Advertisement

Jom follow follow i, then i follow follow u

Friday

CAMIMI REKA CERITA

Semalam nak tengok qualifying Piala Dunia, Malaysia lawan Singapore. Jadi aku ambil Camimi awal kat school dia sebab aku nak balik awal. Lagipun, perut tak sedap. Badan pon tak sedap. Fikir nak rehatkan badan je.
Bila sampai school, cikgu Camimi mengadu kat aku.

Cikgu Najwa: Camimi lepas mandi ni tak boleh pakai baju pagi tadi tau. Nanti mommy Camimi marah lagi.

(Bangun tidur pukul 2 petang lebih mereka terus mandi dan sepatutnya pakai salinan baju yang baru. Tapi Camimi dah 2-3 hari pakai baju pagi sebelumnya tu)

Camimi: Ok. Camimi pakai baju lain sebab nanti Camimi nak pergi klinik.
Cikgu Najwa: Kenapa nak pergi klinik pula? Tak sihat ke?
Camimi: Bukan Camimi. Mommy yang sakit perut.
Cikgu Najwa: Kenapa mommy sakit perut?
Camimi: Dalam perut mommy ada baby boy..
Cikgu Najwa: Oh.. mommy mengandung ke? Kenapa nak baby boy?
Camimi: Baby boy la pula. Tak nak girl sebab Camimi dah girl!

Patutla masa aku datang ambil Camimi semua pakat tengok perut aku. Pastu pakat ramai-ramai tanya aku pregnant ker? Aku pon pelik kenapa diorang tanya gitu. Sudahnya, cikgu-cikgu tu cerita la dialog seperti kat atas tu pada aku.

Em.. pandainya anak mommy ni buat cerita ye? Mana dapat idea? Buat karangan pon jadi ni! Mengandung apa benda nya kalau sekarang tengah period pain ya amat. Sebab tu semalam balik awal. Tak tertahan menanggung period pain ni.

Setiap bulan pon memang aku terasa macam pregnant je. Simptom nak pregnant dengan period sama je. Mual-mual, pening kepala, macam nak demam. Sebab tu sudahnya kiciwa.. uwaaaa~ mungkin dah bukan rezeki lagi. Biasanya aku sematkan dalam hati, Allah saja tahu masa yang terbaik untuk kurniakan zuriat lagi. So, buat apa nak kecewa kan?

Thursday

8 HARI BARU SAMPAI...

18 Jun lepas, tamat sudah novel tentang Laksamana Sunan bertajuk Hijab Sang Pencinta. Pagi tu aku dah siap order kat website Alaf21.com.my untuk 2 novel sambungannya iaitu Cinta Sufi dan Sutera Bidadari. Memikirkan teknologi sekarang yang memudahkan para pembaca, aku tak fikir panjang terus order kedua-duanya secara online. Selain tu, aku fikirkan kebarangkalian ketiadaan stok buku yang diingini di kedai-kedai berhampiran.

Novel tersebut masing-masing berharga RM19.90 dan RM22.00. Postage guna Pos Laju ialah RM10.71. (Padahal beratnya 860g saja, tp charge macam nak kena menyeberangi Laut China Selatan).



Tapi memang dah tertera penghantaran mengambil masa 7-10 hari waktu bekerja. Memang lama gila nak tunggu 2 novel tu sampai kat tangan aku. Seperti terasa aku duduk kat hulu kampung yang membuatkan abang posmen kena lipat bawah seluarnya meredah paya dan belukar. 

Fuhhh...

Padahal aku duduk kat Shah Alam je pon. Delivery address aku pon kat Shah Alam je. Terasa RM10.71 tu tak berbaloi untuk dibayar. Ok, meh kita check website www.pos.com.my tentang kos sebenar penghantaran ni:


Paling busuk pon total up semua termasuk segala mak nenek tax adalah RM6.30

Aku ingat penghantaran 7-10 hari waktu bekerja tu syarat aje. Nak cover kawasan ceruk-ceruk kampung kat utara atau selatan. Ke timur atau barat. Mahupun ke Sabah Sarawak. Adoi... pening kepala aku! Kalau ada masalah cetakan atau stok pon kasi inform la sama buyer. Jangan diam aje. Aku yang terhegeh-hegeh call menanya.

Cerewet? Takde siapa pun suka-suki nak bayar sesuatu benda yang tak berbaloi. Bukan 2 novel tu tak berbaloi, tapi kos penghantaran fail! Arrangement pon fail! Terasa nak guna ayat-ayat favourite Aidid Muadib dan Blog serius la. Tapi aku bukan jenis cakap kasar. ;p

Takpela, aku jadikan perkara ni iktibar. Lain kali aku beli buku terus dari MPH ke atau kedai-kedai buku yang sewaktu dengannya. Atau aku datang sendiri ke kilang Karangkraf, Seksyen 15. Hati tak sakit, kepala tak pening, mood pon tak spoil.

Wednesday

BLOOD PRESSURE AND SUGAR LEVEL TEST

Sekali sekala nak juga aku test 2 benda ni. Sebab nak tengok tahap keberkesanan pemakanan seimbang aku. Biasanya orang yang badan size macam aku ni selalu berhati-hati dalam memilih makanan dan minumam. Sebab sedar yang diri bukan lagi si kurus keding macam dulu ;p 

Owh, dulu aku selalu kena perli. "Kau ni kalau kena tiup angin pon boleh melayang tau!" Itu zaman aku sekolah rendah. Masuk sekolah menengah, orang cakap "Eh, kau ni dah ada isi sikit eh. Kalau tak, kerempeng aje acik tengok." Masuk universiti, "Eh, bila pula badan kau jadi gebu-gebu begini? Mana tulang kau yang dulu?" Oh, itu belum keluar universiti lagi. Keluar universiti orang perli lain pula, "Banyaknya harta kau..?!" Ok, sekarang dah kahwin, dah beranak orang cakap macam ni, "bila kau nak kurus macam dulu lagi...?"

(_ _!)

