Salam uols,
Bercerita tentang weekend. Macam biasa, time weekend macam-macam plan timbul kat benak fikiran. Ke sana mahu pergi, ke sini mahu pergi. Mahu buat itu, mahu buat ini. Kadang-kadang, plan tinggal plan. Sudahnya duduk rumah, kemas rumah, vacuum, memasak dan menonton movies di astro first.
Tapi weekend lepas kitorang rancang nak ke Subang Parade je. Makan tengahari di sana. Hari Ahad tak boleh ganggu masa si suami. Suami sibuk nak prepare slide untuk short course dia. Selama sebulan ni, setiap hari Ahad memang tak boleh ganggu suami. Kalau nak ganggu, hari Sabtu je boleh. Kesian, setiap malam dia tidur lewat 3-4 pagi. Semua demi students dia.
Kalau aku jadi student dia, aku tahu lecturer aku sanggup susah payah untuk students dia, tentu aku akan hargai setiap perkataan yang keluar dari mulut lecturer tu. Aku akan hargai setiap ilmu yang dicurahkan olehnya. Aku akan hargai setiap tulisan dan nota yang diberikan olehnya. Ya, memang aku puji pekerjaan dia. Dia jadi lecturer bukan sebab "oh, kerja lecturer relax. Boleh masuk sukahati kol berapa. Boleh balik sukahati kol berapa. Masanya adalah flexible" Kalau ada sesiapa yang nak jadi lecturer sebab alasan-alasan begitu, sila lupakan!
Ok, back to the topic!
Rancangan nak lunch kat Subang Parade terpaksa dibatalkan. Datang time tengahari (walaupun dah lewat waktu lunch) tapi, jalan masuk ke parking adalah sangat sesak! Hai, semua orang lewat lunch ke macam kitorang? Kesemua jalan masuk ke parking Subang Parade ibarat seperti orang jual pisang goreng kat pagar berpalang tuh. Panas..panas! Bila diintai bahagian dalam parking tu, macam tipis je nak dapat parking. Macam pasar borong gitu.
Sudahnya, si suami ajak ke Mid Valley. Katanya dalam 2 tahun ni baru 1-2 kali kami ke sana. Jarang la sangat! Sebab malas nak ke MV adalah kerana parkingnya yang sangat la problem. Susah-susah nak parking kat MV tak sesusah nak parking kat shopping complex lain seperti kat Sunway Pyramid. Suka ke sana sebab just cari parking yang ada lampu hijau. Sudah tentu hijau tandanya available. Lagipun, bila ke Sunway Pyramid tak perlu bawa stoller Camimi. Sebab Camimi lebih suka nak naik kereta sewa yang yang disediakan.
Itulah, rancang nak pe Subang Parade je. Sudahnya, pergi ke tempat lain. Nasib baik MV pun tak jauh.
Bila sampai ke sana, kami terus lunch. Baru terasa lapar. Kalau tak, terfikir nak makan sandwich je. Owh, mood makan sejak dua menjak ni semakin berkurangan. Tak macam sebulan yang lepas. Hari-hari aku cari nasi. Sudahnya berat aku tambah 3 kilo. Sekarang tengok meter timbang dah tukar ke angka lain, terus mood makan jadi down. So, sekarang memang aku down tentang makanan. Tak de lagi status "starving for a slice of cake" atau "nak makan apa ek malam ni?" atau "dah makan pun lapar lagi?"
Plan asal nak makan Secret Recipe aje, but then dah lalu depan kedai makan ni terus ajak masuk. Sebab masing-masing dalam menu diet, jadi kami decided makan yang grilled aje instead of yang fried.
Ni bukan aku punye, tapi Camimi yang mahu.. :)
Nasi okeh... dan seafood grilled.
Lepas lunch, macam biasa nak jalan-jalan cuci mata. Sebab dah lama tak jejak kaki kat MV. Tengok memang macam-macam ada perubahan. Paling tak tahan, Pirates of the Caribbean kaw kaw promote filem dia sampai buat macam-macam model kapal dan scene kat tengah-tengah court of MV. Sampai kan si suami yang sibuk dengan short course dia masih sempat suruh aku booking tiket nak tengok cerita tu. Sudahnya memang aku tak tengok la cerita Nur Kasih nanti kan? Suami kata, tunggu raya je la. Takpun, nanti keluar kat astro first tengok kat rumah je la. Aku okeh je. Asalkan dia yang akan bayar itu semua. ;p
Plan nak jalan-jalan je. Takde rasa nak shopping. Ingat nak tunggu sales bila nak raya nanti. So, kumpul je la duit sekarang. Cuma, untuk raya aku dah boleh proceed nak tempah baju kurung, baju melayu dan langsir. Tapi, bila lalu depan kedai ni, aku dah tak boleh menghalang nafsu diri laaa. Uwaaaa~ ~
See.. ramai giler orang serbu!
