Oh, entry yang lambat nak update. Kebetulan aku snap guna camera hp, while camera yang sebenar memory cardnya tertinggal. So, memory yang ada tak cukup nak ambil picture banyak. Dan cable camera hp aku ni pula tetiba menghilangkan diri. Dah la aku sedih hp selalu buat hal. Dengar aja nak beli baru, terus ada yang hilang la.. ada yang rosak la..
Tak.. tak.. aku tak jadi beli hp la.. jangan merajuk k. Aku pakai la kau sampai kau dah tak leh berkhidmat lagi.
pssst.. kalau aku beli pun, aku akan masih gunakan kau lagi. Tapi dah tak jadi priority la.. hehehe, boleh?!
Ok, back to the topic. rabu minggu lepas ~ 22/12/10 adalah birthday Sarah Batrisyia, iaitu anak ke-2 abang aku. Aku ingatkan nak buat makan-makan secara kecil-kecilan sesama keluarga yang terdekat. Tapi abang aku kata dia tak punya banyak waktu nak prepare benda tu semua. Sudahnya, dia belanja aje makan malam kat luar..
Huarrggggg.. dah la aku diet tak makan malam. Nak buat camne, abang aku bukan selalu ada kat Semenanjung. Dia bertugas di Bintulu, Sarawak. Jadi, time dia pulang ke Semenanjung ni, dia ambil kesempatan la nak celebrate birthday anak ke-2 nya sesama keluarga saja.
So, let me introduce. Sebelah Camimi ni adalah Batrisyia.. Korang akan kagum dengan si kecil ni sebab dia memang seorang yang COOL... Yelah, aku bandingkan dia dengan kakak-kakak dia yang tak cukup mulut nak bercakap. Ada je pot pet pot pet..
Ini lah 2 orang kakak-kakak Batrisyia yang aku maksudkan.. Seorang anak aku sendiri (kiri) dan seorang lagi anak abang aku (kanan)
So, we had dinner at Secret Recipe at SACC, Shah Alam..
Birthday sesiapa pun, sebenarnya 2 orang kakak-kakak tu dah standby nak tolong tiupkan lilin dan potong kek. Ayiooooooo..
My father dan my brother..
Gambar sipi-sipi je suami ku ni. Maklumla guna camera hp je. Aku dah snap, gambar lambat produce. Orang nye dah bergerak. hurmmm... :(
Budak 2 orang ni share 1 meal. Kang bukan nak makan sangat. Main-main je lebih! Maklumla dah berjumpa, ibarat dunia ini engkau yang punye. Huhuhuh
See... cool ke tak budak kecil ni. Elok je main-main takde pun nak ciwek! But still parents dia kena alternately makan dan jaga dia. Sebab kalau letak Batrisyia kat baby chair pon dia boleh nak panjat keluar. Takutnyeeeeee! (takut kalau kita tak perasan time tengah makan, dia dah panjat nak kuar!)
Oh nenda yang sangat suka melayan 3 cucu-cucunya. Sebab itu kalau jumpa nenda dan tokanda bebudak ni, mana bebudak tu nak kesah mana mak bapak diorang. Siap nak ikut balik rumah mereka.
Dan adik aku yang so lucky. Even sampai lambat kat SR, tapi meal dia sampai dulu. Takyah nak tunggu lelama untuk makan (padahal aku bajet nak mintak waiter reheat the meal, but adik aku kata still panas lagi)
Oh, the cheese cake was so marvelous! Time ni je la aku nak makan kek pon. Patut la lidah aku ni gatal sangat nak makan kek 2-3 hari sebelum tu, rupanya ada orang nak belanja makan kek birthday.. so heap heap hurreayyyyyy!!
So, meal aku malam tu adalah chicken spageti bolognese for kids.. aku ambil menu kids supaya mealnya sikit just untuk aku makan sikit je! heheheh
Adik aku pun ambil lebih kurang sama je tapi untuk adult. Siap ada meat ball
Ini meal untuk abang aku. Kuey teow tomyam
Ini meal si suami. Entah ayam fillet apa ntah! Tapi sedap jugaa..
Masing-masing order lain-lain. Takde seorang pun order yang sama. So, menu siapa yang datang dulu boleh terus makan... Kalau nunggu orang lain punye, alamat dah sejuk! Tuh yang tak best :(
So, bila aku dah makan, aku lupa nak snap meals orang lain. Ampunnnnnn...
Birthday present untuk Batrisyia pun aku lom beli lagi. Tatau nak beli apa sebab semua Batrisyia dah ada. Nantila aku usha Toys r us lagi. Takpun boleh usha butik Lovely Lace for Baby. Ada kupon RM30 masih belum digunakan lagi.. hurmmmm... buntu juga ye!