Advertisement

Jom follow follow i, then i follow follow u

Monday

BABY SITTING

Salam u ols,

Minggu baru ni aku mulakan entry dengan menjadi baby sitter. Minggu lepas aku ambil the whole 1 day off sebab nak jaga anak buah kesayangan sebab mama dia ada assessment. Owh, memang aku suka jaga budak kecil ni sebab dia terlalu baik. Lebih mudah nak jaga dia berbanding Camimi (aku rasa la... hiks!)






Kalau montot aku kecik dan peha aku tak sebesar sekarang tentu aku boleh duduk atas kerusi yang kecil ni macam dia. Owh so cute...!




Aku decided nak jaga Batrisyia kat rumah aku je instead of rumah kakak ipar aku. Sebab kalau kat rumah sendiri lagi tau nak buat apa dengan budak kecil ni. Oh ye, mana kakak dia kan? Kakak dia pergi school. School depan rumah mama dia je. Pergi school naik basikal padahal umur baru je 4 tahun. Jangan kau tak tahu...! Cerdik budak sorang tu!




Camimi pula pergi mana? Same goes to Camimi, dia pun pergi school. Tapi school kindergarten kat UiTM. Lepas hantar dia kat school baru aku balik dan tunggu mama Batrisyia datang hantar kat rumah aku. Aku tak boleh jaga 3-3 budak ni dalam 1 masa. Nanti Batriysia tak boleh tidur. Kakak-kakak dia bising. Kadang bergaduh. Kadang menjerit, kadang menangis. Nanti dengan-dengan aku sekali pening!



Uols tengok la, kereta sekecil tu dia nak tunggang. Hahahhaha...





 




Ok, dah duduk kepenatan setelah montot dicucuk-cucuk oleh orang-orang kerdil pada kereta kecil tu


Bila aku pasang channel cartoon dia suka. Siap melopong tengok cartoon tu bercakap. Bila cartoon tu menyanyi dan menari dia pon ikut goyang sana sini. Aduh... hilang stress mommy jaga Camimi yang tak reti diam tu. Aku harap next baby dapat la baby yang behave macam Batrisyia. Boleh...?!

Oh ya, budak kecil bertiga ni memang suka pasang channel cartoon 613 dan 615 kat rumah. Mereka masing-masing belajar berbahasa Inggeris dari tontonan cartoon tu. Si Qira la especially, speaking London berabuk! Huhuu...




Ok mommy, Batrisyia dah penat main, dah penat tonton cartoon. Nak isi minyak dulu boleh..?


Lepas tu mommy dodoikan, tepuk-tepuk terus tidur atas riba. Sekali dengan mommy kita beradu kan...? hihihiih

Teringat kat Germany dulu, dok umah jaga Camimi. Bila dia tidur aku start masak, kemas rumah, tonton tv3 melalui streaming. Tunggu cerita Spa Q atau apa-apa drama yang menarik yang sedang ditontonkan di Malaysia pada tika itu. Atau dengan aku-aku sekali tidur di bawah selimut yang tebal! Owh, sangat merindui masa itu. InsyaAllah will be back there on 2012 or 2013. Doakan la ye...!

Wednesday

OWNER DAN SUPPLIER YANG AKU SUKA

Sekarang hampir setiap minggu aku akan order kek coklat moist dari pemilik kedai Anis Chocolate Moist Cake yang bertempat di Seksyen 13, Shah Alam. Dah la kek sedap, mantap pulak tu. Owner pula pandai ambil hati customer, pandai layan. Semua orang senang hati!


Tapi kali ni nak order sebiji kek sebab ada sambutan Maulidur Rasul kat school Camimi esok. Diorang minta sumbangan pot luck. Apa la rajin sangat mommy Camimi nak memasak kat dapur tu kan.. Takda maknanya nak bersilat pagi-pagi. Kalau Camimi pandai mandi sendiri, sabun sendiri, gosok gigi sendiri, pakai baju bagai sendiri boleh la mommy merajinkan diri mengasapkan dapur kat rumah. Tapi kalau semua mommy nak kena buat, alamat lambat la semua orang ke tempat kerja. Tak gitu daddy Camimi?


Tapi nak beli kek kat kedai ni kena order dulu. At least kalau nak ambil kek petang, kena order pagi. Sebab kek 1 kg ke atas memang diorang buat bila ada tempahan. Kalau setakat kek coklat yang kecik berharga RM5.00 dan RM15.00 boleh beli terus dari kedai.


Ohya, Anis chocolate moist cake inilah yang jadi supplier buat kuih tart dan kek coklat yang ada dijual di kebanyakan stesen Petronas di serata Shah Alam ni. Luar Shah Alam aku tatau la pula. Tapi boleh pastikan dengan melihat sticker 'Anis Chocolate Moist Cake' yang terpampang pada setiap produk mereka.


Selalunya aku order kalau nak ada majlis makan-makan kat rumah or time berkumpul beramai-ramai dengan saudara mara, atau sebagai buah tangan bila melawat seseorang. Kek yang fresh sesuai untuk dihidang kepada orang ramai. Hehehhe...


