Jom tonton video ni sebab aku suka tengok mat salleh cakap Bahasa Malaysia dan menyayi dalam Bahasa Malaysia. Even mereka goyang-goyang montot, dengan berlatarbelakangkan bendera Negeri Sarawak, tapi aku takde pula nak rasa tersinggung dengan cara mereka. Sebab it's so FUNNNYYYYYY...! yet, mereka takde unsur-unsur cacian dan ejekan pon..
Apa korang rasa kalau ada bangsa lain kat negara kita, ya mungkin dah lama bekerja kat sini ataupun belajar kat salah satu universiti tempatan kita dan mereka pandai berbahasa Malaysia? Mestila bangga beb.. sebab diorang ada usaha sendiri untuk belajar cakap kita.
Kenapa aku tanya macam ni? Sebab selama aku duduk kat negara orang, memang aku dikerah untuk belajar cakap bahasa tempatan. Kau jangan nak berangan speaking London kat negara yang bukan ada negeri London. Memang tak dilayan!
Tapi, kalau kau bercakap bahasa tempatan, mereka sukaaaaaaaa sangat! Mereka akan layan, jawab soalan kita dan mereka akan cuba faham walaupun kita cakap grammar tunggang terbalik pon. Nak kena tipu pon kita tahu...
Same goes to belacan dan paku ni. Eh, apa pun korang punya pendapat, aku tetap suka mereka la! Tapi, boleh korang bagi tahu aku tak siapa si paku dan belacan ni?
Ok, ni takda kena mengena dengan Si Belacan dan Paku. Ada mat salleh lain juga yang boleh bercakap bahasa tempatan. Salute la kat diorang ni...
Note: and still ramai orang tempatan yang bangga riak nak berbahasa Inggeris manjang tapi mereka ni seronok nak berbahasa Melayu. Ayioooo...
3 comments:
hahaha! banyak video funny camni kat youtube kan. ni lah kerja i kalau tension..layannn
lawak la diorang ni kan.... yang tak tahan tu siap pakai kain pelikat... =)
lily, ai pon layanz juga. hihiih
izan, try show kat mirko. kot dia pon leh paham apa mat salleh ni ckp. hihiih
Post a Comment