  2. new moon - 4.5 per 5 <----- romantic fantasy yg saya suke dari last episode and of course next and next episod! 2-3 hari slps tu, saya tak hbs2 baca kisah realiti mereka di internet dan tgk koleksi gmbr2 mereka.. hummm.. kacaknye hero dia!
  3. phobia 2 - 4 per 5 <----- ada 5 kisah dlm 1 citer, kisah terakhir tuh seram dlm kelakar smpai saya menangis dlm ketawa terbahak2.. seb baik tak ketawa tergolek2 atas lantai
  4. 2012 - 4 per 5 <----- ada funny dlm serius nye!
  5. santau - 2 per 5 <----- bnyk perkara director amik mudah, tak terjawab persoalan penonton.
  6. avatar - 5 per 5 <----- smpai skrg masih terngiang2 jln citer nye! scenes sgt cantik!! i wish i have my own avatar..!

tgk la, dari movies melayu ke movie siam pon kami layan. tak kesah la, asalkan citer menarik. kalo tak tonton tak tahu citer nyer menarik atau tidak.

note: bila la nk kuar sequel New Moon ~ Eclipse? saya tak sabar nk pi nengok!

Friday

BACK TO NORMAL

terharu saya bile ramai org amik berat tntg camimi. terima kasih kawan2 sbb sentiasa doakan supaya mata camimi kembali seperti dulu. demi tidak menghampakan kawan2 yg mengikuti perkembangan kami, especially camimi, jom kite tgk mata dia selepas menjalani strabismus surgery.


sebelum surgery:




selepas surgery:



tapi skrg mata camimi masih merah2 skit lagi akibat surgery ni. 1-2 minggu hilang la nnt..


amacam kawan2? anda puas hati tgk mata camimi terkini...? syukur, mata camimi back to normal..

Wednesday

KECEWA

bile tulis entry ni, perasaan saya lbh kepada kecewa. rasa marah dan bengang pada pihak tertentu telah lama hilang dan terbang. mungkin dah rasa basi dan telah diubati oleh peredaran masa.

sbnrnya perkara ini berlaku semasa saya 'berkampung' di UMSC. pada ketika tu saya sbnrnya sangat marah dan bengang pada 2 org individu ni yg saya rasa mereka tidak beretika lgsg, tak sesuai dgn pangkat yg mereka pegang.

situasi pertama:

saya suami isteri dan camimi sedang menunggu lif utk turun ke tingkat 1 dari tingkat 3. 2-3 kali saya tekan butang lif dan saya dapati semua lif yg berenti penuh. kebetulan kami tggu lif dengan seorang wanita berumur. siap pakei tag UMSC so, mungkin staf ataupon doktor. tatau la! saya lihat pon dia tgh rush sbb sibuk tekan butang lif. dia pon perasan sume lif yg berenti penuh. biasalah, lif dari bawah nak naik ke atas sure pnuh giler. lif dari tgkt atas nk turun pon penuh. nak nak berenti kt tingkat tengah. nasib je la org2 kt tgkt tengah dpt naik lif utk ke tingkat destinasi.

kemudian, berenti lagi lif kt tgkt 3 dan masih penuh, lgsg tak muat kami ber3 nak turun ke tgkt bwh. saya merungut smbil bercakap "penuh lagi?!" seraya saya tersenyum pandang perempuan berumur tu yg saya sangka nak turun sama2 skali dgn kami. sbb saya pasti dia pon bosan tgk lif yg berenti semuanye penuh dgn org, dan brg2 yg diangkut.

perempaun itu: nak pegi tingkat mana?

saya: tingkat 1.

perempun itu: turun je la tangga! kan senang!

(tercengang dengan gaya percakapan dia yg mcm marah plak dan tak mesra lgsg!)

saya: saya ada anak. (takkan nak suruh aku turun tangga smbil dokong anak? bukan ke prioraty ibu bapa yg ada anak utk naik lif?)

perempuan itu: suruh la dia jalan..! jalan...! jalan...! (dengan gaya tangan sekali menyuruh camimi yg sedang didokong itu utk berjalan kaki turun tangga)

kami terdiam tak tercakap apa2.. dan tiba2 hp saya berbunyi <---- niza masa ni la awk call akak dan akak mcm tergagap2 ckp ~ sbb masih tercengang dgn gaya perempuan tua tu berckp. tak sangka!

smbil berckp dlm hp tu saya perasan ada lif yg ingin menuju ke tgkt atas berhenti dan masih penuh. perempuan tua tu rupenya nak naik ke tingkat atas dan dia hmpir terlepas lif tu. dia pon berbelah bahagi nak naik atau tidak. last2 dia berhimpit juga walaupon saya perasan org2 dlm lif tuh merungut sesak.

