Advertisement

Jom follow follow i, then i follow follow u

Friday

YES, I AM BACK TO BE INVISIBLE

Dah malas nak buka fb secara kerap sekarang. Sebab aku dah kembali menjalani hobi yang dulu aku suka buat. Lebih-lebih lagi time ketiadaan suami ni, elok la aku buat aktiviti berfaedah ni..


Sekarang aku dah kembali membaca novel. yeay!!


Ok, kalau aku start baca novel, aku akan start mengadap benda tu saja dan akan start tidur lewat. Tapi aku tetap tak akan abaikan tanggungjawab kepada Camimi dan suami, InsyaAllah. Aku akan sediakan dan buat sesuatu kerja terlebih dahulu secara 'rush' then baru la aku boleh mengadap novel lama-lama.


Lagipun, takde daddy ni Camimi kerap minta aku tukar ke channel cartoon atau Maharaja Lawak. Wallaweyy, Camimi tengok Maharaja Lawak siap ketawa terkekek-kekek kau..! Faham sangat la orang tu cakap bahasa pasar. Pernah dia dengar lagu soundtrack Lagenda Budak Setan dalam radio, terus Camimi kata macam lagu kumpulan Balas. Tercengang je aku..




Takpun tengok cartoon channel dari 612-615. Itu je channel cartoon favourite dia. Timmy Time, Mickey Mouse Club House, Porroro, Dora the Explorer, Special Agent Oso, Dibo the Dragon, Barney and Friends, Wonderpets, Upin dan Ipin, Elmo's World, Aaahhh, Donald duck, Boboi Boy and ada lagi tak aku tak sebut kat sini? Tapi Tom and Jerry dia tak suka la.. Dia takut tengok cartoon tu.


See.. aku pun boleh hafal cartoon apa yang dia suka. Apatah lagi dia! Bagi aku, itulah salah satu medium untuk melatih dia berbahasa Inggeris. Oh ye, dalam banyak-banyak cartoon tu cuma Upin dan Ipin serta Wonderpets aje aku tukar kepada Bahasa Malaysia. Sebab Upin dan Ipin tak sedap kalau dalam English. Wonderpets pula terkenal dengan nyanyian dalam bahasa Malaysia, "apa yang penting, kerjasama" instead of "what's gonna work? A teamwork!" Tapi 2-2 bahasa Camimi boleh nyanyi. Kih..kih..kih..

Okla, back to cerita novel aku. Currently aku dah habis baca novel setebal 800 muka surat ni. Tempoh bacaan aku adalah 3 hari 2 malam.






Pengembaraan Noorul ke alam yang serba baru bermula semenjak menjadi pembantu rumah di penthouse mewah seorang lelaki kacak bernama Harris Tan Sri Hamdan, yang cerewetnya mengalahkan nenek kebayan. Oleh kerana sifatnya yang cerewet itu, Noorul menggelar Harris Mr. F. Kenapa F, bukan G atau H? Kerana F itu adalah untuk ‘fussy’ atau di dalam bahasa Melayunya cerewet! Semua yang Noorul lakukan sentiasa mengundang tengkingan dan jelingan tajam Mr. F.

Daripada berbalas-balas  nota berkaitan dengan kerja  pada awalnya, entah bagaimana mereka boleh makan semeja. Semakin lama Noorul mengenali Mr. F semakin banyak pula sebab yang dia temui untuk mencintai lelaki itu.

Fitnah yang melanda menyebabkan Noorul dan Mr. F terpaksa dinikahkan. Gusarnya hati, Allah sahaja yang tahu kerana dia tidak pasti sama ada Mr. F boleh menerimanya sebagai isteri atau tidak. Noorul mula berteka-teki sendiri tentang siapa dalang di dalam penyebaran fitnah ini. Adakah angkara Asyraf, yang sememangnya berdendam dengan Noorul? Atau pun, musuh perniagaan Tan Sri Hamdan? Mampukah Noorul dan Mr. F melayari bahtera rumah tangga bersama? Bagaimana pula dengan Elisa yang sememangnya cintakan Mr. F? Apa pula yang akan terjadi apabila Nurina, bekas kekasih Mr. F pulang ke Malaysia untuk menagih kembali cinta daripada lelaki itu? Haikal pula, dapatkah menerima Noorul, orang yang dicintainya sebagai kakak ipar?


Ok, aku ada lagi 3 novel setebal 800 muka surat untuk dihabiskan. Kalau boleh aku nak isi masa lapang time husband takde. Idak la aku dok meroyan je kat facebook cakap pasal rindu suami, perlukan suami, nakkan si suami. Hahahahha... Aku rasa, kalau aku tulis status meroyan kat fb gitu mesti ada orang menyampah! Sebab aku ni over sikit dalam mengekspresikan perasaan. Hahahaha...

4 comments:

nurhareza said...

aku pun dah lama tak baca novel.. beli pun dah tak sekarang ni.. xde masa.. hu3

Taste Of Tapah said...

aku baca buka masak-masak.. kui kui

Erin Rashid said...

beja, memula aku pk gak mcm tu. tapi skrg ni masa yg dtg kat aku. bukan aku yg cari masa heheeh

Erin Rashid said...

zety, nak puasa ni aku pon nk baca buku bakar-bakar kuih. hehehhe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...