Kalau korang nak tahu kenapa aku suka owner kek coklat mantap ni? Sebab even baru pertama kali aku call dia boleh save dan simpan nombor aku. Kali kedua dia jawab panggilan aku, dia dah boleh terus sebut nama aku "ye Erin..." Idak la seperti sesetengah owner or supplier lain tamau langsung ambil usaha untuk mengenali pelanggan dia. Call sekali memang la tak kenal, call kali ke-2 tertanya-tanya lagi, "siapa nama eh...?" "Hari tu pernah call ke?"


Itu namanya owner yang tak pandai menghargai customer. Patutnya ingat nama pun dah okeh...!


Dia ada blog, tapi nama blog yang tertulis pada business card dia aku letak dalam kereta. Nanti aku update entry ni aku tulis nama blog dia okeh..? Oh ye, kalau u all nak buat tempahan kek, boleh la terus call Kak Anis di 013-3566966. Amboi, aku promote gitu! Benda baik, mesti la mau promote.


Update: Nak layari blog Kak Anis boleh klik sini. Tapi nampak gayanya kak Anis dah lama tak update blog. Tapi uols boleh baca kisah awal-awal kak Anis dalam bertapak di dunia perniagaan. Sungguh tragis. Hanya orang yang ikhlas, jujur dan bersabar akan mendapat ganjaran dari Allah.




Note: Malam tadi tengok cerita Beyond Boundries (camtuh kot title dia) di HBO lakonan Angelina Jolie and Clive Owen memang menyentuh perasaan aku betul la.. sob..sob..!

Tuesday

AKU NAK CAKAP JUGA...

Nak cakap ke tamau eh..? Nak cakap ke tamau eh..? Kang cakap ada yang salah faham, kecil hati. Tapi tak cakap kang aku dah dikira berdosa. Tak berani nak bersuara untuk menegur. SO, aku rasa biarlah aku cakap kat sini. Untung-untung dia baca blog aku. Boleh ambil iktibar, aku gak dapat pahala.
  1. Islam memang dah melarang kita sebagai umat Islam untuk TIDAK menyambut hari Valentine's Day. Tapi aku tatau la kenapa ada orang ISLAM kat luar sana seolah-olah seperti tidak mendapat hidayah yang hari kekasih itu sememangnya sudah diharamkan oleh Islam. Tak perlu nak sambut, tak perlu nak persoalkan. Pelik la aku! Hari-hari lain kau nak berjiwang jiwung kasi bunga dan having a candle light dinner dengan niat nak berkasih-kasihan dengan pasangan masing-masing pon orang tak kesah. Sukahati kau la..
  2. Bukan budaya kita sebagai orang perempuan Melayu dan Islam untuk merokok. Tak kesah la merokok secara terbuka atau tersembunyi. Merokok secara berseorangan mahupun berkumpulan. Merokok dengan pakwe masing-masing atau geng-geng gegurl mereka. Kalau tak kesiankan diri sendiri, kesiankan la orang keliling yang rimas dengan bau asap. Rimas dengan pandangan yang menyakitkan mata. Kalau tak herankan dengan asap kepul-kepul yang keluar dari corong hidung ataupon mulut, fikirkan la kesan sampingan daripada bahan-bahan rokok tersebut. Kau tu bakal mengandungkan zuriat dan bakal melahirkan. Tapi aku tak heranla kalau lelaki yang nak merokok. Itukan lambang ke-MACHO-an mereka. Lantak pi la..
Ok 2 perkara tu je aku nak cakap. Sebab mata aku ni dah sakit baca status fb orang. Kesian pun ada... Lagi sekali, kesiannnn.. Anak aku pon pandai cakap kesian...

Friday

MAKANAN YANG MAHAL TAK SEMESTINYA SEDAP!

Oh terasa ruginya hari ni beli kuey teow goreng berharga RM7.00 tapi tak sedap langsung! 

Tapi ada kebarangkalian lain juga kenapa kuey teow goreng ni tak sesedap kat mana-mana restoran lain yang aku pernah order:

  1. Sebab mamak ni tak pandai masak. First time rasa mamak restoran ni masak. Sedap lagi mamak restoran Syed Seksyen 3 yang masak
  2. Sebab perut aku tak berapa lapar tapi sebab tatau nak buat apa time-time orang solat Jumaat ni, maka kaki ni laju je melangkah ke restoran lain
  3. Sebab ada ayam goreng mamak yang seketul berharga RM3.50 tu dimasak sekali bersama kuey teow instead of aku minta dia boh je kat atas kuey teow goreng tu. (Memandai-mandai je alter apa yang aku suruh)
  4. Hati ini yang sudah keseorangan dek ditinggalkan oleh si suami untuk beberapa hari :(  (marah si ister-isteri yang suaminya kerja kapal. Mesti kata aku ni baru ditinggalkan beberapa hari dah bising. Diorang kena tinggal berbulan-bulan relax aje!) Huhuhuhuhu...
  5. Aku ni terlalu cerewet. Lidah tak mampu berbohong. Kalau tak sedap tu maknanya sungguh tak sedap!
  6. What?? Dalam kuey teow goreng pon ada kentang?
Sekarang kalau makan sekejap sangat dah rasa kenyang. Mungkin sebab dah train diri untuk makan sikit dan kerap lakukan perkara yang sama. So, cepat sangat perut dah full. 