last2 kami decided tak jadi turun ke tingkat 1. kebetulan kami tekan butang lif utk ke tingkat atas, lif berenti, ada kekosongan dan terus je kami ke tingkat atas. perasaan marah dan bengang masih bermaharajalela dlm hati. suami pon rasa marah dgn percakapan perempuan tua tadi. tak mesra dan tak bertimbangrasa. kalo cuma kami ber2 yg berjalan2 di situ tanpa anak, tentu tangga yg menjadi pilihan kami setelah 4-5 kali butang lif yg kami tekan masih penuh lifnya.

smpai aje kami kat tingkat 10, kami perasan perempuan tua tu baru keluar dari lifnya. kelibat perempuan tua tu hilang cepat di balik2 dinding. kemudian dari jauh kami nmpk perempuan tua tu bercakap2 dgn nurses yg ada smbil menelek2 rekod di tangannya. baru la kami tahu yg perempuan tua itu adalah seorang doktor. huh! doktor?! doktor apa cmnih?! siap la ko kalo ko rawat anak aku!

note: situasi ke-2 dgn individu no.2 akan menyusuri kemudian. tak larat nk biarkan diri ini dikawal oleh perasaan marah dan bengang!

Monday

STRABISMUS SURGERY

Alhamdulillah, segalanya berjalan dgn lancar. camimi selamat mengharungi cabaran ini dgn jayanya. terima kasih juga kepada kawan2 yg sentiasa mendoakan perjalanan hidup kami utk sentiasa dipermudahkan olehNya. berkat doa kami dan kawan2, pembedahan camimi dpt dihadapi dgn baik.

pembedahan yg dijangka bermula kol 5pm delay ke pukul 6 lbh. sebab semua surgery di UMSC bermula seawal pukul 5pm. so, camimi masuk Q utk tggu turnnya. apa pun, pihak UMSC beri priority kpd kanak2. that's better.

memandangkan camimi berpuasa dari pukul 12.30pm, so kami memang susah hati skit sbb camimi waktu biasa pon kerap mtk susu dan nak kunyah itu ini. seb baik masuk je bilik, dia excited dgn katil baby tuh dan nak main itu ini dlm bilik. kemudian, dia keletihan dan akhirnya tertido atas katil dia sdri.

lengkap! siap bawak camomot dan bantal badak skali. tak leh takde salah satu. naya kami ber2 nnt. huhuuh

baik punye pose ok.. siap nmpk apa tuh?!

nih kes tak dpt toys, main je apa yg boleh dimain dlm bilik tu. bagus..bagus..

pukol 4pm lbh baru dia terjaga sbb doktor dtg nk tgk camimi. pakar bius bagi brief skit tntg bius yg diorg akan bg sebelum surgery dilakukan. kemudian camimi leka bermain di dlm bilik sehingga waktunya telah smpai iaitu sekitar kol 6 ptg lbh.

hai..dah salin baju hospital kerw? seb baik tak bnyk songeh time pakei baju ni

camimi seronok bile ditolak di atas katil baby tuh sehingga masuk ke operation theater (OT). smpai sana dia sibuk nyanyi 'air pasang malam.' habis satu lagu, bukak plak bacaan 'alif, ba, ta' smpai hbs huruf 'ya'. terpegun jugak la nurses kt situ (aku plak kembang semangkuk kejap! huh!)

time nih saya cukup cuke tgk ekspresi muka camimi. terkulat2 suke kene tolak dlm katil tuh!

ha..dah start dah radio dia..! kali nyanyi lagu slow2 takper, nih hbs sume org dia kasi dgr!

yelah, camimi tatau apa2 pon. kenapa dia ada kt OT, kenapa dia berpakaian begitu, kenapa ada nurses keliling dia. kalo dia tau, confirm dia ajak kami blk. itupon tadi dok nunggu turn surgery camimi, camimi dh ngajak2 kami blk. sibuk cakap 'nak mommy's car.. nak mommy's car..'

tapi, salah seorang daripada kami hanya boleh masuk ke OT utk menenangkan camimi semasa ubat bius disuntik ke dlm badan dia. lepas je camimi tidur akibat penangan ubat bius, saya disuruh keluar dari bilik OT. malang sekali, kami ber2 mmg tak boleh saksikan surgery dijalankan. (tapi rasanya kalo boleh pon, saya rasa takut la..!)

so, tggu je la kami ber2 kat luar. setia menunggu camimi utk hbs surgery. sempat lagi suami ajak naik bilik sbb dia nk tgk perlawanan bola antara Msia dan Vietnam. tapi, saya tamau sbb saya takut bile surgery dh hbs, nurses tak dpt cari kami kt mana utk tenangkan camimi yg akan disuntik ubat sedar.