Kebetulan parents aku nak pergi umrah akhir bulan Jun hari tu. So, aku pon nyeboks ikut mereka pergi buat pemeriksaan tekanan darah dan tahap gula dalam darah. Risau gak aku ni sebab fikirkan aku tak berpuasa sehari suntuk pun untuk buat 2-2 test ni. (memang kena puasa eh? aku tatau pon?) Aku makan macam biasa, dengan diet pon macam biasa. Last plan maaa.. tetiba parents ajak ikut pergi buat test :)

So, dah siap buat blood pressure test dan sugar level test, hasilnya adalah seperti berikut:

Blood pressure aku ialah: 120/80. Orang macam aku ni paham ke apa maksud result tu? Kalau tanya Pharmacist tu, dia cakap "good! normal..." Tapi aku search dalam internet maksud blood pressure tu. Heheheh..

So, tekanan darah aku adalah pada row yang ke-2. Syukur la..

Kemudian buat ujian tahap gula dalam badan..

Result aku adalah: 4.2 mmol/l (millimoles per litre). Again, aku tak paham la result apa benda macam ni? Kalau tanya dia, dia jawab "good! normal... congrates." Apa tuh?! Kalau dulu check tahap gula dalam darah masa pregnant kat Germany dulu pon idakla aku menanya. Masa tu idak la aku reti nak cakap bahasa diorang. So, kalau diorang tak komen apa-apa masa keluar result, means kandungan gula aku masa tu ok. Sekarang, aku search internet, internet cakap (ye, internet boleh bersuara): 

Normally blood glucose levels stay within narrow limits throughout the day: 4 to 8mmol/l. But they are higher after meals and usually lowest in the morning.
In diabetes the blood sugar level moves outside these limits until treated. Even with good control of diabetes, the blood sugar level will still at times drift outside this normal range.



The blood sugar level at bedtime should be between 7 and 10 mmol/l.
If blood glucose is very low or very high at bedtime, you may need to adjust your food intake or insulin dose. Make sure you discuss this with your doctor.
Owh, kandungan gula dalam darah aku adalah di paras normal. Wajibla kena normal sebab aku diet gula dan nasi. Idakla tak minum gula langsung atau makan nasi dalam seminggu tu. Aku just request kurang gula sekali sekala tapi selalunya memang tamau gula langsung. No carbonate drinks, no milo, no air sirap, no ice cream. Nasi pula sekali sekala je bila meleleh air liur tengok orang lain makan nasi. Dalam hati aku cakap, betapa nikmatnya orang tu makan nasi ek.

Tapi rasanya kalau aku pergi buat test gula untuk orang mengandung tu mesti mencanak meter gula dalam badan aku. Sebab orang kata manis ya amat gula sirap tu untuk diperabiskan satu cawan. Tak dapat aku bayangkan macam mana tegangnya urat leher nanti. Sebab, kalau korang nak tahu, masa aku buat test gula untuk pregnancy kat Germany dulu siap boleh minum air lepas tu. Kih..kihh..kihh...

Tuesday

JELLY KELAPA

Salam uols,

Memang dah lama nak buat jelly kelapa ni. Siap minta tolong kawan carikan resepinya. Mujur ada kawan kat fb yang baik hati utk tolong tagkan resepi jelly kelapa ni. Dah tak larat nak beli je. Teringin gak nak cuba buat.

Buah kelapa ni aku beli masa pulang dari kampung suami. Kat area sana kan mudah dan murah nak beli buah kelapa. 
Warung tepi jalan ni ada jual mee rebus, laksa, selain daripada air kelapa

Buah kelapa dia berlonggok-longgok kau..

Kat Lekir (apsal gambar bila upload jadi macam ni?)
 

Ini lah hasilnya. Aku guna bekas-bekas makanan yang ada je. Semua orang dapat merasa :) Puas hati kot dapat makan jelly kelapa bekas besar sorang!


Ok, resipinya kita share ramai-ramai ye?

Bahan-bahan:
  • 1 peket serbuk agar-agar 10gm (jenama jim willey warna clear) - aku guna 2 paket 10g
  • 1 mug gula 
  • 4 mug air
  • 4 mug air kelapa muda
         *air + air kelapa tu jadikan 2.6 liter, lebihkan air kelapa baru sedap

  • isi kelapa
  • daun pandan (daun pandan dah habis, so aku guna sedikit perasa cecair daun pandan)

Cara-cara:

  1. Didihkan air + daun pandan
  2. Sementara itu gaul serbuk agar2 dan gula
  3. Bila dah mengelegak campurkan agar2 tadi dengan didihan air tadi
  4. Kacau sampai hancur
  5. Tutup api
  6. Masukkan air kelapa muda tadi dan gaulkan
  7. Masukan isi kelapa tadi kedalam cup 
  8. Tuang jelly pula
  9. Sejuk kan dan baru masukkan ke dalam peti ais
* makan waktu sejuk

Sesetengah orang dapat 12 cup yg kecil tapi ada orang dapat dapat 21 cup. Tapi, aku pakai bekas clear seperti gambar kat atas tu. So, tatau berapa cup kecil yang patut aku dapat.


Sibuk aku ambil gambar jelly kelapa, budak kecil kat bawah ni pon mau juga suruh aku ambil gambar dia. Layan je la...


Monday

CAMIMI CUT HAIR

Dah besar gini baru Camimi merasa dapat potong rambut kat saloon. Dulu mommy yang potong kan aje. So, memang mommy dia lah jadi hairstylist. Kalau kecil-kecil bawa pergi saloon, aku yang segan. Kang melalak-lalak anak aku nak duduk kat kerusi tu.


Sebelum gunting

Dalam proses

Tarraaaa.. ini lah hasilnya!


Dulu potong rambut Camimi dalam bilik air. Sebab senang nak bersihkan. Bila potong rambut tu melalak-lalak sebab dia geli rambut yang jatuh atas badan dia dan atas lantai. Pelik, boleh dia gelikan rambut dia sendiri? Sebab tu aku tak mau bawa dia ke saloon. Mau gawat kedai gunting tu nanti!

Friday

ANAK DIANAK-TIRI KAN...?

