Advertisement

Jom follow follow i, then i follow follow u

Tuesday

TREAT OR TRICK?

Ok,  takde trick, but just a treat from my husband untuk aku dengan Camimi. Khamis malam Jumaat yang esoknya dia kena outstation tu, my husband ajak pergi makan seafood dekat dengan kawasan rumah. Sekarang kalau nak makan seafood dengan kadar segera tak perlu lagi ke Tanjung Muara, Port Klang. Drive kereta selama 3 minit saja :)


Kami just 3 beranak je makan. Tak panggil my parents or adik beradik lain. Bukan nak celebrate apa-apa, just treat for Camimi and myself from my husband sebab nanti kena tinggal 10 hari. Kalau ajak ramai-ramai nanti terasa happy pula nak suruh my husband tinggalkan we ols selalu. Tak nak!



Seafood restaurant ni ada kolam pancing ikan. Kebetulan malam tu ada pertandingan memancing yang memakan masa 4 jam. Hadiah utama ialah RM1000.00. So sesiapa kaki mancing, boleh la cuba nasib kat sini. Berdekatan juga dengan Kompleks Warga Emas.


Kat situ ada kolam ikan juga. Ada banyak spesis ikan yang besar-besar. Malam tu ada ikan baru datang dari Perak. Mungkin lama atas lori sampaikan bila dah pindah masuk dalam kolam ni, terpaksa masukkan oksigen pada ikan tu. Lemas kot..



Camimi suka tengok ikan tu berenang. Then dia cakap "Kalau la Camimi pandai swim macam fish tu kan best mommy." Boleh, nanti mommy ajarkan la.. hiks



Kat mana aku nak ambil gambar, kat situla ikan tu interframe. Sibuk datang berulang-ulang kali kat sini. hahahah pandai interframe ek?



So, menu malam tu tak lain tak bukan adalah: Ikan siakap steam. Ini pilihan si suami. Suka benar! Tapi aku lebih suka siakap 3 rasa. 
  
 Tomyam merah. Dalam ni ada ala-ala, ikan, udang, sotong, cendawan, pastuh pedas!!!



 Menu-menu lain macam biasa: sotong goreng kunyit, udang goreng tepung. Aku tak tahula, nape suka benar makan seafood. Marvelous! Rasanya MIL lalu depan pon aku tak nampak.


 Telur bungkus, ayam halia


 Yang penting ada sayur kailan ikan masin. Lauk banyak tapi semua ambil untuk 1 orang. 

Habis makan, my husband drive terus ke Carefour. Ada barang keperluan nak beli sempena nak ke outstation. 

Malam tu, aku teman husband buat kerja dia sampai habis. Kesian, dengan penat lagi, dengan nak tanda kertas lagi, dengan nak prepare lecture esok lagi. Kadang-kadang dia buat kerja sikit, then tidur 1-2 jam. Malam-malam bangun sambung buat kerja sampai pukul 4-5 pagi. Takpela, kalau bayarannya setimpal dengan apa yang dia buat apa salahnya kan?

Sebenarnya malam tu aku lewat layan episod terakhir Nora Elena. Tuh yang boleh temankan husband. Kalau tak, terbabas tertidur depan tv. Pastu kena gerak masuk dalam bilik. Gerak-gerak pula. Angkat la bawa masuk bilik. Hhihihi...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...