tepat kol 7.47pm, kami nmpk nurses tolak katil camimi smbil diorg bg signal utk kami masuk ke dlm OT. kelihatan camimi antara sedar dan tidak merengek2 nangis. matanya dah disapu dgn krim anti bakteria (nmpk mcm taik mata bertimbun2) tapi camimi masih tidak mampu utk bukak mata. sbnrnya boleh je bukak mata, tapi camimi tamau. siap nangis2 dan ckp "mommy, sakit.. nk bukak.." sayu hati saya bile camimi ckp mcm tu. kdg kala tu, kuar air mata darah dari kelopak mata camimi. tapi dia masih tamau bukak mata. saya tahu, dia tak berani sbb dia ada rasa perubahan pada mata dia.

masa nih just finished the surgery. hbs tudung saya banjir dgn air liur dan hingus camimi.

so, sepanjang2 perjalanan naik ke bilik kami tingkat 10, saya dokong je camimi smbil dia peluk teddy bear yg diberi nama 'camomot.' katilnya plak ditolak oleh nurses smpai ke bilik. bile smpai je bilik, dia mintak bantal peluk badaknya pulak. saya ajak dia tido sbb kelihatan dia masih mamai akibat saki baki ubat biusnya. lampu bilik pon saya malapkan so that dia tak 'terik' di panah cahaya lampu. smbil tuh, saya pujuk2 camimi yg merengek2 nangis. sian anak aku ni. kecik2 dh lalui pengalaman sebegini rupa.

seb baik dia faham yg dia kene pakei benda alah ni

dlm kol 9pm lbh, parents saya dtg dgn my brother and niza sekali. camimi dh lena diulit mimpi smbil pakei 'cermin mata'. ini bagi mengelakkan camimi gosok2 mata dia sbb doktor khuatir akan mendatangkan bahaya pada kawasan surgery tu. dlm kol 11pm lbh hbs lawat camimi, parents saya balik. mlm tu camimi tidur smbil mengigau2. saya plak yg terkejut sbb camimi menjerit2 dlm tidur. cik abe? huh! confirm tido tak sedar diri!

susu pertama selepas separuh hari berpuasa. hausnya diaaa..

oh ye, dlm bilik tuh cuma ada kami ber3 aje. sbb kami amik bilik yg ada 1 single bed. tapi camimi dibekalkan katil baby, saya plak gune katil pesakit biasa tu dan suami tidur atas sofa lipat.

kami bermalam hnya utk semalam je kt UMSC. esok pagi nya kol 11am, doktor surgery camimi: Prof Visvaraja datang cek mata then discharge kami dari ward.

tapi pagi tuh camimi dh boleh bukak mata. saya ajar dia bukak mata slowly dlm keadaan bilik yg samar2 gelap. seb baik dgr ckp. mudah je dia bukak tapi terkebil2 lama jugak dia dgn mata baru tuh. huhu kelakar la. nangis2 dan rengek2 dah takde lagi. pagi tuh camimi sgt ceria dan happy je dari selalu. syukur kepada Allah sbb kurniakan detik2 sebegini pada kami ber3..

"supriseee.. cmner mata saya nnt yek..?!"

note: nnt jgn lupa ikuti lagi tntg pengalaman kami di UMSC. tapi kali ni saya berhadapan dgn 2 org doktor yg tak beretika lgsg! kecewa saya ada org sebegini dlm dunia ni.. :(

Thursday

POLL BARU


U all ingt lagi tak poll nuffnang yg pernah saya letak kt tepi kanan blog tempoh hari?

terima kasih kpd kawan2 yg tlg beri pandangan dan pendapat tntg lokasi percutian saya di msia. asalnya sbb saya beli satu jenis kereta ni dan saya berpeluang pergi bercuti di 33 lokasi yg terpilih secara percuma.

selain drpd itu, saya ada menang hp nokia juga sbb saya ada masuk peraduan pembelian kereta ini. berbaloi2 kan.. so, hp tersebut saya nk bg org lain la sbb saya dh ada hp. dan hp saya lbh 'canggih' skt dprd hp tuh. biasalah org pg percuma, mana ndaknye bg blackberry ker kan...? (tp tamau i-phone, tak best! hahhaha)

malangnya, saya kene postpone dulu percutian saya (yg dijangka pada december ni) ke thn hdpn. sbb camimi pon nk operate mata dan perlukan masa utk proses penyembuhan.

so, pas nih saya ada poll baru. tntg camimi. harap u all dpt la jawab soalan yg saya saja2 tnya, demi menguji tahap pengetahuan u all tntg mata camimi. di samping tuh leh tmbh pendapatan skit kt nuffnang nih. (jeles plak tgk kwn2 dh menjana pendapatan melalui nuffnang).



sbnrnye dlm bnyk2 jawapan pada soalan pertama tu ada satu je jwpn yg betul. tapi saya saja mahu tahu apa yg u all fikrikan tntg kejadian mata camimi jadi begitu.

apa pun, saya ucapkan terima kasih kt uall sbb be such as a supportive followers. daaaaa....

