Salam,
Ini adalah kisah semalam, hari Khamis. Kira salute kat diri sendiri sebab cepat betul nak update blog cakap pasal semalam.
Kisahnya semalam ada sambutan hari raya dan hari jadi kat school Camimi. Sambutan hari jadi tu dibuat setiap 3 bulan. Namun birthday Camimi tidak termasuk dalam celebration tersebut sebab lambat lagi.
As mentioned before, aku buatkan kek coklat sebagai acara potluck majlis semalam. Pagi nak hantar Camimi ke school baru aku pass kat cikgu dia kek coklat tersebut. Tapi tentang kehadiran aku secara ontime ke majlis tu adalah 50-50 sebab bebanan kerja.
Sambutan hari jadi tu dibuat pukul 2.15 petang - 3.15 petang kemudian diikuti dengan sambutan hari raya sehingga 4.30 petang. Aku tiba kat sana pukul 3.25 petang, which means tak join majlis hari jadi dan terlewat ke majlis sambutan hari raya. Bila sampai-sampai sana, ramai betul parents yang hadir. Tak sangka begitu ramai sekali sampaikan aku tengok main menu dia dah habis iaitu soto dan meehun sup. Tapi sebab acara potluck, banyak makanan sampingan yang terhidang masih belum ketandusan.
Bila aku sampai kat sana, aku terus cari Camimi. Aku nak tengok macam mana dia serve diri dia sendiri. Kot dia pergi ambil makanan sendiri atau ada cikgu yang entertain dia. Tapi kat crowd tu Camimi takda pun. So, aku decided nak cari kat kelas. Owh, rupanya students yang parents nya tak datang kena stay kat kelas. Cikgu akan ambilkan makanan.
Jadi, sungguh kasihan kat anak sendiri yang macam takda mak bapak. Terkulat-kulat dia duduk dalam kelas dengan 2-3 kawan dia yang senasib. Manakala kawan-kawan dia yang lain masing-masing ikut mak bapak makan sama-sama kat school foyer. Aku intai dari pintu kaca kelasnya kelihatan dia bersandar kat dinding sambil memandang kawan-kawan dia yang senasib bermain. Mungkin lama dia menunggu aku kat situ sampaikan dia terdiam tak join kawan-kawan dia main. Sedih la... Kenapa la aku lewat ke sana kan? Itupun ada hati aku tak mahu attend. Kalau aku tak datang, sampai ke sudah dia duduk saja dalam kelas dia. Sedihnyerrr!! Entah mahu makan, entah mahu minum, entah idak..
Bila aku tunjukkan diri aku, betapa dia happy datang sambil peluk aku. Mungkin sedari tadi dia tertunggu-tunggu aku datang bawa dia pergi makan kat foyer. Mungkin seawal sambutan hari jadi pukul 2.15 petang, mungkin? Dah bergenang air mata aku okeh..
Terus aku pimpin tangan dia bawa ke foyer untuk cari menu yang sesuai bagi anak sendiri makan. Kemudian, dalam crowd tu terjumpa pula dengan cikgu kelasnya yang penuh di tangan menatang makanan untuk students dalam kelas tadi, mungkin termasuk untuk Camimi sekali. Aku capai pinggan dan kaut sedikit meehun untuk Camimi memandangkan semalam aku masih berpuasa sunat. Kemudian capai tangan dia dan cari pot untuk dia suap makanan sendiri. Memang totally full foyer tu sampai kerusi meja tak cukup. Sudahnye menonong kami ke dewan makannya dan bernasib baik memang tak ramai orang kat situ.
Aku tempatkan Camimi kat situ, suruh dia suap meehun sendiri dan aku pergi lagi cari lain-lain makanan dan minuman untuk Camimi. Sempat Camimi pesan minta ambil kan kek choco yang aku bawa pagi tadi. Bagusla anak mommy, mahu makan kek yang mommy buat berbanding kek-kek lain yang ternyata nampak lebih sedap!
Aku pergi majlis ni berseorangan tanpa si suami sebab dia kena attend kelas. Camimi sibuk tanya, "daddy mana mommy? Kenapa daddy tak datang?" Mungkin sebab dia tengok kawan-kawan dia ramai yang datang dengan mak bapaknya sekali. Tapi biasalah Camimi, dia just tanya je. Kalau yang datang cuma daddy dia tanpa aku sekali rasanya mau meraung dia kata situ. huhuhu
Okla, next time mommy janji. Kalau ada majlis-majlis sebegini, mommy la orang pertama yang akan sampai. InsyaAllah asalkan tiada apa yang menghalang..
No comments:
Post a Comment