Advertisement

Jom follow follow i, then i follow follow u

Monday

STRABISMUS SURGERY

Alhamdulillah, segalanya berjalan dgn lancar. camimi selamat mengharungi cabaran ini dgn jayanya. terima kasih juga kepada kawan2 yg sentiasa mendoakan perjalanan hidup kami utk sentiasa dipermudahkan olehNya. berkat doa kami dan kawan2, pembedahan camimi dpt dihadapi dgn baik.

pembedahan yg dijangka bermula kol 5pm delay ke pukul 6 lbh. sebab semua surgery di UMSC bermula seawal pukul 5pm. so, camimi masuk Q utk tggu turnnya. apa pun, pihak UMSC beri priority kpd kanak2. that's better.

memandangkan camimi berpuasa dari pukul 12.30pm, so kami memang susah hati skit sbb camimi waktu biasa pon kerap mtk susu dan nak kunyah itu ini. seb baik masuk je bilik, dia excited dgn katil baby tuh dan nak main itu ini dlm bilik. kemudian, dia keletihan dan akhirnya tertido atas katil dia sdri.

lengkap! siap bawak camomot dan bantal badak skali. tak leh takde salah satu. naya kami ber2 nnt. huhuuh

baik punye pose ok.. siap nmpk apa tuh?!

nih kes tak dpt toys, main je apa yg boleh dimain dlm bilik tu. bagus..bagus..

pukol 4pm lbh baru dia terjaga sbb doktor dtg nk tgk camimi. pakar bius bagi brief skit tntg bius yg diorg akan bg sebelum surgery dilakukan. kemudian camimi leka bermain di dlm bilik sehingga waktunya telah smpai iaitu sekitar kol 6 ptg lbh.

hai..dah salin baju hospital kerw? seb baik tak bnyk songeh time pakei baju ni

camimi seronok bile ditolak di atas katil baby tuh sehingga masuk ke operation theater (OT). smpai sana dia sibuk nyanyi 'air pasang malam.' habis satu lagu, bukak plak bacaan 'alif, ba, ta' smpai hbs huruf 'ya'. terpegun jugak la nurses kt situ (aku plak kembang semangkuk kejap! huh!)

time nih saya cukup cuke tgk ekspresi muka camimi. terkulat2 suke kene tolak dlm katil tuh!

ha..dah start dah radio dia..! kali nyanyi lagu slow2 takper, nih hbs sume org dia kasi dgr!

yelah, camimi tatau apa2 pon. kenapa dia ada kt OT, kenapa dia berpakaian begitu, kenapa ada nurses keliling dia. kalo dia tau, confirm dia ajak kami blk. itupon tadi dok nunggu turn surgery camimi, camimi dh ngajak2 kami blk. sibuk cakap 'nak mommy's car.. nak mommy's car..'

tapi, salah seorang daripada kami hanya boleh masuk ke OT utk menenangkan camimi semasa ubat bius disuntik ke dlm badan dia. lepas je camimi tidur akibat penangan ubat bius, saya disuruh keluar dari bilik OT. malang sekali, kami ber2 mmg tak boleh saksikan surgery dijalankan. (tapi rasanya kalo boleh pon, saya rasa takut la..!)

so, tggu je la kami ber2 kat luar. setia menunggu camimi utk hbs surgery. sempat lagi suami ajak naik bilik sbb dia nk tgk perlawanan bola antara Msia dan Vietnam. tapi, saya tamau sbb saya takut bile surgery dh hbs, nurses tak dpt cari kami kt mana utk tenangkan camimi yg akan disuntik ubat sedar.