Aku baru je dapat khabar berita ni semalam. Hari ni hari Jumaat, hari penguhulu segala hari. Hari ni aku nak luahkan perasaan sedih aku. Tak sangka.. sangat tak sangka..

Kalau selama ni aku boleh treat anak orang lain macam anak aku, kenapa orang lain tak boleh treat anak aku macam anak mereka juga, huh?

Kalau selama ni aku melahirkan perasaan sayang pada anak mereka dengan seikhlas hati tapi kenapa orang lain tak boleh ikhlas sayang anak aku?

Sebenarnya aku dikhabarkan yang satu hari tu ada seorang makhluk Allah ni nampak Camimi meminta-minta air dari seseorang yang aku kenal. Ye, memang kenal sangat! Camimi memang gitu. Selalu je rasa dahaga. Bukan Camimi minta air ribena ke, air milo ke, air oren ke. Camimi just minta air masak. Ye, memang dia suka minum air masak. Tapi orang yang Camimi minta tu boleh buat tak tahu je...? 

At the end, orang tu pergi juga ke dapur ambilkan air masak, tapi bukan untuk Camimi. Untuk anaknya yang kuat juga minum air masak. What? Unbelievable!

Macam tu aku nak harapkan pertolongan dia untuk jaga Camimi? Tak dapat aku bayangkan apa lagi peristiwa sedih yang boleh berlaku..

Patutla kalau selama ni aku nampak dia melarang Camimi buat sesuatu bukan kerana benda tu boleh mendatangkan bahaya pada Camimi tapi kerana takut akan merosakkan barang anaknya.
Adakah perhatian yang diberikan selama ni hanyala lakonan semata-mata di depan mata kami?

Sanggup ke korang tengok anak sendiri di pinggirkan oleh orang yang kita kenal? Sedih la korang.. Telinga ni masih terngiang-ngiang khabar berita tu. Andai betul la dakwaan makhluk Allah yang menyampaikan berita ni, maka aku serahkan saja pada Allah.

Aku tak mampu nak balas. Sebab perasaan sayang aku pada anak-anaknya memang terbit jauh dari dasar hati aku sendiri. Tiada paksaan, tiada lakonan demi mengharapkan balasan wang ringgit mahupun pertolongan.

Ok lah, babai!

Thursday

SPA DI SHAH ALAM PULA

Salam uols,

Hari tu dah cerita pasal Emperor Spa kan..? Masa tu aku redeem bulan Jun sebelum husband pergi kursus. Kali ni nak bercerita pasal satu spa di Shah Alam pula. Baru 1-2 minggu yang lepas aku redeem. Mungkin tak mahu sebut nama spa tu kot sebab...

Nantilah aku cerita pasal lain dulu ye?

Ok, kali ni aku grab treatment spa ni dari Milk a Deal juga. Yes, still murah. Kalau tak murah idaklah aku beli kan..? :p

Spa pakej tersebut adalah facial, aromatherapy massage, body toning dan foot soak. Sebelum balik dia bagi air teh cina tanpa gula (of course) for refreshment. 

Produk yang digunakan memang meletop! Aku suka walaupon ianya mahal tapi jangkasamasa penggunaannya adalah lama. Di samping itu ianya adalah sangat berkualiti dan memberi kesan yang lebih baik. Lagipun ramai member aku bagi testimonial tak berbayar pada aku mengatakan tentang produk facial yang digunakan. Muka rosak pon boleh jadi elok semula lepas guna produk ni.

Ok, appointment aku adalah pada waktu orang solat Jumaat. Dimulakan dengan foot soak. Tapi aku pelik la, dia suruh aku duduk kat atas kerusi ofis yang tak boleh aku restkan dari kepala ke bahu aku. So, duduk tegak je la.. Padahal kerusi macam kat gambar bawah ni ada je kat depan mata aku. Cuma kenapa aku tak tertanya kenapa dia tak suruh aku duduk kat kerusi yang boleh aku relax seluruh badan eh? Tapi dia tanya aku, selesa tak? Aku jawab "okeh je.." <---- nak jaga hati kah?


Kemudian pergi buat facial pula. Macam biasa tanggalkan make up, cuci, scrub, steam, buang blackhead, buang jerawat, toning, etc. Tapi aku musykil la, muka aku ni tak banyak blackhead dan jerawat ke sampai aku rasa sekejap gila dia buang blackhead tu. Macam ala kadar je. Selalunya mesti sampai aku nak bersin-bersin (sebab main kat hidung) tak pun sampai meleleh air mata aku (sebab sakit dowhh..) 

Ok, aku bersangka baik. Mungkin muka aku memang takde banyak masalah. Jerawat takde cuma ada sedikit blackhead kot kat bahagian hidung. Tapi bila aku bersangka baik, nanti ada orang kata aku  riak sebab bagitahu semua orang yang kulit aku memang tak banyak masalah. Entah la..

Sambil dia buat facial, sambil tu dia pasang alat peranti yang melekat kat badan dan banyak wayar untuk body toning. Then dia switch on machine tu baru terasa vibrate di setiap point alat peranti yang dipasang. Purpose untuk pecahkan lemak la apa lagi. Aku ni kan gems! Eh silap, orang kata berisi. Em, dari dulu memang badan aku berisi macam ni.. :( 

Sebelum dia pasang alat berwayar-wayar ni, dia ukur dulu lilitan bahagian mana nak buat body toning. So, lepas buat body toning yang hanya memakan setengah jam je, aku hanya kehilangan 1cm lemak. Muahahhahaha..


  
Gambar contoh je

Kemudian, mengurut pula. Urut guna minyak aroma Lemon Grass. 


