Ok, hari kedua iaitu hari Sabtu kami bercadang nak ke ladang teh Boh. Lepas buffet breakfast kat hotel, kami terus naik kereta ke sini sebab nak menikmati pemandangan di atas cafe terapung BOH. Heheheh...
Rasanya, sesiapa dah pernah ke sini pasti sedia maklum tentang jalanraya nya yang sangat adventure. Kami terpaksa drive sendiri menempuh 'bukit putus' dan jalan yang sempit untuk sampai ke sini. Berbeza dengan 4 tahun yang lepas, kami hanya mengambil tour trip yang mana ada van dan pemandu disediakan oleh pihak hotel untuk bawa kami ke sekitar kawasan pelancongan di CH. So, no worry time tu sebab pemandu sangat berkeliber. (kau drive memang giler babai la time lalu kat bukit putus tuh. Huh.. seriauu!)
Sesiapa yang pernah naik ke atas ni pasti terpersona dengan pemandangan dan santapan angin yang sepoi-sepoi bahasa aje. Berebut-rebut orang nak duduk makan dan minum di meja sini. Sejuk? Ya, pasti sejuk beb. Awal-awal pagi gini sejuk!
Ok, time ni camera aku dah nak mati, tinggal nyawa-nyawa ikan. Semalam lagi aku dah perasan bateri tinggal satu bar. Tapi kenapa aku lupa nak charge masa kat hotel semalam? Jadi, seronok ke kalau berjalan tapi tak snap gambar?
So, camera aku pon dah kiok, terpaksa aku guna camera hp yang tak berapa nak canggih ni la. Tapi, aku kena bersyukur sebab hp aku ada camera ;p
Camimi seorang aja yang makan kek coklat ni. Aku? Tak lalu nak makan. Sebab baru je breakfast sebelum datang ke sini.
Nak dipendekkan cerita, memang Camimi tak habis pon makan kek tu. Nak aja lebih. Kalau ikutkan daddy dia, tamau belikan untuk budak tu. Aku je lebih-lebih, sebab aku fikir dia tak makan sangat masa breakfast tadi. (perasaan seorang ibu tu kan selalunya berlebih-lebih kepada anak)
Okla, dah dua jam lebih duduk kat sana, dah beli teh itu teh ini sebagai souvenir untuk dibawa pulang, kami pun melangkah pergi. Lagipun, segera perlu pulang ke hotel, nak charge bateri camera. Nanti nak jalan-jalan tempat lain pula.
Dan yang pasti, budak kecil sorang tu dah ajak tidurkan dia. Tengokla, jalan pun nak kena dokong. Siap kata "mommy, kaki dah penat la.."
Lagipun, teman kami yang ditunggu-tunggu dah nak sampai. Diorang ambil pakej 2 hari 1 malam ja. Tapi menginap di hotel yang sama. Haih... lagi happening!
Note:
Selama aku dok kat CH, asyik bersin-bersin dan selesama aje. Maklumla, tak biasa tempat sejuk-sejuk gini :)
1 comment:
temptingnya choc cake camimi tu :D...syoknya erin bersejukan kat atas sana tu..hehe
Post a Comment