Setiap hari pon memang ada masak untuk si suami, tapi kali ini special lebih sikit sebab masak sempena birthday si suami heheheh...
Oleh kerana bangun pagi tu aku terlupa nak wish birthday pada dia, maka boleh la ibaratkan masakan ini adalah hadiah istimewa hari lahir buatnya. Boleh kan...? Heheheh
Hari Khamis lepas aku memang minta balik awal dari boss sebab nak masak special dinner dan ajak parents dan adik beradik aku makan malam bersama kat rumah. Sebelum balik dari ofis, kena singgah Giant sebab nak beli barang-barang keperluan untuk memasak.
Jadi, buat pertama kalinya aku masak nasi minyak yang terover sudah. Lauknya tak ikut kebiasaan yang ada kat kenduri kahwin nun. Suka suki nak match kan dengan apa-apa lauk yang termampu nak masak seperti telur rebus masak kari, ayam goreng berempah, daging kicap manis dan sayur salad. Itu saja yang sempat nak masak...
Nasi minyak aku ni over tau. Colouring dia terlebih sudah. Maklumla first time masak. Selalunya main bedal je kat kenduri kahwin orang hehehe
Suka suki letak 3 colours; merah, oren dan kuning ngeh ngeh ngeh..
Nama pun kicap, jadi hitam legam tak nampak isinya gambar ni hehehhe
Telur rebus masak kari. Kang aku senduk masuk dalam mangkuk takut terlupa pula nak snap. Masa tu ingat nak makan je terus. heheheh
Ayam goreng panas2 pastu berebut kat atas meja makan. Semasa marinate tu rasanya dah cukup banyak, rupanya tetap tak cukup. Huhuhu
Kek ni husband sendiri pergi beli. Kang kalau aku yang pergi beli, aku mahukan cheese cake. Kek coklat moist ni aku pon selalu buat ;p
Maka, segeralah aku angkat telefon nak call delivery tong gas. Then tetiba terasa nak cek duit dalam purse. Rupanya nan hado! Baru aku teringat, pagi tu pergi hospital bayar treatment secara cash. Then pergi Giant beli barang-barang masakan pun bayar guna cash! Aku tak tahu pula cash aku habis langsung! Masa tu terasa alangkah bagusnya kalau delivery tong gas tu terima debit or credit card aku.. Hahahha boleh?
Jadi, nak tak nak kenala susahkan birthday boy yang pada tika itu masih ada kat ofis lagi. Dia kan banker aku juga. Dia nak kena ambil Camimi balik school lagi, nak kena mengharungi traffic jam bebudak UiTM balik kelas lagi. Traffic jam kat luar UiTM lagi. Then baru boleh pergi ke kedai berdekatan dengan rumah aku ni untuk bayar terus dan minta mamat Bangla deliver tong tu terus ke rumah.
Dapat je tong gas, tak cukup tangan nak bersilat kat dapur. Sebab dah janji ramai-ramai datang after Maghrib nanti. Tapi, nasib baik semua masakan setel sebelum pukul 8pm. Masa tu barula boleh nak capai towel, solat Magrib dan rehat sebentar sebelum semuanya datang lebih kurang pukul 8.35pm. (Suruh datang lepas magrib, tapi datang lepas Isyak) Baik je Allah punye planning kan..?
Cabaran ke-2 kalau masak dan ajak ramai-ramai datang ni apabila lauk yang dihidang tak cukup. Aisehmen.. aku ni tak terer nak masak macam katering, masak banyak-banyak. Salah bajet. Ingatkan dah cukup banyak, rupanya tak cukup. Ker, aku masak sedap sangat? tettt..!
Note: Tahun lepas belanja makan semua kat Sahara Tent, Sec9. Pastu abang aku tanya, apsal tak masak je kat rumah? Ok, so kali ni kita masak pula eh. Maklumla lepas raya duit pun kopakkk...
4 comments:
erin..nasi tu rupa nasi hujan panas dah tu..hehehe
haha betul2, lepas raya duit pun kopak :D
syikin, ramai org beri gelaran begitu hihiih
lily, nasibla kan.. ? ate, setahun sekali hehehe
Post a Comment