Advertisement

Jom follow follow i, then i follow follow u

Monday

VACATION

Salam u ols,

Ok, hari baru, minggu baru, jadi kita start cerita yang baru pula ye? Sebab dah habis cerita pasal preparation dan sambutan birthday Camimi dan lima orang yang lain sebelum raya haji dulu.

Oleh kerana dah hujung tahun, maka adalah masa yang sangat sesuai untuk pergi cuti-cuti Malaysia. Husband pun takda terikat dengan kelas mengajar (sebab bebudak UiTM seronok bercuti, balik kampung) dan dia dibenarkan untuk mengambil cuti. (kalau ada kelas memang tak boleh saja-saja kau nak ambil cuti nyah)

Jadi, destinasi kami kali ni adalah.... guess where...?

macam laman kat belakang rumah aku je? 


Kami nak cari tempat yang sejuk la.. oleh itu, kami putuskan untuk ke Cameron Highlands... yeay, destinasi bulan madu kami lepas kahwin dulu.

Dulu selamba badak naik kancil berdua panjat bukit ikut laluan Simpang Pulai. Relax aje! Takde apa yang nak dirisaukan. Sekarang dah bertiga, harusla guna kereta yang agak besar sikit. :) Barang pun banyak nak kena angkut kan..?


Dah ada budak kecil sorang ni, rasanya dia layak dibawa kat mana mommy and daddy dia pernah menyulam kasih dan bermadu asmara dulu. Eceh..ceh..ceh... (tapi Camimi masih belum 'in-making' lagi la...) ;p

Bertolak dari Shah Alam pukul 11.30am (kami sempat kemas, vacum, mop rumah bagai sebelum pergi cuti-cuti) then sampai CH dah masuk Asar. Lepas check in kat Rossa Passadenia, kami terus melangkah ke pasar malam Brinchang. Kami memang tahu ada pasar malam kat situ sebab dah pernah ke sana 4 tahun yang lepas. Tapi 4 tahun yang lepas, kami menginap di Equatorial Hotel yang terletak di Kea Farm (on the peak!) Dapat pulak honeymoon suite yang terletak di tingkat paling atas. Mak aiiii terketaq-ketaq!


Dah selidik-selidik, rupanya pasar malam ni akan dibuka setiap hari bermula pukul 2pm sampai ke tengah malam sempena cuti sekolah... So, kawan-kawan yang nak datang cuti-cuti kat sini, jangan lupa melawat pasar malam ni ye? 

Bukan setakat jual makanan, bahkan ada jual souvenir CH (fridge magnet, keychain, ala benda-benda basic yang lain), cactus (pokok-pokok bunga yang lain pon melambak), sayur-sayuran segar, strawberry, jagung, lain-lain buahan dan banyak lagi (tak larat weh aku nak mention)


Owh, anak mommy sorang ni harusla kena pegang kuat-kuat. Asal terlepas sikit, dia yang mengagau cari tangan kita. Pastuh marah aku sebab terlepas tangan dia. Good la anak mommy...!


Yang ini bodyguard aku selaku mesin ATM bergerak. Boleh..? 
ok, my husband jaga posisi belakang ye..? hehehhe


Dan aku pula, nak pegang tangan Camimi, nak pegang kamera, nak pegang handbag. Seb baik sejuk, kalau tak mesti dah peluh-peluh! Dah la pasar malamnya perlu mendaki. Sebab kawasan bukit kan...?


 Kat kedai ni kami belikan Camimi bantal strawberry. Belikan juga satu untuk kawan baik dia kat school yang juga bernama Erin.


Owh, awal-awal kami dah beli fridge magnet ye? Saja tambah koleksi yang ada..


Kena pandai pilih. Ada yang offer 5 pcs RM10,  ada penjual yang lain offer just 4pcs RM10. Padahal sama je kualiti dan designnya... 


 Cantik kan langit ciptaanNya


 Waktu ni dah dekat magrib. Dah habis membeli, maka pulangla kami ke hotel dengan berbondong-bondong.. 



Note: 
Ok, jumpa lagi in the next episode. Sebab bukan kami bertiga je ke sana. Nanti aku perkenalkan siapa lagi yang menemani kami cuti-cuti ke sana. Sebab tak seronokla pula kalau pergi 3 beranak ni je..


2 comments:

Ummi said...

teringin mahu pergi lagi..hiii

Suliana said...

teringin nak pegi juga.. bila la tu ye.. nak hrp cik abe aku, x berani dia kesana.. jln berliku..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...