Masa aku nak urut tu tempatnya lagi malap daripada gambar ni. Sampai aku rasa nak tertidur. Romantik aje. Macam berada kat dalam kelambu. Pastuh ada pula orang datang urut-urut, usap-usap. Memang macam terbuai-buai je. Cuma, aku rasa lagi best urutan kat Emperor Spa tu. Dia buat betul-betul punya urut tauuu..! Tapi, bagi sesiapa yang tak suka kena urut kuat sangat, elok la pergi kat spa ni. Sebab dia urut idaklah terlalu kuat. Sedap-sedap je. Cuma aku takde terjengket-jengket badan sebab menahan sakit. :)

Time tengah urut tu, sempat juga la aku snap sikit guna camera hp. Tapi pekerja customer kelambu sebelah melarang aku daripada ambil gambar. Katanya, memang tak boleh ambil gambar. Then aku berdolak dalik la, aku kata macam mana nak promote kat member kalau tak boleh ambil gambar? Then intonasi dia memang aku tak senang. Katanya dah memang rules and regulations tak benarkan ambil gambar. Aku rasa, kalau intonasi dia friendly dan bercakap sambil tersenyum, sedap sikit telinga aku ni mendengar. Elok je aku pergi Emperor Spa snap sana sini takde siapa pun nak halang kan..? Itulah bangsa kita. Takut sangat orang nak ciplak ke, apa ke.. entah. Apa yang takut sangat aku pun tak tahu.

Bila dah siap pakai baju dan duduk kat ruang tamu pun menonong je muka pekerja tu. Senyum idak, pandang pon idak. Aku rasa this is the first and the last aku datang sana. Aku suka pergi tempat yang mana pekerjanya friendly dengan semua orang, tak kesah apa bangsa dan budaya orang tu. Tak kisah apa taraf orang tu. Tegur la secara berhemat. Bukan semua customer yang datang tahu korang punya rules and regulations. 

Voucher free mandi susu dan discount 30% yang ada kat tangan aku ni, akan aku beri pada sesiapa je la gamaknya...

Cuma aku salute, diorang takde push kita beli produk dia dan sign in cepat-cepat pakej yang ditawarkan.

Wednesday

ASTRO SUPER PACK

Kelmarin sampai surat dari Astro. Bila buka surat tu, Astro tawarkan upgrade dari current package ke Astro Super Pack (1). Tentu ada kawan-kawan yang dapat surat yang sama kan..?

Bila dah bincang-bincang dengan suami, rasa tertarik nak subscribe pakej baru. Jimat RM0.95 hihihiih.. tapi yang untungnya ada pertambahan beberapa program baru daripada pakej yang asal. Ok, jom buat perbandingan.


Pakej sekarang yang aku subscribe adalah:

  1. Astro Family
  2. Mini Package (Fun and Learning)
  3. Plus Package (Metro and Mastika)
  4. Prime Package (Sport and Movie)
Total monthly package: RM141.93 (incl. government tax)

Pakej Astro Super Pack (1) (yang aku nak upgrade)
  1. Astro Family
  2. Mini Package (Fun, Learning and Variety) <---- ada pertambahan 1 program
  3. Plus Package (Mastika)
  4. Prime Package (Sport and Movie)
  5. Astro Box Office Movies (Tayangan Hebat) <---- program baru
  6. High Definition Service <---- service baru daripada sebelum ni
Total monthly package: RM170.50 (incl. gov. tax). Tapi dapat offer RM125.00 (RM132.50 incl. gov. tax) sahaja.

By the way, suami tetap nak tambah pakej Metro ke dalam Pakej Astro Super Pack (1) ini sebab ada cerita pasal kereta, motor, kapal terbang and what so ever yang dia sorang aje yang minat. Dan total semua still jimat RM0.95 sahaja iaitu RM140.98 (incl. gov. tax) berbanding pakej asal kami.

Sesetengah orang kalau setakat jimat RM0.95 saja, diorang malas nak upgrade. Apa benda nak upgrade lainla kalau boleh jimat berpuluh-puluh ringgit kan..?

Nanti, jangan cepat melatah. Harga asal Pakej Astro Super Pack (1) (seperti dalam list kat atas) ialah RM170.50 (excl. gov. tax) termasuklah HD. Dah tu free installation, free warranty,  free B-yond decoder and accessories.

Kalau nak pakai B-yond PVR just tambah RM150.00 (harga asal RM300.00) for installation. Yang lain-lain free macam biasa. Maknanya bulan-bulan hanya bayar RM125.00 (RM132.50 incl. gov. tax) walaupun ada B-yond PVR. Boleh rakam-rakam dak..?

So, amacam korang? Ok tak..? Katanya lagi harga ni dijamin tak naik sampai bila-bila. Contract pula setahun saja. Takpela.. kita try la dulu. Rasanya okeh la kot. Semua channel kegemaran ada dalam satu pakej. Hehehehe...

Tuesday

EMPEROR SPA, DAMANSARA UTAMA

Salam uols,

Wah entry ni sangat lewat. Sengaja aku tunggu another spa redemption yang terletak di Shah Alam baru la nak tulis entry ni. Kalau tak macam mana nak buat comparison kan?

Aku beli voucher ni 20 May lepas sebanyak 4 dari Milk a Deal, sebab 2 vouchers untuk kami laki bini. Manakala 2 vouchers lagi untuk adik aku dengan girlfriend dia, Niza.

Cadangnya ramai-ramai nak pergi redeem voucher ni. Yelah, the more the merrier. Boleh hai-hai sebelah menyebelah. Kih..kih..kih. Tapi biasalah adik aku tu tah haper-haper ntah. Orang dah buat appointment bagai tetiba dia nak ikut member vacation ke Pulau Redang. So, menonong je la kami laki bini.


Ini adalah kali ke-2 kami laki bini pergi spa. First time dulu pergi masa dekat nak nikah. Tapi masuk bilik lain-lain la.. But this time adalah pertama kali kami buat spa dalam 1 bilik yang sama :)


Dah lepas kahwin, aku sorang je enjoy ke spa. Time pregnant stop sekejap. Then ngikut husband ke luar negara. Balik Malaysia pon aku still yang mahu pergi. And this is the time i'm looking forward. Dapat deal murah macam ni untuk laki bini siapa yang tak mahu kan...?