Tapi pernah sekali dulu time nak datang period. Lepas makan pun masih terasa lapar. Terasa nak ambil pinggan dan senduk sekali lagi lauk pauk yang ada. Giler!

Okla, malas nak cerita pasal diet diet ni. Nanti ada segelintir orang tak suka. Start la dia tanya, ha dah berapa kg turun? Sibuk pong pang pong pang tapi aku nengok sama je badan kau dari dulu sampai sekarang. Tettttt!

Ok, my dietitian. Kalau i berjaya dalam diet programme ni, i belanja u makan okeh. U sorang je la ye? Hihihi..

Note: The Dietitian is referring to my own lovely cousin. Ngeh..ngeh..ngeh.. 

Thursday

MAT SALLEH - SI BELACAN DAN SI PAKU CAKAP MELAYU

Jom tonton video ni sebab aku suka tengok mat salleh cakap Bahasa Malaysia dan menyayi dalam Bahasa Malaysia. Even mereka goyang-goyang montot, dengan berlatarbelakangkan bendera Negeri Sarawak, tapi aku takde pula nak rasa tersinggung dengan cara mereka. Sebab it's so FUNNNYYYYYY...! yet, mereka takde unsur-unsur cacian dan ejekan pon..


Apa korang rasa kalau ada bangsa lain kat negara kita, ya mungkin dah lama bekerja kat sini ataupun belajar kat salah satu universiti tempatan kita dan mereka pandai berbahasa Malaysia? Mestila bangga beb.. sebab diorang ada usaha sendiri untuk belajar cakap kita.

Kenapa aku tanya macam ni? Sebab selama aku duduk kat negara orang, memang aku dikerah untuk belajar cakap bahasa tempatan. Kau jangan nak berangan speaking London kat negara yang bukan ada negeri London. Memang tak dilayan!

Tapi, kalau kau bercakap bahasa tempatan, mereka sukaaaaaaaa sangat! Mereka akan layan, jawab soalan kita dan mereka akan cuba faham walaupun kita cakap grammar tunggang terbalik pon. Nak kena tipu pon kita tahu...

Same goes to belacan dan paku ni. Eh, apa pun korang punya pendapat, aku tetap suka mereka la! Tapi, boleh korang bagi tahu aku tak siapa si paku dan belacan ni?

Ok, ni takda kena mengena dengan Si Belacan dan Paku. Ada mat salleh lain juga yang boleh bercakap bahasa tempatan. Salute la kat diorang ni...


Note: and still ramai orang tempatan yang bangga riak nak berbahasa Inggeris manjang tapi mereka ni seronok nak berbahasa Melayu. Ayioooo...

Wednesday

TUNJUKKAN AMARAHMU MELALUI LAMAN SOSIAL...

Sekarang ni memang ramai orang yang gunakan laman sosial samada facebook, tweeter, blog dan macam-macam lagi untuk meluahkan perasaan marah atau tak puas hati kepada seseorang kan..?! Orang yang paling kita perasan buat perkara macam tu adalah golongan artis. Sebab mereka adalah public figure, jadi apa yang mereka buat dan tulis kat laman sosial mereka sendiri akan sentiasa menjadi bahan bualan rakyat jelata.

Dulu aku pun pernah buat macam tu. Tapi itu dulu la, zaman tak matang lagi. Fikir pon tak jauh. Tapi bila sedar diri ini bukan artis, maka aku dah tak buat macam tu lagi dah. Sekarang kalau marah kat seseorang, aku cari kertas dan aku tulis macam-macam pasal orang tu. Pastuh aku buang dalam tong sampah. Lega... Jangan orang tu jumpa kertas yang aku buang tu udah la ye.. ;p

Tapi aku tak salahkan orang yang nak luahkan amarah dia di laman-laman sosial milik mereka. Itukan MILIK mereka. Maka sukahati dia lah nak buat apa kan..? Cuma kena fikirkan juga baik dan buruk buat begitu. Kalau pembaca tak suka, jangan baca. Datang lagi next time for next entry or tweet or status. Mungkin next time angin kus kus dia dah okeh, maka tiada lagi angin puting beliung yang melanda..

Yang terbaru aku baca kat facebook pasal si penjual X marahkan si pembeli Y. Maka si kawan-kawan X backing bagai nak rak kat status si penjual X dan marah-marahkan si pembeli Y yang kononnya kurang ajar la, tak reti nak sabar la, suka memaksa la, suka maki-maki la.. Perghhh.. ayat-ayat si backing tu mengalahkan si pembeli Y yang buat status. Takut nak baca lebih-lebih. Takut fikiran kita diracuni. Kalau baca satu pihak saja, kita akan terpengaruh dan confirm akan backing si penjual X dan segera menyalahkan si pembeli Y.

