Advertisement

Jom follow follow i, then i follow follow u

Friday

SMS TIPU

Salam Jumaat u all.. Wah dah Jumaat kan? Sukanyeeeee!! Tapi weekend ni takda plan apa lagi pon walaupun gaji dah masuk kan..? Asyik berbelanja je, bila nak menyimpan? Jangan boros. Lebih baik kena menyimpan sikit sebab kita tatau apa-apa yang akan berlaku pada esok hari. Kang ada emergency nak guna duit, lubang mana nak gali? :)


Ok, straight to the point. Dah baca akhbar hari ni? Jom tengok keratan akhbar yang saya tepek kat bawah ni.






Nak ketahui lebih lanjut, boleh klik di sini untuk baca akhbar Kosmo

Sebelum keluar berita tentang kes menipu ni, saya dah dengar ramai kawan-kawan mengalami perkara yang sama. Tapi nasib baik kawan-kawan saya semua bijak-bijak belaka. Mereka idakla terus ke kedai untuk top up kan 'hantu' penipu ni! Tetapi mereka terus call ayah mereka yang berada di rumah ataupun nombor handphone ayah mereka sendiri. Sah! Ayah mereka baik-baik belaka. Malah sedang menikmati hidangan tenghari yang melazatkan.. heheh

Tapi, ingin juga saya nak ceritakan di sini tentang pengalaman ayah saya yang menerima sms macam tu. Tapi bukan 'ayah' yang meminta tolong malah 'pakcik'. The rest ayat sama je seperti yang terkandung dalam berita Kosmo tu.

Actually sebelum berlaku kejadian tu pada ayah saya, kami dah pun borak-borak mengenai sms penipu ni. Dan apabila terkena pada ayah saya, dengan seronoknya, ayah saya mengenakan semula si 'hantu' penipu tu!

"Ya pakcik. Saya dah pun top up kan RM100 untuk pakcik. Kesian... kena tangkap dengan polis ke? Ada kat balai polis mana?"

(Seb baik 'si hantu' tu tak menyamar jadi ayah saya. Kalau tak, lagi seronok ayah saya kenakan dia semula. ~ sebab ayah kepada ayah saya dah lama meninggal. Sebelum saya lahir lagi)

Tak lama lepas tu ayah saya call nombor Malaysia yang dia suruh top up, tapi tak berjawab. Memang dasar penipu! Nak jawab buat apa?

Manusia..manusia.. macam-macam cara nak menipu! Korang? Ada yang dah terkena ker? Hati-hati ye..!

3 comments:

lily lotus said...

sengal betul manusia itu. nak tipu tapi budus tak bertempat. geram pulak. ngeee!

sW33tdARLiNG said...

mak saya dapat. adik saya dapat tp bahasa indon...
Inviting You To Join Give Away PILIH THEME BLOG

Erin Rashid said...

lily, budus terdesak nak cari duit!

sweetdarling, wah..memang menular gaya penipuan gini ek! femes gitu!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...