Salam,
Hari ni hari Isnin, ada lagi ke tengah monday blues? Oleh kerana ini adalah auto published entry, so mungkin time ni aku tengah sibuk menguruskan kerja-kerja aku yang dari minggu lepas belum habis.
Ramai yang menanya aku tentang 'kawan' Camimi. Tak kurang yang personally call aku tanya berkenaan perkara itu. Yelah, tunggu punya tunggu tak keluar-keluar juga entrynya. Maaf ye kawan-kawan. Aku tak berapa berpeluang nak menulis kisah 'kawan' Camimi sebab minggu lepas 3 hari aku bercuti. Tapi aku masih bersyukur sebab bulan ni banyak job masuk. Bila masuk ofis je tengok banyak benda nak buat tapi masih boleh tersenyum sebab job bulan ni masyuk. :)
Okla, straight to the point!
Dulu aku pernah cerita yang Camimi ada imagination friend. Boleh baca kat entry sini sebab aku pernah cerita sikit. Lain-lain entry aku dah lupa. Sebab awal-awal dulu aku perasan dia memang suka cakap dengan bear dia. Tatang bear dia macam bear tu baby dia. Kasi minum susu, kasi makan, mandikan, bawa jalan-jalan. Semua dia treat macam bear tu ada perasaan je. Kalau aku campak bear tu marah Camimi tau. Dia kata "mommy, no..! sakit la bear tu..!"
But then adik aku perasan. Dia kata agaknya Camimi nampak benda-benda halus kot? Yelah, obvious sangat cakap sorang-sorang. Bukan saja dengan bear, kadang-kadang dengan siapa ntah aku pun tak nampak. Tapi korang tahu la.. aku tak suka nak layan benda-benda halus ni. Kang kalau difikir-fikirkan tak berani aku nak dok rumah sorang-sorang. Especially malam. Dah la selalu kena tinggalkan time malam. Huhuhu..
Tapi, semenjak 2 minggu ni memang akulah orang yang paling perasan Camimi suka cakap sorang-sorang. Ada satu hari tu aku suap Camimi makan sambil tengok tv dan sambil tu Camimi pegang makanan dia yang lain. Tetiba aku jadi runsing sebab Camimi makan sambil merengek-rengek. Aku tanya la kenapa? Sebab aku tak leh nak concentrate tengok tv sekali. Then Camimi kata " 'dia' nak ambil makanan Camimi" Memula tu aku malas nak layan si Camimi tapi makin menjadi-jadi lak rengekan dia. Sudahnya aku pura-pura berlakon sambil cakap dengan 'kawan' dia yang aku tak nampak tu "kasi Camimi makan dulu ye? Kesian dia lapar." Aku terasa bodoh plak cakap sorang-sorang tapi lepas aku cakap tu memang terus Camimi leh makan sampai habis.
Hari-hari lain pun aku perasan. Lepas mandikan Camimi, dengan bertowel bagai, Camimi sempat bagi tau 'kawan' dia yang dia nak pakai baju sekejap. Tunggu dia nanti boleh main sama-sama.
Bila aku tanya, siapa nama 'kawan' nya tu? Dia mula fikirkan nama kawan dia kat school. Jadi, kadang-kadang dia bagi tahu nama 'kawan' dia tu Zaran. Kadang Helmi, Haziq. So, aku tahula 'kawan' dia tu adalah seorang budak lelaki. Cuma Camimi tatau siapa sebenar nama 'kawan' dia.
Dah banyak kali aku nampak Camimi memang suka cakap sorang-sorang. Kalau aku tengah masak atau tonton tv, mula la aktiviti Camimi dengan 'kawan' dia tu. Memang riuh satu kampung mulut Camimi pot pet pot pet dengan 'kawan' dia. Kejap cakap baik-baik, kejap cakap marah-marah. Kejap memujuk, kejap berkelahi. Ada juga pe'el cikgu dia bawa balik ke rumah. Contohnya, Camimi suka pegang hanger dan ketuk-ketuk meja sambil sebut nama kawan dia yang tak siap kerja rumah la, tak colour cantik-cantik la, tak susun barang elok-elok la.. Gawat beb! Nampak sangat cikgu dia kat school tu garang. Hahhaha..