Tapi aku ni suka juga jalan-jalan cari info. Aku merayau la ke facebook si pembeli Y yang kononnya dicop sebagai pembeli yang cerewet, tak reti nak sabar, dan macam-macam lagi. Seb baik dia tak private kan wall dia. Kalau tak sure aku tatau kisah sebenar yang berlaku. Orang kata, kalau nak mengadili seseorang, jangan dengar sebelah pihak je. Don't judge a book from the cover. Eceh..eceh...

Bila aku tengok facebook si pembeli Y, baca status-status dia dan supporters dia, baru lah aku faham pokok ceritanya. Sendiri buat kesimpulan siapa yang sebenarnya salah. Tapi tak perlu la aku nyatakan kat sini. Simpan dalam hati saja sudeyy..

Tapi apa yang aku boleh simpulkan di sini, dan seperti yang uols semua pernah dengar "customers are always right!" Customer cerewet camner pun, itu risiko yang si penjual kena ambil untuk menceburi dalam bidang perniagaan (selain daripada risiko-risiko lain). Especially kalau berniaga kat dalam dunia maya ni. Gambar-gambar yang display dalam facebook penjual takkan semestinya sama dengan realiti. So, sebagai customer, dia punya hak nak tanya itu dan ini. 1001 soalan pun kalau diutarakan, si penjual memang kena jawab. Then, kalau si customer tu tamau beli, itu terpulang pada dia. Dia punya duit, sukahati dia la nak salurkan ke mana. Tapi si cutomer pula, agak-agak la. Letih makcik tu jawab, at least berila khabar berita yang baik sikit. Jangan la kau main-mainkan hati dia. Dia berniaga nak mencari rezeki yang halal. Agak-agak tamau beli, baik jangan tanya lebih-lebih. Nanti sendiri yang malu kalau kau dicop sebagai 'poyos!'

Lagi, dari dulu memang aku tak berkenan kalau nak beli barang yang ada tulis 'pre-order'. Agak-agak kalau kau tak boleh nunggu lama macam aku ni, baik jangan nak buat 'pre-order'. Nanti sibuk tanya bila barang leh sampai? Barang dah sampai ke belum? Bila la saya ni nak dapat barang? Duit dah bayar.. Padahal si pembeli tu dah bagi tau awal-awal yang barang akan sampai sebulan kemudian. Tapi, si penjual pon. Kalau dah sebulan si pembeli tunggu, kau jangan la marah kot orang tu tanya kau lebih-lebih. Sebab kau janji sebulan baru barang sampai dari luar negara atau segar dari ladang or kilang. Tapi dah sebulan khabar berita pun takda. Memangla customer melenting. Duit dia dah bagi. Barang tak dapat-dapat. Baik jangan kata "sebulan kemudian barang sampai". Baik la kau kata "tatau bila barang sampai, tapi gerenti akan sampai"

Si penjual kena ingat, tak semua pembeli tu ada 1 ragam, malah ada bermacam-macam ragam. Kalau kita tak layankan, macam mana kita nak berniaga. Kalau kita harapkan pembeli yang faham kita, baik kau jangan berniaga kalau tak sanggup ambil risiko. Sebab itu, peluang berniaga ni menjanjikan pulangan yang lumayan (dengan izin Allah) sebab dia berani ambil risiko untung dan rugi. Duit takkan datang bergolek dengan mudah depan kaki kita okeh..

Kalau nak bercerita pasal ragam si penjual dan si pembeli, lagi takkan habis entry aku ni. Ada macam-macam! Sampai diri sendiri boleh menggelengkan kepala..

Aku pun pernah terkena. Tapi idaklah aku memaki hamun penjual tu kat wall dia. Malu lah dia. Yelah, walaupon niat kita bukan nak maki tapi nak bagi tau kat customers dia yang lain yang si penjual ni suka berjanji kosong. 

So far, aku pernah beli barang tapi barang tak sampai-sampai sebab dia kata pre-order items akan sampai bulan 4. Aku tunggu sampai bulan 6 ko nyah, tapi penjual tu tak bagi khabar berita haper pon kat aku. Aku pernah beli kuih raya, tapi bila oder lain, sampai benda lain. Lebih sebulan sebelum tu aku dah order, tapi esok nak hantar kat aku hari ni baru bagi tau item yang tak ada. Main replace je kuih dengan kuih yang lain tanpa tanya aku terlebih dahulu.

Selain daripada itu, aku pernah order maxi dress. Sampai kat aku macam baju kena reject. Siap ada jahitan kat kain bawah seolah-olah dah potong then jahit semula. Padahal dalam gambar idaklah sebegitu rupa pon..?! Kena tipu lagi..

