Salam Jumaat uols,
Paling best malam tadi husband tak keluar pergi main badminton as usual. Bukan bersedia untuk mengharungi malam Jumaat tapi sebab memang aktiviti saban minggu tu tak jadi nak buat semalam. Sudahnya, dia tidur awal dan aku menonton tv berseorangan. Cit!
Bukan suka mengikat suami untuk tidak keluar waktu malam, tapi aku suka dia luangkan banyak masa dengan kami sambil menonton tv atau melayan karenah anak. Kadang-kadang dalam seminggu 2-3 malam asyik kena tinggalkan saja kat rumah. Kadang-kadang aku rasa life aku terpaksa dikongsikan dengan life dia dengan kawan-kawan. Tak silap aku, pakej wang hantaran dan mas kawin aku dulu takde termasuk pun nama kawan-kawan dia. (kejam ke aku?!)
Okla, cut the story. Kali ni aku nak cerita pasal MLM ~ Multi Level Marketing. Sekarang ni ada seorang lecturer kat ofis suami aku beria ajak aku join MLM ni. Aku tamau la cerita MLM apa dan jual produk apa. Sebab aku pasti ada dikalangan readers aku ni ada join MLM tapi berlainan produk.
Bukan aku nak perlekehkan sesiapa yang join MLM, tapi cukup-cukup la nak ajak aku join. Aku memang taknak. Sampai aku sendiri tatau macam mana nak mengelakkan diri daripada berjumpa dengan lecturer perempuan kat ofis suami aku tu.
Ok, produk dia of course untuk kesihatan. Bukan untuk dimakan dan bukan untuk diminum tapi dipakai atau digunakan. Aku dah lama kenal produk ni dari zaman sebelum aku fly ke Germany lagi. Tapi sebab harganya mencecah riban-riban, aku tak jadi nak beli. Ada je installment tapi aku tak suka nak bayar barang cara installment. Ada duit sederap, terus bayar. Takyah pening kepala fikir duit nak bayar bulan-bulan. Tapi aku ni jenis bila banyak duit terasa sayang nak perabihkan. Mula jadi kedekut.
Kalau aku tak beli produk keluaran company tu, boleh je aku beli produk yang lebih kurang sama tapi brand lain yang tak kurang bagusnya. Harga pula jauh lebih murah. Tapi kualiti dan keberkesanan masih boleh dipuji.
Samalah contoh kalau kau ada duit dan nak beli kereta. Duit kau cukup nak bayar downpayment kereta Honda Civic dan bayaran bulanannya pun kau rasa mampu. Tapi sebab kau nak pertimbangkan antara keperluan dan kehendak. Maka, kau memilih hanya untuk memiliki kereta Honda City atau Ford Fiesta yang mana downpayment dan bulanannya jauh lebih rendah. Yang penting ianya adalah kereta. Asalkan boleh angkut kau ke mana saja kau suka. Kemewahan kau letak ke tepi.
Apa yang aku nilai bila seseorang ajak aku masuk MLM dan jadi downline dia adalah cara dia memperjelaskan tentang produk nya dan company MLM tersebut. Tapi, apa yang aku pasti tentang lecturer perempuan ni adalah dia lebih suka nak bercerita tentang bonus, pendapatan bulanan, holiday trips, dan cara mendapatkan modal untuk join MLM berbanding nak bercerita tentang kehebatan produk tu sendiri. Kau jual produk ke kau jaja cerita tentang kekayaan yang kau dapat dengan menyertai MLM ni?
Kebanyakan orang memang begitu. Sebab nak suruh jadi downline, dia gelapkan mata kita dengan duit, kekayaan dan kemewahan. Produknya entah ke mana. Padahal aku suka nak dengar cerita tentang kehebatan produk tersebut yang dijual dengan harga riban-riban padahal aku beli kat luar benda yang sama tapi brand lain dalam ratus-ratus je. Sampai sekarang kalau aku pakai masih elok, baru luak sedikit!
Lagi satu, aku memang suka baca blog Aidid Muaddib. Uols nak tahu pasal apa? Just click link pada nama tu dan carila apa jenis produk MLM kat Malaysia ni dia ada tulis. Bila aku dah baca blog mamat ni, lagi la susah aku nak join segala bagai produk MLM.