note: this is an auto published entry. (masa ni saya dah berkampung di UMSC)

Wednesday

FINALLY, THE TIME IS NEAR

setelah berlalunya 4 bulan yg lepas (hari terakhir appointment), akhirnya esok (17 Dec 2009) camimi akan melalui proses surgery pada matanya. sian anakku. kecik2 dh nk kene operate matanya..

surgery akan berlangsung di Universiti Malaya Specialist Centre, berdekatan dgn PPUM. the surgery is planned to start at 5pm and it may take about an hour to complete the task.

so, i will hold this blog for a while and will come back asap if everything is going just fine! and at the same time, i will ask from all of u, especially my loyal followers bloggers to pray for camimi to get the process smoothly run and get well sooner.

and specially for all of you, who are willing to know how the surgery is running, have a look at this video regarding the surgery called as 'strabismus.'




note: OMG, i still can't imagine how will camimi face to this task...! and the video is so indescribable...!

Thursday

LOVE SUNDAY

ahad lepas terasa seronok lain drpd hari2 lain. sbb suami dh berada di sisi, membuatkan hidup lbh ceria! yeayy..! sbnrnye camimi yg yeayyy lbh sbb dia dh boring tgk muka mummy dia ni je kot. rindu la plak kt daddy dia!

so, as promised by my husband, dia nk bwk jln2 n lunch together gether skali. blnja mkn sbb my birthday la.. (hari biasa pon blnja jugak.. mcm takde beza pon.. hahah).

tatau nape tetiba decided nk ke IKEA dan mkn2 kt IKANO je. tak terpk yg ikea pasti ramai smpai tak nmpk lantai utk berpijak, kami ke sana jugak akhirnya. boleh plak syik terlepas simpang nk masuk ke bandar utama. ntah haper haper je we all ni. yelah, dh lama giler tak jalan ke sana plus 2 thn kt germany. mana nk ingt jln2 kt msia? dah la masa g ikea pas blk dr german tuh pon my brother yg drive. we all dok blkg pelok2 je.. (hahah..tipu jer!)

seb baik la ada navigator. padahal leh je set dari umah navigator tu, tapi lupe punye kes, smpai tersesat jadinya. perjalanan hnya 1/2 jam boleh jadi 1 jam lbh. apa daaaa...

sbnrnye g ikea sbb nk survey perabot2 dan brg bile nk masuk umah baru nnt. survey je ye kwn2.. tak pon beli lagi. terasa mahal plak brg2 ikea ni. padahal masa kt germany, we all students kt sana yg melariskan brg2 ikea. org2 kaya kt sana tak g ikea, diorg pegi butik perabot which is lagi mahal beb!! tuh la.. kalo takde students kt sana sure ikea tak leh cari mkn.. (hahha..punya la ayat kerek!)

takper2.. we all nk survey je brg. kebanyakan brg2 ikea kt sini sama je mcm kt sana. mgkin ada ubah suai skit utk memadankan dgn budaya di msia. mana2 ikea di seluruh dunia pon begitu juga. perlu diadaptasi designnye utk menyuaipadan dgn masyarakat setempat. yg lain cume harga. tukar exchange rate nye je.

yg penting, nnt saya nk cari perabot yg serba putih, nk menampkkan ruang yg kecik lbh luas. sbb umah kami sekangkang kera je. jadila buat masa ni. itu je yg termampu!

**note: takde gmbr dlm ikea sbb org ramai sgt smpai takde ruang nk bernafas!)

pas hbs kt ikea, kami mkn la apa lagi. dh dkt kol 2pm tapi tak masuk apa lagi. (padahal pg tuh mkn nasi lemak my mother masak. tuh yg kene cri tmpt bersiar2 yg bnyk berjalan) so, utk tengahari tu kami melencong ke..

camimi mmg suke tgk org melukis.. dan dia juga suke melukis. si bapaknye lbh reti melukis dari maknye. kalo camimi dh besar jadi designer pon mummy redha.. sejuk perut ku! huhu

once again, i count 1,2,3 terus aje pndg tmpt lain. saje je budak ni nk kene!

mknan dh smpai.. yeayyy!

meal for 2 pax..
believe it or not, tetap tak hbs mknan2 ni.. (sbb perut tak betol2 kosong kot..!)

sedap smpai menjilat jari beb!

sesiapa yg biasa mkn kt kedai ni sure tau ini restoran apa kan? ini baru kali ke-2 kami jejak kaki ke restoran ni. tak biasa pon. masa 1st time cube restoran ni pon sbb kami biasa mkn mkanan seperti ni di germany. padahal restoran mcm ni dh lama bertapak kt msia, cume kami tak pernah try masuk dan mkn!

ye, ini lah restoran The Manhattan Fish Market. kalo kt germany, kami biasa mkn kat restoran Nordsee (in Malay - Laut Utara). sama je konsep mknan dia. cume kt msia ni sume mknan yg terpapar di billboard kat restoran tu leh rasa dan mkn. kt Nordsee sana ada jugak daging babi goreng. huh! pernah hampir nk terpilih. seb baik, ringan je mulut kami nk menanya!

oleh kerana baru pernah sekali try mkn kt restoran ni, so kami pick the restaurant as our place to celebrate my birthday. ini melengkapkan lawatan ke-2 kami ke restoran ni. jadila.. bkn nk mtk mkn kt tmpt2 class dan grand. as long as we r happy then it will be fine!

present from my husband? i will claim later, ok!