Kalau aku marah pun, aku pm dia. Kaw-kaw aku bagi. Harga yang dibayar tak setanding dengan item yang dapat. Aku blacklist dia. Buang dia dari friendlist aku. Dah tamau order dengan dia. Memang si penjual macam tu sungguh memalukan. Kaut keuntungan dengan tidak bersikap jujur dan ikhlas. Selebihnya biar Allah yang balas. Bukan tugas aku lagi dah.

Tapi sekarang aku dah slow sikit beli secara online ni. Tahun berjimat cermat katakan.. Nak save lebih dan lebih lagi. Tahan hati je tengok kawan-kawan fb yang jual itu dan ini. Geram-geram nengok! Especially benda-benda yang melibatkan kids.. Grrrrr...

Note: uols macam mana? Harap nasib uols baik-baik belaka :)

ORANG TANYA AKU JAWAB...

Tak ramai yang menanya soalan ni, tapi aku nak jawab juga la.. So tak payah dia tertanya-tanya lagi.

"Eh, kau tak kesah ke blog kau tak ramai followers, tak ramai yang nak comment?"

So, nak jawapan yang jujur ke tak jujur...?

Jawapan yang jujur..
Kenapa perlu kesah..? Secara simboliknya, sama lah macam kita ajak orang datang rumah kita, perlu ker kita berharap dia datang bawa sebakul KFC? atau datang bawa sebungkus hadiah? Kalau kita mengharapkan orang singgah ke rumah kita, jangan harapkan dia bawa apa-apa untuk kita. Kecuali jika dia yang inginkannya. Sebaliknya, kita hidangkan lah mereka dengan minuman mahupun makanan supaya mereka gembira dan selesa bila berada di rumah kita...

Dan aku sebagai tuan rumah cuma berharap, tetamu-tetamu aku seronok dan suka datang rumah aku yang tak seberapa ni.. :)


Ramai ke tak ramai followers, bukan hak aku nak melenting tak tentu pasal. Aku invite sesiapa nak datang ke rumah aku, jadi terpulang kepada mereka samada nak bertandang atau tidak. Jadi tak timbul isu kesah atau tidak. Lagipun, banyak entry yang ditulis adalah nukilan peribadi, pengalaman dan perasaan yang ingin dicoretkan sebagai suatu ingatan di masa akan datang. Sesiapa yang datang bertandang, bermakna dia sudi berkongsi apa yang aku tuliskan.

Faham kan...?

Jawapan tak jujur..
Aku rasa nak ketuk kepala kau yang tanya soalan tu. Amacam? Boleh tak...? hihihiihih

Monday

LAGENDA 17

Dah lama teringin nak jejak kaki ke sini. Rasanya baru tercapai hasrat nak rasa masakan Restoran Lagenda 17. Agak-agak u ols tau tak siapa pemilik di sebalik restoran ni..? hihihihi...


tuh dia muka owner ada kat puncak bangunan

Sesiapa yang dok kat Shah Alam sure dah pernah masuk restoran ni. Kali ni aku makan berdua je dengan ayah aku. Tarraaaaa...




Ya, betul. Gambar pemilik restoran ini adalah yang berada di belakang sana tu. Bekas pemain bola sepak Selangor, bekas pemain bola sepak Kebangsaan dan bla..bla..bla.. but currently adalah pengurus pasukan Shahzan Muda FC. Beliau adalah Zainal Abidin Hassan.

Ok, jom tengok suasana dalam restoran ni..







So, we had lunch together by having a plate of Nasi Ayam (special menu) and Mee Rebus.






Set nasi ayam ni untuk ayah aku. Aku makan mee rebus.

Ayah aku kata nasi ayam tu sedap! Dan aku rasa mee rebus yang aku order ni sedap juga tapi aku pernah rasa ada yang lebih sedap daripada ini. Hhehehe.. jujurnya aku beri pengakuan..!

Kalu uols nak tahu, ramai kawan-kawan aku cakap yang mereka percaya kalau aku beri pendapat tentang sesuatu masakan kat sesuatu restoran. Kalau aku kata memang sedap, diorang pasti akan percaya sebab lidah aku tak mampu berbohong. Tapi, kalau tak sedap, gerenti tak sedap la! Tok sah try.. kih kih kih...

Note: Walaupon aku tak sehebat mana memasak, tapi tang nak rasa masakan ni serahkan saja pada aku. Heheheh... Gerenti uols boleh percaya okeh... 
Happy Prophet Muhammad :)

Friday

TAK PERNAH NAIK BUAIAN

Kesian anak aku si Camimi ni. Sepanjang hidup dia, tak pernah tidur pakai buaian. Kalau dia jakun tak pernah jumpa buaian tidur ni, salahkan si mak bapak dia sebab tak pernah perkenalkan buaian tidur ni pada dia.


Balik kampung si suami kat Sitiawan baru lah dapat merasa naik buaian ni. Patutla sebelum bertolak dia sibuk cakap nak naik buai. Then aku kata, mana ada playground dekat-dekat dengan rumah nanny? Dia kata, ada.. ada... Aku malas nak melayan sebab aku fikir dia maksudkan buaian kat playground.