So, pakej spa ini adalah:


Balinese Full Body Massage 
Full Body Scrub 
Jacuzzi 
Herbal Ball Massage OR Aroma Ear Candling 
Total RM68.00 per person







Receptionist walaupon berlainan bangsa tapi mereka treat all the customers sama je. Still friendly and tak lepas dengan senyuman.. Yelah, walaupon bayar murah kan...?!


Ok, first at all kami berdua diberi masa untuk tukar pakaian kepada bertowel. Pakaian dalam semua kena buka dan pakai pakaian dalam yang disediakan. Sebab badan masing-masing akan di-scrub kan.. Itu yang best. Terasa tertanggal semua sel-sel mati dan daki-daki yang melekat kat badan. Hehehe.. dan 2 pekerja yang entertain kami adalah dari Indonesia dan Filipina.







Kemudian, masing-masing berendam kat dalam jacuzzi tu. 2 orang pekerja dari tanah seberang tu terus tinggalkan kami untuk beri kami menikmati aroma lavender di samping kehangatan air rendaman. Tengokla biliknya, romantik gitu..

Dah berendam 30 minit, kami naik ke tingkat 2 bangunan spa ni untuk sesi mengurut ala-ala bali pula.

Tapi idaklah sampai 2 orang yang ngurut untuk satu badan ~ semua gambar yang ada di entry ni aku ambil dari google. Gambar-gambar yang aku ambil guna camera sendiri hanyalah untuk tatapan sendiri sahaja..

Minyak yang digunakan untuk buat urutan ala bali ni kami pilih aroma Lemon Grass (serai) yang dicampurkan dengan Lavender. Cuma, kena bayar extra RM50 untuk 2 orang. Dari bawah ke atas, belakang ke depan semua tempat diurut. Memang sangat menikmatkan! Cuma kena tahan geli dan sakit la. Husband aku siap tertidur mendengkur lagi. Yelah, nak harap bini dia yang urut, memang tangan aku tak kuat mana.

Dan treatment yang terakhir sekali merupakan pilihan samada mahukan Aroma Ear Candling ataupun Herbal Ball Massage. Tapi kami berdua pilih Herbal Ball Massage. Sungguh nikmat tapi panasssss!! Boleh je cakap kalau kita tak mahu terlalu panas. The choice is in your hand :)

So, dalam 2 jam lebih siap semua. Terus pakai baju dan ambil gambar dengan pekerja-pekerjanya. Pihak spa tak kesah pun aku snap sana sini. Tak larang pun. Tapi husband cepat-cepat turun sebab aku tahu ada customer perempuan lain yang datang berseorangan tak selasa nampak kehadiran lelaki kat situ. Yelah, kita hormati perasaannya.

Camimi? Owh, Camimi kami tinggakan dengan nenda dan tokandanya. Sebab tu kena pilih hari Ahad, so that her grandmother and grandfather boleh tengok-tengokkan..

Akhir sekali kami bagi 4 bintang dari 5 kerana: servis mantap, pekerja semua friendly, environment cantik dan mengasyikkan, bahan-bahan yang digunakan berkualiti dan bukan 2nd hand (orang lain tak habis pakai, kita yang pakai), cuma lagi 1 bintang tak boleh bagi ialah entrance dari luar nak masuk ke dalam perlu diperbaiki lagi. Perlu diperindahkan lagi. Buat ala-ala taman gitu pon cantik kan..? Hehehe.. mandai je aku nih!!

So, oklah. Nanti aku cerita kunjungan lain ke spa yang terletak di Shah Alam pula.. So, sesiapa yang suka ke spa, inilah masanya nak grab deal dari Milk a Deal ataupun Everyday Discounts. Rugi kalau tak cuba.. :)


Note: Ada orang kata bertungku dan berurut di rumah lepas bersalin lebih seronok daripada pergi spa. Em, takpela.. masing-masing punya pendapat kan..? Kita hormati..

Monday

KINI MAHU BEREHAT SEBENTAR

Salam uols,

Hari Isnin, minggu baru. A little bit letih plus ngantuk sikit sebab lelah balik kampung masih bersisa. Eleh! Macam balik kampung jalan kaki je.. Walhal naik kereta. Orang zaman dulu selamber je jalan kaki dari Melaka ke Kampung Punggor, Johor. Bertolak lepas subuh, sampai destinasi lepas Asar. Kalau naik kuda, tengahari dah sampai!

Apa kaitannya semua ini dengan entry aku...?

Dalam kotak fikiran ni masih tak hilang dengan cerita epik novel Laksamana Sunan. Walaupun dah habis 3 novel triloginya dan masih berbaki 2 lagi untuk dibaca, otak masih ligat berbicara mengenai pahlawan terhebat tu. Susah nak bercerita kalau orang lain tak ambil pot tentang novel epik tu..

Walau si suami tak baca novel tu, tapi aku suka la.. Dia still tanya dan suruh aku bercerita apa yang aku dah baca. Means, dia still nak ambil tahu sedangkan dia tak baca pon novel tersebut. Jadi, secara tak langsung, aku ada teman untuk berkongsi cerita. Yeay!

Ok, entry kali ni aku beri sinopsis tentang novel trilogi ke-2 Bagaikan Puteri iaitu Cinta Sang Ratu



Ending Bagaikan Puteri, Laksamana Sunan telah terkena anak panah yang dilepaskan oleh Ratu Sulaman dengan sihir menteranya. Laksamana Sunan tumbang setelah menamatkan riwayat askar-askar Ratu Sulaman. 

Akan tetapi, dalam siri novel ini pula, Ratu Sulaman tidak gembira melihat Laksamana Sunan dikerumun oleh pejuang-pejuang Islam yang lain. Hatinya tak keruan dan dilanda perasaan serba salah. Rupanya, hatinya sudah terpaut dengan keikhlasan dan kelembutan bicara lelaki tersebut.

Ratu Sulaman sanggup meninggalkan bahtera dan askar-askarnya di lautan demi menitip khabar samada Laksamana Sunan hidup atau sudah mati. Hatinya meronta-ronta untuk mengetahui keadaan lelaki itu memandangkan sudah ada sekelumit perasaan yang wujud di sudut hatinya. Peringatan Maharani, iaitu pemerintah Pulau Utara merangkap bonda angkatnya berkenaan cinta bisa membinasakan, sanggup dipinggirkan oleh wanita itu.

