Sekali sekala nak juga aku test 2 benda ni. Sebab nak tengok tahap keberkesanan pemakanan seimbang aku. Biasanya orang yang badan size macam aku ni selalu berhati-hati dalam memilih makanan dan minumam. Sebab sedar yang diri bukan lagi si kurus keding macam dulu ;p
Owh, dulu aku selalu kena perli. "Kau ni kalau kena tiup angin pon boleh melayang tau!" Itu zaman aku sekolah rendah. Masuk sekolah menengah, orang cakap "Eh, kau ni dah ada isi sikit eh. Kalau tak, kerempeng aje acik tengok." Masuk universiti, "Eh, bila pula badan kau jadi gebu-gebu begini? Mana tulang kau yang dulu?" Oh, itu belum keluar universiti lagi. Keluar universiti orang perli lain pula, "Banyaknya harta kau..?!" Ok, sekarang dah kahwin, dah beranak orang cakap macam ni, "bila kau nak kurus macam dulu lagi...?"
(_ _!)
Kebetulan parents aku nak pergi umrah akhir bulan Jun hari tu. So, aku pon nyeboks ikut mereka pergi buat pemeriksaan tekanan darah dan tahap gula dalam darah. Risau gak aku ni sebab fikirkan aku tak berpuasa sehari suntuk pun untuk buat 2-2 test ni. (memang kena puasa eh? aku tatau pon?) Aku makan macam biasa, dengan diet pon macam biasa. Last plan maaa.. tetiba parents ajak ikut pergi buat test :)
So, dah siap buat blood pressure test dan sugar level test, hasilnya adalah seperti berikut:
Blood pressure aku ialah: 120/80. Orang macam aku ni paham ke apa maksud result tu? Kalau tanya Pharmacist tu, dia cakap "good! normal..." Tapi aku search dalam internet maksud blood pressure tu. Heheheh..
So, tekanan darah aku adalah pada row yang ke-2. Syukur la..
Kemudian buat ujian tahap gula dalam badan..
Result aku adalah: 4.2 mmol/l (millimoles per litre). Again, aku tak paham la result apa benda macam ni? Kalau tanya dia, dia jawab "good! normal... congrates." Apa tuh?! Kalau dulu check tahap gula dalam darah masa pregnant kat Germany dulu pon idakla aku menanya. Masa tu idak la aku reti nak cakap bahasa diorang. So, kalau diorang tak komen apa-apa masa keluar result, means kandungan gula aku masa tu ok. Sekarang, aku search internet, internet cakap (ye, internet boleh bersuara):
Normally blood glucose levels stay within narrow limits throughout the day: 4 to 8mmol/l. But they are higher after meals and usually lowest in the morning.
In diabetes the blood sugar level moves outside these limits until treated. Even with good control of diabetes, the blood sugar level will still at times drift outside this normal range.
Owh, kandungan gula dalam darah aku adalah di paras normal. Wajibla kena normal sebab aku diet gula dan nasi. Idakla tak minum gula langsung atau makan nasi dalam seminggu tu. Aku just request kurang gula sekali sekala tapi selalunya memang tamau gula langsung. No carbonate drinks, no milo, no air sirap, no ice cream. Nasi pula sekali sekala je bila meleleh air liur tengok orang lain makan nasi. Dalam hati aku cakap, betapa nikmatnya orang tu makan nasi ek.The blood sugar level at bedtime should be between 7 and 10 mmol/l.
If blood glucose is very low or very high at bedtime, you may need to adjust your food intake or insulin dose. Make sure you discuss this with your doctor.
Tapi rasanya kalau aku pergi buat test gula untuk orang mengandung tu mesti mencanak meter gula dalam badan aku. Sebab orang kata manis ya amat gula sirap tu untuk diperabiskan satu cawan. Tak dapat aku bayangkan macam mana tegangnya urat leher nanti. Sebab, kalau korang nak tahu, masa aku buat test gula untuk pregnancy kat Germany dulu siap boleh minum air lepas tu. Kih..kihh..kihh...
No comments:
Post a Comment