Rupanya dia ingat lagi kalau balik kampung daddy mesti ada buaian ni. Aku pon tak teringat benda alah tu! Sepanjang berada kat sana, asyik sibuk nak main buaian ni. Siap tidur dalam tu sekali. Tidur tengahari takpe la juga kan.. ni nak tidur malam sekali kat dalam tu. Haih, siapa pula nak enjutkan kalau mommy dan daddy tidur kat bilik atas?

Memang nanny Camimi sangat rajin melayan Camimi. Maklumla cucu pertama. Manja mengada-ngada pulak tu! Enjut buaian tu sekejap, terus terlena bersama badak kesayangan dia.

Asalnya buaian tu adalah untuk anak buah yang MIL aku jaga. Budak tu kecil lagi, so memang kalau nak tidur guna lah buaian ni. Biasalah budak-budak, dari nak kena bertepuk, baik berenjut kat buaian dak..?

Elok la aku tak biasakan Camimi dengan buaian. Kang nak ke mana-manapun kena usung segala bagai tali buaian nak bagi anak tidur. Elok la aku tepuk dia kasi tidur je.

Kalau balik Sitiawan, orang yang rajin nak layan Camimi ialah nanny dia, uncle ngah dia (adik ke-2 husband aku) dan uncle cik dia (adik ke-6). Terkekek-kekek Camimi gelak. Senang sikit la aku, takde la dia nak menepek je dengan aku. Tapi ada juga yang jenis rajin nak layan kasi Camimi nangis. Itu yang tak larat aku nak tolong pujuk. Camimi tu dah la cewek, orang gurau-gurau tak kena tempat melalak la dia. Mula la nak mommy... nak mommy. Camno...?

Dan ada juga yang jenis malas betol nak layan Camimi. Tak heran... Nak tertonggeng ke, nak terbalik ke..  asalkan tak kacau hidup dia sudah! Huhuhuuh..

Tapi nanny Camimi pesan, kalau daddy babap Camimi kuat-kuat report kat dia. Tangan daddy tu bisa sikit katanya. Hahahha... mesti mau report kat MIL aku nanti... Yes!!


Note: happy weekend u ols..!

Thursday

HARI YANG TAK BERAPA 'LUCKY' LA..

Waktu pagi nak pergi kerja selalu akan bersarapan dengan suami dulu. Sarapan ringan-ringan je la. Tapi tak larat nak fikir, nak sarapan kat restoran mana. Kalau kat area Seksyen 7 tuh, Restoran Sidah la destinasi kami. Kalau dah kerap kami ke sana maknanya layanan dan hidangan dia memang mantap!

Selalu juga ke Restoran Azira seksyen 10. My parents pun suka makan kat Azira. Kadang makan dekat-dekat ofis aku ni. Kedai mamak Restoran Makbul. Bangi Kopitiam jarang-jarang sikit. Sebab ringan-ringan dia pun kalori tinggi. Lagipun ianya franchise yang dibuka oleh golongan cayanunalip. Rasanya baik aku kayakan golongan mimlamalipyawau! Hehehhe...

Tapi hari ni nak tukar selera sikit. Sarapan kat Restoran A** Co*** kat Seksyen 13. Tengok ramai orang ni pasti sedap. Kalau tak sedap atau layanan tak bagus, aku rasa idakla orang nak suka-suki pergi restoran tu dak?

Tapi aku pasti, hari ni bukan hari yang baik untuk aku. Sebabnya, bila dah masuk restoran yang ramai tu waiter tak datang-datang ambil order. Mungkin lebih dari 5 minit kot dok kat situ. Jarang beb kalau makan kat mamak, waiter lambat ambil order. Kadang tak sempat duduk diorang dah tanya, mau makan apa?

Sampaikan kami laki bini pun tatau mana waiter dia sebab takde uniform pon? Yang hantar order makanan orang semua pakai baju yang berlainan. Warna kulit je sama. Hehehhe.. Dah panggil untuk ambil order baru waiter datang. Itupun datang 2-3 kali kat kami tanya sekali lagi mahu makan apa. Dia lupa apa yang kami order. Mudah je, kalau senang lupa, apa kata tulis kat kertas. Takyah la segan-segan nak tulis.

Aku order capati dengan teh o panas. Si suami order roti telur dan kopi o. Tapi capati yang aku order tu rasanya tak seperti selalu la. Lain macam je. Em, takpela.. dah tak sedap, letak je tepi. Tapi roti telur si suami punya dia kata sedap. Kari dia pon sedap.

Aku rasa pekerja restoran ni mogok kot. Tak pun pakat ramai-ramai tak datang. Sebab yang jadi waiter ni idak la seperti 'well-trained'. Muka pun lebih kurang macam tauke dia. Adik beradik or anak beranak kot? Tapi takpela, aku maafkan mereka. Cakap dalam hati sudey.. Sebab orang buka kedai makan ni, untung memang la berlipat kali ganda tapi kalau ada masalah pekerja atau tukang masak, business boleh down tau! 

