Ini cerita masa bulan puasa hari tu...
Biasalah, bila di siang hari berpuasa, mula la mengidam nak makan itu dan ini waktu berbuka nanti. Tapi, masa bulan puasa hari tu, si suami asyik mengidam nak makan karipap Ikea aje.
Banyak kali plan sebenarnya, tapi asyik tertangguh saja. Sebab bila dah berbuka, perut jadi kenyang. Plan kepingin nak makan karipap tu selalu terbang begitu saja. Kadang-kadang dah plan buka kat luar, then nak zaassss terus ke Ikea beli karipap semata-mata, tapi keadaan terlalu lewat sangat pula. Tangguh pula keesokkan harinya. Kadang-kadang sampai tertangguh 4-5 hari semata-mata nak makan karipap Ikea saja!
Sudahnya, adalah dalam sebulan tu 2-3 kali jengah juga ke Ikea malam-malam nak pergi beli karipapnya. Si suami suka betul! Sekali beli, sedozen. Makan sikit (sebab masih kenyang selepas berbuka) then tapau bawa balik untuk ke sahur keesokannya. Begitula...
Aku, ikutkan aje. Dah dia yang mahu drive kan...?
Tapi, si budak kecil ni sensitif sikit sebut perkataan Ikea. Yang dia tahu, aiskrim saja! Kalau masuk dalam Ikea, dia mesti nak suruh aku bawa naik trolley kecil untuk bebudak tu. Cuma, aku kena selalu ingatkan dia. Kalau trolley kecil tu takda nanti jangan nak meraung tak dapat! Memang kena tinggal tepi hutan nanti...!
Actually, Camimi pon suka karipapnya. Tapi bila dah dapat aiskrim ni, dia dah tak mahu karipap tu lagi. Jadi, selalu kena bagi dia makan karipap dulu, baru boleh beli aiskrim...
Suami kata, oh heaven nya dapat makan karipap Ikea sambil pekena teh o atau kopi o panasnya...
Tapi, bagi aku.. dapat ambil magazine ni dan menatapnya lagi heaven! ;p
2 comments:
hehe.. aku tak pernah rasa lagi karipap ikea ni.. aku pun suka gak tgk mag tu, berangan je la.. :-)
lain org, lain taste dia su.. tp taste nk usha mag tu ramai yg suka kan..? hihihi
Post a Comment