Wednesday

JUST WANNA MAKE HER HAPPY

pagi sabtu minggu lepas sgt2 indah.. cuaca mmg baik je sesuai bwk camimi jln2 pagi tu. yelah, nak isi masa yg ada sblm daddy dia blk dari kursus ptg tu. kang dok terperuk je kat umah smbil menghitung saat mmg akan terasa lmbt je masa tuh berlalu pergi..

so, pagi tu saya bwk camimi pegi playground kat tasik. dia mmg suke bab playground2 ni. pantang kalo kite sebut playground. telinga dia cpt je tangkap perkataan tu. terus excited! cume sebutan dia je pelat skit. dok sebut.. "ping-gound"


amik gmbr ala2 tanak pndg camera gitu. bile kite sebut 1,2,3 terus je pndg atas la, tepi la.. mcm2 betol budak kecik ni!


dok seronok sgt main kat playgorund, cume 2 kerat gmbr ni je sempat amik. time dia main gelongsor n buaian pon tak nyempat snap. mana nk sempat, kalo kite dok risau dia terjatuh ke, tergelincir ke, dok sibuk gak nak menghayun dia, memimpin tgn dia..

tapi mmg seronok bwk dia. kami tak terasa masa tuh lmbt je berjalan. tup tap tup tap tgk dh dkt kol 11.30am. hnya a few hours daddy dia nk blk..! aauuummm!!!

blk je umah, my parents ajak g SACC. orait je we all since daddy dia lom smpai umah, boleh la we all isi masa yg terluang ni. my parents rupenye nk shopping kt butik BONIA. diorg mmg suke bebenor products from BONIA. kalo saya, tak kot.. sbb mahal! huhuuhu

rupenye2 my parents ask to pick any handbag available there for my birthday present. haaa...? pick any handbag..? seriously, saya mmg tamau. bnyk sbb tapi salah 1 saya rasa brg2 kt situ mahal dan agak tak berbaloi bg saya yg tak gemar handbag mahal2. skrg ni saya gune sling handbag yg saya beli kt german dulu. smpai la ni saya seronok gune sbb leh isi bnyk brg. hahhah.. (bajet isi brg camimi bagai la..!) lg 1, ianya sling, dan tak mudah terjatuh kalo berbanding dgn yg sangkut kt bahu tu. paham2 aje la. kalo saya dokong camimi, mana nk menang tgn kalo saya gune handbag sangkut kat bahu..


lama gak promoter BONIA tuh dok promote handbag pd saya. saya cume angkat bahu.. tatau nk yg mana 1. mmg la sume cantik2.. tapi serious saya tatau pilih. last2 my mother sdri pilihkan utk saya.. tak kesah la mana pon kan..! asalkan my mother gembira..!


saya tamau tgk tag harganya. sedangkan handbag harga RM300 ke atas pon saya dh rasa.. OMG..! pengsan..pengsan..

pas hbs diorg shopping kt BONIA, bwk plak mkn lunch. still parents saya belanja. (seb la my husband takde kan..! huhuuu...). so, lunch hari sabtu tuh we all mkn kt satu restoran vietnam kat SACC. mkn nasi la.. apa lagi.. kenyang smpai keesokannya. hahahhah (sbnrnye simpan perut sbb nk tuntut janji my husband nk belanja mkn for my birthday plak..)

so, smpai umah dh dkt kol 2.30pm. mungkin my husband dah on da way blk ke umah. camimi plak dh ngntuk mau tido. pas tdokan camimi, turun bwh tgk tv, then my lovely husband smpai.. wah..gumbira betol tgk dia dh blk! tatap muka dia hilang segala rindu yg ada... tapi cover2 lagi la sbb parents saya ada. tapi tggu la dlm bilik, nnt saya mengaaauummm!!! hahahah... (tapi still kurang privacy, tggula umah baru kami nnt. insyaAllah...!)


