Advertisement

Jom follow follow i, then i follow follow u

Tuesday

BIRTHDAY CAMIMI TEMPOH HARI




lama betol tak update entry nih kan..? mesti ada yg dah tertunggu cerita birthday camimi 14hb lepas. tapi biasa je kawan2.. takde special mana. sbb kami buat serba sederhana jer! (seb baik camimi masih kecik tak mtk2 buat kt mcd kerw, A&W kerw... mati..mati..!)

menu of the day:
  1. laksa johor (mak long masak)
  2. steamboat (my mother masak)
  3. nasi lemak sambal sotong (upah mak uda masakkan)
  4. agar2 kastad (air cucur tgn niza - my brother's gf)
  5. rojak sayur (my mother masak)
  6. mee sup (mak long masak)
  7. kek coklat secret recipe (beli)
  8. kek span coklat berkrim bakers cottage (beli)
  9. kek batik (kak inaz buat - my brother's wife)
  10. kuih ketayap (saya buat <---- ini je yg aku buat..?!)
  11. air mineral + air jus (wan buat)



keluarga yang hadir:
  1. keluarga mak long (family belah mother)
  2. keluarga mak uda (family belah father)
  3. aril and family (husband's friend)
  4. hazran & wife (husband's friend)
  5. syahar & friends (husband's friend - maaf tak ingat lagi sbb kwn husband ramai)
  6. engku putri sharizad and family (my friend)
  7. husna & family (my friend)
  8. my brother's family
  9. abang aie & family (my cousin)
  10. wan & family (cousin)
  11. kak long su & family (cousin)
pendek kata, tetamu mmg ramai terdiri drpd family sdri. sbb family kami besar dan rumah kami dekat antara satu sama lain. so no big deal la..

by the way, terima kasih kpd tetamu2 yg hadir yg memeriahkan lagi majlis yg serba sederhana ni.

oh ye, goodies berisi cumi, sweets dan puding pon disediakan utk kanak2. cuma masa my friends; engku putri sharizad dan husna dtg terlupa plak nk bagi. isshhh aaku nihh!! sbb diorg dtg ptg, time saya tgh sibuk membanting tulang kt dapur. tuh yg saya lupe nk bagi goodies kt anak2 mereka. sorry ye kawan2..

majlis start at 8pm tapi kol 8.45pm cmtuh camimi dh masuk tdo. sbb dia demam panas smpai cecah 38 deg.cel. dh merengek2 nk tdo, dgn berbaju kurung dan bertudung saya pegi tdokan dia kejap. syukur.. sekejap je camimi dh lelap mata. majlis habis sekitar kol 11pm lbh...

maafla gmbr tak bnyk sbb photographer nyer sibuk memasak dan menyediakan makanan. saya plak sibuk melayan tetamu. heheh..

dlm kol 12am, pas kemas rumah bagai.. kami bawak camimi ke klinik kanak2 sbb demam dia berlanjutan sehingga 40 deg.cel. tapi camimi cam biasa la.. tak merengek2 sakit ke apa ke.. selamber je terpisat2 matanya tgk we all laki bini bawak dia jalan2.. konon la jln2 pepagi buta! apa daaa...

3 comments:

Izan said...

wah.. meriahnya... adiah jgn lupa tunjuk gak tau =)

lily lotus said...

meriahnya foods! aduhai..melepas ly..harap2 tahun depan can make it ;)

Erin Rashid said...

izan - hadiah tak teringat pon nak amik gmbr daaa.. ada sepasang bju tdo, toys, teddy bear, books.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...