Setelah Ratu Sulaman diIslamkan, Laksamana Sunan segera menikahi wanita tersebut kerana auratnya sudah terlihat sekaligus untuk lebih memudahkan dia mendidik isterinya ke jalan yang benar. Susuk emas di seluruh badan Ratu Sulaman berjaya dibuang dengan bacaan surah-surah tertentu. Malah hijab kebaikan sang Ratu berjaya dibuka dengan ayat-ayat suci al-Quran.

Maharani tak berpuas hati lalu menyuruh syaitan suruhannya iaitu Taghut untuk melarikan Ratu Sulaman ke Pulau Utara semula. Di situlah Maharani memuja dan menjampi sang Ratu dengan tahi besi untuk mengembalikan sifat kejam, bengis, tak berhati perut dan segala kejahatan pada Ratu Sulaman. Maka kembali la Ratu Sulaman menjadi perempuan sihir yang tertutup hijab kebaikannya serupa seperti bondanya iaitu Maharani.

Maka, jadi la Laksaman Sunan lelaki berduka dari Tanah Rencong (Acheh) menyusun langkah pergi menyelamatkan isterinya di Pulau Utara. Pelbagai cabaran dan rintangan yang melanda angkara Maharani yang menitipkan Taghut dan Senggara sebagai orang suruhan untuk menghalang Laksamana Sunan dari terus menemui isterinya.

Manakala cerita dari abad ke-21, Haryani telah pergi ke Medan untuk mencari Dani (keponakan Laksamana Sunan) yang telah hilang dilanda bencana Tsunami. Perjalannya dari Medan ke Acheh menggunakan jalan darat menghadapi masalah apabila dia diculik oleh penduduk kampung yang mempunyai darah serigala jadian. Haryani ingin dijadikan korban ke-100 sebagai darah perawan yang suci demi menghidupkan kembali baka awal Manggala iaitu baka awal serigala jadian yang asalnya dari kurun ke-15, iaitu zaman Laksamana Sunan. 

Di sana Dani yang menjadi tidak siuman dek bencana Tsunami tu telah dikembalikan rohnya ke jasad sebenar setelah Laksamana Sunan berjaya membunuh Senggara (orang suruhan Maharani yang kejam lagi bengis). Maka bertemulah Dani dan Haryani dalam keadaan yang tak disangka-sangka.

Kalau teringin nak tahu lagi, jom la join baca novel epik ni. Oh, masih terngiang-ngiang peristiwa-peristiwa yang berlaku pada Laksamana Sunan.

Sebab tu aku nak berehat sekejap setelah habis novel ke-3 ni. Tak larat nak baca segala rintangan dan halangan pada Laksamana Sunan. Kesian pon ada, tak habis-habis memerah kudrat membanteras kejahatan yang berasas dari ilmu hitam. Baru nak bersenang lenang, dah kena berlawan lagi. Hilang semua orang yang dia sayang dan cinta. Semua pergi meninggalkannya sedangkan dia terpaksa berlawan demi manusia sejagat. Aduhai... lelaki berduka dari Tanah Rencong ni..

Note: Ok, next sinopsis Hijab Sang Pencinta menyusul kemudian eh..

Wednesday

JATUH HATI PADA LAKSAMANA SUNAN

Salam uols,

Tajuk tak boleh blah la.. Mana boleh jatuh hati pada watak hero dalam novel kan? Takpe, hubby aku tak jeles. Dia tahu watak sebegitu tak wujud. Tapi, betulkah watak tu tak wujud dalam sejarah Tanah Melayu seawal kurun ke-15?


Siapa la tahukan..? Tahun 2005 dulu, ada orang hulur kat aku novel ni. Dia kata baca la novel yang terbaik tahun tu. Aku baca sinopsis, belek sana sini, rupanya novel epik. Serious aku tak minat nak baca novel epik. Tapi aku pernah baca novel lain dari hasil penulis yang sama. Penulis ini terkenal sebagai novelis thriller no.1 di Malaysia. Penulisannya memang lain dari yang lain.

Cuma, baru beberapa minggu yang lepas, aku grab 5-6 buah novel-novel baru dari rumah mother aku, termasuklah novel kat atas ni. Buat pengetahuan uols, novel ini la novel terakhir aku baca. Aku habiskan novel-novel lain dulu. Still takde mood nak baca novel epik. Tapi, hati masih tertanya-tanya kenapa cetakan novel ni banyak sungguh? Tahun 2005, 2006, 2007, 2008. Biar betik?!

Jadi, aku ambil langkah pertama nak baca novel epik tentang Laksamana Sunan yang terkenal sebagai pahlawan muda Aceh (Tanah Rencong) yang handal dan berasal dari Tanah Melayu. Beliau berjuang mematahkan serangan dan penyebaran musuh-musuh yang mengamalkan ilmu hitam, sihir dan menyembah syaitan iaitu Taghut. Buku ni menyelitkan banyak ilmu keagamaan yang bertuhankan Yang Maha Esa. Sekaligus mendekatkan diri dengan Allah selain mengakui bahawa dunia ini mempunyai banyak keajaiban yang tersembunyi dan Allah akan sentiasa berpihak kepada kebaikan.

Kalau kita suka baca buku epik Lord of The Ring, novel budak remaja sihir Harry Potter, novel cinta vampire The Twilight dan kesemua novel-novel triloginya, apa kata bagi peluang pada diri sendiri untuk melayan novel trilogi pahlawan Melayu. Serious, kawan-kawan mesti puas hati!

Selain daripada aksi Laksamana Sunan yang mendebarkan dek berperang dengan pengamal ilmu sihir, syaitan Taghut dan makhluk-makhluk pelik yang dahsyat, terselit juga babak percintaan dengan seorang wanita dari zaman sekarang yang telah merentasi masa menemui Laksamana Sunan pada abad ke-15. Penceritaan yang tak lari dengan cabaran dan dugaan kehilangan, penderitaan dan kematian orang-orang yang beliau sayangi. 100 muka surat terakhir novel ni berjaya juga membuatkan air mata aku gugur tatkala membayangi apa yang Laksamana Sunan alami.

