Weekend baru-baru ni memang kami takda plan nak ke mana-mana sangat pun. Tapi, kalau ada dengar mana-mana exhibition, mau juga ke sana. Perabih masa dan minyak, kata hubby.
Dengar cerita SACC ada buat pameran kucing. Sabtu dan Ahad (11 & 12 Disember) baru-baru ni. Since takda plan (dan malas nak masak) hubby ajak ke sana. Haih, selama MAHA dan KLIMS berlangsung, kami tak berkesempatan nak pergi. Dah agak, pasti ramai orang. Tak larat nak mengharungi kesesakan lautan manusia. Tapi, kalau setakat kat SACC, apa lah salanya kan...?
Kucing ni malu nak pandang camera. Puas aku panggil, nak kena cuit baru nak pandang. Giler pemalas! nak melepak je kerjanya
Kucing berbulu cantik gini dan berhidung kemek biasanya aku panggil kucing malas. Diorang suka lepak-lepak dan kurang aktif. Yelah, bulu cantik, boleh buat orang geram!
Tak caya? Tengok sendiri la.. Kan kerjanya melepak je!
Kucing spesis gini yang aktif. Baru aku hulur tangan dia sendiri yang datang gedik-gedik minta diusap. Aku buat dia marah pon, dia gigit-gigit manja gitu. Kebiasaan kucing yang jinak, takkan gigit sampai luka tangan orang. Dah la cute plak tu, macam kucing aku 15 tahun yang lepas.
Masa aku datang ni hari Sabtu. Patut ada lebih 120 ekor kucing tapi baru ada lebih kurang 30 ekor kucing yang display. Mungkin hari Ahad full kot. Ada sesiapa yang pergi hari Ahad?
Kalau korang tengok gambar-gambar kat atas tu ada je tangan aku yang nak memegang kucing. Ye, aku seorang pencinta kucing sebenarnya. Siapa kenal aku mesti tahu camne perangai aku kalau jumpa kucing kat mana-mana. Kat tepi jalan ke, kat tepi longkang ke, kat rumah orang lain ke... Tapi sebab dah ada Camimi ni, aku kurang-kurang kan la.. Tak elok untuk budak kecil.
Kalau Camimi nak pegang kucing, aku sendiri dah jerit dulu. Sebab Camimi tu tak takut pada kucing langsung. Kucing yang tak suka kat dia. Sebab korang paham-paham la kalau budak-budak kecil pegang kucing bagaimana rupanya? MasyaAllah... boleh tercabut segala ekor, telinga, tangan, kaki kucing tu.. huhuuh
3 comments:
banyaknyaaa kucing! dulu ly kecik2 takut sgt dgn kucing..haha..sebab rasa mcm rimau :P...tapi skrg dah oklah
erin memang.. dl ms kat smti, kucing tepi longkang yg busuk tu pun dia boleh buat cium2.. ;) kan erin kan.. aku ingat sgt tau time tu.. kenangan..
lily - takpe ly, suka sgt dgn kucing pon bkn elok. bulu dia tu bahaya.. :)
beja - ko ingat lagi ek? malu i.... hehehhe
Post a Comment