Advertisement

Jom follow follow i, then i follow follow u

Tuesday

TRAGEDI CAMERON HIGHLANDS

Salam guys,

Baru-baru ni kita dikejutkan dengan berita tragedi bas dua tingkat yang membawa pelancong asing dari Thailand seramai 35 orang mengalami kecelakaan di KM 15, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands.


Klik sini untuk berita Metro


Klik sini untuk berita Kosmo

Bagaimanapun, tujuan entry ini bukan untuk mengulas lebih lanjut tentang kemalangan ngeri ini. Kerana u all semua boleh ketahuinya daripada link-link yang ada pada kedua-dua gambar tersebut.

Selain daripada itu, saya tertunggu-tunggu juga ulasan lanjut daripada Abg Sham, Ondscene yang mana beliau selalu memaparkan berita-berita mengenai kemalangan yang berlaku serata Malaysia (yang mana termampu sendiri oleh beliau). ~ sesiapa yang tak sanggup tengok gambar-gambar berdarah, baik jangan lawat page tu!

Walau bagaimanapun, kemalangan ngeri ini berkemungkinan berpunca daripada masalah brek dan tayar.

Komen dari saya sendiri:

Hampir sebulan yang lepas kami sekeluarga memandu ke CH untuk cuti-cuti Malaysia. Juga melalui laluan Simpang Pulai berbanding Tapah walaupun kami memandu dari arah Kuala Lumpur. Ini kerana kami lebih selesa dengan laluan Simpang Pulai yang mana ianya jalanraya yang kurang sibuk, jalan yang lebih luas, pemandangan yang lebih cantik, keadaan jalan yang diselenggara baik dan jalanraya yang tidak sempit (yang mana terdapat banyak kawasan yang dibenarkan untuk memotong)

Kami telah membuat persiapan dari segi 'condition of the car'. Sebelum berangkat ke sana, seminggu sebelum itu kami servis kereta (30,000 km) yang mana ianya meliputi servis minyak hitam, enjin, air cond, dan lain-lain yang bukan major servis. Tetapi ianya servis yang memadai untuk kami membuat perjalanan jauh dan berbukit bukau.

Akan tetapi, kami akui, perjalanan untuk ke sana (Simpang Pulai-Cameron Highlands) dan di sana (memasuki kawasan CH) adalah satu perjalanan yang mencabar, penuh berisiko dan mendebarkan. Tambah lagi kami selalu bertembung dengan kenderaan-kenderaan besar dan berat. Oleh itu, penggunaan brek adalah kerap.

Habis cuti-cuti di sana, kami sedari brek hadapan kereta kami sudah berbunyi. Bila diperiksa, rupanya brake pad kami sudah haus. Besi pada brake pad itu yang contact dengan disc tayar. Sebab itu menghasilkan bunyi. Sudah masanya kami menukar kepada brake pad yang baru. Padahal, jikalau mengikut jadual servis kereta, sepatutnya kami tukar brake pad adalah pada servis major iaitu 40,000km. Oleh kerana baru-baru ni kami memandu ke CH yang mana kegunaan brake adalah kerap, maka kami terpaksa mempercepatkan penukaran brake pad kami.

Seminggu selepas tukar brake pad depan (kedua-dua tayar depan), brake pad belakang pula berbunyi. Sudah! Ok, kami akui yang perjalan ke sana telah memakan brake pad keempat-empat tayar kereta kami.. :)

Pesan kami untuk kawan-kawan yang nak bercuti-cuti ke sana mahupun ke tempat-tempat lain yang berbukit bukau, sila la pastikan keadaan kereta anda dalam keadaan baik dan selamat.

4 comments:

Suliana said...

tu yg takut nak gi klu tak biasa jalan ke sana..

sW33tdARLiNG said...

dah masanya kerajaan kaji di mana silapnya...
Inviting You To Join Give Away PILIH THEME BLOG

lily lotus said...

break ke brake :D...memang brake pad ni memainkan peranan penting. apepun check ur car selalu kerana tersilap percaturan nyawa melayang. kesian mangsa semua tu...

Erin Rashid said...

su - su, tawakal je. kalo tak pergi, tak merasa plak tempat sejuk kat negara kita ;p

sweetdarling - masih tak cukup experiment lagi kot! ;p

lily - tq dear.. u aje yg tegur. i pon tak perasan langsung. sedap je tulis brake jadi break!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...