Advertisement

Jom follow follow i, then i follow follow u

Monday

KINI MAHU BEREHAT SEBENTAR

Salam uols,

Hari Isnin, minggu baru. A little bit letih plus ngantuk sikit sebab lelah balik kampung masih bersisa. Eleh! Macam balik kampung jalan kaki je.. Walhal naik kereta. Orang zaman dulu selamber je jalan kaki dari Melaka ke Kampung Punggor, Johor. Bertolak lepas subuh, sampai destinasi lepas Asar. Kalau naik kuda, tengahari dah sampai!

Apa kaitannya semua ini dengan entry aku...?

Dalam kotak fikiran ni masih tak hilang dengan cerita epik novel Laksamana Sunan. Walaupun dah habis 3 novel triloginya dan masih berbaki 2 lagi untuk dibaca, otak masih ligat berbicara mengenai pahlawan terhebat tu. Susah nak bercerita kalau orang lain tak ambil pot tentang novel epik tu..

Walau si suami tak baca novel tu, tapi aku suka la.. Dia still tanya dan suruh aku bercerita apa yang aku dah baca. Means, dia still nak ambil tahu sedangkan dia tak baca pon novel tersebut. Jadi, secara tak langsung, aku ada teman untuk berkongsi cerita. Yeay!

Ok, entry kali ni aku beri sinopsis tentang novel trilogi ke-2 Bagaikan Puteri iaitu Cinta Sang Ratu



Ending Bagaikan Puteri, Laksamana Sunan telah terkena anak panah yang dilepaskan oleh Ratu Sulaman dengan sihir menteranya. Laksamana Sunan tumbang setelah menamatkan riwayat askar-askar Ratu Sulaman. 

Akan tetapi, dalam siri novel ini pula, Ratu Sulaman tidak gembira melihat Laksamana Sunan dikerumun oleh pejuang-pejuang Islam yang lain. Hatinya tak keruan dan dilanda perasaan serba salah. Rupanya, hatinya sudah terpaut dengan keikhlasan dan kelembutan bicara lelaki tersebut.

Ratu Sulaman sanggup meninggalkan bahtera dan askar-askarnya di lautan demi menitip khabar samada Laksamana Sunan hidup atau sudah mati. Hatinya meronta-ronta untuk mengetahui keadaan lelaki itu memandangkan sudah ada sekelumit perasaan yang wujud di sudut hatinya. Peringatan Maharani, iaitu pemerintah Pulau Utara merangkap bonda angkatnya berkenaan cinta bisa membinasakan, sanggup dipinggirkan oleh wanita itu.

Setelah Ratu Sulaman diIslamkan, Laksamana Sunan segera menikahi wanita tersebut kerana auratnya sudah terlihat sekaligus untuk lebih memudahkan dia mendidik isterinya ke jalan yang benar. Susuk emas di seluruh badan Ratu Sulaman berjaya dibuang dengan bacaan surah-surah tertentu. Malah hijab kebaikan sang Ratu berjaya dibuka dengan ayat-ayat suci al-Quran.

Maharani tak berpuas hati lalu menyuruh syaitan suruhannya iaitu Taghut untuk melarikan Ratu Sulaman ke Pulau Utara semula. Di situlah Maharani memuja dan menjampi sang Ratu dengan tahi besi untuk mengembalikan sifat kejam, bengis, tak berhati perut dan segala kejahatan pada Ratu Sulaman. Maka kembali la Ratu Sulaman menjadi perempuan sihir yang tertutup hijab kebaikannya serupa seperti bondanya iaitu Maharani.

Maka, jadi la Laksaman Sunan lelaki berduka dari Tanah Rencong (Acheh) menyusun langkah pergi menyelamatkan isterinya di Pulau Utara. Pelbagai cabaran dan rintangan yang melanda angkara Maharani yang menitipkan Taghut dan Senggara sebagai orang suruhan untuk menghalang Laksamana Sunan dari terus menemui isterinya.

Manakala cerita dari abad ke-21, Haryani telah pergi ke Medan untuk mencari Dani (keponakan Laksamana Sunan) yang telah hilang dilanda bencana Tsunami. Perjalannya dari Medan ke Acheh menggunakan jalan darat menghadapi masalah apabila dia diculik oleh penduduk kampung yang mempunyai darah serigala jadian. Haryani ingin dijadikan korban ke-100 sebagai darah perawan yang suci demi menghidupkan kembali baka awal Manggala iaitu baka awal serigala jadian yang asalnya dari kurun ke-15, iaitu zaman Laksamana Sunan. 

Di sana Dani yang menjadi tidak siuman dek bencana Tsunami tu telah dikembalikan rohnya ke jasad sebenar setelah Laksamana Sunan berjaya membunuh Senggara (orang suruhan Maharani yang kejam lagi bengis). Maka bertemulah Dani dan Haryani dalam keadaan yang tak disangka-sangka.

Kalau teringin nak tahu lagi, jom la join baca novel epik ni. Oh, masih terngiang-ngiang peristiwa-peristiwa yang berlaku pada Laksamana Sunan.

Sebab tu aku nak berehat sekejap setelah habis novel ke-3 ni. Tak larat nak baca segala rintangan dan halangan pada Laksamana Sunan. Kesian pon ada, tak habis-habis memerah kudrat membanteras kejahatan yang berasas dari ilmu hitam. Baru nak bersenang lenang, dah kena berlawan lagi. Hilang semua orang yang dia sayang dan cinta. Semua pergi meninggalkannya sedangkan dia terpaksa berlawan demi manusia sejagat. Aduhai... lelaki berduka dari Tanah Rencong ni..

Note: Ok, next sinopsis Hijab Sang Pencinta menyusul kemudian eh..

2 comments:

~ujicham~ said...

haha.. dulupun aku dah gilakan si Sunan tu... buat film mesti best kan.

Erin Rashid said...

uji, aku terbayang2 bintang filem yg sesuai melakonkan watak sunan tu. ko rasa siapa yg sesuai? akhil hay? muahahah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...