Seronok memang seronok melayan novel. Sebab itulah hobi yang sering aku lakukan semenjak zaman remaja dulu.
Sesiapa yang suka membaca tentang kehidupan, keagamaan, kekeluargaan, persahabatan, kepercayaan, percintaan, kompromi, antagonis, dan motivasi sila la baca novel ni.
Cetakan pertamanya adalah pada Oktober 2010, kemudian dicetak lagi pada November tahun yang sama. Kemudian dicetak lagi pada Februari 2011. Kalau dah kena cetak sampai 3 kali tu faham-faham la apa maksudnya. Novel ini laris!
Novel setebal hampir 900 muka surat ini mengambil masa selama seminggu untuk aku habiskan. Hehehe.. dah tak boleh nak fokus lebih sebab tinggal suku nak habis suami aku dah balik dari outstation. Jadi, aku dah tak tidur lewat dah. Hihihihi..
Lain-lain novel yang dah aku baca hasil dari penulisannya adalah:
Ni semua novel-novel zaman aku belajar kat UiTM dulu. Ada yang masih dalam simpanan lagi, ada yang bagi pinjam kat kawan, hilang entah ke mana. Novel-novel terkini penulis ni banyak aku dah ketinggalan. Maklumla, baru sekarang nak start baca novel semula..
2 comments:
agak2 ur lil girl folow tak ur hobi ni..hehe
lily, agaknya sbb dia follow la dan skrg dia pakai cermin mata tebal. percaya tak?
Post a Comment