Habis dah season Asmara..
Ramai sangat orang sebut tentang Nora Elena. Mother aku pun dok tengok cerita Nora Elena. Kawan-kawan kat fb juga. Sebenarnya salah satu faktor aku nak mengadap drama-drama kat TV3 adalah kerana pengaruh orang-orang yang dari awal dah tengok cerita tu. Bila dah dengar feedback selalunya aku akan try tengok episod pertama dulu. Bila best, baru aku teruskan..
Macam biasa, aku tonton drama kat tonton.com.my
Oleh kerana Jumaat lepas aku cuti dan duduk saja korek hidung kat rumah (Camimi demam daaa), maka aku terasa nak start tengok Nora Elena. Introduction drama ni ada state yang drama ni diadaptasi dari sebuah novel Meen Zulaikha. Bila dah tengok episod pertama, memang sah! Aku pernah baca novel ni rupanya. Masa tu aku borong macam-macam novel sebab nak bawa pergi Germany. So, sah la aku dah baca novel ni masa aku dok kat sana dulu.
Same case dengan satu drama yang keluar kat TV1. Trilogi Cinta karya Sharifah Abu Salem. Ada 3 novel combine dalam 1 drama bersiri tersebut. Memang 3-3 novel tersebut aku baca. Sebelum keluar kat TV pun aku dah khatam 2-3 kali baca. Sebab memang best giler cerita tu. Sekarang memang banyak cerita dari novel keluar TV. Membuai-buai aje perasaan aku.
Bagusla.. sebab sekarang aku memang dah tak ada masa langsung nak baca novel. Yelah, dulu tak de blog, takde fb, takde fs, takde ipanel, takde tonton.com.my, takde banyak channel kt astro, takde anak, takde suami. Muahhahahaaaa...
Oh ye, novel Budak Setan yang adik aku kasi pinjam 6 bulan yang lepas pun aku tak sentuh lagi. Tup tup aku dah khatam movienya... Hehehehe..
8 comments:
aku pun layan jugak.. terpengaruh dgn ckkp2 orang..hehe
salam kenal.. rajin2, jemput singgah blog AKU SEBUTIR PASIR hamba kalau berminat nak baca my travelling experiences ke 46 buah negara.. :)
su, aku follow melalui tonton.com.my. tak done aku nak mengadap tv kol 7-8pm huhuuhuh
JHaZKiTaRo, salam kenal juga. InsyaAllah nnt saya ke blog awak :)
erin, aku pun follow cite ni..sebab dh tergoda ngn seth bole?ahahahha tp yg besh nye aku berjaya mempengaruhi incik Bagok utk addict jugak ngn cite ni..kahkahkah..tp die addict bkn sbb tergoda ngn seth la..tp nora.cet..
syoknya dapat layan novelnya sekali :) feeling habislah u pasnih.
sue, tahniah sbb dpt heret bagok utk tgk. laki aku idaknye mauuuu..
lily, feeling dgn novel lebih sbb jln cerita lain skit dgn dramanya :)
Post a Comment