Advertisement

Jom follow follow i, then i follow follow u

Tuesday

KALAU ABANG ADA BACA...

Tak lama lagi je si suami akan balik, tamat sudah kursusnya. Tak sabar rasanya diri nak memeluk si suami dan kembali dalam dakapan dia. Huk..huk..huk.. Bukan, yang penting si Camimi dapat semula daddy dia yang 'hilang' beberapa minggu. Asal kena marah dengan mommy, mula sebut, "nak daddy... nak daddy..." Teresak-esak dia menangis sambil memanggil-manggil daddy dia.

Jadi, tak sampai hati nak marah Camimi kalau dia nakal-nakal. Hati terus rasa hiba dan kasihan. Terus saja aku peluk anak kecil tu. Pujuk dia dan katakan yang daddy dia tak lama je lagi nak balik. Nanti boleh la manja-manja dengan daddy dia semula. Jangan sibuk nak meliang-liuk dengan mommy dia je manjang!

Daddy Camimi takde, aku malas nak berjimba-jimba di waktu hujung minggu. Hari cuti aku duduk saja bersenang-lenang kat rumah. Mood untuk berjalan langsung terbang jauh. Mood nak shopping langsir langsung hilang entah ke mana. Mood nak makan kat luar memang langsung takde.

Sabtu dan Ahad kereta langsung tak bergerak. Kaku saja di tempat letak kereta. Enjin pun tak dipanaskan. Minyak yang diisi RM60 lebih hampir penuh tangkinya seperti tak luak langsung. Seminggu kemudian baru diisi semula. Betapa jimatnya bilamasa suami tiada.

Sabtu dan Ahad cukup sempurna dapur aku berasap. Dari pagi, ke tengahari, ke petang, kerap berasap. Cukup lengkap aku menyediakan masakan untuk bersarapan, makan tengahari dan makan malam. Sikit pun tak harapkan Kak Nor warung kat bawah yang masakkan. Apatah lagi untuk mengharapkan restoran-restoran fastfood lain menghantar makanan. 

Sabtu dan Ahad la masanya untuk aku berbakti pada kediaman tempat teduhan kami. Vacuum, mop, kemas itu, kemas ini, basuh itu, basuh ini. Tengah sakit-sakit perut pun semangat tu tetap ada. Semangat nak tengok rumah kemas dan bersih. Tambahan pula, Camimi sangat pandai menjaga diri. Sikit pun tak susahkan mommy dia. Cuma pasangkan DVD Iqra' dia yang dah agak rosak tu. Sebab dah bercalar balar di belakangnya. Bila dah pasang sibuk menyanyi bersama, menari bersama dan kadang-kala berlagak macam cikgu yang sedang mengajar anak muridnya. Riuh mulut pot pet pot pet!

Lagipun, kalau si suami ada, dialah yang menguruskan kebersihan rumah. Aku tinggal memasak makanan kegemaran dia saja. Memang pandai suami menjaga rumah kami. Lihatla kereta kami, dia juga yang uruskan. Hantar pergi cuci kereta, vacuum dalam kereta. Nak tengok secebis tisu bersepah dalam kereta pun payah. Kereta sentiasa berkilat. Tapi, dah bermingu-minggu suami takda kereta keruh manjang. Walhal car wash depan rumah saja. Itulah dia suami isteri. Saling lengkap-melengkapi.

Bila seorang tiada, tak lengkap kitaran rumah tangga. Terasa kehilangan. Terasa hidup tak lengkap. Sentiasa rindu-merindui. Sentiasa ingin menghubungi. Tapi, apakan daya. Bila ada masa nak bersayang-sayang, mula dia dipanggil. Masa sentiasa terbatas. Cuma mengharapkan sms saja. Sms mendekatkan dua hati yang jauh. Sms sayang, sms rindu, sms cinta. Teringat zaman bercinta dulu. Selagi tak dengar suara sebelum tidur, pasti tak lena. Kononnye la... padahal kalau dapat bantal busuk yang gebu elok je keluar air liur basi sampai ke pagi. Hahahaha...

