Advertisement

Jom follow follow i, then i follow follow u

Friday

ANAK DIANAK-TIRI KAN...?

Aku baru je dapat khabar berita ni semalam. Hari ni hari Jumaat, hari penguhulu segala hari. Hari ni aku nak luahkan perasaan sedih aku. Tak sangka.. sangat tak sangka..

Kalau selama ni aku boleh treat anak orang lain macam anak aku, kenapa orang lain tak boleh treat anak aku macam anak mereka juga, huh?

Kalau selama ni aku melahirkan perasaan sayang pada anak mereka dengan seikhlas hati tapi kenapa orang lain tak boleh ikhlas sayang anak aku?

Sebenarnya aku dikhabarkan yang satu hari tu ada seorang makhluk Allah ni nampak Camimi meminta-minta air dari seseorang yang aku kenal. Ye, memang kenal sangat! Camimi memang gitu. Selalu je rasa dahaga. Bukan Camimi minta air ribena ke, air milo ke, air oren ke. Camimi just minta air masak. Ye, memang dia suka minum air masak. Tapi orang yang Camimi minta tu boleh buat tak tahu je...? 

At the end, orang tu pergi juga ke dapur ambilkan air masak, tapi bukan untuk Camimi. Untuk anaknya yang kuat juga minum air masak. What? Unbelievable!

Macam tu aku nak harapkan pertolongan dia untuk jaga Camimi? Tak dapat aku bayangkan apa lagi peristiwa sedih yang boleh berlaku..

Patutla kalau selama ni aku nampak dia melarang Camimi buat sesuatu bukan kerana benda tu boleh mendatangkan bahaya pada Camimi tapi kerana takut akan merosakkan barang anaknya.
Adakah perhatian yang diberikan selama ni hanyala lakonan semata-mata di depan mata kami?

Sanggup ke korang tengok anak sendiri di pinggirkan oleh orang yang kita kenal? Sedih la korang.. Telinga ni masih terngiang-ngiang khabar berita tu. Andai betul la dakwaan makhluk Allah yang menyampaikan berita ni, maka aku serahkan saja pada Allah.

Aku tak mampu nak balas. Sebab perasaan sayang aku pada anak-anaknya memang terbit jauh dari dasar hati aku sendiri. Tiada paksaan, tiada lakonan demi mengharapkan balasan wang ringgit mahupun pertolongan.

Ok lah, babai!

4 comments:

nurhareza said...

kalo aku, ikhlaskn je diri menyayangi anak org tp aku tak kan harap org sygkan anak aku, biar aku je buat sume menda utk anak aku.. org lain tak nak amek port pun aku tak kesah.. senang, tak de sakit ati!!!
sabo ye erin.. genang2 air mata aku bc n3 ko nih..

Erin Rashid said...

thanks beja. kalo aku ada kt situ, semua benda aku buat utk anak aku. tp aku takde kat sana masalahnya. hanya harapkan org lain yg membantu. tapi...

Taste Of Tapah said...

Sabar yer erin, ambil pengajaran la.. hope satu hari akan ada org yang lebih baik jaga anak kita...

Erin Rashid said...

mmg aku tak selalu ambil iktibar zety. aku je yg suka berlembut. tp tak leh tgk ank sdri yg kena

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...