Macam biasa, suami aku tunggu je la kat luar kedai. Cuma aku bawa Camimi shopping kat dalam. Barang aku, barang Camimi juga. Apa yang aku suka pakai, dia pun nak try juga. So, apa saja yang aku beli, aku suruh dia pilih. Bau mana yang dia suka. Dan of course, dia suka semua yang berpunca dari strawberry. Tapi aku beli juga la sikat kecil ni untuk dia. Upah sebab jadi good girl dan teman aku shopping kat dalam.
Owh melayang duit. Tak plan nak shopping okeh. Bila fikir sales special macam ni setahun sekali je, tuh yang aku tutup mata je. Sales biasa yang lain ada je. Reward to my self actually. Lagipun, untuk si suami juga. hik..hik..hik..
Benda kat bawah ni pun tak plan. Anak punya pasal, si bapak dia layankan aje. Owh, sangat jeles okeh. Masa aku kecil-kecil dulu, mana ada benda-benda ni semua. Bebudak sekarang, birthday yang ke-4 pun dah boleh dapat ipad2. Owh, sungguh berbeza dengan aku 25 tahun yang lepas. Aku dapat teddy bear! Tu pun dah hentak-hentak kaki sebab teringin teddy bear yang gebu depan mata.
Oh ye, sebab lain kenapa suami ajak ke MV adalah kerana lepas tu boleh terus nak ke KL. Katanya nak tapau mee kari kesukaannya yang bedekatan dengan Balai Polis Bukit Aman. Ala, dekat dengan taman tasik kawasan rekreasi tu. Makcik ni punya mee kari, mee rebus, mee jawa dan segala makanan yang berkuah memang terbaik la. Sedap! Uols pon leh try. Sebungkus tak silap aku RM4.50 kot. Ini pun parents aku yang perkenalkan pada kami.
Tapi, masalahnya waktu buka gerai makcik ni memang tak menentu. Yang pasti, dia akan buka sampai pukul 3-4 pagi. Kami sampai kat situ dalam pukul 8pm. Makcik tak bukak kedai lagi. Katanya baru balik dari beli sayur. Mungkin dalam pukul 9pm baru boleh buka. So, kami solat kat masjid berdekatan. Siap solat magrib dan Isyak lagi. Pas solat baru kembali semula kat gerai makcik tu. But then, makcik kata still tak siap lagi. Kami dah tak boleh sabar dah. Sebab baru sat tadi adik aku call nak makan malam ramai-ramai. Tak boleh tunggu lama-lama sebab kedai makan yang dijanjikan tu tutup pukul 10pm. Makan malam ramai-ramai ni takde dalam plan pun. Adik aku baru je decided.
Sudahnya memang takde rezeki. Tak boleh tunggu makcik tu siapkan bahan-bahannya sebab ada orang nak belanja makan kat tempat lain pula. Itula, apa yang dirancang, semuanya tak menjadi. Tapi yang tak dirancang, elok je susunan kejadiannya.
Macam mana pun memang happy weekend lepas walaupun masa sangat terhad. Hari Ahad esoknya memang kami duduk rumah saja. Sebab si suami nak persiapkan diri untuk mengajar pada keesokan Isnin nya.. Next week apa pula plan? Debussshh.?!
Note: Habis sebulan short course si suami, esoknya dia akan menjalani kursus induksi pula. BORINGGGGG! Tinggal la aku 2 minggu kat rumah. Entah-entah 2 minggu tu memang aku dok je kat rumah. Tak gi mana pun.. :(
Note: Habis sebulan short course si suami, esoknya dia akan menjalani kursus induksi pula. BORINGGGGG! Tinggal la aku 2 minggu kat rumah. Entah-entah 2 minggu tu memang aku dok je kat rumah. Tak gi mana pun.. :(
No comments:
Post a Comment