Advertisement

Jom follow follow i, then i follow follow u

Tuesday

KONG KONG KUNCH

Itu sebutan Camimi. Sebutan yang benar adalah coco crunch!

Ok, itu sebutan dulu, sekarang dah berkali-berkali aku betulkan, baru elok skit bunyinya. Biasala bebudak baru nak mengenal benda... 

Bukan aku tak pernah nak ajar Camimi makan coco crunch, tapi aku sendiri pon tak makan benda alah tu semenjak kecil lagi. Tapi adik beradik aku yang lain sedap je makan. Cuma aku tak boleh nak telah susu putih tu la.. 

But, then semenjak balik CH hari tu, Camimi dah minta-minta untuk aku pergi belikan kong kong kunch dia..

Tak nyempat... belum bayar dah suruh buka. Nak rasa katanya..

Asalnya, auntie Dalila dia yang ajar makan coco crunch kt CH sana. Yelah, aku offer dan suap, dia tamau jamah langsung. Tapi orang lain suap, elok je makan sampai habis. Camtuh juga, aku beli cendawan goreng kt pasar malam Brinchang di CH, siap offer and suapkan lagi pada Camimi. Sikit pun tamau jamah. Tapi elok je kalau auntie Dalila dia suapkan. Sampai habis cendawan goreng orang tu kau kerjakan ye..?!

Sebab tu mother aku sampai cakap yang aku ni malas betul nak bagi anak makan. Cam no..? Tangan orang lain suap lebih sedap daripada tangan mommy dia suapkan! Kecil hati mommy...

Ok, back to the topic..

Semenjak penangan auntie Dalila dia yang menyuap dia makan coco crunch, sekarang setiap pagi dan kadang-kadang malam, dia akan minta menu tu. 

Agaknya kalau dia boleh cakap lebih-lebih mesti dia kata 'owh heaven nye makan macam ni!"


Owh, Camimi. Respect la.. Mommy pon tak makan macam ni. Tekak ni tak leh terima la..! Ok, sekarang dah boleh geng dengan daddy ye?


Tunjuk sikit guna susu apa? Bwekkk... susu itu yang aku tak leh telan! 
(sorry kalau aku terlebih sudaaaahh..) 

Tapi menu kegemaran Camimi ni ada pasang surutnya. Sekarang tengah pasangnya mood nak ber-kong-kong-kunch. Surut pula menu roti bakar dan bun kaya. Esok-esok tukar pulak menu surut jadi pasang, menu pasang jadi surut... Bebudak, diorang pun nak cuba-try-test macam kita-kita!

2 comments:

nurhareza said...

biasa ler tu.. btw, sonok tgh scamimi dah makin besar tau..

Erin Rashid said...

beja - em..dh besar. aku rindu pulak nak timang anak lagi
heheh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...