Yes, cerita tentang ketiadaan suami lagi.
Memang aku jarang ditinggalkan suami kecuali kalau dia keluar malam pergi jumpa kawan atau pergi bersukan main futsal dan badminton.
Sebab-sebab lain kena tinggalkan adalah kerana outstation adalah jarang sangat. Selalunya kalau dia outstation aku boleh ikut sekali. No problem. Tapi kali ni, aku tak boleh ikut. So, duduk je la rumah dengan Camimi.
Camimi asyik tanya, bila daddy nak balik? Lambat lagi ke daddy nak balik? Kalau tanya banyak kali bukan buat aku berang, tapi buat aku hiba. Lebih 10 hari kena tinggal bagi aku bukan sekejap. Sebab hari-hari aku selalu terisi dengan kehadiran dan bau badan si dia. Kalau hantar Camimi ke kindergarten dalam UiTM, mesti Camimi tanya, " mommy, daddy ada kat ofis ke? Nape daddy taknak go home?" :(
So, weekend lepas aku pergi salun rambut. Sebab tak tahu nak buat apa dah. Parents aku pergi berbasikal kat Putrajaya. Kalau rumah aku ni bukan sekangkang kera, mesti aku dah beli basikal juga. Memang teringin aku berbasikal beramai-ramai di Bukit Cerakah mahupun ikut team di Putrajaya. Tapi takpe, rumah sekangkang kera pun aku happy. Besar lagi rumah sekangkang kera ni berbanding rumah aku kat Germany dulu. Yelah, dah pernah hidup susah, rumah kecil dulu. Bila dapat rumah yang kecil macam ni juga pun dah rasa syukur. At least besar sikit dari rumah kat Germany sana :) Tapi kalau esok-esok aku dapat rumah besar, tak boleh riak juga. Tuhan marah nanti. Jangan letak kat facebook, show off. Lagi Allah tak suka. Ni aku mengingatkan diri sendiri. Takut-takut terlupa di masa akan datang.
Disebabkan parents aku takde, so terpaksala aku usung Camimi sekali ke salun rambut. Aku siap bawakan bekalan biskut tiger, biskut oreo, air vitagen, susu, nasi lemak, buku tulis, buku warna, colour pencil. See.. complete!
Tapi... korang tengok je la telatah dia..
Mana dia nak duduk diam kauuu...! Letih kepala otak aku. Tapi nasib baik tempat tu besar. Stylist tu pon tak kesah. Dia pon layan juga Camimi sikit-sakit walhal aku nengok dia sangat focus terhadap kerjanya.
Sekejap-sekejap aku ambil gambar Camimi, mms kat daddy dia. Biar daddy dia tengok anak dara dia buli mommy. Tamau behave!
Tapi, awal-awal tu Camimi behave tau...
Asyik terpandang-pandang kat luar bilik sebab orang tu mainkan lagu-lagu yang dia familiar dengan, such as lagu Justin Bieber, kau. Hahahha.. anak aku minat Justin Bieber. Biar betol?!
Ha, dulu aku pernah cerita yang Camimi suka menulis, suka membaca, suka mewarna, suka melukis. So, memang aku kena bawa semua benda tu. Tapi kalau 3 jam lebih dok kat salun siapa pun akan panas montot kan?
Camimi ni friendly kalau dah lama dia bersama seseorang. Macam stylist ni dah sejam dengan kitorang pun Camimi dah interview dia macam-macam. Nak buat apa kat rambut mommy la, nape pakai glove la, nape wash hand la, nape tu nape ni? Sampai aku tolong jawabkan bagi pihak stylist ni takut menganggu emosi dia pula. Tapi Camimi jawab apa tau? "Camimi tanya auntie ni la mommy," Terus dia ulang balik soalan tu. Stylist tu tersengeh je jawab..
Oh kat mana salun rambut ni? First time aku datang sini. Anura Ole-ole Seksyen 18. Selalu aku buat rambut kat salun seksyen 7. Sesekali kena cuba service kat tempat lain then baru tahu tahap kualiti sesuatu service tu. Then sure kita boleh buat comparison. So, far aku kasi 8 star from 10 star pada Anura. yeay!!
Aku request private room sebab aku bertudung kan. Walaupun salun ni unisex tapi mereka tetap menyediakan private room untuk muslimah-muslimah macam aku ni. Yesss!
Dan hasilnya rambut aku adalah seperti di bawah ni:
>>
>>
>>
Mana boleh tengok! kih kih kih...
Note: oh, cerita tentang kami laki bini pergi spa 2 minggu lepas lupa la nak ccerita. ;p
No comments:
Post a Comment