Advertisement

Jom follow follow i, then i follow follow u

Monday

ADA JUGA YANG TERLUPA

Hari Jumaat lepas keberangkatan suami aku ke outstation. Tapi pagi Jumaat tu still ada kelas intersesi. Memang kesian sangat kat dia sebab terkocoh-kocoh nak setel marking test paper bebudak intersesi sebelum dia pergi outsation. Cuma bernasib baik sebab silibus sempat habis sebelum hari Jumaat. Maknanya, hari Jumaat tu just buat summary tentang keseluruhan subjek yang diajar.


Jadi, aku sebagai isteri nak pastikan segala pakaian dan kelengkapan untuk dia pergi outstation tersedia. Selama 10 hari dia takda nanti, aku kena pastikan suami aku cukup 10 pasang baju kemeja lengan pendek dan lengan panjang, 10 helai seluar slack, 10 helai pakaian dalam, beberapa pasang stoking, beberapa t-shirt sukan, beberapa pasang seluar sukan, 2 helai kain pelikat, sejadah, sepasang kasut sukan, sepasang kasut kerja, sepasang selipar, peralatan mandian, peralatan wangian dan bersiap yang mana temasuklah sikat bolatnya serta lain-lain perkakas yang berkaitan. Ni suami aku bajet dia tak perlu hantar laundry atau cuci pakaian sendiri kat sana which is memang tak menyampat pon nak buat benda tu semua.


Nasib baik kesemua pakaian kerjanya aku dah siap hantar laundry untuk digosok. Cuma baju kerja semalamnya tu aku kena cepat-cepat basuh dan iron di rumah saja.


Beg yang besar pon terasa macam sendat dan padat. Mana taknya, semua pakaian nak dibawa untuk tempoh 10 hari yang tak perlu basuh atau hantar ke laundry tu. Untuk pengetahuan kawan-kawan, husband aku sangat cerewet tentang pemakaian dan pakaian. Sebab tu dia memang suka hantar baju-baju tersebut ke laundry. Dia tak nak aku habis banyak masa nak iron baju dia supaya betul-betul tak berkedut. Side seluar dan baju pun dia teliti betul-betul. So far, dia sangat berpuas hati dengan hasil kerja yang berkualiti orang laundry bawah ofis aku ni.


So, hari Jumaat yang dia nak berangkat tu, aku dah siap-siap ketepikan segala pakaian dan perkakas yang nak dimasukkan ke dalam beg. Pakaian-pakaian kerja yang ada pada hanger dikekalkan begitu supaya mudah dia nak hang dalam kereta nanti. Tamau komot-komot katanya. Jadi, terpaksalah aku ambil one whole day off sebab nak uruskan tentang keperluannya. Bila suami aku dah habis mengajar pagi tu, dia terus balik rumah dan masukkan ke dalam beg segala benda yang aku dah ketepikan. Memang dia dah siap-siap bagi tahu aku yang dia sendiri akan masukkan benda-benda tu semua ke dalam beg. Jadi aku dah tak perlu buat apa-apa lagi. Sebab dia nak pastikan yang dia tak tertinggal apa-apa barang pun nanti. 


Jadi bolehla aku prepare lunch awal memandangkan sarapan pagi pun husband aku tak sempat ambil. Kesian sangat, nampak betul dia kelam kabut urus itu dan ini. Baru habis kelas pagi, lepas solat Jumaat nak kena bertolak pula. Pihak penganjur pun macam tak nyempat-nyempat nak suruh orang pergi. ~sigh.


Esoknya, husband aku text:

Syg, abg lupa bwk sluar yg dh gosok kt dlm wardrobe tu.. 
nasib ada lg sluar 3 helai yg abg ltk dlm beg. Lupe jgak!

What?? 3 helai seluar je untuk 10 hari? Habis la... Memang tak senang duduk pula aku yang masa tu tengah ada kat saloon, buat rambut.


Series, aku tak perasan pon husband aku tak bawa another 7 helai seluar yang tergantuk elok je kat dalam wardrobe tu. Kalau dia tak text aku mungkin lambat nanti baru aku perasan kot. Walhal, aku dah siap ketepikan pakaian yang berhanger nak dibawa. Aku separate kan pakaian-pakaian tersebut dengan lain-lain pakaian kerja yang tak perlu dibawa. Masih boleh tercicir lagi?



Tapi husband aku kata takpela. Nak buat camner kan? Shopping complex bukannya ada yang berdekatan. Kalau ada pun kat depan mata, macam ada masa je nak pergi pilih seluar baru dak? Mustahil!



Memang ada banyak perkara husband aku tak sempat dan terlupa nak buat sebelum dia pergi outstation. Contohnya, ada barang dapur yang dah habis. Aku kena pergi beli sendiri la. Takpe, ada duit yang ditinggalkan, semuanya bisa diatur. Sekarang baru pertengahan bulan, barang dapur masih banyak cuma yang major je dah habis seperi basmathi, makanan mentah seperti ayam, ikan, sotong dan udang serta susu Camimi. Makanan-makanan beku yang lain seperti ayamas masih banyak. Jadi, kalau orang datang, itulah yang aku hidangkan sebagai makanan tambahan. Basmathi 5kg tu 6 bulan kemudian baru habis tau. Tak tahula kenapa. Mungkin sebab jarang makan nasi? atau jarang masak? atau kalau masak pun, jarang nak masak nasi? Tak tahu yang mana 1..


Bahan mentah seperti ayam dan lain-lain dan juga sayur-sayuran biasanya nak masak baru aku pergi beli. Kalau beli banyak siap-siap aku takut 3 bulan kemudian baru habis. Sekali beli, aku beli lebih sikit. Bajet nak masak 1-2 kali seminggu. So, next week nak masak, baru aku beli lagi. So, aku boleh dapatkan yang fresh! Tak susah la, sebab kedai dekat je. Nak jalan kaki pon boleh cuma malas tak malas je. Oh ye, Carefour pun depan rumah je. Memang tak susah langsung. Kat Shah Alam semua depan mata je kan.. So, aku tak ralat la kalau husband aku tak sempat nak beli itu semua semasa peninggalannya.


Tapi, husband aku takde ni aku malas nak makan kat luar. Balik rumah aku masak simple-simple je untuk Camimi. Samada masak roti nan segera atau roti canai segera yang dibeli di kedai halal Seksyen 15. Takpun, order makanan kat gerai bawah. Memang sedap dia masak, tambahan pula murah.


Selama peninggalan husband aku ni, Niza, kawan adik aku teman aku tidur kat rumah. At least ada orang lain kat rumah tu selain daripada aku dengan Camimi je. Kalau takde orang sudi teman kat rumah pun takpe. Sebab kawasan rumah aku dekat dengan jalan besar, dekat dengan highway LKSA, dekat dengan uptown Shah Alam, dekat dengan Carefour, dekat dengan rumah-rumah orang lain. Pendek kata, InsyaAllah memang tak sunyi. Tak rasa takut atau seram. Mudah-mudahan semua urusan husband dan aku anak beranak dipermudahkan olehNya. Itu je doakan aku sepanjang ketiadaannya...

Note: Just rasa sunyi takde kawan nak gaduh, takde kawan nak merajuk, takde kawan nak manja. 10 hari terasa lamanya... Macam mana aku nak biarkan husband aku pergi sambung PhD seorang diri di sana sedangkan aku kat sini?


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...