Friday

MISS CALLS

semalam saya dgr radio, ada pemanggil ni bagitau masa dia bercinta dgn wifenya dulu2, kalo rindu aje dia buat miss calls. sbb zaman dia bercinta dulu nk hantar sms smpai menelan 50 sen - 70 sen per sms. so saya pon nk buat jugak la.. hehehhe...! (even skrg sms jauh lbh murah bebanding dolo2)



tak cukup sms rindu2an berbaur romantik saya hantar kpd suami, saya miss call dia bnyk2..! amik haa... biar ganggu otak dia sekejap! hahaha kejam kah saya? kejam lagi dia membiarkan saya memendam rindu tanpa mengubatinya..

walaupon esok baru kami leh berjumpa, tapi saya rasa tak adil la.. patutnya kursus dia hbs tenghari tau. aleh2 dia call saya dan bg tau yg jadual telah berubah. kursus hbs pada belah petang. isshhh... potong betol laa..!

Thursday

HE LEFT ME.. :(

Ohye, mgkin saya lupe nk mention kt blog ni yg suami terchenta saya sdg berjauhan dgn saya. dia sibuk menghadiri kursus. jauh juga lbh kurang 45 minit dari umah dan kire2 48km jauhnya. dia kene attend kursus utk sepanjang minggu ni dari isnin hingga la sabtu nnt. uwaaa... saya sbnrnye dh lama tidak berjauhan dgn suami mcm ni tau! honestly.. tak best lgsg!!

kali pertama berjauhan masa dia berangkat ke germany dulu, pergi meninggalkan saya dgn perut boyot saya. masa tuh thn 2007. selang sebulan kemudian, baru saya terbang beribu batu menemui cinta hati saya. spnjg kene tinggal tuh, saya syik nangis je. hbs kan bil telefon call dia beribu batu kt sana. ni kes tak puas hati call guna yahoo messanger, walaupon siap ada webcam.



pastuh kali ke-2 kene tinggal masa kt germany plak. suami saya join study trip ke stuttgart, lawat kilang mercedez benz and bmw. (oh ye, org german sebut bmw ~ bay-em-vay, sbb abc dia tak sama mcm english) walaupon kene tinggal 1 hari je (dari pagi2 buta kol 5am till 10pm) tapi saya tetap nangis jugak. masa hantar suami kt muka pintu saya dh teresak2 nangis. tgk suami saya pon mcm tak sanggup je tinggalkan saya sorang2. tapi yela, dia tetap pegi tgglkn saya. huhuhu...


la ni kali ke-3 saya kene tinggalkan lagi. demi kerjaya suami saya, rela hati je saya biarkan dia pergi. tapi kali ni, saya tak nangis dah. mungkin sbb camimi dh lahir ke dunia. takde la saya rasa sunyi sgt. tapi saya sgt rindukan suami saya.. tak seronok tdo takde org teman, tgk tv pon takde kawan. tak lengkap plak hidup saya takde suami di sini. mcm mana la kawan2 blogger saya yg lain yg suaminya slalu mengembara di atas kapal berbulan2 ek..? pasrah dan tabah..!




note: sume gmbr2 di germany. saya rindukan deutschland. walaupon rumah kami kecik je kt sana, tapi kami bebas dan germbira..!

Wednesday

NEW MOON



u all ingt tak dulu saya pernah citer pasal twilight 2008? em..skrg kan dh kuar new moon.. kesinambungan daripada cerita twilight 2008.

hari tuh astro ada tayangkan twilight 2008 di saluran star movie. saya mmg dah set siap2 dah cerita tu. seb baik takde bola, kalo tak, tak leh nk conquer! walaupon dh tgk twilight 2008, tapi saya still mahu nengok lagi. sukenyerrr!! tau ke kenapa saya suke?

selain daripada garapan ceritanya yg berkonsepkan romantik fantasy, (hasil director Chris Weitz) saya suke kan pelakon lelakinya - Robert Thomas Pattinson (dlm film - Edward Cullen.) pelakon pompuannya - Kristen Stewart (Bella Swan) pon best jugak cuma saya lbh suka vampire laki tu. setiap kali scene Edward sure ayat ni slalu keluar dari mulut saya.. "handsomenye.. handsomenya..!"

suami saya pon tgk sama2. jeling je mata dia bile saya sebut tntg kekacakan Edward. ate, dh mmg betol laki tuh handsome. lain la kalo org tuh betol tak handsome tapi soh saya ckp dia handsome. dasar perasan santan la tu namanya kan..?!

saya nk tgk New Moon la kt panggung. saya mesti dptkan citer ni. kalo tak nnt sure saya frust menonggeng! hehehe... abg, nnt bile u dh blk kite pegi dating tgk wayang k..! sunyi nye hari2 saya tanpa suami. lagi 5 hari baru leh jumpa. tak best la... :(

note: tgk bdn Edward Cullen tu teringat tntg suami saya yg pernah kurus masa sblm kawen. sbb dia pernah bekerja kat bengkel cuci kete, pernah cat kerb devider jalan raya, pernah buat kerja2 wiring, pernah bekerja di dusun, etc. seb baik kawen dh gemok skit. itu tandanya diri dia bahagia dan sudah ada yg punya..! hehehe..