Bila dah habis baca novel Bagaikan Puteri ni, barulah aku tahu ada lagi 2 novel kesinambungannya. Hati meronta-ronta nak dapatkan lagi 2 novel tersebut iaitu Cinta Sang Ratu dan Hijab Sang Pencinta.

Korang mesti tak percaya kalau aku katakan yang hari Sabtu lepas aku sanggup datang ke Karangkraf Seksyen 15 semata-mata nak dapatkan 2 novel sambungannya. Malang sekali aku tak tahu yang Karangkraf tutup hari Sabtu. Kecewa sungguh!

Nasib baik dapat hubby yang memahami, terus dia bawa aku ke MPH SACC, Shah Alam. Memang rezeki aku la kalau Allah nak bagi. Elok je tersusun kedua-dua novel sambungan Bagaikan Puteri ni kat hadapan kaunter pembayaran di samping berlonggok-longgok novel penulis yang lain. Aku tak fikir apa, terus grab kedua-dua novel tersebut.


Aku dah habis baca novel Cinta Sang Ratu. Still tiada ending yang boleh aku menutup terus buku penulisannya. Dan sekarang aku tengah melayan novel kat bawah ni pula...



Aku andaikan gambar pahlawan muda kat atas ni adalah Laksaman Sunan yang memang terkenal dengan ketampanannya, kehandalannya, kesasaannya, kesabarannya, keimanannya dan segala sifat terpuji kerana beliau kononnya ingin mencontohi sifat-sifat Rasulullah s.a.w.

Jadi, untuk sinopsis Cinta Sang Ratu dan Hijab Sang Pencinta akan aku tulis kemudian sebab sekarang mood nak tinggalkan novel-novel ni takde. Pergi makan kat luar pon aku bawa novel tu, pergi shopping pon aku bawa, pergi airport hantar dan ambil parents aku dari umrah pon aku bawa. Pantang ada masa terluang segera aku buka novel yang dibawa.

Belum pun habis novel ke-3 triloginya, aku ditemukan dengan empunya blog yang menjiwai novel-novel ni. Baru ku tahu rupa-rupanya ada lagi 2 novel sambungan Bagaikan Puteri iaitu:



Novel Sutera Bidadari ni adalah novel keluaran May 2011. See, still fresh lagi. Kedua-dua novel ni aku belum beli lagi. Aku ingat lepas habis baca Hijab Sang Pencinta, aku nak rehat kejap. Aku nak luangkan masa dulu dengan si hubby yang tertunggu-tunggu nak menonton Malay movies yang dia pulun download. Banyak horrow movies dan romantic movies. Kalau tak, pagi ni habis baca novel, tengahari karang dah buka novel baru. Teruk la penyakit aku sekarang! Mengadap novel je. Tapi kalau hubby ajak masuk tidur, aku ngekor je. Ngeh.. ngeh.. ngeh..

Okla, last but not least, aku kasi sinopsis novel Bagaikan Puteri. Pergilah baca untuk sesiapa gemarkan suspens and at the same time minat ilmu keagamaan.

Haryani dan Laksamana Sunan...
saling jatuh cinta. Pertemuan kedua insan ini dalam satu dimensi di luar batas jangkauan manusia, malah sukar diterima lojik akal. Mereka dari zaman yang berbeza.

Haryani terperangkap dalam perkelahian antara kebaikan dan kebatilan manusia. Perjalanan yang panjang, penuh ranjau dan cabaran membuatkan Haryani dan Saifudin mendiamkan sahaja cinta yang terpendam.

Dani... pertama kali melihat Haryani yang terlantar koma di hospital terus jatuh hati. Dia berusaha membawa Haryani kembali semula ke abad 21.

Antara dua lelaki, Haryani terpaksa membuat pilihan. Antara dua nyawa dalam jasadnya; sama ada tinggal bersama Laksamana Sunan pada penghujung kurun ke 15 atau kembali semula ke abad 21. Tiada dua kehidupan dalam zaman yang berlainan. Salah satu kehidupan itu mesti mati!



Note: Ok aku nak sambung baca novel lagi. Nak menghayati ni. Babai...

Friday

LAGI TENTANG NOVEL...

Seronok memang seronok melayan novel. Sebab itulah hobi yang sering aku lakukan semenjak zaman remaja dulu.



Sesiapa yang suka membaca tentang kehidupan, keagamaan, kekeluargaan, persahabatan, kepercayaan, percintaan, kompromi, antagonis, dan motivasi sila la baca novel ni. 

Cetakan pertamanya adalah pada Oktober 2010, kemudian dicetak lagi pada November tahun yang sama. Kemudian dicetak lagi pada Februari 2011. Kalau dah kena cetak sampai 3 kali tu faham-faham la apa maksudnya. Novel ini laris!

Novel setebal hampir 900 muka surat ini mengambil masa selama seminggu untuk aku habiskan. Hehehe.. dah tak boleh nak fokus lebih sebab tinggal suku nak habis suami aku dah balik dari outstation. Jadi, aku dah tak tidur lewat dah. Hihihihi..


Lain-lain novel yang dah aku baca hasil dari penulisannya adalah:







Ni semua novel-novel zaman aku belajar kat UiTM dulu. Ada yang masih dalam simpanan lagi, ada yang bagi pinjam kat kawan, hilang entah ke mana. Novel-novel terkini penulis ni banyak aku dah ketinggalan. Maklumla, baru sekarang nak start baca novel semula..

Thursday

AKU PON DENGAR HOT FM

Hot topic pagi-pagi hari tu berkenaan suami isteri check hp pasangan masing-masing tak?

Bagi aku, memang aku check. Kalau aku terlihat hp suami kat atas almari bilik belajar dia, aku akan teringat untuk check. Kalau tak nampak, tak teringat la.. Bukan sebab curiga atau cemburu, jauh sekali perasaan syak wasangka terhadap suami yang ada menjalinkan hubungan dengan perempuan lain. MasyaAllah.. memang minta dijauhkan sama sekali.

