Advertisement

Jom follow follow i, then i follow follow u

Monday

DüRüM - STYLE AKU

Salam u ols,

Aku ni dah lama tak cerita pasal masak-masak kan? Apa yang aku masak kat rumah time weekdays or weekends. Tak macam masa aku dok kat Germany dulu. Meriah la hai cerita pasal masak-masak dan makan-makan ni. Sebab tak tahu nak cerita apa lagi. Fully housewife dok masak je la aku kat sana!

Okla, jom aku cerita sikit pasal makan-makan dan masak-masak. 

Kisahnya, kami rindu nak makan dürüm. Atau kat Malaysia dikenali sebagai KFC Twister. Bezanya cuma bahan-bahan di dalamnya lain. Twister takde kambing cheese, paparoni, paprica dan sayur pun tak pelbagai. Manakala dürüm tu meriah la haii.. sampai tersembul keluar isi perut dalam roti tu :) 

Kadang-kadang kt Germany, kami beli je dürüm ni kat kedai kebab orang Turki. Kadang kami buat sendiri. Ikut mood si tukang masak tu la.. 

Ok, jom tengok macam mana nak buatnye ye?

Salad, timun, buah tomato, kobis
Sebenarnya sukahati korang la nak letak sayur-sayuran apa yang korang suka. Bagi aku, ini je sayur yang available kat peti sejuk rumah aku :)


Roti ni korang boleh beli kat Tesco dan Giant. Carilah kat bahagian roti-roti. Nama apa aku tatau. Aku rembat aje asal lebih kurang sama dengan roti dürüm. 
(tapi bukan roti capati ye?)

Selain daripada sayur-sayuran, korang boleh letak sebarang jenis daging seperti cebisan ayam, hotdog, daging burger. Pendek kata ikut sukahati la kan... 


Kemudian korang gaul bahan-bahan tadi dalam sebuah mangkuk yang besar bersama sedikit mayonis (ikut suka juga nak banyak mana). No salt, no sugar! Kat sini terpulang la nak letak thousand island ke or wat so ever (dah macam Subway daaaa boleh pilih sos apa yang korang suka)



 Dan ini lah sudahnya. Korang wrap dengan kertas aluminium tu di bahagian bawahnya. Senang skit nak makan. Takde la terkeluar isi perut roti tu di bahagian bawah roti nanti.


Selamat mencuba... :)


Note: Sharing is caring kan...?

2 comments:

Suliana said...

pernah buat!! tapi konon2 aku buat mcm mkn sandwich la. roti tu la aku beli. ntah apa namanya :-)

Sue Mommy Cinta & Airis said...

macam nk cuba buat jer...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...