Tuesday

BIRTHDAY CAMIMI TEMPOH HARI




lama betol tak update entry nih kan..? mesti ada yg dah tertunggu cerita birthday camimi 14hb lepas. tapi biasa je kawan2.. takde special mana. sbb kami buat serba sederhana jer! (seb baik camimi masih kecik tak mtk2 buat kt mcd kerw, A&W kerw... mati..mati..!)

menu of the day:
  1. laksa johor (mak long masak)
  2. steamboat (my mother masak)
  3. nasi lemak sambal sotong (upah mak uda masakkan)
  4. agar2 kastad (air cucur tgn niza - my brother's gf)
  5. rojak sayur (my mother masak)
  6. mee sup (mak long masak)
  7. kek coklat secret recipe (beli)
  8. kek span coklat berkrim bakers cottage (beli)
  9. kek batik (kak inaz buat - my brother's wife)
  10. kuih ketayap (saya buat <---- ini je yg aku buat..?!)
  11. air mineral + air jus (wan buat)



keluarga yang hadir:
  1. keluarga mak long (family belah mother)
  2. keluarga mak uda (family belah father)
  3. aril and family (husband's friend)
  4. hazran & wife (husband's friend)
  5. syahar & friends (husband's friend - maaf tak ingat lagi sbb kwn husband ramai)
  6. engku putri sharizad and family (my friend)
  7. husna & family (my friend)
  8. my brother's family
  9. abang aie & family (my cousin)
  10. wan & family (cousin)
  11. kak long su & family (cousin)
pendek kata, tetamu mmg ramai terdiri drpd family sdri. sbb family kami besar dan rumah kami dekat antara satu sama lain. so no big deal la..

by the way, terima kasih kpd tetamu2 yg hadir yg memeriahkan lagi majlis yg serba sederhana ni.

oh ye, goodies berisi cumi, sweets dan puding pon disediakan utk kanak2. cuma masa my friends; engku putri sharizad dan husna dtg terlupa plak nk bagi. isshhh aaku nihh!! sbb diorg dtg ptg, time saya tgh sibuk membanting tulang kt dapur. tuh yg saya lupe nk bagi goodies kt anak2 mereka. sorry ye kawan2..

majlis start at 8pm tapi kol 8.45pm cmtuh camimi dh masuk tdo. sbb dia demam panas smpai cecah 38 deg.cel. dh merengek2 nk tdo, dgn berbaju kurung dan bertudung saya pegi tdokan dia kejap. syukur.. sekejap je camimi dh lelap mata. majlis habis sekitar kol 11pm lbh...

maafla gmbr tak bnyk sbb photographer nyer sibuk memasak dan menyediakan makanan. saya plak sibuk melayan tetamu. heheh..

dlm kol 12am, pas kemas rumah bagai.. kami bawak camimi ke klinik kanak2 sbb demam dia berlanjutan sehingga 40 deg.cel. tapi camimi cam biasa la.. tak merengek2 sakit ke apa ke.. selamber je terpisat2 matanya tgk we all laki bini bawak dia jalan2.. konon la jln2 pepagi buta! apa daaa...

Monday

RAYA HAJI DI PERAK

yeyy.. tahun nih kami beraya haji di kampung halaman suami di sitiawan, perak. raya haji pertama kami selepas jejak kaki ke malaysia bulan 5 yg lepas. suami dah penuhi janji nk raya puasa di rumah parents saya, so raya haji kami kene la ke kampung suami pulak.

takde aktiviti apa pon kt sana. yg pasti, bile kami blk sana sure jalan2 satu sitiawan. g lumut, g teluk batik. walhal takde pon nak bermandi manda kt sana atau jalan2 naik bot. sbb bandar sitiawan dh maju, serba ada.. tuh yg seronok nk jln.

selama dok kt umah my PIL, mkn mmg lengkap. siap breakfast, lunch, minum petang dan mkn mlm lagi. seminggu saya dok sana confirm blk shah alam dah jadi belon. huhuhuh.. MIL saya mmg pandai masak. kalo breakfast tuh, siap ada cekodok udang, cekodok pisang, nasi goreng lagi. kdg2 mee sanggul lagi. mcm2 la. belum lagi masuk lunch time. bkn 1, 2 lauk yg ada. 4-5 lauk pon ada! kadang2 ada sayur pechal. mcm tau2 je saya suke sayur tuh.

belum masuk minum petang. mcm2 kuih muih MIL saya buat. kdg2 tuh buat kuih keria. tau2 je saya suke kuih keria. kalo dia tau anak sulung dia (my husband la..) suke mkn apa, idak le pelik. tapi MIL saya nih mcm dpt baca je saya suke mkn apa.

tapi idak le MIL saya sorang2 bersilat kt dapur tuh. dia ada 2 anak dara yg bantu bersama. so, tak le jadi masalah sbb ada yg bantu memasak dan siapkan mknan harian.