Habis makan kat mamak, balik kat kereta tengok-tengok dah ada saman MBSA pula... Hai, baru kelmarin aku pergi bayar saman, ni dah kena saman lagi?! Ok, aku tamau bayar. Biar si suami bayarkan. Sebab dia yang drive kereta tu tadi. Hahahha... boleh?! 

Saman MBSA ni kalau kita bayar awal dapat diskaun. Kalau kena bayar RM50, dia kasi diskaun RM20. Bayar kat kaunter tingkap je. Senang sikit tak yah pergi parking kereta dan beratur kat dalam pula! So, biasanya kalau aku kena saman, pergi la cepat-cepat bayar. Cuma tak larat la kalau asyik kena saman je kan?

So, hari ni memang hari yang tak berapa 'lucky' la. Sarapan pagi berharga RM34.00 termasuk saman MBSA. Huhuhuhu... :(

Wednesday

JAWAPAN CEPUMAS CAMIMI

Aku tanya a few questions to Camimi:


Aku: Siapa nama Camimi?
Camimi: Nurzieryn Schamimie (ok, nampak sangat dah belajar kat school sebut nama penuh sendiri)


Aku: Siapa nama daddy?
Camimi: Muhamad Fauzi (ok, sure dah belajar juga kat school)


Aku: Ok, siapa nama mommy?
Camimi: Nurzieryn In (aku tatau siapa ajar dia, tapi dia tau orang panggil aku In)


Aku: Siapa nama Papa? (abang aku)
Camimi: Muhamad Papa (hahhahahahha)


Aku: Siapa nama Mama? (kakak ipar aku)
Camimi: Kak Inaz (sebab dia tahu orang panggil kakak ipar aku kak inaz)


Aku: Siapa nama Qira? (anak sulung abang aku)
Camimi: Sarah Shaqira 


Aku: Siapa nama Batrisyia? (anak kedua abang aku)
Camimi: Sarah Batrisyia (correct lagi)


Aku: Siapa nama tokanda? (ayah aku)
Camimi: Siapa nama tokanda ye? Muhamad.........?


Aku: Siapa nama nenda? (mak aku)
Camimi: Ada Muhamad juga ke mommy?


adoi tak larat dah aku nak tanya lagi dah...

Tuesday

AKU RASA IANYA BERBALOI-BALOI

Salam uols, jangan bermuram-muram after long holiday for CNY. Semalam dah start kerja balik kan.. Kerja rajin-rajin, jangan curi tulang lagi. Maklumla mungkin ada yang takde mood lagi nak bekerja. But for me, aku memang macam poyo sikit. Setiap hari tak sabar nak pergi kerja. Especially kalau tau job tengah banyak nak masuk ni. Senyum lebar la bos aku. Hehehehe..

CNY aku balik kampung si suami. Balik kejap je la. 3D2N je. Sebab si suami takde ambil cuti  tambahan pon untuk CNY ni. Ate, bukan kami yang nak beraya, buat apa nak ambil cuti lebih-lebih. Lagipun, dia terikat dengan kelas malam untuk bebudak PLK UiTM. Kih..kih..kih :)

Perkara yang paling teruja kalau balik Sitiawan ni apabila nak bershopping. Idak la aku gila shopping beli baju seluar bagai sempena CNY ni. Cuma beli barang keperluan untuk Camimi. Itupon, sebab ada barang yang dia guna sekarang ni dah teruk dan sangat-sangat perlu ditukar. 

Ooohh... rupanya ada banyak branch di seluruh Malaysia. Barulah aku tahu...


Ini la tempat yang teruja untuk aku beli barang-barang keperluan Camimi. Aku rasa murah la..! Kat Shah Alam tu rata-rata semua butik baby aku pernah keluar masuk. Sekali lagi, bukan la aku gila nak shopping barang baby, tapi sekadar nak ambil tahu harga yang diorang offer dengan barang yang mereka jual samada competitive or not. Maklumla, aku dok UiTM dari diploma sampai degree aku belajar benda-benda yang melibatkan kos dan harga. So, aku dah terbiasa untuk buat penilaian dari segi harga dan barang yang dijual.

Entahla, ini pandangan peribadi aku sendiri la... Bagi aku, kat butik ni barang-barang yang dijual sangatla berpatutan. Banyak benda yang aku perhatikan harganya kat sini jauh lebih rendah berbanding dengan lain-lain butik area Shah Alam. Tapi satu je aku kurang pasti. Harga barang-barang kat butik ni sama tak dengan butik branch dia yang lain? Kalau u all pernah pergi butik ni kat tempat lain leh la kongsi dengan aku yang naif lagi hina ini.. huk huk huk.. 



 Thermos




Dari dulu aku suka barangan jenama Thermos. Walaupun harga memang mahal tapi quality sangat baik. Tahan lebih lama. Warranty pon ada (warranty kedai la..) Kalau kat kedai sekitar Shah Alam ni, harga barang kat atas tu lebih kurang RM50.00 - RM80.00 (tengok jenis) tapi kat kedai Manjaku Baby, Sitiawan harga dalam RM15.00++ je. Tak ke geram  nak grab?!

