Advertisement

Jom follow follow i, then i follow follow u

Tuesday

CARREFOUR MALAYSIA

Yeay..yeay.. Carrefour Shah Alam sudah dibuka. Yang paling bestnya, satu-satunya Carrefour kat Shah Alam ni adalah berdekatan dengan rumah aku. Hehehhe.. Rasa-rasanya nak jalan kaki pergi shopping barang dapur kat Carrefour pon boleh. Cuma kau sanggup tak sanggup je la bawa balik barang berbondong-bondong. Ye dak? Heheheh







Camimi pun seronok Carrefour dah buka. Setiap hari nak hantar pergi school dia mesti lalu depan Carrefour. Bukan apa, kami selalu menyaksikan proses pembinaan Carrefour dari cermin tingkap rumah kami sendiri.


Oh sangat mencabar mengambil gambar Carrefour dari tingkap rumah dengan menggunakan camera yang tak berapa nak canggih ni ;p



Siap 'bet' dengan husband lagi, yang mana saya menjangkakan Carrefour ni bakal dibuka sempena tahun baru 2011 nanti. Manakala suami dengan confident nya kata bulan Disember 2010 ni juga akan dibuka. Sama-sama bet tanpa melihat papan pembinaan yang siap terpacak dan ada menyatakan tarikh siap bangunan tersebut.

Tapi, seperti sedia maklum, saya kalah. Carrefour sudah dibuka pertengahan Disember lagi. Ok, nanti kena belanja dia makan selama sebulan. Itu permintaanya. Ala senang je. Takyah keluar duit banyak mana pun. Just kena bangun pagi-pagi setiap hari, bakar roti, sapukan dengan kaya dan buatkan milo oat panas! Habis cerita kan..?! ;p

Nampaknya 'ilmu pembinaan' yang saya timba selama 5 tahun di UiTM dikalahkan oleh orang yang menimba ilmu lain. Keh..keh..keh.. Takpe, hari ni saya kalah. Esok-esok 'ada' yang saya menang ye cik abang kan..?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...