Advertisement

Jom follow follow i, then i follow follow u

Wednesday

VACATION ~ PART 3

Hai.. korang jangan boring pula aku tak habis cerita pasal percutian kami yang biasa-biasa aja ni. Tak mampula nak bawakan cerita percutian dari Gold Coast ker, atau dari negara Eropah ke. Tapi tatau la, berkat doa kawan-kawan semua, kot-kot suatu hari nanti rezeki kami dipermudahkan, boleh la cuti-cuti ke sana pula.. :)

Ok, kali ni jom aku perkenalkan bilik yang aku menginap di Hotel Rossa Passadenia, Brinchang. (korang nak maklumat lanjut pasal hotel ni boleh la lawat sendiri kat website dia, cari je kat google)

Sorry la, dah sepah bagai tongkang pecah baru aku nak ambil gambar.






Bintang yang boleh aku bagi untuk hotel dan bilik adalah 5 daripada 10

Sebab dulu dok EQ Hotel, so kali ni kena la merasa dok tempat lain pula. Kalau tak, macam mana nak nak range-kan yang EQ Hotel tetap the best hotel kat CH..? Eceh..ceh.. (padahal baru merasa 2x ke sana)

Ok, pas sampai bilik, terus charge bateri camera, tidurkan Camimi, solat zohor. Then, teman istimewa dah sampai, makan tengahari bersama-sama dan terus kami melangkah ke sini pula..

Healthy Strawberry Farm 
(ye, aku tau korang boleh baca, tapi aku nak tulis juga kot-kot ada yang rabun mata)



Yang kami tak suka, rata-rata semua ladang strawberry tulis 'self plucking.' Tapi bila dah datang, strawberry dah kena kurung dalam sangkar. Tak boleh petik sendiri.. :(


 Bukan jual strawberry saja, tapi pokok-pokok bunga pon ada. Nak beli sangat, tapi aku takut aku tak reti jaga. Sampai rumah, hidup 2-3 hari pastu kiok... Nak membaja pon malas. Kalau setakat rumah sekangkang kera, tak payah la kan...

(tapi pokok daun hijau yang aku beli kat ikea bulan 6 lepas elok je aku jaga sampai sekarang. Subur lagi kau nyah..)


 Kalau dah boleh ambil gambar bertiga macam ni, sudah tentu la ada orang yang sudi ambilkan... ;)


 Sudahnya, kena beli strawberry kat counter tu. No self plucking. (owh, strawberry Malaysia, balik Shah Alam, masuk peti sejuk, esok nak makan dah benyek!)


Kat sini untuk santapan aiskrim strawberry dan lain-lain flavor. Sebab kami baru je lepas lunch, so aiskrim yang sedap dan menggoda itu tak dapat kami sumbat dalam perut!




 Macam-macam cactus pon ada


Pokok-pokok strawberry yang telah dikurung

Ok, dah selesai melawat strawberry, jom kita tengok serangga pula..

Jom melawat Butterfly Park ~ masuk RM5 per person. Camimi free


 Berani pegang? Lepas tu kena basuh tangan ye?




 Budak kecil ni sangatla takut. Sebab tu asyik nak dokong je. Kesian daddy dia yang letih. 
Bang, nasib baik sejuk ye? Kalau tak lenjun baju dokong budak kecil ni time-time tengahari..


Marah Camimi bila aku ambil gambar dia yang sedang nangis merengek-rengek sebab takutkan butterfly. Gambar aku pegang butterfly kat atas tadi tu pon dia dah jerit ketakutan. Aku pun ikut tak faham la.. Padahal suka je dia pada butterfly, but when see it in reality, mula nak takut pulak!

Bila suruh turun, taknak! Daddy dia dah lenguh.. 
Mulala aku terasa nak pergi beli stroller dia yang kecik sikit daripada yang sekarang. Yang macam kena tiup dengan angin pon boleh melayang. Tak kesah, asalkan boleh disorong.. 


 So, these are friends of us! Still honeymoon-ing. But, Camimi is too close dengan the girl yang pakai tudung putih, named Dalila


Actually the husband is my husband's friend, belajar sama-sama kat Germany dulu. While the wife belajar kat Australia. Aku dulu? Belajar kat rumah, fully housewife!!

Ok, setakat ni dulu episod kali ni. Nanti kita sambung lagi ye. Kang terus marathon ada yang termuntah baca blog aku ni pula..

Note: Setiap hari jalan sampai la malam. Pastuh letih, masuk tidur pun awal.. Jadi, kami tak boleh describe vacation ini sebagai 'honeymoon' la.. boleh..?

1 comment:

~ujicham~ said...

honeymoon pun letih gak... letih apa... itu yg kita tak tau... hehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...