Namun, semuanya berakhir bila aku utarakan masalah Camimi yang suka cakap sorang-sorang ni kat parents aku. Masa tu kat rumah cousin aku di Damansara. Parents aku memang kenal seseorang yang boleh tafsirkan masalah ni. Lepas ayah aku call dan cakap-cakap sikit kat orang tu, terus Camimi marah bila orang tu kata nak halau 'kawan' dia balik ke tempat asal. Kami sempat tanya, 'kawan' Camimi tu ikut sekali tak datang ke rumah cousin aku tu? Camimi kata ada kat luar. Tak leh masuk. Tatau pula nape 'kawan' Camimi tu tak ikut masuk sekali.
Masa tu baru terasa meremang bulu roma aku. Selama ni aku tak rasa benda tu hadir dalam rumah kami. Aku cuma anggap Camimi memang suka bercakap sorang-sorang sebab dia takde adik. Mungkin dia cuma berimiginasi dan suka bercakap dengan bear, giraffe, Pooh, penguin, kambing dan lain-lain binatang yang tak bernyawa yang setia menjadi koleksi di bilik dia.
Semenjak urusan halau tu selesai, kerap juga aku tnya Camimi. 'Kawan' Camimi tu ada tak? Camimi kata takde. Bila kat bilik nak tidurkan dia aku tanya lagi. 'Kawan' Camimi ada tak kat sini? Then Camimi kata, "takde... Camimi dah taknak kawan dengan dia lagi."
Bile pergi jalan mana-mana aku tanya lagi samada 'kawan' Camimi tu ikut tak? Seb baik Camimi ni tak de perasaan bengang pada aku yang suka tanya banyak kali. Kalau tak mahu dia cakap "mommy ni awat penakut sangat? Asyik tanya je?" Hahahah...
Sebelum kejadian halau 'kawan' dia tu, aku pernah tanya secara berseloroh pada Camimi. "Camimi cakap dengan siapa? Mana 'kawan' Camimi tu...?. Korang tahu apa dia jawab? "Camimi cakap dengan 'dia' laaa... 'Dia' ada kat sebelah mommy tu..."
Huhuhuhu....
Lepas 'kawan' Camimi tu disuruh balik ke tempat asalnya terus Camimi demam 3 hari. Dari Isnin hingga ke Rabu. Sebab tu aku terpaksa ambil cuti. Orang yang halau 'kawan' Camimi tu kata, 'kawan Camimi marah sebab tu Camimi demam. Em, entahla...
Lepas 'kawan' Camimi tu disuruh balik ke tempat asalnya terus Camimi demam 3 hari. Dari Isnin hingga ke Rabu. Sebab tu aku terpaksa ambil cuti. Orang yang halau 'kawan' Camimi tu kata, 'kawan Camimi marah sebab tu Camimi demam. Em, entahla...
Note: Aku tak minta untuk korang percaya ataupun menjadi taksub tentang perkara ni. Biarlah ia menjadi lipatan sejarah dalam proses tumbesaran Camimi. Esok-esok kalau Camimi dah besar dan pandai baca, biarlah dia baca blog mommy dia ni. Biar dia teringat yang dia pernah 'dicelikkan' sekejap matanya untuk melihat benda-benda halus begitu.
6 comments:
ohh pernah dgr citer camni. sblm melarat baik dihalaukan. semoga hidup camimi lebih ceria pasnih..hihi
kalau aku pun takut.. hope camimi baik2 saje & xkan berlaku lagi benda mcm ni..
lily, dah halau. seb baik terpanggil nak bagi tau parents :)
sue, thanx su. aku pon harap gitu
As'salam..... Haikal dulu pun slalu nampak mcm2.... Pernah tunjuk lagi kat aku .... ' ada hantu la kat situ...' aku tgk x nampak apa pun....
Sudahnya Haikal slalu je mengigau...ada la ustaz kat skola aku pesan... Air wuduk kita.. Tadahkan... Lps tu mandikan kat anak... Insyallah dijauhkan dari gangguan.....
Dia ibu kan... Insyallah berkat untuk anak....
zai, tq for the info. skrg 'kawan' dia mcm ada lagi la.. ngigau pon ye. nnt aku try apa yg ko try tu.. :)
Post a Comment