Tapi adalah dek kerana perasaan ingin tahu tentang aktiviti si suami saban hari. Dengan siapa dia berborak, dengan siapa dia sms, tentang apa. Secara tak langsung aku boleh tahu tahap kesibukan dia di tempat kerja. 

Tapi sifat aku, kalau hp dia berbunyi time dia tengah mandi or tengah buat kerja lain yang dia sendiri tak boleh nak jawab panggilan tersebut, aku pun takkan tolong jawab. Aku biarkan hp tu tak berjawab tapi aku sendiri akan maklumkan kat suami aku yang ada orang call dia. Tapi, kalau ada sms, automatik tangan aku akan tekan punat 'read' sebab nak baca. Hehehe.. aku pon buzy body gak! Then aku akan maklumkan kat suami tentang sms tu. Tapi idak la aku nak nolong reply pula. Takk...

Sebab aku tahu, kalau dah call hp suami tentulah nak cakap dengan suami. Bukan dengan aku. Lain la kalau orang tu telefon ke rumah. Tapi, kalau family aku call hp suami aku, aku akan tolong jawab kalau suami aku tak boleh nak jawab. Sebab aku tahu, kalau family aku dah call suami aku tu mesti kes diorang call hp aku tapi aku tak angkat. Maklumla, aku suka letak hp dalam beg, bawah bantal, then entah kat mana-mana yang kadang kala aku sendiri tak tahu tetiba hp aku ada kat bawah sofa. Magic!

Ok, ada tak suami aku check hp aku...?

Sebenarnya aku tak tahu dia ada check tak hp aku? Mungkin ada sekali dua je. Tapi kerap lagi aku check hp dia. Hahahah.. Walau hp aku 'terbentang luas' atas meja pun dia bukan kesah pon. Idak pula dia nak godek-godek hp aku tu teliti itu dan ini. Entah, aku pernah nampak cuma sekali dua je la dia buat spot check hp aku tu. Mungkin sebab dia tahu aku kerja dengan siapa dan aktiviti aku saban hari. Terer dia boleh tahu tanpa godek-godek hp bini dia. Kih kih kih kih...

BACA NOVEL LAGI...

Habis novel hari tu, terus aku sambung baca novel yang ini pula. Hati meronta-ronta untuk terus melayan kisah percintaan yang direka oleh seseorang penulis. Seronok betul perasaan ni bagai dibuai-buai. 






Novel ni berjaya buat air mata aku menderu-deru keluar. Kenapa eh? Entah la.. mungkin aku menjiwai sangat watak dan peranannya dalam novel tersebut. Perasaan geram, sedih dan marah bercampur aduk sebab seorang wanita, Miera yang kental hatinya untuk menganggap mana-mana lelaki sebagai seorang teman yang istimewa di hatinya akhirnya tunduk dengan seorang tunangan wanita lain. Perwatakan lelaki tersebut betul-betul menyebabkan wanita sekental itu mengaku kalah dan mengakui hadirnya perasaan pada lelaki yang bergelar doktor, iaitu Malik.


Malah, Malik sendiri akur bahawa wanita itu sangat istimewa dan pasti memang ada walau sekelumit perasaan pada Miera. Namun, Malik masih setia dengan tunangannya dan Miera terpaksa melupakan lelaki tersebut demi menjaga perhubungan Malik dan tunangnya.


Tapi, bila jodoh memang dah ditentukan oleh Allah, bila kebenaran sentiasa akan terbentang depan mata, bila pembohongan akan terbongkar, bila perasaan tidak dapat dinafikan, adakah Miera akan memperolehi lelaki yang betul-betul dicintainya dan menyintainya? Atau berkahwin saja dengan lelaki yang tidak dicintainya demi kemahuan keluarganya yang berketurunan Minang dari Indonesia. Seterusnya mewarisi kekayaan turun temurun yang mana dia adalah pewaris tunggal harta pusaka tersebut.

Orang kata, biarlah kita berkahwin dengan lelaki yang menyintai dan menyayangi kita lebih selebih-lebihnya berbanding perasaan kita pada dia.. 

Lain-lain novel penulis ini semua aku dah katam dolo-dolo. hehehe.. Novel Jauh dan Jendela Hati tu adalah novel-novel pertama penulis Aisya Sofea. Semuanya best-best belaka.. Novel-novel tu la yang menyebabkan aku 'addicted' kepada bahan bacaan berupa novel ni. Dari start baca novel aku dah terfikirkan, kalau la cerita-cerita dalam novel ni difilemkan atau didramakan. Tentu seronok!



Nah, sekarang dah zaman cerita-cerita di novel didramakan.. Best kan?

Monday

TUNGGU SEBENTAR..

Oh kawan-kawan,




Sesiapa yang rajin ikut blog aku,
harap dapat tunggu untuk aku sihat walafiat ye meng-update blog
sekarang ni tengah flu + batuk + pening kepala
tapi tak telan ubat pon
sebab tak rasa bendanya adalah sakit yang serius
sebab tu tak jumpa doktor
walaupun jika berjumpa doktor pun adalah free, tanpa sebarang kos dikeluarkan :)




cuma, mood nak update blog tak jumpa-jumpa
sikit-sikit srotttt..srotttt.. paip limpah kat hidung ni asyik longgar je
dah fix pun masih longgar




lagipun, che abe ding dong aku kan baru balik
tetiba terasa mood honeymoon yang kunjung tiba
bila bertembung mata, tersipu-sipu malu
bila bergurau senda, manja-manja gitu
bila bercakap, tersenyum-senyum pula
aiseh.. dah macam orang baru kahwin pula ek..?
padahalll....??




okla ek, kasi chance la kat aku
nanti sakit pening aku ni dah hilang, aku update la cerita yang merapu-rapu
kesian korang yang baca entry yang tah haper haper ntah!




ok jumpa lagi.. :)))
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...