Advertisement

Jom follow follow i, then i follow follow u

Wednesday

CAMIMI MENGAJI

Dekat sebulan dah aku hantar Camimi mengaji dekat-dekat dengan rumah aku. Memang aku nak cari guru mengajar mengaji dekat dengan rumah. Senang hantar, senang ambil bila balik kerja. Nak datang malam pun senang. 


Awal-awal kau.. sopan je duduk


Dekat school Camimi sekarang just ajar kenal alif ba ta, baca doa dalam pelbagai perkara, belajar berzikir, belajar nyanyi nasyid dan beberapa perkara lain yang basic-basic saja. Aku nak dia pandai mengaji pula, kenal huruf secara rambang, kenal baris atas, bawah dan depan serta kenal huruf bukan mengikut turutan abjad semata-mata.


Effort aku lepas balik dari Germany dulu, aku just beli satu set bacaan Iqra'. Step 1 to 6. Ada 2 CD. Satu VCD boleh main kat player di rumah. Lagi satu CD main kat dalam kereta. Masa tu memang setiap hari dia suruh aku play CD tu. Tak kira, samada kat rumah mahupun dalam kereta. Memula aku layan je la, dah lama-lama aku buat syarat pada dia. Kalau nak pasang Iqra' kat rumah, kat dalam kereta tak payah. Begitu pula sebaliknya. Bukan apa, kalau jalan jauh-jauh asyik pasang Iqra' aje boleh nak termuntah gamaknya.





Ok, dah start panas montot da..



So, sebab Iqra' tuh la dia start pandai baca alif ba ta..


Aku sematkan dalam hati. Kalau nak suruh anak pandai mengaji, kena upah orang yang ajar. Kalau aku atau daddy dia yang ajar takut dia jadi kurang berdisiplin. Manja je lebih. 


Syukur Camimi takde masalah ke arah itu. Seperti anak-anak orang lain, Camimi cenderung nak mengenal tulisan jawi. Kalau dengar orang mengaji kat dalam tv, jangan la pergi tukar channel. Maunye dia marah kita balik. Kalau dengar komputer mengaji kat Tesco or Giant tu, kena la tunggu sekejap. Dia nak tengok komputer tu mengalunkan bacaan al-Quran.




Lihat la.. kaki dah ke mana, badan ke mana, tangan sebelah je kat muqaddam..



Bukan nak puji anak melambung sampai tercampak. Dari start aku pregnant kan Camimi lagi aku mengaji dan mengamalkan Surah Mariam, Yusuf dan Lukman. Walaupun tak setiap hari aku dapat mengaji, at least aku akan pasangkan bacaan tu kat komputer dan perdengarkan. Senang je, download dari internet pon boleh. Kadang-kadang si bapaknya pasang juga lagu rock sambil menelaah buku. Boong bang booong bang kau.. macam ada amplifier.  Sebab tu Camimi suka cakap kuat-kuat, suka dengar radio, dengar lagu juga. Semua gara-gara amalan semasa mengandung.




Yelah, aku pun ikut nasihat orang lain juga. Benda yang baik harusla diteladani.




Time dia mengaji ni page pertama dan kedua je dia boleh focus dan duduk elok-elok. Masuk page ke-3 dia dah toleh ke kanan, toleh ke kiri. Tengok orang sana, tengok orang sini. Pastu toleh ke belakang tanya aku, "mommy ni huruf apa ni.." boleh?!




Selalunya satu hari mengaji dia boleh baca sampai 3 pages baru. Esoknya ulang pages hari sebelum tu, then kalau baca lancar terus masuk page baru. Syukur, Camimi terang hati, terang fikiran untuk mengingati huruf dan bunyi huruf tersebut walaupun selang Jumaat, Sabtu dan Ahad tak mengaji.


See.. ada ke orang mengaji kaki macam tu? Esok-esoknya ustazah Camimi ajak mengaji atas meja, dok atas kerusi..

Maka bolehla aku tanamkan azam untuk diri Camimi supaya dia boleh khatam al-Quran sebelum darjah 4 (macam mommy dia <---- aku angkat bakul sendiri okeh). Eh, tapi sekarang ramai je budak darjah 1 dah khatam al-Quran ye. Tapi idaklah aku nak meletakkan harapan yang tinggi menggunung pada Camimi. Nanti Tuhan marah kalau aku terlebih sudah.. 

4 comments:

Suliana said...

Alhamdulillah.. terang hatinya.. aku pun harap aqil tak liat ngaji nanti. zaki suh aku je ajar, tapi klu aku ajar, takut budak takut jek. haha.. time prgnantkan aqil dulu pun mmg baca 3 surah tu, tapi bila prgnt kedua ni, mcm payah skit nak cari masa utk baca, kdg terskip, anak kacau la, aku letih la. klu ikutkan dulu, hari2 aku baca surah ni, tapi sekarang, baru dua kali aku smpt ulang balik. tak adil kan? huhu

Taste Of Tapah said...

thanks for the info, nak carik jugak la cd.. selama ni aku bagi tgk muslim kids school kat youtube jer.. hik hik... dia tahu cakap/nyanyi alif ba ta semua, tapi tak kenal huruf... ayak.. stress

Erin Rashid said...

sue, tak sempat baca, pasang kat player di tv atau laptop.. itu pon dah ok dear

Erin Rashid said...

zety, rajin ko nak tekan replay manjang kalo main kat youtube. heheheh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...