Jadi, mengisi waktu yang terluang dengan membaca novel amatla senang sekali. Melayan cerita cinta. Melayan emosi penulis, debaran hati, tiupan asmara cinta, kat rindu, semuanya bak bunga-bunga cinta. Cuma perlu berhati-hati, jangan sampai tidak berpijak di bumi yang nyata. Di dalam dunia ini manakan dapat dicari pakej lengkap suami yang kaya, tampan, baik hati, hormat orang tua, keluarga mertua yang penyayang, bersopan santun, sabar dan beriman. Kalau ada pun 6 ciri-ciri tersebut, 2 ciri-ciri lagi tercicir. Kalau ada pun 7 ciri-ciri tersebut, 1 ciri-ciri lagi tiada. Kita selalu dihidangkan dengan watak dan perkara yang cantik-cantik bila membaca novel. Tapi hakikatnya, hanya wujud 1 dalam sejuta saja di dunia ini. Tapi, itulah yang membuatkan aku sentiasa bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan pada diri ini. Sentiasa mengharapkan keberkatan Illahi dalam mengharungi onak dan ranjau yang berduri.

Walaupun Sabtu dan Ahad tak ke mana-mana, tapi rumah sentiasa didatangi tetamu. Kami ramai-ramai melayan cerita hantu di tv dan ulangan Maharaja Lawak. Masak-masak dan makan ramai-ramai. Jadi, memang tak terasa langsung kesunyiannya. Barang-barang dapur yang habis pada mulanya hanya 1 saja disenaraikan, sekarang sudah mencecah ke angka 11. Tapi, sikit pun aku tak kesah kerana kalau tiada mereka ini sudah tentu aku meroyan kesunyian.

Jadi, andai abang baca nukilan si isteri ni, tahulah abang yang isteri dan anak abang ni pandai mengisi masa yang ada untuk menunggu si buah hati pulang semula ke sini. Kami selalu sama-sama menghitung hari bila masanya abang nak kembali. 

Beberapa hari yang lepas..

Camimi: mommy, bila daddy nak balik? Dah lama sangat ni..
Mommy: ok, next week daddy balik
Camimi: next week tu apa mommy?
Mommy: next week tu tunggu hari ni, pastu esok, pastu lusa, pastu esoknya tu masuk la next week.

Semalam...

Camimi: mommy, hari ni dah next week ke..?
Mommy: (dalam diam Camimi pun menghitung hari) Ye, sayang. Hari ni masuk 'next week' macam mommy kata hari tu..
Camimi: so, daddy nak balik 'next week'?
Mommy: dah takde 'next week' dah, this week la. Kita tunggu hari ni, pastu esok, pastuh lusa, pastuh esoknya daddy balik la..
Camimi: yeayyy!! Nanti kita ajak daddy pergi jalan-jalan ye? Pergi rumah nenda, tengok cat, kitten, pergi makan roti canai kat Teningau (Restoran Keningau, tapi sebut pun salah)
Mommy: Lagi? nak manja-manja dengan daddy tak? Nak suruh daddy hantar pergi school tak? pergi mengaji, mandikan, tidurkan..? Nak tak?
Camimi: Nak..! Tapi Camimi nak mommy tidurkan. Taknak daddy..

Hahaha.. ada juga perkara yang dia tetap nak buat dengan aku. Tapi lagi banyak dia nak buat dengan daddy dia. Itula, daddy ada tamau manja-manja, sibuk berkepit dengan mommy. Hihihi


Sebenarnya banyak lagi dialog yang Camimi ungkapkan setiap hari. Ada yang aku dah update pada hubby, ada yang belum. Kadang-kadang tak sangka Camimi dah besar, dah boleh ungkapkan perkara seperti itu. But the best thing ever bila aku update pasal Camimi pada hubby, si hubby reply begini:


"erm... dah pandai dah anak kite"

Aku suka hubby ungkapkan perkataan "kite". It's a miracle and a wonderful word! 

4 comments:

rezaredzuan said...

aku pun suke perkataan "kite" tuh.. ;)

Wanie JSD said...

wawawaa...tersentuh jiwa baca..

Erin Rashid said...

beja, kan? gimme 5 la!

Erin Rashid said...

anje, thanks sudi kongsi perasaan dgn aku :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...