Ok, aku janji ini part terakhir tentang vacation yang aku nak ceritakan. Bukannya apa, banyak sangat gambar yang aku snap sampai aku pon dah pening nak pilih gambar yang mana. Lagipun, ini untuk simpanan aku sendiri. Boleh la mengimbas kembali segala kenangan yang pernah dilalui.
Sebenarnya takda la banyak sangat tempat-tempat yang menarik untuk dilawati di CH. Taman Rama-Rama, Taman Serangga, Taman Strawberry, Ladang Teh Boh, Ladang Teh Bharat, Taman Bunga, Taman Cactus, Pasar Malam, Pasar Sayur-sayuran, Pasar Siang dan mungkin ada beberapa tempat lain yang biasa-biasa. Cuma apa yang menarik adalah suasana dan udaranya yang sejuk dan nyaman yang jarag-jarang kita alami apabila berada di bawah sana..
Sebab itu penting kalau pergi beramai-ramai sesama kawan-kawan ataupun saudara mara atau pun adik beradik yang lain. Ternyata ianya lebih menyeronokkan!
Okla, next destination kami selepas Taman Serangga ialah..
Taman Cactus..
Sebenarnya banyak aje Taman Cactus yang lain. Tinggal pilih aje korang nak pergi yang mana satu. Tak salah juga nak pergi kesemua taman cactus yang ada :)
Memang baaaaanyak sangat pilihan cactus kat sini. Nak saiz kecil, sederhanda dan besar. Tinggal sediakan duit saja.
Kami bukanla peminat sangat kepada pokok cactus, tapi dah jejak kaki ke sini boleh la mengenal serba sedikit tentang cactus. Boleh la beli cactus sebagai souvenir untuk di bawa pulang.
Budak kecil sorang ni pun pandai juga nak pilih pokok-pokok cactus yang cantik. Yang pasti dia la yang pilih ini... (lihat gambar seterusnya...)
>
>
Camimi kata 'pokok mickey mouse'
Jadi, inila hasil tangkapan ikan kami anak beranak. 6 pieces for only RM10.
Tapi kalau u all pergi Pasar Malam Brinchang yang aku cerita pada previous entry tu, diorang jual 8 pcs for RM10. So, sendiri fikirla mana untung...
:(
Ok, sama-sama dah menjala cactus yang ada, moh la kita pergi membayar ye...?
Oh ye, cactus semua ni hanya perlu disiram sekali seminggu ja, dan perlu dibaja sedikit (baja juga dijual di sana). Dan sila la dedahkan sedikit kepada matahari at least sekali seminggu juga. Jangan korang dok jemur cactus kat tengah panas. Alamat, merajuk cactus tu semua nak balik semula ke CH
Ok, ni tauke yang tolong bayar, tapi aku la kena pandai jaga okeh...?
Sememangnya semua benda yang hidup kat rumah tu aku yang jaga ;p. Tinggal takde kucing je!
Budak kecil comel ni pun lagiiii aku kena pandai jaga. Perhatian kena lebih diberikan kepada dia berbanding bapak dia. Kadang-kadang di persimpangan delima jadinya aku. Si bapak nak itu, si anak nak ni. Senang cerita, kerat dua la mommy ni. Sorang ambil separuh. Boleh...?
Ok, back to the topic.. Esoknya hari Ahad, before kami check out hotel, awal-awal pagi selepas breakfast kami ke ladang teh BOH. Tapi kali ni kami pergi dengan honeymoon-ing couple...
Even masing-masing punya kereta, tapi kami decided guna sebuah kereta since jalanraya nak masuk ke ladang teh nya penuh ranjau berliku (ewah!)
Dalila dan Fairuz (Volter ~ aus Deutsch)
Mana Camimi..? Mana Camimi? ~ bawah meja..
Cukupla secawan teh o panas hidangan di waktu pagi..
(dah breakfast gilo apo nak sumbat lagi?)
Ok, dah tamau belikan kek coklat lagi. Makan suku je then the rest tinggal!
Jadi, belikan kek butter sudey... (seb baik habis!)
Lagi sejam nak nak pukul 12 tengahari, kami pun berangkat pulang ke hotel. Sebab check out time adalah pukul 12. Kami sememangnya menjangkakan yang perjalanan pulang nanti pasti menghadapi kesulitan. Jalan masuk dan keluar dari Ladang BOH ni memang sangat mencabar. Lori, van dan bas keluar masuk bertembung pula dengan kereta. Jadi, jalan yang sempit itu selalunya akan mengambil masa yang lama terutamanya apabila tiada ruang untuk menjadikan 2 hala. Jadi, masing-masing kena bertolak ansur untuk melepaskan kenderaan yang besar melalui jalan tersebut terlebih dahulu.
Dah habis check out, on the way balik, kami singgah kat ladang teh Bharat pula.
Kalau korang naik CH melalui Tapah, pasti akan jumpa Bharat dulu.
Parking full! Ramai betul orang menyinggah nak makan-makan, minum-minum..
Orang parking sampai ke tepi-tepi jalan. Cuti sekolah...
Oleh kerana Camimi dah tertidur, so aku stay je la dalam kereta and let the rest pergi mengeteh! (padahal perut dah start lapar sebab dah tengahari oiii!)
Sampai kat bawah, kami makan tengahari di R&R Tapah. Then solat dan masing-masing meneruskan perjalan pulang ke Shah Alam.
Bertolak dari Tapah around 2.40pm, kami selamat tiba di rumah terchenta lebih kurang pukul 6.30pm. Hujan lebat di pertengahan jalan menyebabkan kami terpaksa memperlahan kenderaan. Bagaimanapun, kami sangat gembira sebab akhirnya dapat pergi bercuti-cuti setelah sekian lama memendam cuti tahunan kami...
2 comments:
comel sgt yg camimi menyengih sesorang tu. muka minta kena cubit namanya. hehe
lily - dia sdri posing camtuh. takyah suruh. hahah
Post a Comment