tepat kol 7.47pm, kami nmpk nurses tolak katil camimi smbil diorg bg signal utk kami masuk ke dlm OT. kelihatan camimi antara sedar dan tidak merengek2 nangis. matanya dah disapu dgn krim anti bakteria (nmpk mcm taik mata bertimbun2) tapi camimi masih tidak mampu utk bukak mata. sbnrnya boleh je bukak mata, tapi camimi tamau. siap nangis2 dan ckp "mommy, sakit.. nk bukak.." sayu hati saya bile camimi ckp mcm tu. kdg kala tu, kuar air mata darah dari kelopak mata camimi. tapi dia masih tamau bukak mata. saya tahu, dia tak berani sbb dia ada rasa perubahan pada mata dia.

masa nih just finished the surgery. hbs tudung saya banjir dgn air liur dan hingus camimi.

so, sepanjang2 perjalanan naik ke bilik kami tingkat 10, saya dokong je camimi smbil dia peluk teddy bear yg diberi nama 'camomot.' katilnya plak ditolak oleh nurses smpai ke bilik. bile smpai je bilik, dia mintak bantal peluk badaknya pulak. saya ajak dia tido sbb kelihatan dia masih mamai akibat saki baki ubat biusnya. lampu bilik pon saya malapkan so that dia tak 'terik' di panah cahaya lampu. smbil tuh, saya pujuk2 camimi yg merengek2 nangis. sian anak aku ni. kecik2 dh lalui pengalaman sebegini rupa.

seb baik dia faham yg dia kene pakei benda alah ni

dlm kol 9pm lbh, parents saya dtg dgn my brother and niza sekali. camimi dh lena diulit mimpi smbil pakei 'cermin mata'. ini bagi mengelakkan camimi gosok2 mata dia sbb doktor khuatir akan mendatangkan bahaya pada kawasan surgery tu. dlm kol 11pm lbh hbs lawat camimi, parents saya balik. mlm tu camimi tidur smbil mengigau2. saya plak yg terkejut sbb camimi menjerit2 dlm tidur. cik abe? huh! confirm tido tak sedar diri!

susu pertama selepas separuh hari berpuasa. hausnya diaaa..

oh ye, dlm bilik tuh cuma ada kami ber3 aje. sbb kami amik bilik yg ada 1 single bed. tapi camimi dibekalkan katil baby, saya plak gune katil pesakit biasa tu dan suami tidur atas sofa lipat.

kami bermalam hnya utk semalam je kt UMSC. esok pagi nya kol 11am, doktor surgery camimi: Prof Visvaraja datang cek mata then discharge kami dari ward.

tapi pagi tuh camimi dh boleh bukak mata. saya ajar dia bukak mata slowly dlm keadaan bilik yg samar2 gelap. seb baik dgr ckp. mudah je dia bukak tapi terkebil2 lama jugak dia dgn mata baru tuh. huhu kelakar la. nangis2 dan rengek2 dah takde lagi. pagi tuh camimi sgt ceria dan happy je dari selalu. syukur kepada Allah sbb kurniakan detik2 sebegini pada kami ber3..

"supriseee.. cmner mata saya nnt yek..?!"

note: nnt jgn lupa ikuti lagi tntg pengalaman kami di UMSC. tapi kali ni saya berhadapan dgn 2 org doktor yg tak beretika lgsg! kecewa saya ada org sebegini dlm dunia ni.. :(

5 comments:

Suliana said...

kesiannya dia..jgn nakal2 ye schamimi..erin, mcm sekejap je operation dia? kes mcm ni kira serius ke x?

Mrs. GordoEdi said...

alhamdulillah da selamat sume... =)

sWeEtdARLiNG said...

saya pun baru lepas OT anak kat leher ada ketulan kat dalam kulit dia tu...

dun worry too much ya, insyaAllah, cepat sembuh

sweetdarling79.com

Umi said...

alhamdulillah sume dah ok. pesan kt camimi jgn main2 mate lg tau..hiii..cepat2 uplod gamba latest die ke..mmuaaahhh tuk camimi dari umi n adik adlina amani..

lily lotus said...

siannya tgk dia kena pakai benda kat mata tu..u lagi sayukan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...