Walaupun bahasa dia kasar tapi sedikit pun aku tak terasa sebab aku bukan di kalangan orang yang dia katakan tu. Lagipun, mungkin cara penulisan sebegitu yang boleh menyedarkan ramai manusia di luar sana. Cuma apa yang aku tabik spring kat blogger ni apabila dia come out dengan segala datuk nenek info dan bukti yang dia dapat dari internet. Bukan omong-omong kosong je. Dari segi penulisan pun aku pasti blogger ni jenis yang rajin membaca dan reti mana nak cari info-info tertentu. Cuma kita sebagai readers terpulang samada nak percaya atau tidak dengan info dan bukti yang diberikan.
Setakat ni banyak alasan dah aku berikan kepada lecturer perempuan tu. Contohnya, aku kata "aku takde modal sebesar tu" sambil aku senyum kat suami aku sendiri. Beria lecturer perempuan tu minta suami aku buat personal loan kat Bank Rakyat sebab government servant mudah nak dapat kelulusan.
Semalam kami berjumpa lagi. Selalunya sementara nak tunggu suami aku habis mengajar, aku akan lepak dengan Camimi dalam bilik dia. Tau-tau je lecturer perempuan tu yang aku dah ada kat dalam bilik laki sendiri. Cepat je dia ketuk pintu bilik. Aku memang dah syak itu dia sebab baru-baru ni suami aku cakap yang lecturer perempuan tu tanya samada aku nak join ke tak?
So, aku dah plan yang aku akan alihkan perbualan aku dengan cerita dan soalan lain. Selama lebih 30minit menunggu suami di dalam biliknya, kami sibuk berbual pasal anak, sekolah tadika, subjek yang dia ajar, pasal kerja dan lain-lain. Langsung tak sentuh pasal MLM. Dan bila suami aku masuk je bilik, suami aku yang mulakan bertanya "ha.. cerita pasal business lagi ke?" Ayiooo.. potong stim betul la suami aku ni. Penat aku alih topik selama tunggu dia dengan bercerita pasal lain, sedap je terus menjunam ke arah topik tu. Apa lagi, terus la lecturer perempuan tu tanya samada aku nak join ke tak.
Em, apa lagi alasan aku nak beri? Then aku cakapla, "nanti kalau saya nak join, awakla orang pertama saya cari. Don't worry"
Then dia cakap "Ha, Fauzi. Kau tolong la wife kau buat personal loan. Bukan susah pun. 2-3 hari dah approve!" Owh, setakat ni kami laki bini masih bersih dari sebarang personal loan. Loan beli rumah dan beli kereta je dah ada. Loan peribadi nak renovate rumah ke, beli perabot rumah ke, buat belanja kahwin ke, atau yang tak berkaitan kami elakkan.
Minggu depan dia nak jumpa lagi. Lokasi adalah sama iaitu di bilik suami aku. Alasan apa yang aku nak beri? Korang ada idea tak? Aku ni jenis tak suka nak sentap perasaan orang. Kalau aku tak berminat, idak la terus terang aku cakap "sorry, i tak interested!". Yelah, ada orang jenis cakap berterus terang. Aku pula tak reti, sebab fikirkan perasaan dia pula. Tapi jiwa terseksa maaa..! Kalau korang ada idea, bantu la aku. Jangan la kasi aku guris perasaan dia. Kalau boleh nak buat bak "menarik benang di dalam tepung. Benang tak putus, tepung tak berselerak." Huhuhuhu... boleh?!
10 comments:
orang MLM ni memang pelik..kalo kate xnak pun still nak pujuk2..haishh..susah kan..mungkin kene berkeras sikit baru nak sedar.
katekan tidak erin..orang dah penah terjebak dan menyesal seumor hidup..konfem!!ko bg je link blog ni kat die..suruh die bace luahan isi hati nih..hahaha
ntahle ek... kalau aku... ckp ajelah tak minat.. hehe... kalau tanya lg.. ckp tak minat.. tanya lg.. ckp tak minat... pastu kata tgk mulut saya ni.. tak minat. kalau ko berani lah. kih kih.
samalah.. hubby kalau ada kat umah pun, tido jerk kejenya.. sama mcm takde
diana, aku ni lemah lembut, susah nak kata sesuatu yg keras. eceh..eceh...! ;p
syikin, uwaaaaaaaa...tak mau aku kasi link blog ni. takut!!
uji, ok la.aku rasakan, kalo dia dok kejar aku lagi. aku katakan 'sorry, tak minat!' otherwise, aku invisible je la setakat ni. hehehhehe
sweetdarling, hehehehe. samala pula ek..
ishk2 kalau part ni i pun dalam dilema jadinya. mmg kena ckp frankly..tak minat
lily, buat masa ni tak jumpa2 dia lagi. tapi ai ada mtk tlg husband ckp kan. hehhehe
Post a Comment