Advertisement

Jom follow follow i, then i follow follow u

Tuesday

CAMIMI DEMAM

Sepanjang minggu yang lepas, semua entry adalah auto published. Begitu juga sepanjang minggu ini. Ada masa saya buat marathon, update terus banyak-banyak entry dan arrange bila nak di-auto-published-kan. Sebab saya tahu, masa itu sangat mencemburui saya. Agaknya dia tengok saya terlalu 'cantik' kot.. terus nak jeles-jeles.. :P

Kebanyakannya masa yang banyak itu adalah apabila berada di rumah. Time Camimi tengah tidur, baru boleh pegang komputer. Kalau kat ofis, terhad sangat sebab kerja ofis banyak. Sebab itu saya masih belum berpeluang update blog business saya. Apa nak buat...

Nasib baik saya ada hati nak update blog. Kalau tak, mungkin dah berkubur kot blog saya. Kasihan...

Okla, saya nak mulakan dengan entry yang baru..

Saya start cuti jaga Camimi yang demam panas semenjak hari Selasa minggu lepas. Semalam saya masih bercuti. Demam Camimi sangat aneh sebab dia tak pernah demam lama-lama sehingga hampir seminggu tak kebah-kebah. Hati ibu mana yang tak risau tengok anak demam panas sehingga mencecah ke 41.5 deg C.

Sepanjang Camimi demam, hari-hari Daddy dia balik lunch kat rumah. Hai, mommy dia masak la.. lama tak jadi 'fully housewife' ni.. ;p


Sepanjang Camimi demam, 2x kami menjengah DEMC Specialist Centre. Kali ke-2 tu kami buat ujian darah sebab terlalu risau selepas 3 hari demam Camimi tak nampak surutnya. Malah on off panasnya. Demamnya kali ini lengkap pakej semua ada. Demam panas, batuk, selesema malah muntah-muntah. Tapi bila doktor dah  cek, tiada apa yang merisaukan, Tiada denggi, H1N1, malah penyakit kritikal yang lain juga tiada. Cuma virus biasa yang menyerang kanak-kanak.

Marah dan nangis Camimi sebab kena letak air asam jawa kat kepala.


Em, biasalah. Adatla kalau dah duduk kat nursery. Kalau tak demam, tak selesema, batuk memang tak sah. Hari ni kene demam, esok-esok baik, pastu tak lama lagi kena lagi. Camner nak buat? Mak bapak kt situ hantar anak ke nursery even anak-anak masih batuk, selesema, malah anak yang demam pun sanggup dihantar ke nusery. Alasannya, tak dapat cuti, tak de cuti dah. Kerja menimbun. Sudahnya, sorang bawak penyakit, habis semua orang berjangkit.

Esok-esok kau dah tua bangka, jangan salah kan anak kalau-kalau diorang tamau jaga kau time kau dah tua uzur. Silap-silap dihantarnya korang ke rumah-rumah orang tua. 

Apa la salahnya kan ambil cuti emergency sebab anak sakit, demam. Takpun, cari je klinik yang boleh beli MC. Habis cerita. Kesihatan anak itu penting. Duit boleh dicari. Nyawa anak..? Diperjudikan ye?

Tapi semalam lagi Camimi dah sihat, dah takde demam lagi. Tapi batuknya masih bersisa. Kadang batuk-batuk muntahkan apa yang dia minum atau makan sebelumnya. Tapi saya masih tak menghantar Camimi ke school. Kalau boleh, biar dia sihat betul-betul. Tidaklah bawa penyakit pada orang lain.

Harap-harap esok Camimi sihat benar. Boleh la pergi school. Dia pun dah boring duduk rumah mengadap mommy dia aja. Time-time demam masih boleh disuruh hantar ke school. Nak jumpa kawan-kawan. Nak main sama-sama. Em.. yelah. Boring tinggal dengan mommy dia. Sebab mommy dia sibuk kerja jadi 'housewife'

kui..kui..kui..

3 comments:

lily lotus said...

tingginya panas dia. takut betul panas2 ni. syukur dah ok. itulah kan kalau anak demam takyahlah hantar nursery. habis merebak virus. tak responsible betul. ishkk

Izan said...

kesiannya tgk gambar camimi tgh nangis tu...

sW33tdARLiNG said...

hopefully dia camimi cepat kebah... risau tgk budak2 sakit kan... rasa mcm tak larat depa nak menganggung

www.sw33tdarling.com


p/s: nak mintak tolong re-install
link sw33tdarling kat ur bloglink.
ada error laa, update entry tak naik
sebab tukar nama blog. TQ!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...