Ok, hari ni entry auto-published seperti hari-hari lain.
Hari ni nak kena hantar my parents dan family my eldest brother ke KLIA sebab mereka nak pergi mengerjakan umrah. Bertolak pukul 3pm nanti tapi kena ada di KLIA 3 jam sebelum.
So, hari ni aku dan adik aku, Hafiz masing-masing apply cuti dan akan hantar mereka menggunakan 2 kereta. Bestnya pergi umrah ramai-ramai begini sesama keluarga kan..? InsyaAllah aku berdoa satu hari nanti masa kami anak beranak akan sampai juga..
Lepas hantar mereka ke KLIA aku tak tahu samada nak masuk ofis ke idak. Bos aku pula takde. Diapergi vacations dengan family dia. Jadi tanggungjawab diserahkan pada aku. Nak tak nak aku kena la pikul dan menjalankan amanah yang diberikan dengan jayanya.
Oh, ada yang paling best!
Petang ni si buah hati, pengarang jantung akan pulang. Seronoknye tak boleh nak gambarkan. Rasa nak ikat je kaki si suami tak yah keluar rumah 2-3 hari boleh..? Kih..kih..kih..
Dan.. aku sendiri dah belikan tiket wayang secara online cerita blockbuster yang tengah hangat di pasaran sekarang. Seronok nak melayan permintaan si suami nak menonton movie kegemarannya iaitu Transformer 3 bersama anak dara kecil dan isterinya. ngeh ngeh ngeh..
Oh lagi 1, aku nak masak kat rumah juga. Lengkap makan pagi, tengahari dan malam. Sedangkan si suami takda pun aku boleh rajin ke dapur, takkan bila ada suami asyik nak minta makan kat luar je kan..? Bila lagi nak pertontonkan kepandaian si isterinya...? Hahahah.. sila jangan termuntah!
So, utk uols,
Selamat berhujung minggu. Esok aku kerja daaa... tak boleh malas! Esokkan hari Jumaat, bekerja sambil ada mood untuk bercuti keesokannya. :)))
No comments:
Post a Comment