 Thermos
Idak la aku snap gambar barang-barang yang aku beli, so google je. 

Kat kedai Manjaku Baby takde Vacuum flask fancy-fancy. Yang ada plain colour macam yang kat atas ni. Kat Shah Alam tak silap aku diorang jual lebih kurang dalam RM80.00 - RM120.00 (harga untuk flask air je), tapi kat kedai ni dia jual RM48.00 - RM60.00 (still kena tengok berapa liter atau berapa oz). Ada yang dia wrap sekali vacuum flask ni dengan travel mug. Ada juga dengan food jar tapi harga dalam RM70.00 - RM90.00. Aku siap tanya ni Thermos brand original ke idak? Kang aku beli murah rupanya tak ori.


Camimi punye flask yang sedia ada ni pon baru je rosak. Dapat free dari Samsung sebab beli TV, peti sejuk, mesin basuh bagai dari Samsung masa nak pindah rumah dulu. Yang beli kat Germany dulu pula masih ada dan elok tapi besar sangat (1.5L), tak sesuai pula nak travel kat Malaysia ni. Hehhehe (alasan nak cari baru!)


Ok, habis cerita pasal Thermos brand, sekarang aku nak cerita pasal NUK anti-colic teat.





Memandangkan Camimi punye botol susu dulu beli kat Germany dan sampai la ni dia masih minum susu guna botol yang sama, jadi puting botol susu tu perlula diganti bilamasa agak-agak dah rosak ataupun dah berkeladak. Tak boleh nak diselamatkan lagi!

Dulu masa baru balik Malaysia, kerap ke PKNS untuk beli puting botol susu jenama NUK. Stock memang banyak. Terasa lega hati ni kat Malaysia ada orang jual NUK. Dulu beli kat sana mana fikir nak cari spare part kot dah kat Malaysia nanti. Main beli aje! 


Kemudian, kawan cakap kat Guardian pun ada jual puting botol susu jenama NUK. Tapi aku tengok kadang-kadang takde stock. Kadang-kadang stock terhad. Then buat comparison, terasa mahal nya puting NUK kat PKNS tu berbanding kat Guardian Farmasi ni eh. Dah la tak leh kasi kurang. 





Bila dah balik Sitiawan ni, tengok kat butik Manjaku Baby, laaaaagi murah! Kat PKNS dia jual 1 peket ada 2 pcs ialah RM24.00. Kat Guardian Farmasi dia jual dalam RM20.00 - RM21.00.  Tapi kat Manjaku Baby, dia jual RM14.00. Amboi... murahnye kau! Yelah, aku kan pakai botol susu NUK ni sebab murah. Ada lagi yang murah-murah kat Malaysia tapi lidah Camimi dah cam bentuk puting NUK ni. Dia tamau yang lain. So, nak tak nak kena cari brand NUK juga. Tak mampu la nak kasi anak pakai botol susu yang mahal-mahal. Ini je yang termampu. So, bila dapat puting botol NUK yang murah kat Sitiawan, hati gembiraaa sangat!

Oh ye, botol susu Camimi tak pernah bertukar. Ada 4 botol tu dari Germany, sampai sekarang dah 4 tahun pakai keempat-empat tuh je la. Just tukar puting botol susu je. Kalau nak beli botol susu NUK yang baru, bila pula Camimi nak start minum susu guna cawan? Cuma, kalau minum air-ribena atau air zam-zam atau air berwarna lain dia akan guna tumbler atau mug atau cup kanak-kanak seperti ini:




 Munchkin

Mighty Grip 10 oz. Straw Cup

Lagi satu, aku suka brand Munchkin juga sebab produk dia colourful. Sesuai untuk perkembangan otak kanak-kanak.





Brand Avent pun aku layan tapi aku just belikan handle cup macam ni je untuk Camimi tapi color pink & green! (sama macam botol munchkin kat atas tu cuma tukar susunan color nye aje)

Sebab dah 4 tahun Camimi pakai botol susu yang sama, maka botol tu perlu selalu diselenggara dengan kerap. Kena asingkan untuk minuman susu dan air berwarna. Kalau tak, dinding botol akan berkarat!

Cuma, Camimi akan menanya la, kenapa tak boleh minum air ribena dalam botol susu? Aku biasanya memang jenis berterus terang dengan anak. So, that otak dia cepat berjalan, boleh ikut berfikir sekali. Aku tunjukkan botol susu dia ada yang dah kuning dasarnya dok minum air ribena manjang kat botol susu tu. Aku siap buat muka geli geleman la sebab botol tu asalnya cantik dah jadi berkarat. So, memang next time dia akan minum air berwarna kat handle cup dia. 

Kalau lain masa dia tanya lagi, aku repeat the same thing. Sebab Camimi ni suka menanya benda yang sama berulang kali. Kalau aku marah kat dia sebab tanya benda yang sama berulang-ulang kali dan aku pon dok explain berulang-ulang kali, last-last dia akan cakap "Camimi cakap sendiri-sendiri la..."

(_ _!)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...