raya haji di sana, hari sabtu baru sembelih lembu. kt kawasan perumahan tu 4 ekor lembu dikorbankan. kami g tgk kejap je. sbb nk melayan camimi mandi swimming pool yg sekangkang kera je tuh..



ini sume auntie dia yg dok ajak mandi pool. smpai tamau kuar dah dari pool tuh sbb seronok sgt.. huhuh

ok next story, spt yg saya cerite sblm ni, MIL saya tuh tau2 je saya suke mkn dan minum apa , so ptg tuh dia pegi la mencari kelapa muda. (sbb sbnrnya suami saya pon mmg suke mkn dan minum benda yg saya suka). sudahnye, kelapa2 muda tuh hbs dikerjakan oleh suami saya. jom tgk..!





hbs sudah suami saya potong kelapa2 muda tuh utk diambil air dan isi putihnya, kt blkg suami saya tuh dh siap 2 org adik perempuannya menunggu utk tugas2 seterusnya.. hehehhe

tak pula saya tahu suami saya nih reti bab potong memotong kelapa muda nih. kwang..kwang... kwanggg.. eh tapi saya lagi reti.. reti mkn!


ha..yg sekecik nih malas betol nk ckp bnyk2. si bapaknya sibuk motong kelapa, dia sibuk aje ulang ayat ni.."mummy.. nk wash hand!"

dlm 1 hari smpai tak terbilang berapa kali dia mtk utk wash hand. kalo pas mkn atau b4 mkn nk wash hand idak la saya pelik, nih masa2 lapang pon sibuk nk wash hand. selagi saya tak nyahut panggilan dia utk wash hand, selagi tuh la dia akan ulang.. "mummy.. nak wash hand"

tggu la dia kt kepala paip tuh smpai org dtg utk bukak paip kasi dia wash hand. saya? huh.. malas dah nk layan. dh la baru lepas mandi, dh pakei siap baju tdo tuh. kang kasi wash hand hbs dia basah balik!

note: masa saya pregnant kan camimi mmg malas betol nk mandi. sbb masa tuh masih di germany, musim winter sgt la tak sanggup utk menyentuh air. apatah lagi nk masuk ke dlm bilik air. tapi bile camimi dh ada ni, dia la org yg plg suke main air. kalo dh hbs mandi tuh, tamau lgsg kuar dari bilik air.. apa daa...

Wednesday

TAK PERASAN

sibuk manjang..mcm mana nk perasan? Aidiladha bakal menjelma jumaat ni? nmpk sgt saya nih sibuk terlampau!!

bunyi ayat mcm poyo je tapi itulah kebenarannya. sibuk sgt smpai terlupa nk hbskan air masak sebnyk 2L di siang hari. balik rumah baru minum air mcm org tak minum 10 hari!

apa pun kawan2, saya terlebih dahulu nak ucapkan selamat hari raya aidiladha. ada korban lembu? camimi ada amik bhgn korban lembu utk aqiqah dia. tapi korban lembu tuh buat kt masjid seksyen 24. cuma kami tak de kt sini. tahun ni beraya kat kg halaman suami. nmpknye terpaksa mtk my parents uruskan daging2 korban tersebut. sedekahkan sedikit dan lebihannya bawak blk.




ate..dah raya puasa hari tuh kt umah saya, raya aidiladha perlu la jenguk2 blk ke sana. kang apa plak PIL saya kata...

ada ke beraya dgn baju raya baru..? saya nengok mmg bnyk sales lagi kat PKNS, SACC. carry forward sales yg tak hbs masa aidilfitri la tuh! saya takde baju baru pon. baju yg saya tempah kt sitiawan pon lom amik. tempahnya dgn tukang jahit cina masa balik aidilfitri tempoh hari. kt sitiawan kan ramai cina, tukang jahit bagus2 pon cina. itupon makcik suami yg rekemen jahit kt sana. so, saja saya nk cuba try test sedap memakai ke idak baju yg saya tempah tu. sepasang je udah ler. buat syarat!

ofis saya tatau start cuti khamis or jumaat. saya baca blog kwn2 ramai dh start cuti sok. tahniah la u all leh lama2 bercuti. tapi kan kawan2, kalo nursery camimi cuti sok, sok jugak saya amik cuti! hahahha...

okla kawan2.. hari ni mcm ada plak masa nk update blog bnyk2. nk baca blog kawan2 pon sempat. nk tggl komen je yg tak nyempat. jadi, kite jumpa lagi pas raya nnt k. jgn liat plak nk dtg keje. cari satu motivasi yg menarik utk dtg keje. ok babaiii..!!


note: motivasi saya nk dtg keje setiap hari apabila tak sbr nk beli mknan lunch kt makcik bwh ni yg lauk2nye mmg sedappp dan murah gilerrrr...!!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...