Advertisement

Jom follow follow i, then i follow follow u

Wednesday

CAMIMI'S BIRTHDAY PARTY

Yeay.. sesungguhnya notebook aku ni (ehem..ehem..) dah siap dibaiki. Terbangla duit sikit. Takpela, pakai la apa yang ada sampaila 'dia' dah tak boleh dibaiki lagi. Boleh...?

Semalam kisah persediaan untuk menyambut birthday Camimi dan fews of my cousins. Hari ni aku kongsikan serba sedikit tentang sambutan hari jadi beramai-ramai. (memang upacara majlis yang meriah setiap tahun)

Kebiasaannya kami buat secara portluck. So, takdalah sebelah pihak sahaja yang kelam-kabut menyediakan makanan dan minuman. Selain daripada itu, boleh rasa 'air tangan' pelbagai pihak. Yang dah otai dalam masakan, lagi kita tak sabar-sabar nak jamah. Manakala untuk mana-mana pihak yang nak mengetengahkan menu terhebatnya juga boleh dipersilakan. Tiada yang menghalang.

Goodies yang dah get ready! Tahun ni orang dewasa pon dapat juga... :)


Meja makan dah penuh!



Sejenis buah aje yang ada



Macaroni goreng.. Niza yang goreng. Lapar pulak aku sekarang tengok makanan ni...



Lebihan sweets dari goodies. Ada lagi sebenarnya, tapi Camimi dah sorokkan




Some of the mini cakes untuk dihidang


Kuih apa ek nama ni? Nak makan kena siram dengan air gula hitam dulu atau santan manis. Tapi marbeles! Resepi kakak ipar


Ayam goreng berempah resepi Mak Long. Haih meleleh air liur aku sekarang oiii (dah la tengah lapar ni!)


Air sirap rose laici disediakan oleh Wan (anak Mak Long)


Arca buah resepi my mother




Arca sayur resepi Mak Long


Nasi Beriayni resepi Abah (suami Mak Long)




Sambal udang manis resepi my mother



Kebiasaannya juga, tetamu terdiri daripada saudara mara yang terdekat dan kawan-kawan rapat yang sudi hadir ke majlis. Kali ni aku takde panggil mana-mana kawan rapat sebab mereka tak available time tu. Macam tahun lepas, ramai juga yang aku jemput, tapi semua tak dapat nak datang. Jadi, lebih mudah just jemput saudara mara saja. Gerenti datang! Datang memeriahkan majlis di samping menjamu dan mencuba pelbagai menu yang terhidang. Takda minta apa pun... 

Okla, kita enjoy lagi sikit gambar yang diambil. Selebihnya, boleh tengok kat facebook aku...

Birthday girl


Qira and Camimi


saudara mara terdekat yang hadir


 Birthday boy: Abg Mat
Birthday girl: Kak Nana


 Batrisyia comel.. 
(tengokla 2 orang belangkas kat belakang tu.. melekat je ke mana-mana)


 Cheese cake. So Camimi takda special cake macam tahun lepas. Sebab tahun ni ada orang sponsore cake beramai-ramai...
(tengokla berapa ramai yang sambut birthday sama-sama)


Chocolate cake   


ramai.. tapi seronok!


Ok, cukup dulu untuk episode kali ni. Nak lagi gambar tunggu la aku upload kat facebook. Kalau rajin... ;p

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...