Advertisement

Jom follow follow i, then i follow follow u

Wednesday

UPIN IPIN DI SACC

Pameran Upin dan Ipin di SACC~CC baru saja melabuhkan tirainya selepas 5 hari 'bertapa' di sana. Hari Sabtu lepas kami sempat juga la menjenguk ke SACC Convention Centre nak lihat kot time kami datang muncul pula si Upin dan Ipin yang memakai maskot untuk menghiburkan pengunjung yang ada. Tapi, nan ado..


Kami tak lama pun kat sana. Sampai sana dalam kul 10 lebih, then balik dekat kol 12 tengahari. Tapi memang ramai sangat pengunjung yang datang bawa anak masing-masing. Ada bawa anak seorang, ada yang bawa anak kembar 2, ada yang bawa anak kembar 3. Fuihhh.. 3 tuh!!


Entrance, tapi kat luar ni pun ada jualan-jualan juga


Hall tu penuh sangat dengan aktiviti kanak-kanak seperti aktiviti mewarna, IQ test dan physical test. Ada juga aktiviti jualan produk Upin dan Ipin seperti air freshner, toys, chocolate, candies, baju, busha dan macam-macam lagi. Orang promote Etiqa dan AM Bank insurance pon ada. Letih juga nak jawab yang kami sudah pun menjadi one of their customers. 




Mungkin masa ni tak nampak sangat orang nya ramai, sebab masih belum peak hour. Peak hour nanti mesti lagi ramai. Oh, tapi masa peak hour tu, kami dah selamat balik rumah daaa.. :)




Playground nya yang sangat memikat hati. Kalau aku masih bebudak macam Camimi, mesti aku dah meminta-minta nak masuk main kat dalam. Then dapat pula parents yang tak mahu hiraukan permintaan anak dia. Mesti aku dah meronta-ronta sambil hentak-hentak kaki atas lantai. :)









Pastu dapat pula parents yang tak suka nak bazir-bazir duit untuk benda yang tak berbaloi. RM8 utk 20 minits jerw?? Pejam celik, pejam celik dah 20 minit. Tadi lompat-lompat terjatuh. Baru nak bangun balik dah 20 minit. ~ seb baik Camimi pandang playground ni dengan muka yang takda perasaan. Fuhhh.. kalau RM8 utk lebih setengah jam, mau juga promote pada Camimi. 


Ada juga jual buku-buku untuk pendidikan anak-anak. Buku masakan untuk si mak-mak dan juga buku kebun untuk si bapak-bapak! :)




Ada orang tu terlalu taksub kan negerinya, sampaikan jumpa buku masakan kat bawah ni boleh pula dia cakap "tengok, orang Perak pandai masak. Sebab tu masakan diorang sedap-sedap!"



Ok, orang kat negeri lain tak pandai masak la ye? Habis tu, boleh pula keluar buku masakan dari negeri lain ek..?





Then, selamba pula dia cakap, "eh.. ada buku masakan negeri lain ye? Ingatkan takde!" Hahaha.. tuh la.. aku ni pon 'pandai' masak apa.. Tak perlu jadi anak kelahiran Perak kalau nak reti masak. Kalau tak 'pandai' masak idak la badan dia besar seperti sekarang! ;p 


Ok, ronda lagi. Tamau beli buku masakan. Yang ada kat internet (blog-blog masakan) pun belum khatam! Lagipun dapur kat rumah tu time hujung minggu je baru berasap. Tak nyompek-nyompek den nak masak eh..!




Orang lelaki kalau nampak 'benda alah' kat atas ni, lama dok usha. Dok belek-belek. Dok pegang-pegang. Dok dekat-dekat. Hai, bang. Pandang je boleh. Pegang jangan. Kita tak cukup duit lagi nak beli motor macam ni ;p


Walhal, aku selalu berpesan kat suami sendri. Kalau nak beli motor, make sure ada tempat duduk untuk pembonceng. Kalau beli naked bike, confirm aku tak luluskan permohonan pembelian motor dia! Jangan harap la... ;p




Juga ada aktiviti seperti Dam Saidina

Masa ni pencarian anak-anak kembar. Penganjur nak bagi hadiah. Sekali yang naik, kembar 3 daaa... Respect sama si ibu. Walaupun dapat kembar 3, semua sihat-sihat belaka. Dan yang paling best, badan kau maintain slim gitu. Jeles siutt!

Ok, tak lama lepas tu kami pun pulang. Walaupun masih sempat nak mendaftarkan si Camimi sebagai ahli kelab Upin da Ipin, tapi slip cabutan bertuah yang diberikan apabila mendaftar tak sempat nak digunakan. Katanya pukul 1-2pm ada cabutan bertuah. Pandai korang timing ok, itu masa tidur Camimi. Masakan aku nak nunggu kat sini? Bantai ngamuk Camimi nanti.. :(

Apa pun, memang fun ada pameran-pameran macam ni. Cuma tatau ada ke idak kemunculan Upin dan Ipin yang memakai maskot dan si adik cilik yang bersuara Upin dan Ipin... :)

1 comment:

Suliana said...

laa.. x tau pun ada benda ni :-) aqil minat gile upin ipin ni.. pantang tgk iklan dlm tv mesti berenti buat keje :-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...