Advertisement

Jom follow follow i, then i follow follow u

Monday

KALAU DAH ROSAK, ROSAK JUGAK!

Uwa.. aku tak leh nak update blog weekends hari tu. Laptop aku rosak daaa.. Skrin displayed kat laptop tu dah jadi double. Pastu goyang-goyang macam tv nak rosak... benci aku!

Dah la hari Sabtu dan Ahad aku bajet nak post entry untuk seminggu ni. Kira nak buat auto-published la.. sudahnya aku menganga je tengok laptop tu dah jadi double screen! Siap berebut dengan Camimi nak tengok tv pula. Dia sibuk nak pasang dvd Barney dia, aku pulak nak tengok movies dan layan sukan sea. Asyik nak auta dia je. Kesian dia!

Ni gara-gara nak locate meja laptop tu depan tingkap. Konon nak cari view yang cantik sambil menghayati bumi ciptaan Tuhan. Sambil menjamu mata di malam hari menyaksikan istana kayangan nun jauh di Genting Highlands. Sambil menyaksikan aktiviti penduduk Shah Alam di malam hari bermain bunga api dan mercun. Dan yang paling penting sambil menikmati angin sejuk yang kadang kala tak sanggup nak bertenggek di tepi tingkap.

Sudahnya, dah 3 kali laptop tu basah disimbah hujan dek terlupa nak tutup tingkap. Kadang kala aku sendiri yang punya salah. Memang bising la laki aku tu. Kadang kala dia sendiri punya salah lupa nak tutup tingkap. So, sendiri mau ingat la. Aku bagi jelingan maut je kat dia. Takyah keluar sepatah pon dah cukup! So, kesimpulannya masing-masing salah! Jadi hari ni baru nak pergi hantar laptop untuk dibaiki. Laptop ni pon macam kereta juga. Ada khabar-khabar angin nak tukar yang baru, dia dah buat hal. Lain kali laki bini nak cakap pasal kereta ke, laptop ke, kena cakap dalam selimut. Biar semua benda tak leh dengar! Boleh? :p

Jadi pendek kata, semua entry aku berkenaan birthday Camimi, Raya Korban, etc tertunggak lagi...! Bila la aku nak update ni? Weekends ni nak panjat bukit dah.. Hopefully aku tak kena lampu merah... :P  Hehehhehe

1 comment:

lily lotus said...

haiyooo..seb baik tak blow ur laptop. takpe gi hantar repair ok..saja nak test u tu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...