Mungkin entry ni agak keterlaluan sedikit. Tak pun boleh mengganggu sensitiviti sesetengah pihak yang mana merasakan "ala, benda ni tak payah publish kat blog boleh tak? Bikin malu je...!"
Tapi mungkin ada yang nak berkongsi dengan aku dan readers yang lain sebab mungkin apa yang akan aku tulis kat bawah ni berbeza dengan pendapat dan pengalaman mereka. Walau bagaimanapun, jom kita share mana yang boleh nak share.
Lagipun apa yang aku tulis kat bawah ni adalah berdasarkan pembacaan aku. Kot esok-esok 'buku rujukan' aku tu hilang macam mana nak menimba ilmu atau nak turunkan ilmu pada anak-anak sendiri? Blog ni juga akan ku rujuk kelak. Hihih.. maklumla aku ni cepat lupa. Takut juga aku lupa caranya macam mana aku dapatkan anak perempuan mahupun lelaki. Boleh..?
Okeh, terdapat banyak kaedah semula jadi yang boleh menentukan jantina seseorang bayi tu. Itu pun dengan izin Allah. Kitakan mahu merancang, biar Allah yang tentukan. Takpe... :)
Boleh je aku nak tepek gambar google pasangan tengah 'tut' tapi nanti blog aku ni jadi 18sx plaks! Tak best..!
- Makanan - Kalau nak anak perempuan, suami harus makan lebih banyak makanan beralkali seperti sayur-sayuran, buah-buahan, putih telur, susu dan banyak lagi. Manakala si isteri harus lebih banyak makan makanan berasid seperti daging, makanan laut dan lain-lain. Begitu pula sebaliknya kalau nak anak lelaki. Si isteri pula yang harus makan makanan beralkali, dan si suami harus makan makanan berasid.
- Masa - Jika masing-masing laki bini kerap melakukan hubungan intim sebelum datang haid atau sebelum waktu subur (hari ke-8), ianya berpeluang untuk mendapat anak perempuan. Tapi jika bersama selepas tempoh haid iaitu hari ke-11 hingga ke-16 (tempoh subur), maka berpeluang mendapat anak lelaki.
- Kedalaman - Kalau nak anak perempuan, suami tidak perlu masukkan anu ke dalam vagina terlalu dalam. Tapi kalau nak anak lelaki lakukanlah sebaliknya. Sebab kromoson X diandaikan mampu berlari pantas dan mempunyai stamina yang kuat manakala kromosom Y adalah sebaliknya (Sperma lelaki mengandungi kromosom X dan Y manakala ovum mengandungi kromosom X sahaja). Sebab tu kalau masuk dalam sangat anunya memudahkan usaha untuk dapat anak lelaki. Apabila kromosom Y si suami bercantum dengan kromosom X wanita, maka bayi yang akan lahir adalah bayi lelaki. Begitu pula jika kromosom X si suami bercantum dengan kromosom X si isteri, maka lahirlah bayi perempuan.
- Klimaks - Kalau nak anak perempuan, suami kena klimaks dulu sebelum si isteri. Sebab ketika isteri klimaks, dia mengeluarkan cecair beralkali. So, kalau si suami klimaks selepas isteri maka mungkin berpeluang mendapat anak lelaki.
- Persediaan si isteri - Boleh guna alternatif ini dengan membasuh vagina menggunakan satu sudu cuka bersama semangkuk air jika ingin anak perempuan. Tapi kalau nak anak lelaki boleh guna satu sudu soda dicampurkan dengan semangkuk air supaya vagina lebih beralkali.
- Kedudukan - Suami mesti di bawah dan isteri di atas ketika melakukan hubungan intim agar dapat membantu memiliki anak perempuan. Sebaliknya pula kedudukan suami isteri kalau nak kan anak lelaki.
Masa uols nak kahwin dulu ada tak petua yang mak uols beri? Sama tak petua-petua tu dengan apa yang buku ni tulis? Sebab selalunya petua-petua ni mak mak yang akan bagi. Si bapak-bapak diam aje. Tamau ambil port! So, mana yang boleh share, kita share. Kalau tak komen tu sudah tentu uols malu. Hihihi
Ok, happy weekend uols. Hari ni sampai Ahad kami berada di selatan. (of course entry ni auto-published). Tatau nak definisikan sebagai bercuti atau apa.. Entah, semoga kami happy dan selamat pergi dan pulang. :)
Ok, happy weekend uols. Hari ni sampai Ahad kami berada di selatan. (of course entry ni auto-published). Tatau nak definisikan sebagai bercuti atau apa.. Entah, semoga kami happy dan selamat pergi dan pulang. :)
Note: sumber dari majalah Penjagaan Ibu dan Bayi, koleksi Pa&Ma terbikatan Karangkraf
7 comments:
memang terbaik entry u ni :)
bagus artikel ni erin. banyak membantu. thanks for sharing. maklumla izan pun tak banyak ilmu pengetahuan tentang ni. =)
lily, izan, ai pon dulu tak cukup ilmu. pastu kawan suggest majalah ni. now i share dgn uols.. :)
erin,
ada lagik 1 tips...
akak dah berjaya buat tau...
kalo nak anak perempuan ,lepas bersama, tido sepanjang malam dgn mengiring belah kanan...
kalo nak lelaki mengiring belah kiri..
wah kak ita,
useful!
thanks for sharing.. :)
gud info...tq! nnti2 bole try... =)
sue, tang mana yang nak try tuh..? hihihiih
Post a Comment